The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norliafeair, 2021-10-02 00:12:17

BAB 4-ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

ULANGKAJI TOPIK TINGKATAN 4

MODUL PDPR T4 2021
SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH

Mata Pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 4

Tajuk Bab 4 : Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita (Siri 3)

Standard Kandungan 4.0 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Standard Pembelajaran 10.3.4 Memerihalkan penyerahan Sarawak oleh Brooke kepada
British.
10.3.5 Menghuraikan tentang reaksi penduduk tempatan
terhadap penyerahan Sarawak.
10.3.10 Menjelaskan kepentingan sikap berani menyuarakan
pandangan dengan beretika.
K10.3.10 menjelaskan kepentingan sikap berani menyuarakan
pandangan dengan beretika.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:

a) Menceritakan tentang faktor-faktor penyerahan Sarawak oleh
Brooke kepada British.
b) Menerangkan tentang 3 faktor penentangan rakyat tempatan
terhadap penyerahan Sarawak oleh Brooke kepada British.
c) Mencadangkan akan 4 kepentingan sikap berani dalam
menyuarakan pandangan dengan beretika.

Tempoh Masa 2 jam nota dan latihan
Nota Rujuk lampiran 1 dan 2
Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang diberikan
dalam Lampiran 1 hingga 2 (anda digalakkan untuk membina
peta minda/i-Think berdasarkan nota)
2. Anda perlu menghasilkan slaid perbentangan hasil dari peta
minda untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
3. Anda boleh menggunakan pelbagai medium untuk
menghasilkan sliad perbentangan seperti powerpoint, peta minda
menggunakan pelbagai warna, perisian canva dan lain-lain
mengikut kemampuan.(PBD)
4. Jawab soalan pada lampiran 3 hingga 4 dengan merujuk nota
atau bahan lain seperti buku rujukan, laman sesawang dan bahan
bacaan lain.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada
Lampiran 3 hingga 4.

TAHAP STANDARD PRESTASI
PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Menyatakan pengetahuan tentang era peralihan kuasa British di
negara kita.
2 Menjelaskan pengetahuan tentang era peralihan kuasa British di
negara kita beserta contoh.
3 Membuat kronologi tentang era peralihan kuasa British di negara
kita.
4 Mencerakinkan maklumat tentang era peralihan kuasa British di
negara kita.
5 Membuat justifikasi tentang era peralihan kuasa British di negara
kita.
6 Menjana idea tentang kesan era peralihan kuasa British di negara
kita bagi mewujudkan sistem pentadbiranyang cekap dan berkesan
pada masa hadapan.

⚫ Nota perlu dibaca dan difahami
⚫ Pentaksiran perlu diselesaikan

NOTA

LAMPIRAN 1 TARIKH:

4.4 PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN BRISTISH

• Selepas Perang Dunia kedua, Sarawak diserahkan kepada British
• Penyerahan itu menimbulkkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan
• Pentadbiran Tentera di Sarawak

• Setelah perang Dunia Kedua tamat, tentera Australia mendarat di Kuching dan

memperkenalkan pentadbiran tentera iaituBritish Borneo Civil Unit pada 11 September

1945

• Pada tahun 1946, British kemudian memperkenalkan BMA di Sarawak
• Pada 1 Julai 1946 Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British

• Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan di Sarawak

Faktor Penyerahan Sarawak kepada British oleh Vyner Brooke

Masalah pewarisan • Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk

takhta menggantikannya sebagai raja sedangkan beliau semakin tua

dan uzur

• Vyner Brooke enggan melantik anak saudaranya Anthony

Brooke untuk menggantikannya

Desakan Kerajaan • Pada 19 jun 1944, pihak pejabat Tanah jajajan mendesak Vyner

British Brooke memberikan kuasa yang lebih luas kepada British untuk

meluaskan penguasaanya di Sarawak.

• Dengan menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahan, British

dapat menguasai kekayaan ekonomi dan menjaga kepentingan

pelaburan British di negeri itu.

Masalah kewangan • Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk
memulihkan Sarawak selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua.
28 Februari 1945
• Ekonomi Sarawak terjejas, lombong minyak musnah dan ladang
24 Oktober 1945 getah juga terbiar.
Hantar Gerald T.
MacBryan Proses Penyerahan Sarawak kepada British
Dokumen
Perjanjian • Pejabat Tanah Jajahan mengutuskan surat kpd Vyner Brooke
untuk meminta beliau tandatangan surat perjanjian dengan
George Henry Hall, Setiausaha Tanah Jajahan.

