LEMBAGA TABUNG HAJI
              RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-33
                                              MUSIM HAJI 1438H
                         25 – 28 November 2016 (Jumaat hingga Isnin)
                           bersamaan 25 Safar hingga 28 Safar 1438H
                  Tempat : TH Hotel & Convention Centre, Terengganu
KERTAS KERJA PERTAMA
HAD LARANGAN DALAM IHRAM YANG MEMBOLEHKAN TIDAK MEMAKAI
IHRAM BAGI LELAKI SELEPAS DARIPADA BERNIAT IHRAM HAJI
(DALAM MASA DHARURAH)
1. Miqat bagi jemaah yang memasuki Makkah hendaklah dari miqat yang telah
         ditetapkan oleh syarak mengikut arah masuk ke Makkah dan diwajibkan
         berpakaian ihram.
2. Jemaah lelaki berniat ihram di miqat tanpa memakai pakaian ihram kerana
         menghadapi masalah dengan pihak berkuasa. Jika berpakaian ihram ia akan
         menyebabkan jemaah tersebut tidak boleh memasuki Makkah. Dalam
         masalah ini dibolehkan tidak memakai pakaian ihram kerana masyaqah
         tersebut dan dikehendaki memakai pakaian ihram dengan segera apabila ia
         tiba di bangunan penginapan di Makkah. Dia tidak berdosa tetapi dikenakan
         dam takhyir dan taqdir. Sekiranya ia melengah-lengahkan menukar pakaian
         ihram, dia berdosa.
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-33 MUSIM HAJI 1438H  1
KERTAS KERJA KEDUA
TAHAP ISTITO’AH MELAKSANAKAN IBADAT HAJI BAGI YANG TELAH LANJUT
USIA
1. Istito’ah bermaksud kemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah. Istito’ah
         terbahagi kepada dua. Kemampuan dengan diri sendiri, kemampuan dengan
         pertolongan orang lain.
2. Individu lanjut usia yang tidak mampu mengurus diri, wajib dibadalkan jika
         berkemampuan dari segi kewangan.
3. Individu yang menghidapi penyakit yang tidak ada harapan sembuh dan
         penyakit kronik yang disahkan oleh Doktor Pakar, tidak wajib menunaikan haji
         dengan sendiri dan wajib dibadalkan jika berkemampuan dari segi kewangan.
4. Individu yang sakit pada tahun semasa dan tidak sembuh pada tahun
         tersebut, tidak wajib untuk menunaikan fardhu haji pada tahun itu. Jika masih
         belum sembuh dan berlaku kematian, wajib dibadalkan sekiranya
         berkemampuan dari segi kewangan.
KERTAS KERJA KETIGA
KAEDAH PENANGGUHAN HAID SEMASA UMRAH DAN HAJI : PENJELASAN
DARI ASPEK KESIHATAN
1. Jemaah wanita dibolehkan mengguna pil penahan haid semata-mata untuk
         mengelak daripada keluar haid semasa haji dan umrah kerana untuk
         mengambil kesempatan beribadat di Tanah Suci dan semasa Masya’ir.
2. Jemaah wanita dibolehkan mengambil pil penahan haid bertempoh untuk
         memendekkan tempoh kedatangan haid.
3. Tempoh penahan haid hanyalah untuk satu-satu tempoh musim haji dan
         umrah.
4. Sebelum mengambil pil penahan haid, perlu nasihat Doktor Pakar beberapa
         bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci dan mengikut peraturan-peraturan
         bagi mengelakkan kecelaruan haid.
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-33 MUSIM HAJI 1438H  2
KERTAS KERJA KEEMPAT
PERMASALAHAN HUKUM DALAM MASA IBADAT HAJI 1437H
1. Amalan-amalan haji dan umrah lampau yang baru diragui kesahihannya, tidak
         memberi apa-apa kesan dari segi hukum jika dia yakin sah ketika
         melaksanakannya dahulu.
2. Amalan-amalan haji dan umrah lampau yang diyakini tidak sah mengikut
         Mazhab Syafie maka boleh bertaqlid kepada mazhab lain untuk
         mengesahkannya jika ada.
