The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihajarmahassan47, 2023-11-09 00:58:06

BUKU PROGRAM MAHRAJAN MEMANAH

BUKU PROGRAM MAHRAJAN MEMANAH

LAPANG SASAR INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS BANGI INSTITUT PENDIDIKAN AGAMA NEGERI SELANGOR 2023 MAHRAJAN MEMANAH 14 hingga 17 NOVEMBER 2023


ISI KANDUNGAN 01. Ucapan Alu-Aluan 02. Latar Belakang, Rasional 04. Jawatankuasa Induk 05. Jawatankuasa Pelaksana 07. Jadual / Kronologi Kejohanan Memanah 06. Bidang Tugas Jawatankuasa Pelaksana Kecil 08. Penyertaan 09. Perhargaan 10. Catatan 03. Objektif 02


UCAPAN ALU-ALUAN DR JAFRI BIN ABU PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 03 03 ـ َحْمُد للِه الِذْي ِبِنْعَمِتِه َتِتّم الَّصاِلـ َحاُت ، َوالَّص َالة َوالَّس َالُم َعىَل َرُسْوِلَنا األِمْيَن َوَعىَل َءأِلِه َوأْص َحابِه أْجـَمِعْيَن اْل Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan Inayah-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan Mahrajan Memanah Institusi Pendidikan Agama Tahun 2023 dengan jayanya. Sekalung Tahniah juga diucapkan kepada semua warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor khususnya Sektor Pendidikan Islam, sekolah pengelola dan semua sekolah yang terlibat untuk menjayakan mahrajan sukan memanah ini. Mahrajan Memanah Institusi Pendidikan Agama 2023 diharapkan dapat mencapai matlamat Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Malah ia juga bagi mendokong program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) dalam sukan memanah serta menggalakkan penyertaan murid-murid dalam memupuk budaya sukan serta melonjakkan budaya kecemerlangan di Institusi Pendidikan Agama di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Harus kita fahami bahawa, menolak daripada sebarang aktiviti riadah dan sukan kerana ingin menumpukan kepada ibadah semata-mata bukanlah cara terbaik yang dididik oleh ajaran Islam. Umat Islam wajar mengambil peluang menyertai sukan di peringkat negara mahupun dunia. Tidak salah kita menyertai kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Asia hinggalah kejohanan Olimpik demi membuktikan umat Islam juga mampu bersaing pada peringkat tertinggi selain menjadi dakwah menyebarkan ajaran Islam kepada golongan bukan Islam. Umat Islam mestilah kuat dan berdaya saing. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Allah s.w.t lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Malah terdapat juga hadis Rasulullah s.a.w yang menggalakkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Hal ini turut diberi penekanan oleh Nasih Ulwan dalam bukunya "Tarbiyah al-Aulad" sebagai satu bentuk pendidikan awal kepada kanak-kanak dari sudut pembinaan kekuatan fizikal. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Islam juga sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yang sihat sejak kecil lagi kerana ibarat pepatah Arab ada menyebut 'al-aql salim fi jism as-salim' iaitu akal yang cerdas lahir dari badan yang sihat.


