DASAR
KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
KE ARAH
PERPADUAN
NEGARA
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN 2
3
DEFINISI KEBUDAYAAN 4
5
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN 6
7
MAKSUD DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 8
9
RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
10 - 17
3 PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
18
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 19
20
STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
CARA PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
AGAMA DAPAT DIWUJUDKAN
I)PERKAHWINAN
- Kaum Melayu, Kaum Cina dan Kaum India
II)PERAYAAN
- Kaum Melayu, Kaum Cina dan Kaum India
III) CONTOH-CONTOH AKTIVITI YANG
MENGGALAKAN PERPADUAN DI MALAYSIA
CABARAN YANG DIHADAPI
USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM
PENUTUP
-1-
PENGENALAN :
Di wujudkan di negara ini bertujuan untuk menjaga perpaduan negara
. Hal ini demikian kerana sesebuah negara yang mempunyai
masyarakat majmuk seperti Malaysia sudah tentu tidak akan dapat lari
daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan . Oleh
kerana perpaduan amat penting dalam memupuk s emangat
nasionalisme dan kegenagaraan, sudah tentulah negara-negara yang
menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi
menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di Malaysia
-2-
DEFINISI Berasal daripada perkataan ‘ buddhayah ’
KEBUDAYAAN iaitu bahasa sanskerta yang bermaksud
kata jamak daripada perkataan ‘ buddi ’
yang membawa makna budi dan akal
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara
hidup manusia yang mementingkan usaha
pembentukkan masyaraka dan pembinaan
tamadun bagi mencerminkan sesebuah
negara.
-3-
KEPENTINGAN
KEBUDAYAAN
-4-
APAKAH ITU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN ?
• MERUPAKAN SATU DASAR YANG DI GUBAL PADA
TAHUN 1971 SEJAK MERDEKA DISEBABKAN
KETIADAAN ARAH DALAM MEWUJUDKAN
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.
• HAL INI DEMIKIAN KERANA MASYARAKAT
MEMPUNYAI KESEDARAN YANG RENDAH DAN
KEFAHAMAN MENGENAI KEBUDAYAAN ,
KEPENTINGAN POLITIK YANG MENEKANKAN
KEBUDAYAAN KAUM SAHAJA DAN PENEKANAN YANG
LEBIH KEPADA KEMAJUAN EKONOMI.
-5-
RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Penggubalan kebudayaan kebangsaan merupakan
Langkah penting dalam mengekalkan perpaduan.
Malah, penggubalan ini juga menjadi garis panduan ke
arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan
identiti dan perpaduan dalam masyarakat. Perkara ini akan
menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi
membina bangsa yang bersatupadu.
-6-
3 PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Melaka merupakan pusat perkembangan , penyebaran dan warisan kebudayaan.
Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan
Kebangsaan.
2. Unsur-unsur Kebudayaan lain yang sesuai.
Unsur-unsur budaya asing , Cina, Arab, India dan sebagainya.
Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada
tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara.
3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.
Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara
islam.
Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan
dengan budaya Islam. -7-
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN :
1 . Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu
corak kebudayaan nasional.
2 . Memupuk dan memelihara keperibadian dan
kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan
kebangsaan.
3.Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
-8-
STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan dan perhubungan budaya.
Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,
kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
Memenuhi keperluan sosiobudaya
Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
-9-
- 10 -
ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi
tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga . Masyarakat
Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam,
perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu
sangat dititikberatkan. Sesuatuupacara dalam peringkat
perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan penuh
adat istiadat. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan
adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan Malah adat
dikatakan akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelanc
aran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat
ini disusun begitu teratur mengikut langkah yang telah
dirancang
- 11 -
ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik
tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan
mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat
diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang
lain.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu
dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan
mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut
aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau
orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di
mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan
untukmemilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat
resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
- 12 -
ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di
Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang
ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara
kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya
dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang
diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak
persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas
terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti
juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada
pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
- 13 -
PERAYAAN KAUM MELAYU
- 14 -
PERAYAAN KAUM CINA
Pada malam Tahun Baru semua ahli
keluarga berkumpul untuk
mengeratkan perhubungan
sesama keluarga. Pemberian
‘angpau’ juga dilakukan oleh
mereka yang sudah
berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan
sebagai penutup perayaan Tahun
Baru Cina
- 15 -
PERAYAAN KAUM INDIA
- 16 -
CONTOH-CONTOH AKTIVITI YANG
MENGGALAKAN PERPADUAN DI MALAYSIA
PENDIDIKAN
Sekolah wawasan
sekolah cluster
sekolah sukan
KESENIAN
seni suara
seni ukir
Khat
seni tarian
- 17 --
CABARAN YANG DIHADAPI :
Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat
satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baharu.
Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak
yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.
Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melyan permintaan
kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk
kebudayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi
mengikut kaum dan etnik masing-masing.Apa yang sering
dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah ‘ Malaysia Negara
Pelbagai Kaum ‘ yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam
masing-masing.
- 18 -
PERSOALANNNYA, APAKAH USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI
NEGARA KITA?
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem
pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka
kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini
mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang
kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah
rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu
dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan
berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P
& P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih
bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi
sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat
perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar
akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah.
- 19 -
PENUTUP
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah
perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar
ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu
bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan
dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan
tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman
yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita
pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan
Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau
kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat
persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah
- 20 -
UJI MINDA ANDA JAWAPAN :
1.C
1.Berikut adalah Prinsip Dasar 2.A
Kebudayaan Kebangsaan,KECUALI 3.C
A Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau
B Unsur-unsur kebudayaan yang sesuai dan wajar
C Agama hindu adalah agama yang penting
D Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan
Kebudayaan kebangsaan
2.Objektif dasar kebudayaan kebangsaan adalah
untuk:
A Mengukuhkan perpaduan bangsa
B Untuk mengenal agama
C Bebas bersuara
D Mengutamakan kaum melayu
3.Berikut adalah strategi dan pelaksanaan
dasar,KECUALI
A Mewujudkan komunikasi yang berkesan
B Membina sosiobudaya tempatan di seluruh Negara
C Mengurangkan taraf dan mutu kesenian
D Meningkatkan dan mengukuh kepemimpinan budaya
KETUA EDITOR
Ahmad Syazwan Akmal Bin
Zainuddin
PENOLONG KETUA EDITOR & FOTOGRAFI
Noor Ezzatul Hafizah Binti Mohd
Saperi
KETUA ARTIKEL
Nurul Najihah Binti Husain
RUJUKAN :
https://www.slideshare.net/shahrulasyikin/dasar-kebudayaan-kebangsaan
https://www.slideshare.net/sharifaazreenasalleh/dasar-kebudayaan-
kebangsaan-23513729
https://www.youtube.com/watch?v=cvBKMBRmCW