SUKAN DAN PERMAINAN BOLA TAMPAR
MASHITAH BINTI ABU BAKAR
18DHF20F2020
ANIS WARDINA BT RAMLAN
18DHF20F2004
NOR SYAMIRA AINA BINTI SHARUL NIZAM
18DHF20F2041
PENASIHAT PENSYARAH SUKAN DAN PERMAINAN BOLA
TAMPAR
ENCIK BORHANNUDIN BIN YA
PENGENALAN
• Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di
mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu
jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang)
bahagian badan lain untuk memukul atau
menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada
lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai
enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut
tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola
jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan
melakukan kesalahan atau lawan gagal
mengembalikan bola dengan betul.
SEJARAH
• Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William
G.morgan (1870-1942) pada 9 Februari 1895 ni Young men's
Christian Association (YMCA) Holyoke Massachusetts ,
Amerika syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan
tenis (jaring) dan bola keranjang (bola) dan beliau menamakan
permainan baru ini sebagai '"Mintonette". Pada tahun 1896
nama tersebut telah ditukar kepada "Volleyball" setelah
cadangan telah dibuat oleh profesor Alfred T. Halstead , Dan
diterima oleh Morgan dalam persidangan . Pada tahun 1952,
jawatankuasa pentadbiran United States Volleyball Association
(USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja
sebagai satu perkataan " "Volleyball"
Asas permainan bola tampar
SERVIS BAWAH • 1)Langkah pertama adalah posisi ketika
tubuh berdiri, kemudian kaki
membentuk kuda - kuda dengan badan
agak condong ke depan. 2)Langkah
yang kedua ialah salah satu tangan
memegang bola dan tangan yang satu
lagi digunakan untuk memukul bola
dengan jari - jari tangan dalam keadaan
mengepal atau menggenggam.3)Yang
ketiga pula adalah bola sedikit
dilambungkan, kemudian bola dipukul
di bahagian bawah dengan ayunan
tangan dari belakang ke depan.
SERVIS ATAS • 1)Langkah pertama, posisi
ketika tubuh berdiri, salah satu
tangan memegang bola.
• 2)Kemudian bola dilambungkan
dan dipukul dengan jari-jari
secara rapat sekuat tenaga.
• 3)Langkah ketiga, pukulan bola
perlu melepasi/melewati di atas
net.
• 4)Langkah yang terakhir, bola
boleh dipukul dengan keras
supaya membentuk atau
beralun.
TEKNIK MENGUMPANG • 1)Buka jari-jari supaya
(SETTING)
membentuk tiga segi
seperti di dalam gambar
• 2)Sentuh bola pada
ketinggian kepala dan
pukul bola untuk rejaman
yang kuat
• 3)Kemahiran mengumpan
bola penting supaya rakan
sepasukan dapat
membuat rejaman
Teknik Merejam (Spike)
• 1)Sama ada run-up atau berdiri setempat
• 2)Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
• 3)Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan
tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
• 4)Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala
atau di belakang bahu untuk merejam bola.
• 5)Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima
tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan
tangan.
• 6)Pergerakan pergelangan tangan penting untuk
membawa bola turun.
• 7)Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga
meter dari jarring dan mengambil tiga langkah.
• 8)Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah
bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir
bersama
Teknik menyangga • 1)Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
(Digging) • 2)Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu
sama yang lain.
• 3)Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan
pergelangan tangan diluruskan ke hadapan.
• 4)Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di
hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima
hantaran.
• 5)Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan
untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola.
• 6)Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang
minimum.
• 7)Elakkan daripada menghayun lengan untuk
menampar bola.
• 8)Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
• 9)Kendurkan bahagian atas tubuh.
• 10)Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang
seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli
pasukan yang lain
Teknik Mengadang
• Badan dan tapak tangan
menghadap jaring.o Lompat
dengan kedua-dua belah kaki.o
Luruskan kedua-dua belah
tangan ke atas.o Jarakkan jari-
jari tangan. o Mata pandang
arah pergerakan bola. o
Fleksikan kedua-dua belah lutut
semasa mendarat.
KESIMPULAN
Dalam tugasan Gerko Permainan Bola Tampar ini, banyak perkara yang
berkaitan dengan permainan bola tampar yang sebelum ini pelajar tidak
mengetahui dan diperoleh maklumat mengenainya. Pelajar dapat mengetahui
sejarah permainan bola tampar atau asal usul permainan bola tamapr yang
wujud. Selain itu, pelajar dapat mengetahui nama-nama lain bagi permainan
bola tampar yang lebih khusus dari Negara lain kerana setiap negara
mempunyai nama yang berlainan.Disamping itu, pelajar dapat mengetahui
persatuan yang pertama ditubuhkan dalam permainan hoki dan mengendalikan
permainan bola tampar di seluruh dunia.. Peraturan-peraturan permainan bola
tampar yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh semua pemain bagi
memudahkan ketika bermain..Pelajar dapat mengetahui kemahiran asas yang
perlu ada pada pemain dan pelajar dapat mempelajari kemahiran tersebut
untuk memudahkan ketika bermain bola tampar. Banyak kemahiran yang dapat
diketahui dan dipraktikkan. Antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
seseorang pemain itu adalah seperti mengga, merejam, menghadang dan
membuat servis ketika bermain bola tampar. Pelajar dapat mengetahui cara-
cara bermain atau mempelajari kemahiran asas permainan bola tampar dengan
lebih muda kerana dalam tugasan permainan bola tampar ini telah disediakan
dengan gambar rajah cara bermainnya.