The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mersyamisha, 2021-12-13 03:26:28

FOLIO ETIKA DAN PERADAPAN

FOLIO ETIKA

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Mengulas Sesuatu Plot Cerita dari Drama/Filem yang Berkaitan dengan
Penggerak Kesepaduan Nasional.

https://www.youtube.com/watch?v=BoNNDWpvATg&t=1317s

PENSYARAH: PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD

BIL NAMA NOMBOR MATRIK
1. MOHAMMAD AIDIL IZZAT BIN ASRIZAL 33DCE19F1042
2. SAYED MAHDI BIN SAYED MOHD FAIDZAL 33DCE19F1076
3. ELVIN ARNOLD BARNAD 33DCE19F1053
4. NURUL ALYA NATASYA BINTI AZMI 33DCE19F1051
5. MERSYANABILA BINTI MAHFAR 33DCE19F1049

ISI KANDUNGAN

Pengenalan ........................................................................................................................................... 1
Objektif................................................................................................................................................. 1
Tema...................................................................................................................................................... 2
Nilai ....................................................................................................................................................... 2
Pengajaran ........................................................................................................................................... 3
Ulasan dan Cadangan ....................................................................................................................... 4
Kesimpulan…………………………………………………………………………………………………………………………………… 6
Rujukan………………………………………………………………………………………………………………………………………… 7

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan drama Penjajahan Jepun 1942-1945, ia mengisahkan tentang wira bangsa
iaitu Leftenan Adnan yang berjuang untuk menjaga kedaulatan Tanah Melayu daripada dijajah
oleh pihak Jepun dan mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu supaya
tidak lagi dijajah dan masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman tanpa peperangan.
Semangat perjuangan yang tinggi dalam dirinya telah membuatkan dia merasa marah apabila
terdapat anggota tentera, Ayob yang ingin berundur tanpa peperangan untuk mempertahankan
negara daripada dirampas oleh pihak Jepun. Leftenan Adnan menegaskan anggotanya bahawa
bangsa Melayu merupakan bangsa bebas dan berdaulat. Leftenan Adnan dan anggotanya
Bersatu-padu membuat perisikan meninjau pihak Jepun untuk mempertahankan diri sebelum
peperangan bermula. Tembakan dilepaskan ke arah tentera Jepun apabila diarahkan oleh
Leftenan Adnan. Beberapa anggota askar Melayu tumpas kerana bilangan tentera Jepun yang
lebih ramai namun tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan mereka juga
telah menukar strategi peperangan.

Leftenan Adnan dan anggotanya telah membina benteng pertahanan rejimen di
kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan
anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan
pertahanan di Celah sehinggakan pada tengah malam, Kompeni C iaitu kumpulan rejimen askar
Melayu yang diketuai Leftenan Adnan menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan
baru iaitu Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah
pimpinan Leftenan Adnan yang menjadikan jumlah keseluruhannya 42 anggota. Selepas
meninjau persekitaran dengan cermat, Leftenan Adnan memerintah orang-orangnya untuk
memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dan mengagihkan kawasan untuk dijaga.
Namun, Leftenan Adnan telah terkorban kerana telah kekurangan peluru dan beliau sempat
mengarahkan anggotanya yang lain untuk berundur. Beliau terkorban kerana di bom pada jarak
yang dekat dan di kepung oleh anggota Jepun lalu ditikam menggunakan bayonet berkali-kali.

2.0 OBJEKTIF

 Mengenal pasti sumbangan - sumbangan mereka yang terdahulu dalam membantu
pembentukan Malaysia pada hari ini.

 Mempelajari serta mengkaji semangat bekerjasama dalam satu pasukan dan juga semangat
perpaduan kaum.

 Untuk mengkaji keberanian dan juga keperwiraan askar melayu semasa mempertahankan
tanah air dari dijajah oleh kuasa asing.

 Untuk menghargai jasa Leftenan Adnan supaya generasi kini dapat bersatu padu
mempertahankan Negara dari ancaman luar termasuk aspek ekonomi,sosial,perdagangan
dan yang lain - lain.