03 UCAPAN ALU-ALUAN HAJI SHOPUAN ANUAR BIN AHMAD KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR ِبْسِم ِهللا الَّرْحَمِن الَّرِحْيِم ـ َحْمُد للِه الِذْي ِبِنْعَمِتِه َتِتّم الَّصاِلـ َحاُت ، َوالَّص َالة َوالَّس َالُم َعىَل َرُسْوِلَنا األِمْيَن َوَعىَل َءأِلِه َوأْص َحاب ِِه أْجـَمِعْيَن اْل Pertamanya marilah kita memuja dan memuji serta bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurniaan-Nya Mahrajan Sukan Memanah Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Selangor tahun 2023 dapat direalisasikan dengan jayanya. Mahrajan Sukan Memanah IPA 2023 peringkat negeri ini, adalah aktiviti berbentuk sukan yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Objektif Mahrajan Memanah ini dianjurkan adalah untuk menjadikan aktiviti Sukan Memanah sebagai: i) ’nich area’ SMKA dan SABK disamping memupuk budaya sukan di kalangan muridmurid Institut Pendidikan Agama. ii) menyediakan peluang bertanding dalam sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) kepada kalangan murid SMKA dan SABK . iii) mencungkil bakat Sukan Prestasi Tinggi Sekolah ( SPTS ) di kalangan murid SMKA dan SABK untuk berpeluang dilatih secara sistematik dan bertanding secara teratur untuk pendedahan ke peringkat lebih tinggi. iv) membina dan meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan serta ikatan silaturrahmi dan ukhwah di kalangan murid-murid SMKA dan SABK antara negeri yang terlibat. Penyertaan sekolah yang terlibat ialah sebanyak 26 buah iaitu 3 buah SMKA dan 23 buah SABK terdiri daripada 74 peserta lelaki dan 63 peserta perempuan. Dengan penglibatan jumlah pelajar yang besar ini, kita sebenarnya akan mempunyai lebih pilihan untuk mencari johan yang benar-benar berkualiti dan baik. Selain itu, jumlah penyertaan yang lebih luas ini membolehkan ikatan silaturrahim dan ukhuwah di kalangan guru-guru dan murid-murid antara sekolah-sekolah yang terlibat dapat dijalin dan dapat dikukuhkan. Adalah diharapkan juga, Mahrajan Memanah IPA 2023 ini akan menjadi satu platform pendedahan kepada murid-murid dan sekolah-sekolah untuk melahirkan atlet-atlet memanah yang berkualiti di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khusus untuk Pengetua dan warga SAM Bandar Baru Salak Tinggi yang diamanahkan sebagai Pengelola Pertandingan Mahrajan Memanah IPA 2023. Tahniah juga kepada semua ahli jawatankuasa Induk dan Pelaksana Mahrajan Sukan Memanah, Unit Sukan JPS dan Unit Pendidikan Islam PPD Sepang, pengetua-pengetua sekolah yang terlibat serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menggembleng tenaga didalam menjayakan Mahrajan Sukan Memanah pada tahun ini. Semoga matlamat kejohanan ini terlaksana dan tercapai dengan jayanya. 04


LATAR BELAKANG Dasar Sukan Negara yang telah digubal pada tahun 1988 merangkumi Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan sosial yang lain supaya pembangunan, perpaduan dan kestabilan negara dapat dinikmati bersama. Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) merupakan sebahagian komponen penting dalam pembangunan sukan negara bagi melahirkan atlet-atlet elit bertaraf dunia bagi pembentukan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang khususnya dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara maju. Sukan memanah merupakan sukan yang sangat dianjurkan oleh Islam. Justeru, penyertaan sekolah-sekolah agama dalam program SPTS khususnya dalam sukan memanah diharap dapat mendokong hasrat kerajaan melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia disamping meningkatkan kesihatan, perkembangan jasmani, rohani dan semangat ukhwah serta silatur rahim di kalangan murid. 05


RASIONAL Salah satu komponen penting pendidikan di sekolah adalah aktiviti sukan. Sukan merupakan nadi ABC (Anak Baik Lagi Cerdik). Justeru, sukan diharap dapat menjadi platform untuk memupuk persefahaman dan semangat perpaduan dikalangan murid juga semangat berpasukan dan daya juang yang tinggi. Sukan juga penting untuk kesihatan serta perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) murid-murid. Sukan dapat memberi peluang kerjaya profesional bagi individu yang mempunyai bakat dan kesungguhan. Selaras dengan kewujudan program SPTS ini, murid di sekolah-sekolah agama khususnya, juga perlu didedahkan dan diberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan bakat dan kemampuan dalam sukan ini. Karnival Sukan Sekolah Agama pernah dijalankan sebelum ini atas inisiatif Jabatan Agama Islam negeri-negeri tertentu. Apabila sekolah-sekolah Agama Negeri berdaftar sebagai SABK dengan Kementerian Pendidikan Malaysia maka segala aktiviti berkaitan kurikulum dan ko-kurikulum dipantau dan diselaras oleh KPM. Berdasarkan hakikat tersebut, kesinambungan program yang seumpamanya patut diteruskan. Justeru itu Bahagian Pendidikan Islam melalui Sektor Pendidikan Islam mengambil daya usaha untuk menganjurkan Mahrajan Memanah Institusi Pendidikan Agama. 06


