The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Fatin Farhana binti Suzairi
TSLB 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinfarhana, 2025-03-08 10:09:14

PALS1012

Fatin Farhana binti Suzairi
TSLB 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN SAINS SOSIAL DAN STEM TAHUN AKADEMIK: JANUARI – MEI 2025 TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU) PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU PROGRAM: PPISMP AMBILAN: OGOS 2024/2029 SEMESTER: DUA NAMA PENSYARAH: SITI AIDA BINTI SHARI NAMA PELAJAR: FATIN FARHANA BINTI SUZAIRI ANGKA GILIRAN: 2024152310232 NO KAD PENGENALAN: 060223130254 TARIKH HANTAR: 06 MAC 2025 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: fatinfarhana Tarikh: 06 MAC 2025


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN ……………………………………………………………………………….. 2.0 DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA ……………………………………………………. 3.0 SUMBER TENAGA ..................................................……………………………………... 3.1 ISU BERKAITAN SUMBER TENAGA …………………………………................. 3.2 TEKNOLOGI HIJAU DALAM SEKTOR TENAGA ............................................. 4.0 PENGURUSAN SISA PEPEJAL .……………................................................................. 4.1 ISU BERKAITAN SEKTOR SISA PEPEJAL ...................................................... 4.2 TEKNOLOGI HIJAU DALAM SEKTOR PENGURUSAN SISA PEPEJAL .......... 5.0 BANGUNAN HIJAU ………………………………………................................................. 5.1 ISU BERKAITAN SEKTOR PEMBINAAN …………............................................ 5.2 TEKNOLOGI HIJAU DALAM SEKTOR PEMBINAAN …………………………… 6.0 KESIMPULAN ………………………………………………………………………………… 7.0 RUJUKAN ……………………………………………………………………………………..


1.0 PENGENALAN Dalam meniti era globalisasi yang semakin pesat, kemajuan teknologi telah membawa kepada pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi yang tidak lestari telah menyebabkan berlakunya peningkatan isu-isu alam sekitar seperti pencemaran. Teknologi merupakan aplikasi dari ilmu pengetahuan bagi penggunaan yang lebih praktikal dan efisien (Ahmad Suhaimi, 2020). Teknologi Hijau pula merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, serta meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (Majlis Keselamatan Negara, 2024). Teknologi Hijau juga merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui (Majlis Keselamatan Negara, 2024). Sepertimana yang diketahui umum, Teknologi Hijau mampu meningkatkan kualiti hidup semua hidupan di muka bumi ini kerana ia dapat memastikan persekitaran yang lebih bersih serta lebih banyak ruang hijau dan keadaan hidup yang lebih baik (Ajinomoto, 2020). Namun begitu, pelaksanaan teknologi hijau masih berdepan pelbagai cabaran seperti kos yang diperlukan untuk melaksanakannya begitu tinggi. 2.0 DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA Dasar Teknologi Hijau Negara telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2009 sebagai satu rangka kerja strategik untuk menggalakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai sektor. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara mampan sambil meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Terdapat lima objektif Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah dinyatakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mencapai status negara rendah karbon menjelang 2050. Antara objektif Dasar Teknologi Hijau Negara ialah untuk menyelaraskan pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangan Teknologi Hijau terhadap ekonomi negara. Seterusnya, dasar ini untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. Selanjutnya, dasar ini akan meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa. Selain itu, dasar