• Vyner bersetuju serah Sarawak kepada British.
• Vyner Brooke hantar setiausaha peribadinya Gerald T.

MacBryan untuk dapatkan persetujuan ketua tempatan

• Gerald T. MacBryan pulang ke England bersama dokumen yang
ditandatangani ketua tempatan.

Kelulusan Majlis • Vyner setuju serah Sarawak tanpa pengetahuan rakyat
Negeri Sarawak.
2 Mei 1946
• British arahkan Vyner dapatkan kelulusan Majlis Negeri dan
Rang undang- persetujuan rakyat Sarawak dahulu.
undang
Penyerahan • British hantar dua ahli Parlimen iaitu Gammans dan Rees
1 Julai 1946 Williams untuk buat tinjauan.

• Mereka tiba di Kuching 2 Mei 1946
• Hasil tinjauan
• Sebahagian besar rakyat Sarawak menentang
• Orang Cina sokong
• Terdapat penduduk yang tidak memahami maksud penyerahan
• Laporan Gammans dan Rees Williams berkaitan isu penyerahan

di bawa ke Majlis Negeri.

• Majlis Negeri mengeluarkan Rang Undang-undang Penyerahan.
• Keputusan menunjukkan golongan propenyerahan menang

dengan 19 undi sementara 16 undi menentang.

• Taraf Sarawak sebagai negeri naungan British mansuh
• Sarawak sah sebagai Tanah Jajahan British
• 1 Julai 1946 Hari Penyerahan Sarawak diisytiharkan di Kuching.

NOTA

LAMPIRAN 2 TARIKH:

4.5 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP PENYERAHAN SARAWAK
Penyerahan Sarawak mencetuskan dua reaksi;

1) Menentang Penyerahan Sarawak

Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak

Pimpinan Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah

1. Tindakan Vyner Brooke • Prisip Kelapan dalam Perlembagaan 1941

bertentangan dengan menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan

perlembagaan 1941 diberikan kepada rakyat Sarawak.

• Menurut perlembagaan ini, penduduk Sarawak akan

dibimbing untuk mentadbir negeri mereka sendiri.

• Namun begitu, tindakan Vyner Brooke menyerahkan

Sarawak kepada British telah melanggar Prinsip

Kelapan ini.

• Beliau menafikan hak rakyat Sarawak untuk

mendapatkan pemerintahan sendiri.

2. Vyner Brooke mengetepika-n Vyner Brooke telah membuat keputusan tanpa

surat wasiat Charles Brooke berbincang dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan

Tuan Muda (Bertram Brooke).

- Golongan menentang penyerahan mahu memulihkan

pemerintahan Dinasti Brooke supaya menuntut

kemerdekaan dengan mudah.

3. Gerard T. MacBryan - Gerard menggunakan tipu muslihat seperti

menggunakan pelbagai tekanan,desakan, pujukan dan sogokan untuk

muslihat mendapatkan persetujuan darpada ketua tempatan

Bentuk penentangan Penduduk Tempatan

1. Mengadakan Persidangan

Penganjur • Johari Anang

• Sharkawi Osman

Kehadiran • Perwakilan seluruh Sarawak

Pengerusi • Johari Anang

Objektif • Mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai
kerana menentang penyerahan Sarawak.

Pertubuhan yang menyertai • Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
• Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
• Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
• Persatuan Melayu Miri
• Kesetiaan Muda Matu
• Persekutuan Bumiputera

Tarikh 2. Mengadakan Demonstrasi

• 30 Oktober 1946
• Demonstrasi pertama diadakan ketika kedatangan

Gabenor Pertama Sarawak iaitu Charles Arden
Clarke.

Tempat • Di Astana

Diketuai • Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

Penyertaan • Perarakan disertai 16 persatuan Melayu

Tindakan persatuan • PKMS mendesak British berundur dari Sarawak

• Menulis kata;
1. “Kami membantah dengan sekeras-

kerasnya atas tindakan Brooke

menyerahkan Sarawak kepada kolonial
Inggeris”
2. “Sarawak adalah hak kami”
3. “Leburlah kolonial”
4. “No Cession”

• Sepanduk dan poster antipenyerahan ditampal

di pokok, perahu, dan jeti.

3. Meletak jawatan beramai-ramai

• British sedar pemimpin antipenyerahan terdiri dari pegawai perkhidmatan awam
dan guru

• British mengeluarkan Pekeliling No.9/1946 (Circular No.9) pada Disember 1946
yang melarang pegawai awam sertai gerakan.