3. Niat bersyarat:-
         3.1 niat bersyarat tidak digalakkan (dilarang keras) dalam melaksanakan
                  haji kerana dibimbangi tidak mendapat haji pada tahun tersebut.
         3.2 tidak harus niat bersyarat untuk bertahallul tanpa ada keuzuran atau
                  dengan katanya “aku jadi halal sekiranya aku kehendaki”.
         3.3 contoh niat bersyarat yang dibolehkan ada tiga cara:-
                  i. “sahaja aku mengerjakan umrah dan berihramlah aku
                           dengannya, sekiranya haid/ sakit berlaku aku akan jadi halal”.
                           (tanpa perlu niat tahallul, gunting dan menyembelih)
ii. “sahaja aku mengerjakan umrah dan berihramlah aku
         dengannya, sekiranya haid/ sakit berlaku aku akan bertahallul”.
         (perlu berniat tahallul semasa bergunting)
iii. “sahaja aku mengerjakan umrah dan berihramlah aku
         dengannya, sekiranya haid/ sakit berlaku aku bertahallul dengan
         menyembelih kambing”.
         (perlu berniat bertahallul semasa menyembelih kambing)
Peringatan : dicadangkan cara ( i ) sahaja diajar kepada jemaah umrah berdasarkan kepada
pandangan Mazhab Syafie (Kitab Bayan Fil Mazhabi Imam Syafie).
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-33 MUSIM HAJI 1438H  3
4. Haid juga termasuk dalam halangan syarak.
5. Yang dimaksudkan dengan uzur dalam masalah niat bersyarat ialah masyaqqah
       atau halangan yang tidak dapat ditanggung pada kebiasaannya oleh seseorang
       semasa ihram.
KERTAS KERJA KELIMA
FALSAFAH HAJI : SIFAT RASULULLAH S.A.W MELAYANI WARGA EMAS
1. Menyantuni golongan lemah dan lanjut usia yang menunaikan haji dan umrah
        merupakan sifat mulia dan terpuji serta amalan mengagungkan Allah S.W.T
        dan mempunyai nilai ta’abbudi.
2. Agama Islam Al-Hanif membawa ajaran yang bercirikan mudah dan penuh
        kerahmatan. Berasaskan prinsip ini, golongan lemah dan lanjut usia diberi
        rukhsah dalam melaksanakan manasik haji dan umrah mengikut tahap
        keupayaan mereka serta mengatasi masyaqqah yang mendatang selagimana
        tidak menjejaskan hukum.
3. Melayani dan menyantuni warga emas memerlukan kepada kesabaran yang
        tinggi dan setiap layanan kita diberi ganjaran yang setimpal.
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-33 MUSIM HAJI 1438H  4
LEMBAGA TABUNG HAJI
         RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-34
                                         MUSIM HAJI 1439H
                          19 – 22 November 2017 (Ahad hingga Rabu)
                           bersamaan 30 Safar hingga 03 Rabi’ul Awal 1439H
                            Tempat : TH Hotel Penang
KERTAS KERJA PERTAMA
         PENYUCIAN JIWA DARIPADA AMALAN SAKA, SUSUK DAN
         SEBAGAINYA MEMBANTU KEMABRURAN HAJI
         Dalam melaksanakan ibadat haji, kemabruran merupakan matlamat utama
         dan cara untuk memperolehinya melalui penyucian jiwa serta melakukan
         segala manasik dengan penuh keikhlasan.
1. Segala amalan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti saka, sihir dan
         sebagainya hendaklah dijauhi dan ditinggalkan.
2. Sebarang bentuk amalan dan juga perbuatan di atas hendaklah ditegah dan
         dicegah sebelum menuju ke Mekah.
3. Pihak yang terbabit dalam memberi kursus hendaklah memberi penekanan
         dalam isu ini dan membimbing mereka supaya bertaubat serta tidak lagi
         mengulangi perbuatan tersebut.