ini memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Akhir sekali, Dasar Teknologi Hijau Negara akan meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau serta menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2009) 3.0 SUMBER TENAGA Diatas muka bumi ini, terdapat pelbagai sumber tenaga yang boleh dijumpai secara semula jadi yang telah digunakan oleh manusia secara langsung atau tidak langsung. Sumber tenaga terbahagi kepada dua iaitu sumber tenaga boleh diperbaharui yang membawa maksud sumber tenaga yang selalu ada dan tidak akan habis walaupun digunakan secara berterusan seperti tenaga suria yang diperoleh daripada cahaya matahari. Selain daripada itu, terdapat juga sumber tenaga tidak boleh diperbaharui yang bermaksud sumber tenaga yang akan habis digunakan seperti petroleum (German Portillo, 2024). 3.1 ISU BERKAITAN SUMBER TENAGA Malaysia merupakan sebuah negara yang masih bergantung kepada petroleum sebagai sumber tenaga utama walaupun terdapat beberapa usaha telah dilakukan untuk menjadikan negara ini bergantung kepada tenaga boleh diperbaharui. Hal ini telah menghalang pelabur untuk melabur dalam sektor teknologi hijau serta memperlahankan usaha untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050 Penggunaan petroleum sebagai sumber tenaga utama terutamanya dalam sektor pengangkutan dan perindustrian telah menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida dan gas rumah hijau dalam jumlah yang banyak sekaligus menyebabkan berlakunya pemanasan global. Malaysia merupakan antara pengeluar karbon utama di Asia Tenggara dimana sektor tenaga dan pengangkutan menjadi penyumbang utama pencemaran udara (International Energy Agency, 2023). Di samping itu, penggunaan petroleum sebagai sumber tenaga utama juga telah menyebabkan peningkatan jumlah sebanyak 4.2 juta manusia terbunuh kerana pencemaran udara pada tahun 2019 (World Health Organization, 2024).


3.2 TEKNOLOGI HIJAU DALAM SEKTOR TENAGA Teknologi Hijau dalam sektor tenaga memfokuskan penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, bebas karbon serta serta dapat menggantikan penggunaan bahan api fosil. Antara perkara yang dititikberatkan dalam Teknologi Hijau ialah cara tenaga tersebut dijana atau dibekalkan serta kecekapan penggunaan dan agihan tenaga yang dihasilkan (Noraini et al., 2019). Sebagai contoh, penggunaan tenaga solar melalui pemasangan panel solar di kediaman masing-masing kerana tenaga solar merupakan sumber tenaga yang berpotensi untuk dibangunkan di negara ini memandangkan Malaysia menerima cahaya matahari yang mencukupi sepanjang tahun (Noraini et al., 2019). Disamping ia merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui, tenaga solar juga boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang efektif kerana penghasilan tenaga elektrik sendiri daripada solar dapat mengurangkan kebergantungan mereka kepada grid sekaligus mendatangkan penjimatan yang besar dalam kos utiliti isi rumah (Razak, A. A., 31 Julai 2024). 4.0 PENGURUSAN SISA PEPEJAL Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), sisa pepejal merujuk kepada apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses (Jabatan Korporat Komunikasi, 2022). Di Malaysia, pengurusan sisa pepejal telah berubah dari tanggungjawab pihak berkuasa tempatan kepada Kerajaan Persekutuan, dan kini ia diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). 4.1 ISU BERKAITAN SEKTOR SISA PEPEJAL Teknologi yang kian maju pada masa kini telah mengubah taraf hidup dan kegiatan manusia dengan penghasilan sisa pepejal yang semakin bertambah menyebabkan berlakunya lambakan dan pengurusan sisa pepejal yang kurang cekap sehinggakan alam sekitar turut terkesan (Min, C. O. & Mapa, M. T., 2021). Isu ini bukanlah sesuatu yang baharu malahan ia sering disiarkan di internet terutamanya apabila memasuki musim perayaan kerana berlaku peningkatan sisa pepejal yang berkali ganda jumlahnya (Rahman, S. A. A., 9 Mei 2023).