1

3.0 TEMA

 Tema cerita Leftenan Adnan ialah keberanian dan kepewiraan askar Melayu yang
sanggup berjuang hingga akhir hayt. Keperwiraan askar Melayu yang diketuai oleh
Leftenan Adnan bin Saidi melambangkan perasaan cinta akan tanah air demi
mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa asing. Keberanian anggota pasukan
Rejimen Askar Melayu melawan tentera Jepun telah berjaya memupuk semangat
kebangsaan dalam kalangan rakyat.

4.0 NILAI

1. Hemah tinggi

 Pak Saide melayan tetamu-tetamu yang datang ke rumahnya dengan baik dan
ramah mesrah,seperti menjamu mereka makanan dan minuman.

2. Bertanggungjawab

 Pada setiap pagi, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu
tengahari.

 Pak Saidi menjalankan tangungjawabnya sabagai seorang bapa dengan
memberikan Pendidikan untuk ketiga-tiga anaknya iaitu Adnan, Ahmad dan
Amarullah. Dia telah menghantar anaknya bersekolah Inggerish.

3. Keberanian

 Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera jepun sehingga ke titisan
darah terakhir walaupun tanpa senjata.

 Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke
titisan darah yang terakhir walaupun dalam jumlah pejuang yang sedikit dan
kehabisan peluru.

4. Bekerjasama

 Penduduk kampung saling berkerjasama untuk tidak memberi maklumat
mengenai keluarga Leftenan Adnan Ketika tentera Jepun mencari isteri dan
anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.

5. Kebijaksanaan

 Lefteanan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban Ketika menyerang askar Melayu di Pasir
Panjang.

2

6. Patriotisme
 Sejak kecil lagi Adnan bercita-cita tinggi menjadi askar berpangkat tinggi.Dia
juga sanggup meninggalkan kerjayanya sabagai guru untuk memasuki bidang
ketenteraan kerana cinta akan tanah air.
 Penghulu Deraman dan anak buahnya berkerjasama dengan pasukan Leftenan
Adnan untuk menghapuskan tali barut Jepun iaitu Samad dan sekutunya.

5.0 PENGAJARAN
1. Kita perlulah berani mempertahankan negara daripada penjajah agar masyarakat hidup
aman, contohnya keberanian Leftenan Adnan dan askar Melayu Ketika
mempertahankan negara.
2. Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi, contohnya perjuangan
Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan mereka meliki semangat cinta akan
negara yang tinggi sehingga sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa hingga
titisan darah terakhir.

3. Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Contohnya penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada
tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adanan di Kampung Sungai
Ramal.

4. Kita haruslah bijak mengunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang
genting. Contohnya Leftenan Adnan bejak mengesan helah Tentera Jepun yang
menyamar sebagai tentera India yang memakai turban Ketika menyerang askar Melayu
di Pasir Panjang.

5. Kita mestilah jangan menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara.Contohnya
Tindakan Samad menjadi ejen perisik untuk tentera Jepun merupakan suatu perbuatan
khianat kepada agama,bangsa dan negara.

3

6.0 ULASAN DAN CADANGAN

Memang, terdapat banyak perkara yang dapat dipuji. Hal ini khusus pada babak perang
(yang bersekuen dan panjang), yang kali ini jauh lebih terasa momen dan getir terdesaknya.
Terasa nafas survival askar Melayu yang perlu berundur, sedikit demi sedikit atas kelemahan
pimpinan Jeneral Inggeris di markas Singapura, yang terasa tidak cukup kelengkapan, anggota
tentera ditambah dengan pegawai Inggeris yang main-main. Kini, jet pejuang Zero betul-betul
jet pejuang Zero, melepaskan bom dan membunuh. Memang, babak dan pengarahan babak
perang selepas 50 minit filem ini, semacam last standing (tajuk filem ini jika dibikin oleh
Inggeris) pada askar Inggeris, dan di tengah-tengah Bukit Candu ini, kubur Leftenan Adnan,
kita dapat merasai hilangnya maruah Inggeris dan munculnya maruah peribumi yang ingin,
dengan sahih, pertahan akan tanah airnya dengan titis darah terakhirnya sendiri. Memang, ini
kekuatan mana-mana filem perang askar kita kerana dokumentasi askar kita yang amat teliti,
pengarah seperti Aziz mampu menzahirkan apa yang patut dalam "drama detik akhir sebelum
Jepun menumpaskan Inggeris di Malaya" (menurut kredit akhir, lakon layar Aziz dibantu oleh
Mej Ramli Abu Bakar dan AR Sulaiman). Mungkin tidaklah sedramatik dan segetir seperti
Bukit Kepong, namun Aziz mampu mengguna pakai inci demi inci tanah berbukit dan minit
demi minit keadaan yang berlaku sewaktu askar Jepun mara mendekati daratan akhir Leftenan
Adnan pertahankan, dalam jalinan baik fakta mahupun pencerekaan. Hal ini sekurang-
kurangnya jauh lebih baik daripada beberapa filem perang baharu yang kurang bermaya dari
sisi itu.