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-34 MUSIM HAJI 1439H  1
KERTAS KERJA KEDUA
         PERMASALAHAN HUKUM DALAM IBADAT HAJI
   1. Jemaah haji yang telah tawaf wada` dan sedang menunggu kenderaan,
        apabila masuk waktu solat dan mereka solat di lobi hotel atau di dataran luar
        Masjidi Haram secara berjemaah berimamkan imam Masjidil Haram solat itu
       bukan termasuk mazannah al-iqamah (tanda bermukim) di Makkah dan
        bukan melengah-lengahkan pemusafiran. Secara urufnya keadaan dan
        persediaan jemaah haji telah berada dalam keadaan bersedia untuk musafir
        dan tidak ada niat untuk bermukim. Oleh itu perbuatan solat tersebut tidak
        mewajibkan mereka mengulangi semula tawaf wada`.
   2. Hukum tawaf wada’ bagi jemaah haji ada 2 kategori seperti di bawah.
       i. Golongan yang tiada masalah dalam bab safar (musafir),
              Tempoh menunggu 8 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan biasa tanpa
              ada halangan atas sebab urusan berkaitan pemusafiran. Perkiraan masa 8
              jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa jemaah haji sampai
              dibangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’. Sekiranya
              Jemaah tidak keluar dari Makkah dalam masa 8 jam selepas tawaf wada’
              bukan disebabkan masalah urusan berkaitan permusafiran, tawaf
              wada’nya dianggap telah batal dan perlu diulang semula.
       ii. Golongan yang ada masalah dalam bab safar (musafir),
              Tempoh menunggu 24 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan dimana
              tawaf wada’ telah selesai, kemudian dalam tempoh 24 jam baru
              dimaklumkan kelewatan pergerakan kenderan keluar dari Makkah maka
              Jemaah tidak perlu mengulang semula tawaf wada’. Perkiraan masa 24
              jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa Jemaah haji sampai di
              bangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’.
2. Wanita istihadah yang melaksanakan solat jamak tamam dalam khemah
         semasa di Mina mengalami masyaqqah dan kesukaran mengulang wuduk
         semula untuk solat kedua(asar) selepas solat pertama (zohor) selesai, maka
         dia boleh bertaklid kepada mazhab Hanafi dan Hanbali yang berpendapat
         wanita istihadah wajib membaharui wuduk setiap kali masuk waktu solat
fardhu bukan setiap solat fardhu dan sunat. Pendapat ini terpakai
         hanya ketika di Masya’ir sahaja.
3 Ziarah Madinah adalah untuk menghayati sirah perjuangan Rasul S.A.W. dan
         sahabat serta membina kecintaan kepada Nabi dan sahabat baginda. Ia juga
         sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang amat tinggi terhadap
         kesusahan dan pengorbanan yang dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W. dan para
         sahabat mengembangkan Islam. Sehubungan dengan itu, ambillah peluang
         dengan sebaik yang mungkin ketika berada di Madinah walaupun hanya
         seketika dan tidak ada nas yang sahih untuk kita berada di Madinah selama
         lapan hari.
                 RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-34 MUSIM HAJI 1439H  2
KERTAS KERJA KETIGA
        BADAL HAJI BAGI JEMAAH HAJI YANG SAKIT DAN TIDAK ADA
        HARAPAN SEMBUH DI TANAH SUCI
1. Kewajipan haji tidak akan gugur dengan sebab kematian ataupun sakit atau
         uzur selagi mana ada kemampuan dari segi harta. Ini kerana kemampuan
         (Istito’ah) itu boleh dalam bentuk melaksanakan sendiri ibadat haji atau
         dilakukan oleh orang lain yang disebut sebagai badal haji.
2. Ada dua syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan seseorang
        dikategorikan sebagai al-ma`dub (penghalang):
        a. Penyakit/keuzuran tersebut menghalang seseorang daripada
        melakukan sendiri ibadat haji. Dan
        b. Penyakit/keuzuran itu hendaklah berkekalan dan berterusan sehingga
                  mati. (tiada harapan sembuh)
3. Berdasarkan dua syarat tersebut, Jemaah Haji yang disahkan oleh pakar
        perubatan bahawa sakitnya tiada harapan sembuh dan sangat berbahaya jika
        dibawa ke Arafah, maka badal haji boleh dibuat untuknya. Sekiranya telah
sembuh selepas daripada itu maka ia wajib menunaikan ibadat haji jika
        berkemampuan
4. Pelantikan wakil di Makkah untuk melakukan badal haji boleh dilakukan sebaik
        sahaja pakar perubatan mengesahkan bahawa penyakit Jemaah Haji tersebut
        tiada harapan sembuh dan sangat berisiko untuk di bawa ke Arafah.