Peningkatan jumlah sisa pepejal ini telah menyebabkan penghasilan gas rumah hijau yang akan naik ke lapisan atmosfera dan memerangkap haba, sekaligus mengakibatkan kesan rumah hijau yang menyumbang kepada fenomena pemanasan global dan perubahan iklim, mendorong reaksi cuaca ekstrim seperti ribut dan taufan. Disamping itu, pembuangan sisa pepejal secara semberono serta tidak diurus dengan baik seperti plastik dan bekas makanan akan menyebabkan sistem saliran air seperti longkang, parit, dan sungai menjadi semakin cetek sehingga kerap berlakunya banjir kilat khususnya di kawasan bandar. Tambahan lagi, sisa pepejal ini juga mengakibatkan pencemaran air yang disebabkan oleh peresapan air larut resapan ke dalam sumber bawah tanah (Rahman, H. A., 3 Februari 2022). 4.2 TEKNOLOGI HIJAU DALAM SEKTOR PENGURUSAN SISA PEPEJAL Teknologi Hijau dalam sektor pengurusan sisa pepejal memfokuskan kepada usaha untuk meminimumkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran dengan cara mengolah sisa tersebut menjadi sesuatu yang baharu (Noraini et al., 2019). Antara aplikasi teknologi hijau dalam sektor pengurusan sisa pepejal ini ialah penggunaan konsep 5R iaitu Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula, dan Pemulihan (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) yang telah diperkenalkan bagi menggantikan konsep 3R sebelum ini. Dengan mengamalkan konsep tersebut, ia akan dapat meminimumkan penghasilan sisa. Selain itu, pengguna digalakkan untuk mengurangkan penggunaan kertas dengan mengguna semula kertas-kertas terpakai atau menggunakan kertas apabila diperlukan sahaja. Seterusnya, pengguna juga dinasihatkan supaya menyediakan makanan untuk isi rumah mengikut keperluan sahaja agar dapat mengelakkan pembaziran makanan. Pelaksanaan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal ini bukan sahaja membantu dalam pengurangan pembebasan gas rumah hijau, malah ia juga akan memastikan pengurusan sisa ini dijalankan dengan lebih cekap dan lestari.


5.0 BANGUNAN HIJAU Bangunan Hijau membawa maksud bangunan yang mengurangkan atau menghilangkan kesan negatif dalam reka bentuk, pembinaan, atau operasinya dan boleh memberi kesan positif terhadap iklim dan persekitaran semula jadi. Bangunan Hijau ini berupaya untuk menjimatkan sumber semula jadi yang berharga sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan semua hidupan di muka bumi ini (EcoLabel, n.d.). Malaysia telah memperkenalkan Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada tahun 2009 sebagai sistem untuk menilai prestasi alam sekitar bangunan. 5.1 ISU BERKAITAN INDUSTRI PEMBINAAN Industri pembinaan mempunyai kesan yang boleh menjejaskan alam sekitar, terutamanya dari segi pencemaran, pembaziran sumber, dan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon. Menurut Mohd Zaid (2023), sektor pembinaan merupakan pengguna terbesar bahan mentah dan bertanggungjawab terhadap kira-kira 25% hingga 40% daripada jumlah pelepasan karbon secara global. Tambahnya lagi, sektor pembinaan juga bertanggungjawab secara besar-besaran, mencakup hingga 50% dalam isu perubahan iklim, 40% daripada penggunaan tenaga di seluruh dunia, dan setengah daripada isu pembaziran tanah. Antara isu utama yang berlaku ialah kemusnahan ekosistem disebabkan aktiviti penebangan pokok secara berleluasa untuk pembangunan projek baharu, yang membawa kepada berlakunya pemanasan global kerana pokok-pokok yang ditebang tidak dapat melakukan proses fotosintesis sekaligus menyebabkan jumlah karbon dioksida di atmosfera semakin bertambah sekaligus memburukkan lagi masalah pemanasan global (Forest Protection Council, n.d.). 5.2 TEKNOLOGI HIJAU DALAM SEKTOR PEMBINAAN Teknologi Hijau dalam sektor pembinaan memfokuskan kepada pembinaan Bangunan Hijau, seperti Bangunan Berlian, iaitu ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga yang menekankan aspek seperti penelitian kualiti yang baik terhadap alam sekitar dan bangunan, penggunaan bahan binaaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap serta pengurusan sisa pepejal yang baik (Noraini et al., 2019). Di Malaysia, penerapan Teknologi Hijau dalam sektor pembinaan semakin berkembang saban tahun dengan pelaksanaan pensijilan bangunan hijau seperti Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) yang telah menetapkan piawaian untuk reka bentuk mesra alam serta menggalakkan projek


pembinaan yang menggabungkan ciri-ciri mampan. Sebagai contoh, pemilihan bahan pembinaan telah menjadi tumpuan utama dalam pergerakan bangunan lestari. Penggunaan kayu seperti kayu kitar semula dan tebus guna, lantai buluh, dan bahan mesra alam yang lain akan mengurangkan kesan alam sekitar secara mendadak daripada perkembangan baharu (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 2024). Dengan mengamalkan Teknologi Hijau ini, sektor pembinaan Malaysia akan membuka jalan ke arah masa depan yang mampan, selari dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang menekankan pemuliharaan alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, Teknologi Hijau telah terbukti memainkan peranan yang amat penting dalam memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. Tambahan pula, aplikasi Teknologi Hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan yang mapan dimana pembangunan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan (Majlis Keselamatan Negara, 2024). Sehubungan dengan itu, ianya merupakan tanggungjawab bersama semua hidupan di atas muka bumi ini untuk memastikan generasi akan datang juga berpeluang untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik dari sekarang melalui penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian bagi memastikan alam semula jadi terpelihara dari kesan negatf perbuatan manusia.


