The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18_2021.doc

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-61038957, 2022-04-16 10:26:54

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18_2021.doc

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK PUTERI WANGSA
KALI KE - 18 2021

Tarikh : 10 April 2021

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Dewan Sri Wangsa, SMK Puteri Wangsa dan Kediaman Ibu bapa/Penjaga

Pengerusi : Pn. Rahilah binti Abdullah

Kehadiran Guru : 120 orang

Kehadiran Ibu Bapa : 213 orang

1 UCAPAN PENASIHAT (EN. TEY TIONG LIM)
1.1 Pengetua menyampaikan ucapan penghargaan kepada barisan ibu bapa dan
guru yang sudi menyertai ke Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Puteri
Wangsa kali ke-18. Tuan Pengetua selaku penasihat PIBG menyampaikan mesej
daripada KPM yang menyatakan bahawa PIBG sebagai salah satu platform untuk
membangunkan sekolah.

1.2 Pengetua memaklumkan bahawa hasrat untuk memastikan kemenjadian murid
dan melahirkan sekolah yang berkualiti dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Hasrat ini memerlukan sokongan penuh daripada ibu bapa,
terutamanya dalam memastikan pelaksanaan program-program sekolah yang
dirancang.

1.2.1 Laporan Pentadbiran
Pengetua menjelaskan tentang misi, visi, matlamat utama dan objektif
sekolah yang ingin dicapai serta memperkenalkan slogan baharu
sekolah pada tahun 2021. Selain itu, beliau membentangkan
enrolmen guru dari segi gred, pengalaman mengajar dan juga
enrolmen murid. Terdapat seramai 120 orang guru terlatih bertugas di
SMK Puteri Wangsa. Sekolah masih kekurangan 7 orang guru
berdasarkan enrolmen murid semasa. Bilangan murid adalah seramai
1644 orang.

Jantina Bilangan murid
Lelaki 1040
Perempuan 917
JUMLAH 1957

Kaum Bilangan murid
Melayu 890
625
Cina 337
India 42
Bumiputera Sabah/Sarawak 56
Lain-lain 7
Bukan warganegara 1957
JUMLAH

Tingkatan Bilangan murid
Peralihan
Tingkatan 1 69
Tingkatan 2 429
Tingkatan 3 365
Tingkatan 4 399
Tingkatan 5 361
JUMLAH 334
1957

Menurut Tuan Pengetua, berdasarkan enrolmen tersebut jelaslah
bahawa penglibatan dan sokongan PIBG amat perlu dalam mengatur
pelbagai program dan menambah baik kemudahan fizikal sekolah
untuk keselesaan warga sekolah.

1.2.2 Laporan Disiplin
Dari segi kehadiran murid, KPI sekolah ialah 90.15% . Tuan Pengetua
menjelaskan bahawa ketidakhadiran murid akan diambil tindakan, iaitu
guru tingkatan akan menghantar surat ketidakhadiran kepada ibu
bapa. Selain itu, pihak sekolah akan mengadakan sesi kaunseling dan
tindakan rotan akan diambil kepada murid yang dikenal pasti sengaja

ponteng sekolah. Pihak sekolah turut menyediakan ganjaran seperti
sijil bagi murid yang hadir penuh ke sekolah setiap bulan.

Beliau juga turut menjelaskan tindakan disiplin mengikut prosedur iaitu

amaran, rotan, gantung dan buang. Bagi memantapkan disiplin

sekolah, sistem baharu iaitu e-sahsiah akan diguna pakai. Melalui

sistem ini, amalan baik dan kesalahan disiplin murid akan direkodkan

melalui mata merit dan demerit. Markah kelakuan murid akan

menggunakan sistem demerit seperti berikut :

BIL TINDAKAN DEMERIT

1 Amaran 1 20 mata

2 Amaran 2 40 mata

3 Amaran 3 60 mata

4 Gantung Persekolahan 80 mata

5 Buang Persekolahan 100 mata

1.2.3 Laporan Kokurikulum
Pengetua menerangkan bahawa setiap Rabu, murid SMK Puteri
Wangsa dikehendaki memakai uniform badan uniform masing-masing.
Pihak sekolah juga telah menetapkan pemakaian t-shirt KRMJ pada
setiap Selasa. Penetapan ini bagi membentuk karakter murid di
samping membina keseragaman dalam kalangan murid.