• Pada 2 April 1947 seramai 409 kakitangan kerajaan meletak jawatan seperti guru,
petugas di pos dan telegraf, Jabatan Marin, Kastam, Perubatan dan Kesihatan,
Percetakan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, Bomba dan
Perbendaharaan.

• Seramai 56 pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak bertindak menamatkan
pengajian sebagai bantahan terhadap Pekeliling No.9

4. Bantahan Golongan Wanita

Golongan wanita • Cikgu Lily Eberwein (PKMS)

• Hajah Sipah Tuanku Othman

• Dayang Fauziah

• Cikgu Ajibah Abol

Ketua (Ibu) • Cikgu Lily Eberwein
Tindakan wanita
• Pergi ke rumah panjang mengadakan kempen
kesedaran

• Mengorbankan masa dan tenaga mengatur
demonstrasi menentang penyerahan

• Cikgu Ajibah Aboi ketuai kaum wanita untuk
bergabung tenaga dengan gerakan antipenyerahan
dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan
Sarawak.

5. Menggunakan Akhbar • Utusan Sarawak
Akhbar

Terbitan • Januari 1949

Peranan • Gerakan mendapat tenaga baharu
• Saluran menyebarkan tentangan mereka terhadap

penyerahan Sarawak

Contoh ulasan dalam akhbar • Ulasan berita tentang tindakan British menyekat
Anthony Brooke dari memasuki Sarawak pada

16 September 1949
• Artikel bertajuk “Kerajaan British Menipu Rakyat”

yang disiarkan pada 7 November 1949.

6. Menulis Surat Bantahan • Hantar surat kepada kerajaan British di London bagi
Pergerakan Pemuda Melayu menyatakan bantahan mereka terhadap
(PPM) penyerahan Sarawak.

Barisan Pemuda Sarawak • 1949, BPS menghantar referendum memansuhkan
(BPS) penyerahan Sarawak.

• Hantar surat bantahan kepada Perdana Menteri
British, Clement Attlee dengan salinannya kepada
Gabenor.

Anthony Brooke • Menentang penyerahan melalui sistem
perundingan.

• Beliau membuat rayuan di Privy Council
• 16 Julai 1948 Anthony membawa kes ini ke

Mahkamah Tinggi Brunei namun ditolak.

7. Menubuhkan Kumpulan Rukun 13

Oleh • Golongan Muda

Persatuan • Pergerakan Pemuda Melayu

Tempat • Sibu

Tarikh • 20 Ogos 1948

Bentuk • Sulit

Pemimpin • Awang Rambli
• Morshidi Sidek
• Bujang Suntong

Sasaran kumpulan • Menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu,
Tindakan Sarawak.

Peranan Rosli Dhobi • Mesyuarat sulit diadakan untuk membunuh Duncan
Stewart pada 31 Disember 1949 di Sibu.

Peristiwa Sungkit Berdarah
• Pejuang kemerdekaan Sarawak
• Menikam Sir Duncan Stewart dan seminggu
kemudian Duncan Stewart meninggal dunia di
Hospital Singapura.

Peristiwa • “Sungkit Berdarah”
Tindakan British
• Pembunuhan Duncan memberi kesempatan kepada
Tindakan British kepada British untuk menindas gerakan antipenyerahan
pejuang
Kesan • Pada 6-7 Disember, British menutup pejabat PPM,
PKMS, BPS, Angkatan Semangat Anak Negeri
Sarawak (ASAS)

• Anthony Brooke merayu semua persatuan supaya
menghentikan usaha menentang penyerahan pada
5 Februari 1951.

• Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli, dan
Bujang Sutong dikenakan hukuman gantung hingga
mati setelah didapati bersalah

• Anggota Rukun 13 yang lain dipenjarakan

• Gerakan antipenyerahan Sarawak gagal
• Ia memberi kesedaran / membangkitkan

nasionalisme dalam kalangan penduduk
• Membawa kepada penubuhan parti politik

2) Menyokong Penyerahan Sarawak

Ketua menyokong • Datu Bandar Abang Haji Mustapha
Memajukan negeri • Datu Amar Abang Haji Suleiman

Memajukan Penduduk Faktor menyokong
Tempatan • Ahli Majlis Negeri, Datu Bandar Abang Haji Mustapha

Memberi Peluang menyatakan bahawa selepas perang, Sarawak
Pekerjaan dalam mengalami banyak kemusnahan.
Perkhidmatan Awam • Penyerahan dapat memajukan Sarawak dalam aspek
Rumusan politik, perhubungan, perdagangan, pertanian,
pendidikan, kesihatan, taraf hidup rakyat.