7.0 RUJUKAN 1. Ajinomoto Malaysia (2020) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau di Malaysia, Ajinomoto Malaysia https://www.ajinomoto.com.my/bm/asv/commitment-to-global-sustainabledevelopment/teknologi-hijau-dimalaysia#:~:text=Teknologi%20hijau%20meningkatkan%20kesihatan%20awam,dan %20mengurangkan%20kos%20penjagaan%20kesihatan 2. EcoLabel (n.d.) Apa Itu Bangunan Hijau?, EcoLabel https://www.ecolabel.org/ms/bilgiler/yesil-bina-nedir/ 3. Forest Protection Council (n.d.) Kesan Penebangan Hutan, Forest Protection Council https://www.forestprotection.com/ms/bilgiler/ormansizlasmanin-etkileri/ 4. International Energy Agency (n.d.) What Is the Climate Impact of Oil in Malaysia?, International Energy Agency https://www.iea.org/countries/malaysia/oil 5. Jabatan Korporat Komunikasi (2022) Apa Itu Sisa Pepejal?, Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. https://mumsb.com/more-article/20-01-apa-itu-sisa-pepejal 6. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Malaysia (2009), Dasar Teknologi Hijau Negara, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Malaysia 7. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (2024) Sektor Pembinaan Malaysia: Membina Legasi Kemampanan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia https://www.cidb.gov.my/sektor-pembinaan-malaysia-membina-legasi-kemampanan/ 8. Majlis Keselamatan Negara (2024) Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup – Manfaat Teknologi Hijau, Majlis Keselamatan Negara 9. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/06/23/teknologi-hijau-tingkat-kualiti-hidupmanfaat-teknologi-hijau/ 10. Min, C. O. & Mapa, M. T. (2021) Pengetahuan Pelajar dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah, Universiti Malaysia Sabah 11. Noraini et al. (2019) Buku Teks Sains Tingkatan 4 (1st Edition), Odanata Publishing Sdn. Bhd. 12. Portillo, G. (2024) Sumber Tenaga: Jenis, Kegunaan dan Situasi di Sepanyol, Renovables Verdes https://ms.renovablesverdes.com/apakah-sumber-tenaga/


13. Rahman, H. A. (3 Februari 2022) Urus Sisa Pepejal Secara Mampan, Elak Alam Sekitar Terbeban, Berita Harian https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/lainlain/2022/02/918371/urus-sisa-pepejal-secara-mampan-elak-alam-sekitar-terbeban 14. Rahman, S. A. A. (9 Mei 2023) Pengurusan Sisa Pepejal Perlu Diperinci Ketika Musim Perayaan, Berita Harian https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/mindapembaca/2023/05/1098811/pengurusan-sisa-pepejal-perlu-diperinci-ketika-musimperayaan 15. Razak, A. A. (31 Julai 2024) Penggunaan Solar ke Arah Negara Rendah Karbon, Kosmo https://www.kosmo.com.my/2024/07/31/penggunaan-solar-ke-arah-negara-rendahkarbon/ 16. Suhaimi, A. (2020) Apa Itu Teknologi Hijau dan Dasar Teknologi Hijau Negara, Mampan Kini https://mampankini.com/apa-itun-teknologi-hijau-dan-dasar-teknologi-hijau-negara/ 17. World Health Organization (2024) Ambient (Outdoor) Air Pollution, World Health Organization https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/ambient-(outdoor)-air-quality-andhealth 18. Zaid, M. (2023) ESG Kritikal Untuk Sektor Pembinaan: CIDB, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia https://www.cidb.gov.my/esg-kritikal-untuk-sektor-pembinaan-cidb/


Click to View FlipBook Version