1.2.4 Laporan Kurikulum
Tuan Pengetua membentangkan tentang beberapa dasar KPM. Antara
dasar baharu yang dibentangkan ialah pelaksanaan KSSM yang telah
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 bagi murid
Tingkatan 1. Selain itu, Pengetua juga menerangkan tentang Pakej
Mata Pelajaran Menengah Atas KSSM tahun 2020, pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) dan Pembelajaran Abad
Ke-21 (PAK21).

1.3 Pengetua menyatakan bahawa SMK Puteri Wangsa telah ditubuhkan pada
bulan Jun 2002. Oleh sebab itu, banyak kemudahan sekolah terutamanya keadaan
bilik darjah yang telah uzur dan tidak kondusif untuk sesi pembelajaran pelajar di
sekolah. Banyak tindakan yang cuba dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama

PIBG, antaranya mengemukakan permohonann peruntukan kepada banyak pihak,
selain membuat aduan rasmi kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Tuan Pengetua merakamkan penghargaan kepada barisan AJK PIBG yang diterajui
oleh Yang Dipertua, Pn. Rahilah binti Abdullah, atas sumbangan yang diberikan
kepada pihak sekolah. Melalui perkongsian pintar dan erat antara pihak sekolah dan
masyarakat ini, maka diharapkan kemudahan fizikal sekolah dapat ditambah baik,
dan Pengetua mengharapkan supaya kerjasama yang padu daripada PIBG akan
diteruskan oleh barisan AJK baharu.

Makluman

2 UCAPAN PENGERUSI (YANG DIPERTUA PIBG, PN. RAHILAH ABDULLAH)
2.1 Pn. Rahilah binti Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG SMK Puteri Wangsa
mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru pada mesyuarat
agung kali ini.

2.2 Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada ibu bapa, pihak komuniti dan
barisan AJK PIBG kerana menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam
membantu kelancaran proses pembelajaran murid-murid sekolah ini. Beliau berharap
supaya kerjasama ini akan diteruskan oleh barisan AJK baharu kelak.

Makluman

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17
3.1 Setiausaha PIBG, Pn. Suhaila binti Raiban meminta hadirin merujuk minit
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-17 dengan merujuk muka surat 9 hingga 16 dalam
buku laporan PIBG yang diedarkan.

3.2 Pn. Nordalina binti Kamarudin mencadangkan minit mesyuarat tersebut
disahkan dan disokong oleh En. Tang Shuh Jin.

Makluman

4 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SESI
2020/2021
4.1 Pn. Suhaila binti Raiban selaku Setiausaha PIBG meminta hadirin merujuk
Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2020/2021 pada halaman 20.

4.2 Pn. Nurul Nadia binti Zanudin mencadangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG
Sesi 2020/2021 disahkan.

Makluman

5 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
SESI 2020/2021
5.1 Bendahari PIBG, Pn. Wan Nurzaihan binti Wan Zaib meminta hadirin merujuk
Laporan Aliran Kewangan Akaun PIBG sesi 2020/2021 pada halaman 21 sehingga
26 dan Laporan Aliran Kewangan Akaun Pembangunan sesi 2020/2021 pada
halaman 27 hingga 30 dalam buku laporan PIBG. Beliau turut membentangkan
sumbangan kewangan akaun PIBG dan Pembangunan sepanjang sesi yang lepas.

5.2 Pn. Wan Nurzaihan binti Wan Zaib membentangkan baki akaun pembangunan
berakhir 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM 115.00 tunai dan RM 17,649.60 di
bank. Beliau turut membentangkan aliran kewangan akaun sumbangan PIBG
berakhir 31 Disember 2020 iaitu sebanyak RM 398.43 tunai dan RM 51,545.49 di
bank.

5.3 En. Mat Radzi Bin Mohd Adam mencadangkan agar laporan aliran kewangan
disahkan dan disokong oleh En. Yusri Yusof.

Makluman
6 MEMBAHASKAN USUL

6.1 Kemudahan
6.1.1 Menambah baik kemudahan tandas.

Usul dicadangkan oleh Pn. Rasimah binti Md Rashid dan En.Tuan Mazlan bin
Tuan Ab. Kadir. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa tandas sentiasa
ditambah baik dari masa ke masa. Namun, kadar vandalisme terutama dalam
kalangan murid lelaki amat tinggi walaupun pihak sekolah telah melaksanakan
pelbagai kempen kesedaran. Faktor usia bangunan yang lama turut
mengakibatkan kos penambahbaikan yang tinggi menyebabkan pihak sekolah
terpaksa membaiki tandas secara berperingkat. Pihak sekolah mengharapkan
sokongan PIBG supaya usaha menyediakan tandas yang kondusif untuk
semua murid akan tercapai.