OBJEKTIF Menjadikan aktiviti Sukan Memanah sebagai ‘Sukan Bitara’ SABK dan SMKA disamping memupuk budaya sukan di kalangan murid-murid Institusi Pendidikan Agama. Menyediakan peluang bertanding dalam sukan SPTS kepada kalangan murid SABK dan SMKA Mencungkil bakat SPTS di kalangan murid SABK dan SMKA untuk berpeluang dilatih secara sistematik dan bertanding secara teratur untuk pendedahan ke peringkat lebih tinggi. Membina dan meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan serta ikatan silaturrahim di kalangan murid-murid SABK dan SMKA yang terlibat. 07


JAWATANKUASA INDUK 03 Penasihat Dr. Jafri bin Abu Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Pengerusi Haji Shopuan Anuar bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Timbalan Pengerusi I Haji Abdullah bin Haji Ramli Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Timbalan Pengerusi II Ismail bin Jaapar Ketua Penolong Pengarah Unit Adab dan Nilai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Setiausaha Ridzuan bin Sharrif Penolong Pengarah Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Timbalan Setiausaha Mohd Bakhtiar bin Matal Penolong Pengarah Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Bendahari Haji Ibnu Muez bin Supeni Penolong Pengarah Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Ahli Jawantankuasa Pegawai Pendidikan Daerah Sepang Pejabat Pendidikan Daerah Sepang Pengetua SAM Bandar Baru Salak Tinggi 08


JAWATANKUASA PELAKSANA 03 Penasihat Haji Shopuan Anuar bin Ahmad Ketua Sektor Sektor Pendidikan Islam Pengerusi 1 Tuan Hj Abdullah Bin Ramli Penolong Pengarah Kanan Unit PPPI Sektor Pendidikan Islam Timbalan Pengerusi Pengetua SAM Bandar Baru Salak Tinggi Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum SAM Bandar Baru Salak Tinggi Penolong Setiausaha 1 Setiausaha Sukan (Pengurusan) SAM Bandar Baru Salak Tinggi Penolong Setiausaha 2 Penyelaras Kelab Memanah (Teknikal) SAM Bandar Baru Salak Tinggi Urusetia SAM Bandar Baru Salak Tinggi 09


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA KECIL 10 Persiapan Tempat dan Sistem Siaraya di Padang dan Dewan Majlis Penutup SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI Jamuan Tetamu Khas/ Hakim / AJK / Pegawai Memanah / Urusetia SAMT SULTAN HISAMUDDIN Makanan Pelajar SAM JERAM Hadiah Dan Sijil SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Pendaftaran SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI Buku Program Dan Publisiti SAM UNWANUS SAADAH Pengurus Pemenang SAM RAWANG Dokumentasi/ Fotografi/ Pencetak Sijil/Mencatat minit mesyuarat/ Banner dan tanda nama SAM SULTAN HISAMUDDIN / URUS SETIA SPI Teks Ucapan Ketua Sektor dan Perasmi URUSETIA/SPI Sambutan/Protokol SAM PAYA JARAS


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA KECIL 11 Statistik dan Tanda nombor prlajar SAM BANDAR BBST / SAMTAJ SG. BESAR Peralatan SPI / PPD SEPANG / SAM BBST Keselamatan dan Kecemasan SMKA MAAHAD HAMIDAH Kebersihan SAM TANJONG KARANG Juri Rayuan SPI / PPD SEPANG / PPD HULU LANGAT Penginapan SAM HULU LANGAT / SAM BBST Lalu lintas SAM BESTARI Teknikal / Pertandingan SAM BBST / SAM SG MERAB LUAR / URUSETIA / SPI