• Golongan propenyerahan menubuhkan Young Malay
Association (YMA)

• Peranan YMA;
• Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam ekonomi

dan social
• Membantu orang Melayu yang mundur/ketinggalan
• Kegiatan menjurus pada bidang pelajaran, agama, dan

sukan

• Ramai golongan intelektual diberikan peluang untuk
mengisi jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan
seperti peguam, doktor, dan jurutera.

• Dengan ini British akan memberikan taraf kerajaan
sendiri kepada Sarawak.

• British menjalinkan Sarawak tanah jajahan.
• Ia menggambarkan rancangan besar British di Tanah

Melayu, Singapura, dan Wilayah Utara Borneo.
• Penyerahan Sarawak mencetuskan reaksi menentang

dan menyokong penduduk

LATIHAN OBJEKTIF

LAMPIRAN 3 TARIKH:

BAB 4: ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

1.4 : Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British

1. Desakan kerajaan British terhadap Vyner Brooke telah membawa kepada penyerahan
Sarawak kepada British. Mengapakah British begitu berminat untuk menguasai
Sarawak? ms 107

A. Memulihkan Keamanan
B. Kepentingan Pelaburan
C. Melancarkan pentadbiran
D. Mengukuhkan pertahanan

2. British bercita-cita menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya.
Mengapakah British ingin menguasai Sarawak? ms 107

I Menguasai ekonomi Sarawak
II Menjamin kepentingan pemodal Eropah
III Menguasai jalan perdagangan antarabangsa
IV Menjadikan Sarawak pangkalan tentera British

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Apakah sebab Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946?
ms 107

A. pepecahan penduduk
B. janji kepada penduduk
C. desakan penduduk tempatan
D. ketiadaan pewaris yang layak

4. Pada 2 Mei 1946, British telah menghantar wakil parlimennya untuk meninjau
pandangan penduduk Sarawak tentang penyerahan Sarawak kepada British.

Apakah hasil tinjauan tersebut? ms 108

A. Orang Melayu menyokong
B. Sebahagian besar rakyat Sarawak bersetuju
C. Setuju mengekalkan taraf Sarawak sebagai negeri naungan
D. Terdapat penduduk yang tidak memahami maksud penyerahan.

4.5 : Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak

5. Apakah faktor penentangan penyerahan Sarawak? ms 109

I. Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941
II. Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke
III. mengharamkan gerakan persatuan di Sarawak
IV. memenjarakan pemimpin Sarawak

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Salah satu cara penentangan penduduk tempatan ialah mengadakan persidangan. Ia
telah dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak. Objektif persidangan ini
adalah… ms 110

A. mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan perwakilan
B. berbincang untuk mendapatkan persetujuan perwakilan
C. mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai
D. merancang strategi untuk menyerang British

7. Pernyataan di bawah merupakan antara tindakan penduduk tempatan menentang
penyerahan Sarawak kepada British.

• Diterbitkan pada bulan Januari 1946
• Saluran untuk menyebarkan tentangan
• Menggunakan kritikan yang tajam

Apakah alat penyebaran yang digunakan? ms 111
A Berita Sarawak
B Akhbar Borneo
C Warta Sarawak
D Utusan Sarawak

8. Tokoh di atas merupakan pejuang kemerdekaan Sarawak. Beliau berjaya membunuh Duncan
Stewart sehingga mencetuskan kemarahan British. Apakah tindakan British terhadap peristiwa
tersebut? ms 112
A. Membiarkan gerakan anti penyerahan diteruskan
B. Dihantar ke London untuk dibicarakan
C. Ditawarkan bekerja dengan kerajaan
D. Menindas gerakan anti penyerahan

9. Apakah tujuan gerakan propenyerahan yang telah menubuhkan Young Malay
Association? ms 113
A. Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi
B. Meningkatkan tahap pendidikan penduduk Sarawak
C. Menyedarkan orang Sarawak kesan penjajahan
D. Mengeratkan kerjasama antara orang Melayu

LATIHAN ESEI

LAMPIRAN 4 TARIKH:
1
BAHAGIAN B (KARANGAN)

Charles Vyner Brooke Rees William
a Kedua – dua tokoh di atas adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam peristiwa

penyerahan Sarawak kepada British.
Mengapakah masyarakat tempatan menetang penyerahan tersebut?

[4 markah]

b Pelbagai tindakan telah diambil oleh penduduk tempatan terhadap penyerahan
Sarawak kepada British. Bincangkan.
[8 markah]

c Pada pendapat anda, bagaimana kita boleh mengelakkan penglibatan kuasa luar di
negara kita?

[8 markah]


Click to View FlipBook Version