The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9392709, 2021-06-22 13:18:47

BOLA BALING

BOLA BALING

Keywords: bola baling

TAJUK:E-BULETIN BOLA BALING

NAMA:
1.VINCY KOO YEN CHI
2.JASON TAN FANG HONG
3.DARREN ONG YONG SHENG

CARTA ORGANISASI KELAB
BOLA BALING SESI
2020/2021

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN
KELASIBNBMOILNA BALING

JADUAL AKTIVITI SESI 2020/2021

TARIKH AKTIVITI
OGOS 2020-JUN

2021

Gambar Aktiviti Tahun 2018-2021

SUDUT MAKLUMAT BOLA BALING

Bola Baling boleh dimainkan sama ada di
dalam atau luar dewan. Peralatan yang
diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang
diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan
14 orang pemain (tujuh orang sepasukan).
Dua orang pengadil diperlukan untuk
mengawal permainan.

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN

PADANG/GELANGGANG (KAWASAN

PERMAINAN)

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang
digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang
terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan
yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur,
40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol.
Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang
sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol
mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari
tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus
dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan
penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol.
Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari
tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua
garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya
dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam
gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5
cm.

BOLA

Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah
berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap
kategori pemain adalah seperti berikut :

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g.
Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16
tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga
12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi
setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti
kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan
dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

TIANG GOL

• Tiang gol perlu diletakkan di tengah-
tengah garisan gol. Tiang gol terdiri
daripada dua batang tiang tegak yang
panjangnya 3 meter dan tingginya 2
meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan
oleh sebatang palang empat segi yang
panjangnya 3.16 meter. Tiang gol
diperbuat daripada kayu atau bahan
sintetik yang serupa dan dicat dengan
warna yang sama dengan ukuran 28 cm.
Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah
8 cm.

PEMAIN DAN

PAKAIAN

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri
daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek,
stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang
hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol
yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan
daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain
pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap
berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.
Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang
pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang
penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi
bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16
dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-
nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS
PERMAINAN BOLA

BALING

1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola

Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam
Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.

3 kemahiran asas tersebut ialah :

1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara
penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang
digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola
jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti
berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU

Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam
permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat
hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh
mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus
menggocek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan
badannya.

HANTARAN
LANTUN

Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut.
Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak
lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini
biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

HANTARAN ARAS DADA

Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan
bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras
dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari
tangan. Tangan hendaklah i berasal dari permainan bola
keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat
untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia
akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola
tidak terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI

Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran
jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan
badannya untuk menghadap ke arah penerima
hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran
cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan
dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak
tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA

Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain
bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi
prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan
menjadi positif ?
d) Kekuatan – sekuat manakah bola patut di baling dalam
situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan
jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN

Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas.
Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan
daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan
adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama
ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran
hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini
disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:a) Ia membolehkan rintangan
yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.b) Untuk
menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau
menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep – konsep
Penting dalam Sistem Tuas1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan
daya.2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-
anggota badan itu sendiri.3. Paksi/fulkrum – sendi4. Lengan daya dan lengan
beban.a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang
lebih diangkat.b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan
kelajuan yang lebih dihasilkan. Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan
pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya.
Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada
bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang
berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan
mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan
bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu
berlaku dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

Prinsip utama dalam menangkap bola adalah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus
mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh
dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis
hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran
yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan
perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direntangkan dan dijulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan.
Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang
selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan
kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan
jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah
pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan
ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran
tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA

1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak
menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah
berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur
secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola
hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola
rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan
dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke
bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan
dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan
daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah
memperhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang
kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di
belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk
menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini
adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah
tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola
hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih
kemas.

KESALAHAN-
KESALAHAN
MENANGKAP BOLA

1. Memegang bola menggunakan
jari dan tidak menggunakan
tapak tangan.
2. Tangan yang dijulurkan ke
depan berada terlalu rendah dan
tidak pula berada terlalu jauh di
belakang.
3. Tidak menggunakan
pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan
tidak mengikut situasi
permainan.

SAINS DALAM MENANGKAP BOLA

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum
pertama Newton iaitu Hukum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak
bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika
bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus
melainkan jika diganggu oleh daya luar.
Konsep – konsep Penting dalam Inersia
1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum)
objek yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek
yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)

Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola
dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola
tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola
tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat
mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.

KEMAHIRAN KETIGA :
MENJARING BOLA

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu
pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya
dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata
jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam suatu permainan bola baling adalah
40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.
Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua
pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada
pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan
gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggung jawab dalam mengatur dan
melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan
kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama
yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan
pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan
tidak mudah berputus asa.

PRINSIP – PRINSIP UTAMA

Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN

1.Jaringan dari atas

Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah
pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh
dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala adalah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala
dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

2.Jaringan Dari Bawah Lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan
apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan
tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya
diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini
adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil
bola dibawa ke belakang bawah atas bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan
dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain diletakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3.Jaringan Lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting adalah
dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia
agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang
berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan
ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada
di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua
belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan
sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak
lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai
kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia
memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola,
memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus
membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan
bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau
pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke
kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di
bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang
ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi

Selain daripada membuat jaringan
tinggi atau rendah untuk
menewaskan pertahanan lawan,
penjaring juga boleh membuat
jaringan daripada sisi pemain yang
mengawal. Pemain tangan kanan
berpura-pura membuat jaringan
pada arah kiri pemain lawan. Secara
tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki
kanannya, menggerakkan badannya
ke kiri dan berdiri pada kaki kiri.
Apabila mendarat di sisi, pemain
berkenaan memusingkan sedikit
badan dan bahunya, membawa bola
lebih rendah lalu membuat jaringan
di bawah lengan pemain lawan.
Jaringan ini lebih berkesan jika
dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru,
jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan
gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah
kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membungkukkan badan supaya dapat
membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan
gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada
di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang
penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus pada penjaga gol untuk memperhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan
melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah
bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini,
iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan
sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan
ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli

Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

PRINSIP SAINS DALAM

KEMAHIRAN MENJARING

Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas
manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring
manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika
membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk
menambah kelajuan suatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:
1. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun
dengan tangan, lengan, kepala, p1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol.
Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan
sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat
ditujukan tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika
ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke
arah sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan
yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan
daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku
bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada
objek adalah kurang.

LATIHAN ANSUR MAJU

Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas ( jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) c) Seperti
latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke
hadapan dari belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
f ) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

Jaringan – jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

10 PERATURAN ASAS
PERMAINAN BOLA BALING

1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai
pemain simpanan. Pergantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat
permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
aha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. ·
Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang
tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang
– kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada
penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dinyaringkan dari mana-mana balingan.

REFLEKSI

Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini. Mengikut sejarahnya, Bola
Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan.
Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau
gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang
pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola,
menggocek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai
prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang
diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia.
Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku.
Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas
diaplikasikan ketika bola diayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang
diperlukan untuk memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan
supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.


Click to View FlipBook Version