TARIKH MASA AKTIVITI 14 NOV 2023 (SELASA) 2.00 – 6.00 ptg Pendaftaran Latihan Rasmi Pemeriksaan Alatan 4.00 – 6.00 ptg Mesyuarat pengurus 15 NOV 2023 (RABU) 8.00 pg – 12.00 t/hari Pusingan Kelayakan 50m Rounds Set 1 (Lelaki) Pusingan Kelayakan 50m Rounds Set 1 (Perempuan) Pusingan Kelayakan 50m Rounds Set 2 (Lelaki) Pusingan Kelayakan 50m Rounds Set 2 (Perempuan) 12.00 ptg – 6.00 ptg Pusingan Olimpik Berpasukan 1/16 Kategori Lelaki (SEMUA PASUKAN) Pusingan Olimpik Berpasukan 1/16 Kategori Perempuan (SEMUA PASUKAN) Pusingan Olimpik Berpasukan 1/8 Semua Kategori Pusingan Olimpik Berpasukan 1/4 Semua Kategori Pusingan Olimpik Berpasukan Separuh Akhir Semua Kategori Pusingan Olimpik Berpasukan Akhir Semua Kategori JADUAL / KRONOLOGI KEJOHANAN MEMANAH 12


16 NOV 2023 (KHAMIS) 8.00 pg – 12.00 ptg Pusingan Olimpik Individu 1/32 Kategori Perempuan Pusingan Olimpik Individu 1/32 Kategori Lelaki Pusingan Olimpik Individu 1/16 Semua Kategori Pusingan Olimpik Individu 1/8 Semua Kategori Pusingan Olimpik Individu 1/4 Semua Kategori Pusingan Olimpik Individu Separuh Akhir Semua Kategori 16 NOV 2023 (KHAMIS) 12.00 – 6.00 ptg Pusingan Olimpik Berpasukan Campuran 1/16 (SEMUA PASUKAN) Pusingan Olimpik Berpasukan Campuran 1/8 Semua Kategori Pusingan Olimpik Berpasukan Campuran 1/4 Semua Kategori Pusingan Olimpik Berpasukan Campuran Separuh Akhir Semua Kategori Pusingan Olimpik Berpasukan Campuran Akhir Semua Kategori 17 NOV 2023 (JUMAAT) 9.00 pg – 12.30 ptg Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pergerakan pulang ke sekolah masing masing JADUAL / KRONOLOGI KEJOHANAN MEMANAH 13


PENYERTAAN SMKA MAAHAD HAMIDIAH SAM BAGAN TERAP SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI SAM SULTAN HISAMUDDIN SAM BESTARI SAM SUNGAI HAJI DORANI SAM RAWANG SAM HULU LANGAT SAM MUHAMMADIAH SAM NURUL IMAN SAM PAYA JARAS SAM PASIR PANJANG SAM SUNGAI MERAB LUAR SAM TENGKU AMPUAN JEMAAH SAM TANJONG KARANG SAMT SULTAN HISAMUDDIN SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABD AZIZ SHAH SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH SAM UNWANUS SAADAH SMKA TUN RAHAH 14


PENGHARGAAN Jawatankuasa Pengelola Mahrajan Sukan Memanah tahun 2023 merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Pejabat Pendidikan Daerah Sepang AJK Pengelola Kejohanan Memanah Semua Pengetua SABK dan SMKA Negeri Selangor Pengerusi Teknik Kejohanan Memanah Pegawai-pegawai Kejohanan Memanah Pengurus-pengurus Pasukan Para Peserta Kejohanan Memanah serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. TERIMA KASIH 15


CATATAN www.reallygreatsite.com 16


CATATAN www.reallygreatsite.com 17


Click to View FlipBook Version