5. Orang yang hilang (al-mafqud) merupakan orang yang tidak diketahui
         keadaannya sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal dunia.
         Kehilangan itu tidak boleh dijadikan asas untuk membolehkan badal haji
         dilakukan terhadapnya kerana ada kebarangkalian ia kembali semula. Badal
         haji hanya boleh dilakukan apabila mahkamah memutuskan bahawa orang
         tersebut diisytiharkan telah meninggal dunia. Ini bermakna, selagi tiada
         keputusan daripada mahkamah, selagi itu badal haji tidak boleh dilakukan.
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-34 MUSIM HAJI 1439H  3
KERTAS KERJA KEEMPAT
         NIAT BERSYARAT SATU KAJIAN SEMULA DARI SEGI PELAKSANAAN
1. Niat bersyarat bukanlah satu keharusan yang diberikan secara mutlak malah
         ia adalah pengecualian terhadap keadaan yang sangat mendesak yang
         menghalang Jemaah menyempurnakan ibadat haji atau umrah.
2. Berada dalam ihram bukanlah satu kesulitan atau kepayahan tetapi
         merupakan kelebihan yang diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Jemaah
         hendaklah diberikan kefahaman tentang kelebihan untuk berada dalam ihram.
3. Niat bersyarat yang dibolehkan ialah kerana kesempitan waktu untuk pulang
         ke tanah air dan Jemaah masih terikat dengan ihram umrah. Niat bersyarat di
         kalangan Jemaah wanita adalah diutamakan ketika mengerjakan umrah dan
         dilarang semasa mengerjakan Ibadat haji.
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-34 MUSIM HAJI 1439H  4
KERTAS KERJA KELIMA
        FALSAFAH HAJI : ADAB DAN ETIKA SEBAGAI DHUYUFURRAHMAN
        DARI SEGI KEBERSIHAN
        Islam adalah agama bersih lagi suci yang menganjurkan kepada umatnya
        menjaga kebersihan rohani dan jasmani.
1. Jemaah haji bertanggungjawab memelihara kesucian dua Tanah Suci dengan
        mengamalkan budaya bersih dan suci sama ada kebersihan tubuh badan,
        ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina (manasik haji) juga dalam memelihara
        alam sekitar. Sehubungan itu latihan yang diperolehi di Tanah Suci
        seharusnya diamalkan secara berterusan setelah mereka kembali ke Tanah
        Air.
2. Pengabaian aspek kebersihan dan kesucian bukan sahaja dibimbangi
        merosakkan sesuatu ibadat bahkan dibimbangi menjejaskan peluang
        mendapat haji yang mabrur.
3. Pihak yang terbabit dalam memberi kursus haji hendaklah memberi
         penekanan dalam isu kebersihan dan membimbing Jemaah Haji supaya
         menjaga kebersihan semasa di Tanah Air dan Tanah Suci.
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-34 MUSIM HAJI 1439H  5
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN
                      KALI KE-35 MUSIM HAJI 1439H
                           9 – 11 NOVEMBER 2018
       Pembelajaran manasik haji dengan jelas boleh
menyelesaikan banyak permasalahan dalam menunaikan fardhu
haji dan umrah. Justeru penekanan untuk menghadiri kursus haji
adalah amat penting.
Pertama: Niat ihram umrah atau haji perlu dijelaskan dengan
terperinci agar tidak tidak timbul sebarang kesulitan selepasnya.
Ini kerana sifat niat adalah luzum (mengikat).
Kedua: Haid dalam penentuan fatrah naqa’ boleh dilihat semula
berdasarkan suasana uruf yang memerlukan “( ”إعادة النظرEaddah
An-Nazar) sesuai dengan waktu tawaf.