Sinematografi Bade Haji Azmi yang bercita-cita tinggi itu, dengan skop luas tipikal
sebuah filem epik, dapat dipakai dan dilaksanakan dengan gelora yang betul (walaupun
terdapat kecacatan di sana sini dari segi ketajaman). Para pelakonnya? Kita gembira dengan
para pelakonnya sebenarnya, walaupun kisahnya terlalu bendul dan lurus malah berbau
propaganda (antara kontroversi yang diingati jika aku tak salah, ialah fakta salah Kesatuan
Melayu Muda yang bersongkol dengan Jepun, namun menonton filem ini dengan sikap
propagandanya, aku faham mengapa ia dilakukan). Sememangnya, ini kelemahan lakon layar
Aziz, yang menentukan filem ini lebih sebagai "membina semangat patriotisme" semata-mata,
maka tujuannya lebih untuk memburu pilihan mudah "agama, bangsa dan negara" itu.

Kita lihat sahaja watak Leftenan Adnan lakonan Hairie Othman pada babak beliau
memberikan ucapan tentang kepentingan orang Melayu bercita-cita untuk menjaga negaranya
sendiri, dengan menampilkan dengan takjub sekali tentang sejarah lama orang Melayu
"membina kapal besar, menakluk seluruh Nusantara, membina empayar besar (Srivijaya,
Langkasuka).". Bagaimanakah dialog sebegini boleh berlangsung? Apakah kekuatan latar
Adnan yang boleh kita kaitkan beliau bukan sahaja seorang pejuang yang tulen tetapi juga
seorang budiman yang berilmu? Memang, aku suka dengan babak awal kisah hidup kanak-
kanak Adnan apabila di depan bilah pisau sunat Tok Mudin (rites of passage lelaki Melayu)
yang memberitahunya tentang penerusan menjadi pejuang "bangsa, agama dan negara"nya.
Hal ini memang suci, dan dalam logik dunia Aziz ini kita diminta, mempercayainya (selain
Adnan ditampilkan hebat dalam silat), maka sedalam mana lagi Adnan dalam hal kesedaran
orang Melayu tentang kemerdekaan (aku juga kurang mampu mempercayai istilah merdeka itu
sudah mula disebut waktu itu, mungkin aku silap?), sejarahnya, kegemilangannya? Kita juga
tahu, selain bertujuan propaganda, dialog ucapan penting Adnan di depan kru tenteranya amat

4

moden, suatu sikap yang aku rasa, masih belum menyerlah dan tersedar lagi secara kesatuan
pada masa itu.

Jadi, dengan tali cereka dan ideal nasionalisme Aziz ini yang perlu kita pegang dan
percaya mengapa, Adnan, sanggup melepaskan isteri dan anaknya balik dahulu ke kampung,
dan bertahan seorang diri dengan penuh gagah di Bukit Candu. Adnan telah diberikan citra
adiwira yang unggul, niat yang mulia yang sepatutnya dicontohi dan diikuti oleh generasi
seterusnya, dan amat sesuai dengan masyarakat yang (mungkin) kekurangan penampilan tokoh
pejuang dalam sebuah negara yang masih membangun.

Hairie agak membantu, khususnya setelah sahabatnya (Rusdi Ramli) sanggup
mengorbankan diri. Hanya mungkin, pada bahagian-bahagian tertentu, Hairie, walau sejauh
mana pun teknologi, tidak mampu menghilangkan kekakuannya. Namun postur dan susuk
tegapnya masih menjelmakan kewiraan. Umie Aida, Faizal Hussein, Shaharuddin Thamby dan
beberapa yang lain, masih turut menyokong, walaupun watak mereka hanya kadbod dalam
sejarah riwayat Adnan. Paling buruk ialah para pelakon Inggerisnya, yang tidak menyampaikan
dialog ala History Channel mereka dengan bersungguh-sungguh (satu babak yang sangat
History Channel berlaku apabila peta Singapura di atas meja tiba-tiba bertukar infografik CGI
moden).

