The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Neon Palette Book Slideshow for Marketing by Slidesgo

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10277926, 2021-09-27 10:36:40

LAPORAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN SUNGAI

Neon Palette Book Slideshow for Marketing by Slidesgo

LAPORAN AKTIVITI
GOTONG-ROYONG
MEMBERSIHKAN

SUNGAI

RAYYAN BIN RAZIF
6 AISHAH

AKTIVITI MEMBERSIHKAN SUNGAI SEKOLAH KEBANGSAAN (A) MIS BINTULU

Pada 12 April 2020, Pihak PIBG Sekolah Kebangsaan (A) MIS Bintulu, Sarawak telah menganjurkan aktiviti gotong-
royong membersihkan sungai. Terdapat 50 orang peserta yang turut serta dalam aktiviti ini terutamanya dari kelas
6 Aishah.

Tujuan utama aktiviti ini dianjurkan adalah untuk membersihkan sebatang sungai tercemar yang terdapat di hadapan
sekolah tersebut. Selain itu aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid
kelas 6 Aishah.Pada pukul 10.00 pagi semua peserta berkumpul di dewan Sekolah Kebangsaan (A) MIS Bintulu,
Sarawak untuk mendengar taklimat yang telah dibuat oleh Ketua (PIBG) iaitu Puan Rosmah tentang peraturan dan
alatan bagi aktiviti gotong-royong ini .

Selepas taklimat itu para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.Kumpulan pertama ditugaskan untuk menyauk
sampah-sarap yang terapung di sungai yang terletak di depan sekolah tersebut. Kumpulan kedua pula ditugaskan
untuk mengutip sampah dan bangkai haiwan yang ada pada tebing sungai.Selain itu, kumpulan ketiga ditugaskan untuk
menanam pokok-pokok bunga di tebing sungai supaya kelihatan cantik dan ceria. Manakala kumpulan keempat telah
ditugaskan untuk membuat makanan dan minuman sebagai alas perut para peserta pada waktu rehat.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah mencapai matlamatnya dalam membersihkan sungai. Para peserta mengambil
makanan dan minuman yang telah dihidangkan sambil berkenalan antara satu sama lain.Pada pukul 12.00 tengah hari,
Puan Rosmah selaku Ketua (PIBG) telah memberi ucapan terima kasih atas usaha dan kesudian para peserta yang
dapat hadir ke aktiviti gotong-royong dan berharap agar dapat meghadiri gotong-royong yang akan datang.

Disediakan oleh, 27 APRIL 2021.

Rayyan

(RAYYAN BIN RAZIF)
Setiausaha Kelas 6 Aishah,
Sekolah Kebangsaan (A) MIS Bintulu, Sarawak

SEKIAN


Click to View FlipBook Version