Tempoh al-naqa` ditentukan berdasarkan pengalaman, realiti dan
kebiasaan fatrah al-naqa` yang dialami oleh seseorang individu
jemaah Haji wanita terbabit sebelumnya, dengan tidak
menentukan tempoh masa tertentu dan syarat-syarat darah tidak
keluar semasa melakukan tawaf.
Ketiga: Peraturan kerajaan Arab Saudi tidak menggalakan jemaah
haji menziarahi tempat-tempat luar manasik haji semasa musim
haji termasuk Taif. Tawaf wada’ hendaklah dilakukan jika jemaah
haji pergi ke Taif melalui mana-mana laluan kerana melebihi dua
marhalah.
Keempat: Adalah diharuskan solat berjemaah dengan berimam
kepada imam Masjidil Haram di surau yang mana hotelnya
bersambung dengan dataran atau kawasan Masjidil Haram.
Keharusan ini terpakai ketika zahmah qaswa (sangat sesak)
seperti waktu kemuncak haji dan solat Jumaat. Walaupun begitu,
digalakkan turun untuk solat bersama imam di masjid dan
bukanlah solat di hotel.
Kelima: Tawaf Ifadah dalam keadaan haidh kerana masyaqqah
dan dharurat hukumnya adalah sah, sama ada kerana:
    Pengangkutan seperti bas atau tiket kapal terbang yang
       telah confirm.
    Penginapan seperti kos hotel.
    Bebanan kewangan kerana tambahan perbelanjaan.
    Tiada rakan bersamanya yang mahu menunggu.
Tetapi perlu dibayar dam seekor unta. Sekiranya tidak mampu,
hendaklah membayar dam dengan seekor kambing.
Keenam: Istito’ah ialah syarat utama untuk pelaksanaan haji.
Konsep istito’ah hendaklah dilihat dari semua sudut selaras
dengan mafhum nas al-zad wa al-rahilah (ada bekalan dan
keperluan) dan amn al-tariq (aman dalam perjalanan) dan juga
tasrih (kuota dan visa kebenaran haji). Justeru mempunyai wang
yang cukup dengan jumlah harga semasa adalah diantara syarat
Istito’ah yang penting tanpa bergantung kepada sumber lain
termasuk kewangan yang mencukupi sebelum, semasa, dan
selepas menunaikan haji. Dengan mengambil kira jumlah
pendaftaran haji yang sangat tinggi (lebih 3 juta orang) dan
tempoh menunggu yang terlalu lama (114 tahun), adalah perlu
dikaji semula sistem pendaftaran haji dan pemilihan bakal haji
seperti menetapkan had umur kelayakan, mempunyai tahap
kesihatan yang baik serta mampu menghadapi kesukaran ketika
bermusafir ke Baitullah, individu lanjut usia yang tidak mampu
menguruskan diri wajib dibadalkan jika kemampuan dari segi
kewangan.
Ketujuh: Konsep nazafah (kebersihan) menjadi elemen utama
dan penting dalam kesempurnaan iman juga dalam meraih
kesempurnaan dan kemabruran haji. Kefahaman ini perlu
diterjemahkan dalam apa jua aktiviti jemaah haji Malaysia di
mana-mana jua.
Kelapan: Kaedah menentukan kategori perbuatan atau aktiviti
Jemaah Haji Malaysia dalam tempoh menunggu selepas tawaf
wada` hendaklah ditentukan berdasarkan kepada penilaian `uruf
semasa.
Walau bagaimanapun perbuatan atau aktiviti tersebut mestilah
tidak terkeluar daripada sifatnya sebagai sebab safar dan
mazannat al-iqamah (keinginan untuk menetap di Mekah).
Setelah jemaah selesai melakukan semua urusan safar maka
perbuatan yang dilakukan dalam tempoh menunggu tidak lagi
dikategorikan sebagai mazannat al-iqamah.
RESOLUSI
            MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-36
                             MUSIM HAJI 1441H/2019M
                               22 – 23 NOVEMBER 2019
1. Setiap Jemaah Haji perlu memantapkan akidah dan syariah dalam
    persiapan untuk pergi dan setelah pulang daripada mengerjakan
    ibadat haji. Pemantapan akidah dan syariah penting dalam
    membentuk akhlak, tingkah laku dan kesempurnaan amalan dalam
    Islam.
