The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 자힌, 2024-02-16 08:53:52

E-MEL JAB PERTANIAN TANAMAN GUARANA

Gmail - Tanaman Guarana (1)

Tanaman Guarana 2 messages Zulkifli Ars <[email protected]> Fri, 2 Feb 2024 at 9:46 am To: [email protected] Salam Sejahtera Saya ingin bertanya mengenai tanaman guarana di Sabah. Kerana melalui kenyataan Menteri Pertanian bermula 2019 hingga 2022, beliau menyatakan tanaman ini diharamkan. Pada September 2023, Menteri Pertanian pula telah melancarkan produk Guarana yang dibangunkan oleh Cupana Sdn Bhd. Dalam hal ini kami pekebun yang ingin mengusahakan tanaman ini, menjadi keliru kerana orang yang menyatakan tanaman ini masih diharamkan di Sabah. Tetapi merasmikan dan melancarkan pula produk Guarana tersebut. Oleh itu saya mohon pencerahan berhubung perkara ini. Kerana buat masa ini saya melihat tanaman ini punya potensi yang baik untuk penambahan penjanaan ekonomi. Lagipun pihak Cupana Sabah Sdn Bhd aktif dalam pemberian maklumat berhubung tanaman ini. Kerana kami secara berkumpulan telah merancang untuk menanam tanaman ini. Sebab itu kami memerlukam maklumat berhubung kebenaran bagi penanaman tanaman ini, khususnya daripada Jabatan Pertanian Sabah, badan kerajaan yang telah dipertangungjawabkan berkaitan penanaman dalam bidang pertanian. Makluman balas daripada pihak tuan berhubung perkara ini amatlah diharapkan Sekian dan terima kasih Zulkifli Abdul Rahman 016 771 2707 Tawau, Sabah Department Of Agriculture <[email protected]> Fri, 16 Feb 2024 at 3:31 pm To: Zulkifli Ars <[email protected]> Cc: JIFRIN HJ. MOHAMAD <[email protected]>, SURAYA BTE JUBAHAR <[email protected]>, JOVITA @ NICOLA BINTI JOSEPH <[email protected]>, DAISY FRANCIS KIM SUNG <[email protected]>, OSWALD JOHN <[email protected]>, NORMALAH BTE AG. NASRUDIN <[email protected]> TANAMAN GUARANA Dengan segala hormatnya, email tuan melalui email Jabatan Pertanian Sabah bertarikh 02 Februari 2024 berkenaan perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, Jabatan masih dengan pendirian sebelum ini iaitu melarang pengimportan bahan tanama guarana dari luar negeri Sabah. Jabatan juga tidak akan membangunkan tanaman ini sebagai satu industri dalam sektor pertanian di negeri ini. 3. Berikut adalah pendirian Jabatan yang telah dikeluarkan pada April 2022.


KENYATAAN JABATAN PERTANIAN SABAH BERKENAAN TANAMAN GUARANA Guarana atau nama saintifiknya Paullinia cupana (juga P.crysan, P.sorbilis; Keluarga: Sapindaceae) merupakan tanaman herba semula jadi di Lembah Amazon terutamanya di Brazil. Lembah Amazon ini merupakan kawasan penanaman getah dengan insiden serangan penyakit South American Leaf Blight (SALB) yang amat tinggi. Spora SALB yang menjangkiti tanaman getah akan menyebabkan pertumbuhan pokok getah terbantut dan tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif. Penyakit ini mengakibatkan kegagalan industri getah di negara Brazil dan negaranegara lain seperti Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama. Guarana merupakan perumah alternatif (alternate host) kepada patogen SALB dan berpotensi untuk membawa bersama penyakit tersebut ke lokasi baharu. Jabatan Pertanian Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media berhubung Larangan Pengimportan Pokok Guarana (Paullinia cupana) Ke Malaysia pada 12 April 2022. Serangan penyakit SALB ini boleh melumpuhkan industri getah negara yang mempunyai nilai eksport berjumlah RM71 billion setahun (menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, KPPK). Berikutan impak negatif kepada industri getah negara, Jabatan Pertanian Malaysia tidak pernah membenarkan petani atau usahawan melaksanakan projek penanaman guarana untuk dikomersialkan di negara ini. Ini adalah kerana sumber benih guarana yang dibawa masuk ke dalam negara ini secara haram untuk dikomersialkan adalah tidak sah dari sudut perundangan negara berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 serta larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman yang dikenakan oleh Brazil. Jabatan Pertanian Malaysia telah dimaklumkan oleh Ministry of Agriculture Livestock and Food Supply (MAPA) Brazil, melalui surat OFICIO N°5/2020/DSV/SDA/MAPA bertarikh 8 Januari 2020 bahawa negara Brazil hanya membenarkan pengeksportan buah guarana bagi tujuan pemprosesan dan makanan manusia sahaja. Larangan ini termaktub di bawah Law No. 13, 123 / 15, May 20, 2015 (Access and Benefits Sharing of Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge). Berikutan larangan pengimportan guarana daripada Brazil, Kerajaan Malaysia, jabatan, agensi, mana-mana syarikat atau individu yang menanam guarana adalah berisiko dikenakan tindakan perundangan oleh Kerajaan Brazil sekiranya tanaman ini dibiakkan dan dikomersialkan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan amaran, sita dan penalti sehingga R$10 juta Real Brazil (RM 7.7 juta). Selain itu, penanaman guarana juga berisiko membawa penyakit baharu lain seperti Colletotrichum guaranicola yang hanya dilaporkan menyerang spesis guarana. Maklumat mengenai penyakit C. guaranicola adalah terhad dan akan menyukarkan kawalan dilakukan sekiranya serangan berlaku di Malaysia. Selain itu, penyakit ini turut menyerang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, pisang, mangga, cili dan secara tidak langsung boleh melumpuhkan industri agromakanan negara. Justeru itu, Jabatan Pertanian Sabah mengambil pendirian yang sama dengan Jabatan Pertanian Malaysia selaku Ketua National Plant Protection Organization (NPPO) Malaysia untuk tidak mengiktiraf pembangunan tanaman tersebut di negeri ini. Sehingga hari ini, Jabatan Pertanian Sabah tidak pernah meluluskan kemasukan bahan tanaman guarana daripada Semenanjung Malaysia, Sarawak mahupun luar negara. Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri melalui Jabatan Pertanian Sabah terus komited melindungi risiko penularan penyakit baharu yang berpotensi untuk menjejaskan seluas 195,000 hektar tanaman getah di negeri Sabah seperti kenyataan media YB Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bertarikh 9 Januari 2022. Rujukan: 1. Kenyataan Media Larangan Pengimportan Pokok Guarana (Paullinia cupana) Ke Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia bertarikh 12 April 2022.


2. Harian Metro ‘Tanaman guarana tidak dibenarkan di Sabah’ bertarikh 08 Januari 2022 Jabatan Pertanian Sabah | Department of Agriculture Sabah 088-283283 | https://tani.sabah.gov.my | [email protected] Jabatan Pertanian Sabah, Aras 1, 5, 6 & 7, Wisma Pertanian Sabah, Jln. Tasik Luyang, Off Jln. Maktab Gaya, Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah. "SABAH MAJU JAYA" From: Zulkifli Ars <[email protected]> Sent: 02 February 2024 09:46:39 To: Department Of Agriculture Subject: Tanaman Guarana [Quoted text hidden]


Click to View FlipBook Version