PENGAHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 21032
-BENTUK-BENTUK TANGGUNGJAWAB SOSIAL-
NAMA PELAJAR
1)NIK NUR AQILAH BINTI NIK AZMANUDDIN
(26DAT20F2013)
2)CHONG WEI EN
(26DAT20F2004)
3)UMIE MURNIRAH BINTI MOHAMAD RADZIF
(26DAT20F2007)
NAMA PENSYARAH:PUAN ZALEHA BINTI SULONG
ISI KANDUNGAN
1)DEFINISI TANGGUNGJAWAB
2)PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
3)TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEBAGAI RAKYAT(AHLI MASYARAKAT)
4)TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEBAGAI PROFESIONAL (PEKERJA)
5)TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM ORGANISASI ATAU KORPORAT
6)TANGGUNGJAWAB SOSIAL KE ATAS ALAM SEKITAR
7)KESIMPULAN
8)SUMBER RUJUKAN
DEFINISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Tanggungjawab sosial adalah apabila syarikat secara sukarela memutuskan untuk
menyumbang kepada masyarakat yang lebih adil dan persekitaran yang bersih.
Konsep tanggungjawab sosial dapat difahami dalam dua tahap iaitu tahap dalaman
berkaitan dengan pekerja dan semua bahagian yang dipengaruhi oleh perusahaan
dan yang dapat mempengaruhi jangkauan hasilnya. Tahap luaran adalah akibat
daripada tindakan organisasi terhadap alam sekitar, rakan perniagaannya dan
persekitaran di mana ia dimasukkan.Tanggungjawab sosial membayangkan
tanggapan bahawa sebuah syarikat bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan
keuntungan dan selain membawa manfaat kewangan kepada orang yang bekerja di
syarikat itu, ia juga harus menyumbang secara sosial ke persekitarannya. Dengan
cara ini, tanggungjawab sosial sering melibatkan langkah-langkah yang membawa
budaya dan keadaan yang baik kepada masyarakat.
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
1. INDIVIDU
↪ Dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana
memelihara dirinya dgn sifat-sifat terpuji.
2. KELUARGA
↪ Dapat melahirkan keluarga yang harmoni melalui etika kekeluargaan.
3. MASYARAKAT
↪ Dapat memelihara keamanan,keadilan & kesejahteraan yang berterusan.
4. ORGANISASI
↪ Dapat memelihara nilai-nilai organisasi dengan sikap bertanggungjawab &
prihatin pada kebajikan.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEBAGAI RAKYAT
1. Sebagai khalifah
↪ bertanggungjawab dan amanah individu yang mampu mengawal
tindakannya dan tidak melanggar undang-undang negara,etika kerja
dan manusia yang memiliki watak yang baik.
2. Menjadi orang moral
↪ memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah etika yang baik
tanpa perlu pengawasan oleh agensi penguatkuasaan luaran dan
ancaman seperti hukuman atau tekanan masyarakat di sekeliling.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP
MANUSIA LAIN
1. Saling memerlukan
↪ Manusia memerlukan orang lain untuk memenuhi pelbagai
keperluan hidupan dan begitu jugalah keperluan orang lain
kepadanya.
2. Saling kasih sayang
↪ Manusia mestilah kasih sayang kepada orang lain untuk
wujudkan hubungan interpersonal yang baik.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP
PROFESSIONAL(PEKERJA)
1.Terdapat enam sifat amanah kepada profesion yang perlu dipegang iaitu jujur,berterus
terang,cekap,tekun,teliti setia dan menyimpan rahsia.
2.Suasana kekeluargaan,kasih saying,muafakat dan kebajikan dalam organisasi-
menimbulkankeseronokan bekerja.
3.Prinsip menjaga tanggungjawab sosial kepada pelanggan atau pemegang taruh.
4.Pekerja atau professional memiliki tanggungjawab sosial kepada masyarakat
umum,dipanggil pihak ketiga.
5.Tanggungjawab sosial yang paling utama ialah memberikan perkhidmatan yang sama
kepada semua tanpa mengira agama,warna kulit,jantina,fahaman politik dan status sosio-
ekonomi.
6.Prinsip tanggungjawab fidusiari seorang pekerja dengan majikan atau pemegang saham.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP
ORGANISASI ATAU KORPORAT
Kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan
yang membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi.
Tanggungjawab sosial korporat (csr) bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat
terhadap keperluan sosial (hak masyarakat,penjagaan alam sekitar,kebajikan para pekerja,hak-
hak pengguna dan sebagainya).
Tujuh subjek utama tanggungjawab sosial:
1.Tadbir untuk organisasi
2.Hak asasi manusia
3.Amalan buruh
4.Amalan sekitar
5.Amalan operasi yang adil
6.Isu-isu pengguna
7.Penglibatan dan pembangunan masyarakat
TANGGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP ALAM SEKITAR
1. ALLAH S.W.T menjelaskan di dalam surah al-Rum ayat 41: “Telah timbul berbagai-bagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh
tangan-tangan manusia,timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian daripada perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat).
2. Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi mengganggu keseimbangan
ekosistem keseluruhannya yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan masyarakat atau
penduduk.
3. Isu pencemaran masih sukar diatasi kerana kegagalan pelbagai pihak sama ada
pengguna,peniaga dan masyarakat awam menghayati tanggungjawab sosial dalam menjaga atau
memelihara alam sekitar.
4. Contoh pencemaran air akibat pembuangan sisa-sisa kimia,pencemaran ammonia dan bahan
cemar lain dari kilang-kilang ke sungai-sungai.Di antara kawasan yang teruk tercemar yang
pernah dilaporkan ialah di Kawasan Pasir Gudang iaitu Sungai Kim Kim dan Sungai Johor di
Johor.
Tanggungjawab sosial ini hanya akan berjaya
direalisasikan jika setiap orang melaksanakan
tanggungjawab masing-masing secara
bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Tanggungjawab setiap insan terbahagi
kepada tiga perkara penting yangperlu
benar-benar difahami, dihayati dan
amalkan iaitu pertamatangungjawab KESIMPULAN
kepada Tuhannya, tanggungjawab
kepada dirinya sendiridan
tanggungjungjawab kepada orang lain
serta persekitarannya.
Dalam peradaban Islam, tanggungjawab
sosial telah menjadi asaspembinaan
tamadun yang kuat yang dibina oleh ahli
masyarakat yangmemiliki etika yang mantap.
SUMBER RUJUKAN
https://docplayer.info/201830519-Peranan-etika-dan-peradaban-
dalam-mendokong-tanggungjawab-sosial.html
https://prezi.com/p/uatxl76aiy_f/penerapan-etika-dan-
peradaban-dalam-mendokong-tanggungjawab-sosial/
http://engkufatin.blogspot.com/2012/11/kod-etika-pekerja-
sosial.html
SEKIAN
TERIMA KASIH