2. Menurut Mazhab Syafi’e, solat jamaah berimamkan Imam Masjidil-
    Haram di Anjung Tinjau Menara Jam Makkah adalah tidak sah kerana
    jarak saf melebihi 300 hasta (158 meter)dari bangunan masjid dan saf
    terputus daripada saf terakhir di dataran Masjidil-Haram.
3. Sah tawaf dengan menaiki kenderaan sama ada bagi Jemaah
    Haji/Umrah yang ada uzur Syar’ie atau tidak. Walau bagaimanapun,
    berjalan kaki lebih baik (afdhal)bagi yang tiada uzur syar’ie.
4. Jemaah Haji/Umrah yang keluar dari Makkah untuk melawat Bandar
    Taif wajib melakukan Tawaf Wada’ kerana melepasi jarak qasar
    (2 marhalah) dan boleh baginya melakukan solat secara jamak dan
    qasar selepas keluar dari Makkah.
5. Sekiranya Jemaah haji Tamattuk pergi ke Taif sebelum Wuquf, mereka
    wajib berniat ihram umrah sekurang-kurangnya di Qarnul Manazil
    kerana mereka ada kehendak untuk mengerjakan haji semasa masuk
    ke Makkah.
RESOLUSI
                                                MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-36
                                                                  MUSIM HAJI 1441H/2019M
                                                                   22 – 23 NOVEMBER 2019
6. Jika Jemaah Haji Tamattuk yang pergi ke Taif berniat haji di Qarnul
    Manazil, jadilah haji tersebut Haji Tamattuk yang tidak dikenakan Dam
    Tertib dan Taqdir kerana telah kembali ke Miqat asal atau mana-mana
    Miqat yang lima untuk berniat haji.
7. Jika Jemaah haji pergi ke Taif selepas Wuquf dan setelah selesai kerja-
    kerja haji, wajib berniat ihram umrah di miqat Qarnul-Manazil sekiranya
    mereka ada hasrat untuk mengerjakan umrah. Sekiranya tiada hasrat
    untuk mengerjakan umrah mereka tidak wajib berniat ihram.
8. Jemaah Haji yang sakit dan sudah berada di luar Mina sebelum 12
    Zulhijjah, tidak sah Nafar Awwalnya melainkan jika beliau masuk
    sebentar ke Mina pada 12 Zulhijjah setelah lontaran dilakukan oleh
    wakilnya dan seterusnya berniat Nafar Awwal di Mina sebelum
    memulakan langkah keluar dari Mina.
9. Jemaah Haji yang sakit dan berada di luar Mina tetapi gagal untuk
    kembali semula ke Mina bagi tujuan berniat Nafar Awwal wajib
    melakukan lontaran ketiga-tiga Jamrah pada 13 Zulhijjah iaitu dengan
    mewakilkannya kepada orang lain. Jika lontaran tersebut tidak
    dilakukan sehingga tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah, Jemaah
    Haji tersebut dikenakan Dam Tertib dan Taqdir. Walau bagaimanapun
    Dam tidak bermalam di Mina pada 13 Zulhijjah tidak dikenakan kerana
    Jemaah haji tersebut termasuk dalam kategori orang yang
    dikecualikan daripada bermabit di Mina.
10. Jemaah Haji yang tidak melakukan kesemua lontaran pada 10, 11, 12
    dan 13 Zulhijjah sehingga tamat waktunya dan dia hanya mampu
    membayar Dam dengan cara berpuasa sahaja, maka dia telah
    menjadi halal sebaik sahaja dia memulakan puasa.
                                                        2
RESOLUSI
                                                  MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-36
                                                                   MUSIM HAJI 1441H/2019M
                                                                     22 – 23 NOVEMBER 2019
11. Jemaah Haji yang tidak berkemampuan dari segi kewangan boleh
     membayar Dam sekali sahaja walaupun dia telah melakukan
     larangan ihram yang sama berulang kali (dalam kategori yang sama)
     selagi mana dia belum membuat bayaran Dam terhadap kesemua
     larangan yang telah dilakukan.