6.1.2 Baik pulih kipas di dalam kelas.
Usul dicadangkan oleh Pn. Hajarah binti Mohamed. Tuan Pengetua
menjelaskan bahawa bangunan kelas mengalami masalah sistem

pendawaian, maka walaupun kipas telah dibaiki, masalah ini sentiasa
berulang. Walaubagaimanapun, pihak sekolah dan PIBG sentiasa berusaha
memastikan keadaan kipas di dalam kelas berfungsi dengan baik.

Makluman
7 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2021

7.1 Pn Rahilah binti Abdullah menyampaikan ucapan penghargaan atas kerjasama
semua AJK PIBG sesi 2020/2021 dan mengharapkan barisan AJK yang baharu akan
meneruskan kerjasama yang erat dalam kalangan ibu bapa dengan warga sekolah.

7.2 Pn Rahilah membubarkan barisan AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 dan
menyerahkan pengendalian mesyuarat kepada pengerusi sementara.

Makluman
8 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2020/2021

8.1 Pn. Rahilah binti Abdullah meminta hadirin mencadangkan pelantikan pengerusi
sementara bagi mengendalikan mesyuarat. Pn. Zuraini Binti Abu Bakar
mencadangkan En. Zaini bin Musa sebagai pengerusi sementara dan disokong oleh
majoriti hadirin di dewan.

8.2 Pn. Zuraini Binti Abu Bakar mencadangkan supaya AJK PIBG sesi 2020/2021
dikekalkan bagi sesi 2021/2022 kerana tahun 2020 negara dilanda pandemik
covid-19, maka banyak program yang dirancang oleh PIBG sesi 2020/2021 tidak
dapat dilaksanakan. Maka adalah wajar jika AJK PIBG dikekalkan. En. Mazlan Bin
Ahamad dan majoriti hadirin menyokong cadangan tersebut.
8.3 Pengetua, En. Tey Tiong Lim mengumumkan senarai AJK Guru 2021/2022
yang dilantik adalah kekal. Senarai AJK PIBG sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:

Yang Dipertua : Pn. Rahilah binti Abdullah

Naib Yang Dipertua : En. Aminuddin bin Daud

Setiausaha : Pn. Suhaila binti Raiban

Naib Setiausaha : Pn. Nurul Nadia binti Zanudin

Bendahari : Pn. Wan Nurzaihan binti Wan Zaib

Naib Bendahari : Pn. Kavitha a/p Rajah

AJK Ibu Bapa : 1. Pn Chuang Chau Hwee

2. En. Velu a/l Muniandy @ Muniyandy

3. En. Irman bin Sa’aban

4. Pn. Perimalah Devi a/p Letchumanan

5. Pn. Shanti a/p Kanamma Naidu

6. Pn. Surya binti Marsom

AJK Guru 1. En. Mohd Hisam bin Mohd Hussain.

2. En. Mohamad Firdaus bin Mohamad

3. En. Mohd Ariff bin Daud

4. Pn. Lee Pei Qi

5. Pn. Fatimah Shuhada binti Abdan Nasir

Juruaudit : Pn. Norliza binti Mohd Yasin

: En. Mohd Zulhattar bin Mohamed Rozali

Pemegang Amanah : Pn. Siti Zaleh binti Mohd Saffa

Makluman

9 HAL-HAL LAIN

9.1 Cik Chan Mei Lee mengusulkan supaya bayaran sumbangan PIBG untuk tahun

2021 diturunkan kepada RM100.00 bagi setiap keluarga. Usul tersebut dipersetujui

sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Maka, Pengerusi, Pn. Rahilah binti Abdullah

menggalakkkan ibu bapa menyelesaikan bayaran sumbangan PIBG secepat mungkin

memandangkan banyak aktiviti sekolah telah berjalan. Selain itu, duit sumbangan

akan digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan sekolah.

Makluman

10 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Pn Rahilah binti Abdullah selaku YDP PIBG sesi 2021/2022 mengucapkan
terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh semua ibu bapa dan guru untuk
meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua PIBG di SMK Puteri Wangsa. Beliau
juga menyampaikan penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid yang
sudi menyertai mesyuarat secara dalam talian pada kali ini. Beliau mengharapkan
supaya ibu bapa dan guru akan berganding bahu untuk memastikan visi dan misi
yang diharapkan oleh semua warga SMK Puteri Wangsa akan tercapai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,
Urus Setia
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Puteri Wangsa Kali Ke - 18.

Tarikh : 19 APRIL 2021.


Click to View FlipBook Version