Dalam, segala hal ini, Aziz dan semua kru pembikin dan pelaku di hadapan kamera
(berapa ratus pelakon tambahan yang telah dipakai? Berapa ramai askar yang telah dikerah
oleh ketuanya untuk berlakon dan menyumbangkan tenaga?) masih boleh dipuji hasilnya,
memberikan suatu tanggapan dan idealogi moden walau simplistik Aziz terhadap maksud
patriotisme dan rasa cinta negara, melalui perealisasian antara susuk tokoh wira kita yang
sememangnya perlu dikagumi oleh generasi seterusnya. Berharap agar Aziz boleh
memperbanyakkan lagi karya dan cerita2 patriotik agar tertanam semangat patriotik dalam
dada dan jiwa anak anak zaman kini dan zaman akan datang.

5

7.0 KESIMPULAN

Sudah terang lagi bersuluh, iktibar dan pengajaran boleh peroleh dari kisah keberanian
beliau adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati. Perjuangan Leftnan
Adnan dan anak buahnya amatlah berharga buat negara meskipun mereka tewas dalam
tempuran tersebut. Sifatnya yang berani, tidak mudah putus asa dan cinta akan negara patutnya
dijadikan contoh buat semua rakyat Malaysia. Jika seluruh penjurit negara dan rakyat Malaysia
mempunyai semangat seperti beliau, pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan
musuh, Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadalikan
maruah demi kepentingan diri sendiri dan tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara
untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan. Rakyat Malaysia khususnya generasi muda,
mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan
kemakmuran yang dikecapi dan harus menjadikan semangat Leftnan adnan sebagai pemangkin
kepada perpaduan dan cintakan negara.

Bukan itu sahaja, pengorbanan Allahyarham Leftnan Adnan mempertahankan negara
harus dicontohi seluruh rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan peristiwa Leftnan Adnan dengan
pasukannya telah mempertahankan Tanah Melayu ketika itu daripada pendudukan Jepun
sehingga titisan darah terakhir. Walaupun beliau ketika itu tahu akan risikonya, beliau tetap
memperlihatkan komitmen yang bukan kerana jawatan atau pangkat, tetapi pengorbanan
kepahlawanan sejati. Pada generasi kini dan akan datang harus melihat bahawa pengorbanan
yang diperlihatkan oleh Leftnan Adnan adalah pengorbanan kepahlawanan yang harus
dijadikan contoh bagaimana mempertahankan negara tidak boleh dibeli dengan wang ringgit
ataupun pangkat serta harta-benda, tetapi pengorbanan jiwa raga.

Dengan ini, semoga Allayarham Leftnan Adnan dan para arwah penjurit yang lain
dapat bersama-sama untuk menghargai jasa mereka. Kita berharap sejarah ini bukan sekadar
kenangan, tetapi menjadi sebagai motivasi kepada anak-anak muda pelbagai bangsa bagi
memperlihatkan rasa patriotisma yang tinggi dan dapat mempertingkatkan lagi nilai perpaduan
nasional dalam mempertahankan negara Malaysia. Hal ini disebakan, Malaysia telah berada
dalam kelompok negara-negara maju. Nama Malaysia begitu terselah di pentas global. Namun
begitu, kita perlu mebangunkan negara berdasarkan citra kenegaraan yang tersendiri. Justeru
itu, setiap warganegara perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam
mengisi agenda pembangunan negara. Hormatilah Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri. Hayatilah dan amalkan prinsip Rukun Negara.Hakitkanya, pembagunan
negara yang kita kecapi masa kini bujan dating begitu sahaja. Ia adalah hasil pemikiran teknorat
pembagunan negara terdahulu yang memastikan wujudnya sebuah negara idaman yang inklusif
dan holistik. Sesungguhnya perpaduan dalam kalangan rakyat telah mencitrakan pembinaan
sebuah negara-negara bernama Malaysia.

6

8.0 RUJUKAN
1. https://www.youtube.com/watch?v=BoNNDWpvATg&t=46s

7


Click to View FlipBook Version