12. Istitho’ah sama ada yang berkaitan dengan jasmani (badaniyyah)
     atau kesihatan (sihhiyyah) merupakan salah satu syarat wajib haji.
13. Tidak wajib Haji dan Umrah (dengan diri sendiri) bagi mereka yang
     mempunyai penyakit kronik (al-zamanah) seperti yang disenaraikan
     dalm buku Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji edisi
     terkini.
14. Orang Kurang Upaya (OKU) yang sakit seperti lumpuh separuh badan
    (al-mafluj) adalah sama seperti orang normal yang sakit tiada harapan
    sembuh (al-zamanah) di mana haji mereka boleh dibadal jika
    berkemampuan dari segi kewangan.
15. OKU yang sihat tetapi tidak mampu mengurus diri adalah sama seperti
    orang yang tidak mampu berjalan sendiri (al-muq’ad) di mana haji
    mereka boleh dibadal jika berkemampuan dari segi kewangan.
16. Orang buta diwajibkan menunaikan haji/umrah dengan sendiri (tidak
    harus badal) sekiranya dia mampu membiayai pengiring sepanjang
    mengerjakan haji/umrah.
17. Jemaah Haji yang berada di Tanah Suci hanya boleh dibadalkan
    sekiranya dia sakit (rawatan rapi) atau berada di Hospital Arab (tidak
    boleh ke Arafah) dengan syarat disahkan oleh doktor pakar bahawa
    beliau tiada harapan sembuh. Sekiranya dia kembali pulih dan sihat
                                                         3
RESOLUSI
                                                MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-36
                                                                  MUSIM HAJI 1441H/2019M
                                                                   22 – 23 NOVEMBER 2019
   pada masa akan datang, dia hendaklah mengulang kembali hajinya
   jika berkemampuan dari segi kewangan.
18. Bagi memenuhi syarat istitho’ah, mereka yang ingin menunaikan
    fardhu haji adalah bertanggungjawab membiayai perbelanjaan
    sebenar mengikut kadar semasa yang ditentukan oleh pihak berkuasa.
19. Berkemampuan dengan bantuan orang lain (istitho’ah bighairihi)
    bermaksud tidak mampu menunaikan haji dengan sendiri, dan
    bukannya bermaksud mesti ada pengiring untuk mereka pergi haji.
    Oleh itu haji golongan ini boleh dibadal.
                                              -Tamat-
                                                        4
RESOLUSI
        MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-37
                         MUSIM HAJI 1442H/2020M
       21 – 23 DISEMBER 2020 / 6 – 8 JAMADIL AWAL 1442H
                   "MENGHAYATI ISTITO’AH HAJI DALAM MENANGANI WABAK”
Kertas Kerja 1
Tajuk: Kewajipan Haji Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Warga Emas Di
Musim Wabak
1. Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal dan warga emas yang tidak
    mampu mengurus diri sendiri adalah tidak wajib melaksanakan haji
    secara sendiri (binafsihi), walau bagaimanapun haji wajib
    dilaksanakan secara badal sekiranya mampu membayar upah
    badal haji.
2. Orang buta yang mampu menanggung kos dirinya dan upah
    pengiring wajib melakukan haji dengan sendiri.
3. Dalam musim wabak, pihak berkuasa (Ulil Amri) boleh
    menangguhkan sementara warga emas, OKU dan pesakit yang
    berisiko tinggi daripada menunaikan fardhu haji.
                                                   1
RESOLUSI
                                         MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-37
                                                           MUSIM HAJI 1442H/2020M
                                                              21 – 23 DISEMBER 2020
                                  “MENGHAYATI ISTITO’AH HAJI DALAM MENANGANI WABAK”
Kertas Kerja 2
Tajuk: Tahap Kemampuan Fizikal Pesakit Kronik Dan Mereka Yang
Berisiko Dijangkiti Penyakit Untuk Menunaikan Ibadat Haji Di Musim
Wabak
4. Orang yang mengalami obesiti yang tidak boleh menguruskan
    dirinya, tidak wajib melaksanakan haji secara sendiri (binafsihi),
    sebaliknya dibadal haji jika berkemampuan membayar upah badal
    haji.
