40 tahun lalu, McDonald's
telah membuka cawangannya
yang pertama di Malaysia
pada 1982.
Sebagai jenama yang
dinamik, McDonald’s amat
mementingkan 5 nilai-nilai
utama dalam amalan
harian iaitu.. SERVE,
INCLUSION, INTEGRITY,
COMMUNITY & FAMILY
Apakah yang dimaksudkan
dengan nilai SERVE?
Ucapan terima kasih mungkin ringkas tapi bila
ditambah dengan senyuman ikhlas, akan menerbitkan
perasaan yang indah membuatkan kita rasa dihargai
dan dihormati. Jadi, jangan lupa berterima kasih
kepada tetamu dan rakan sekerja anda. Amalkanlah
nilai SERVE dalam kehidupan seharian anda,
barulah syok kita nak bekerja di Mekdi!
SERVE INCLUSION INTEGRITY COMMUNITY FAMILY
Dahulu hingga kini,
McDonald's terus konsisten
dalam mewujudkan suasana
yang penuh dengan
kepelbagaian & harmoni
untuk para pekerja
dan juga tetamu.
Apakah yang dimaksudkan
dengan nilai INCLUSION?
Di McDonald’s, kita sentiasa bekerja dan saling bersahabat, tanpa
mengira latar belakang, budaya, agama dan keupayaan. Setiap dari
kita adalah unik dan berbeza. Justeru itu, amat penting untuk kita
hormat-menghormati, dan melayani satu sama lain seperti mana mereka
hendak dilayan. Dengan mengamalkan nilai INCLUSION, kita akan menjadi
individu yang lebih baik apabila sering tolong-menolong antara satu
sama lain serta sentiasa bersikap adil terhadap semua dalam
melaksanakan tugas atau mengambil keputusan. Itulah yang
menjadikan kita warga Mekdi yang bermoral tinggi!
SERVE INCLUSION INTEGRITY COMMUNITY FAMILY
Tiada kompromi! Itulah yang
boleh dikatakan dengan
komitmen McDonald's sebagai
sebuah jenama yang diyakini
ramai dalam menjanjikan
perkhidmatan dan menyajikan
produk yang terbaik kepada
para tetamu kita.
Apakah yang dimaksudkan
dengan nilai INTEGRITY?
Nilai INTEGRITY merupakan sebuah perkara asas yang menunjukkan
kita sebagai seorang yang bertanggungjawab, menepati masa dan
melakukan perkara yang betul dengan betul walaupun tiada siapa yang
melihatnya. Sebagai warga Mekdi yang berintegriti, kita harus menjaga
mutu makanan yang dihidang dari peringkat pembuatan sehinggalah ia
terhidang di hadapan tetamu. Pastikan makanan yang dihidangkan
menepati piawaian emas, jika telah luput, jangan hidang dan terus buang!
Terima kasih kerana tidak berlengah-lengah dan telah berusaha
bersunguh-sungguh dalam melengkapkan tugasan harian.
Komitmen anda amatlah dihargai!
SERVE INCLUSION INTEGRITY COMMUNITY FAMILY
Menjadi jiran yang baik,
itulah nilai yang diamalkan
McDonald's sebagai jenama
global terkemuka dalam
memainkan peranan sebagai
syarikat yang prihatin terhadap
masyarakat setempat.
Apakah yang dimaksudkan
dengan nilai COMMUNITY?
McDonald’s amat menitikberatkan hubungan komuniti di mana
setiap restoran mempunyai wakil atau duta jenama untuk menjadi
jiran yang baik kepada komuniti di kawasan anda. Sama seperti di rumah,
kenali komuniti anda dengan menyertai aktiviti yang dijalankan,
dan anda sendiri boleh memulakannya dengan mengenali
’jiran sebelah’ di Mekdi berdekatan anda. Amalkan menyantuni
badan-badan kebajikan, para pendidik, anggota perubatan serta
keselamatan yang bertugas di sekitar kawasan kejiranan kita dengan
bertanya khabar dan meraikan mereka. Senang je nak amalkan
nilai COMMUNITY, barulah hidup lebih muafakat!
SERVE INCLUSION INTEGRITY COMMUNITY FAMILY
3 legged stool – Pembekal,
Franchisee dan Mekdi adalah satu.
Ertinya, setiap pihak memainkan
peranan yang penting bagi
memastikan kejayaan McFamily
yang berterusan.
Apakah yang dimaksudkan
dengan nilai FAMILY?
Amalkan nilai FAMILY kepada pembekal dan rakan niaga kita
dengan menyokong satu sama lain demi melestarikan McDonald’s
yang lebih berjaya seiring peredaran masa. Ketika berada di tempat kerja,
mempunyai keluarga yang sangat menyokong pembangunan diri juga
adalah sangat penting. Kita akan lebih seronok bekerja apabila
mempunyai penyokong atau best buddy, dan akan jadi lebih
bersemangat apabila ada teman yang memberi dorongan serta nasihat
untuk melaksanakan tugasan dan mencapai matlamat di Mekdi.
So be a good buddy today! Semoga apa yang kita capai bersama
pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada generasi baharu
untuk masa depan yang lebih cemerlang!
SERVE INCLUSION INTEGRITY COMMUNITY FAMILY