5. Mereka yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit, dan berdepan
    dengan risiko kematian tidak wajib melaksanakan haji dalam masa
    wabak.
6. Pada masa wabak, had umur Jemaah haji tertakluk kepada
    ketetapan Ulil Amri (kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi).
7. Tahap penyakit kronik yang menghalang kemampuan fizikal
    (istito’ah kesihatan) dalam kewajipan haji akan ditentukan oleh
    pakar perubatan.
                                                   2
RESOLUSI
                                            MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-37
                                                              MUSIM HAJI 1442H/2020M
                                                                 21 – 23 DISEMBER 2020
                                     “MENGHAYATI ISTITO’AH HAJI DALAM MENANGANI WABAK”
 Kertas Kerja 3
 Tajuk: Kemampuan Kewangan Untuk Menunaikan Ibadat Haji Di Musim
 Wabak
8. Perbelanjaan sebenar mengerjakan haji adalah tanggungjawab
      bakal Jemaah haji sepenuhnya sama ada pada musim wabak atau
      tidak.
9. Bakal jemaah haji tidak wajib menerima sumbangan kos
      mengerjakan haji dari pihak tertentu untuk menunaikan haji. Walau
      bagaimanapun, tidak salah jika mereka menerima bantuan
      tersebut.
10. Bayaran perubatan berkaitan kesihatan seperti kuarantin, suntikan
      vaksin wabak dan lain-lain adalah juga termasuk dalam istito’ah
      kewangan yang perlu ditanggung oleh bakal Jemaah haji.
11. Kos perbelanjaan mencukupi kepada orang yang di bawah
      tanggungan yang ditinggalkan semasa mengerjakan ibadat haji
      adalah merupakan syarat istito’ah kewangan.
                                                     3
RESOLUSI
                                            MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-37
                                                              MUSIM HAJI 1442H/2020M
                                                                 21 – 23 DISEMBER 2020
                                     “MENGHAYATI ISTITO’AH HAJI DALAM MENANGANI WABAK”
 Kertas Kerja 4
 Tajuk: Istito’ah Amniah Dan Kebenaran Menunaikan Haji Di Musim
 Wabak
12. Istito’ah amniah (keamanan dan keselamatan) dalam ibadat haji
      merangkumi keselamatan dalam aspek berikut:
            i. nyawa;
            ii. harta;
           iii. kehormatan;
           iv. kesihatan;
           v. perjalanan;
           vi. tempat tinggal di Tanah Suci; dan
          vii. pelaksanaan ibadat haji
13. Ulil Amri berhak mengehadkan bilangan atau tidak membenarkan
       bakal jemaah haji menunaikan fardhu haji ketika wabak.
                                                     4
RESOLUSI
                                            MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-37
                                                              MUSIM HAJI 1442H/2020M
                                                                 21 – 23 DISEMBER 2020
                                     “MENGHAYATI ISTITO’AH HAJI DALAM MENANGANI WABAK”
 Kertas Kerja 5
 Tajuk: Pelaksanaan Haji Pada Musim Wabak: Rukun Dan Wajib Haji Serta
 Tawaf Wada’
14. Pelaksanaan manasik haji pada musim wabak ada kemungkinan
      berlakunya halangan daripada pihak berkuasa, maka hukum
      hakam yang berkaitan halangan (ihsar) perlu difahami dengan lebih
      mendalam khususnya oleh Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)
      dan pihak Pengurusan Haji.
15. Niat haji bersyarat hanya digalakkan dalam masa wabak bagi
      mengelak dikenakan dam ihsar jika dihalang oleh pihak berkuasa
      untuk meneruskan ibadat haji.
16. Semasa wabak, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh
      pihak berkuasa ketika dalam ihram bagi wanita adalah diharuskan,
      dan tidak dikenakan dam serta tidak berdosa.
      Lelaki dibolehkan untuk menutup muka kerana perbuatan tersebut
      tidak termasuk dalam perkara larangan dalam ihram bagi lelaki.
17. Tawaf wada’ tidak wajib dilakukan dan tidak dikenakan dam jika
      keadaan tidak membenarkan disebabkan oleh larangan daripada
      pihak berkuasa.
                                            -Tamat-
                                                     5