ISU-ISU TENTANG KUMPULAN 6 Jagalah kesihatan anda dan Keluarga Stephenie Fifi Anak Louis (D20202096490) 1. Devandran A/L Saravanan (D20202096477) 2. Eston Vande Johnny (D20211099163) 3. Fatin Aleiyana Aziera binti Rahmat (D20211101082) 4. Muhammad Alfi Yusra bin Jalani (D20211099351 5. Muhammad Syukri bin Muhamad Yusof (D20211099351) 6. Muhammad Ikrami bin Noordin (D20211099491) 7. Ahmad Syahril Fariz bin Fahrur Razi (D20211099350) 8. Penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit QKU3043(B)- SEMINAR PENDIDIKAN KESIHATAN NAMA PENSYARAH: DR. NENI WIDIASMORO
PENYAKIT BERJANGKIT ISI KANDUNGAN Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut 01 Fakta utama, Latar belakang, Tanda dan Gejala 02 Golongan berisiko, Pencegahan 03 Kesan sosioekonomi, Info tambahan 04 PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT Kencing Manis 05 Fakta utama 06 Punca penyakit, golongan berisiko 07 Tanda-tanda penyakit 08 Kesan sosioekonomi 09 Pencegahan 10 Rawatan 11
Penyakit Berjangkit Jagalah Kesihatan dan Kebersihan anak anda Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) 01
FAKTA UTAMA aru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan berkenaan laporan HFMD yang menunjukkan bilangan kes sudah melepasi paras amaran kebangsaan iaitu sekitar 1,150 kes seminggu. Penyumbang yang paling tinggi di Sabah dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kenyataan ini sudah tentu menerbitkan rasa gusar dalam hati para ibu bapa yang khuatir akan kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka ketika di luar. Biarpun penyakit ini sering berlaku, namun masih ramai lagi tidak begitu jelas mengenainya dan apa perlu mereka lakukan. enyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan diikuti oleh Enterovirus 71 (EV71). Virus ini merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit. P APAKAHITUHFMD? HFMD LATAR BELAKANG HFMD iasanya HFMD bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka (ulcer) di dalam mulut akan timbul. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh. Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam biasanya tidak menyebabkan kegatalan. Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut. B TANDADANGEJALAHFMD? HFMD Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut. Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa sebarang kehadiran tanda atau gejala. B 02
GOLONGAN BERISIKO BAGAIMANA MEMASTIKAN KESELAMATAN KANAK-KANAK LAIN DARI PENYAKIT INI? Kanak-kanak Di Malaysia, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menjadi kebimbangan orang awam kerana penyakit endemik ini boleh mengakibatkan wabak besar dan kematian dalam kalangan kanakkanak dan bayi. Bilakah kanak-kanak yang dijangkiti HFMD harus dibawa ke hospital Apabila kanak-kanak itu kurang minum air. Apabila keadaan kanak-kanak itu tidak bertambah baik selepas 10 hari. Jika kanak-kanak itu mempunyai sistem imun yang lemah. Jika kanak-kanak itu mengalami gejala yang teruk seperti demam panas dengan seram sejuk. Jika kanak-kanak itu berumur di bawah di bawah 6 bulan. Wabak HFMD biasanya berlaku di pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah. Jika anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit ini, anda boleh memastikan kanak-kanak lain tidak dijangkiti dengan melakukan beberapa langkah mudah seperti berikut: Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak anda mengenai penyakitnya. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/merawat lepuh. Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak anda seperti tuala, sudu, garfu, cawan dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak dikongsikan dengan kanak-kanak lain. Pastikan peralatan ini dibawa balik setiap hari untuk dicuci bersih. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin atau sabun dan air bersih. Memastikan pembuangan lampin pakai buang ke dalam tong sampah yang bertutup. Mencegah jangkitan HFMD Basuh tangan anda dengan sabun dan air, terutamanya selepas menggunakan tandas, menukar lampin, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Gunakan pensanitasi berasaskan alkohol jika tiada sabun dan air. Bersihkan permukaan yang disentuh dan barangan yang sering dikongsikan. Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang tidak dibasuh. Elakkan sentuhan rapat dengan individu yang sakit. Pastikan kanak-kanak itu duduk di rumah jika dia menunjukkan gejala. HFMD PEN Y A KIT K A KI, T A N G A N D A NMULU T 03
HFMD boleh jangkit orang dewasa? Kesan Sosioekonomi Bolehkah seorang mendapat penyakit HFMD semula? Mungkin ramai dari kita yang menganggap HFMD hanya akan menyasarkan golongan kanak-kanak atau bayi sahaja. Namun sebenarnya orang dewasa boleh sahaja mendapatkan jangkitan dari kanak-kanak HFMD. Orang dewasa pada lazimnya akan mengalami gejala yang lebih ringan berbabnding kanak-kanak. Kebanyakkan orang dewasa yang mendapat penyakit ini mempunyai kontak rapat dengan kanakkanak seperti pekerja pusat jagaan kanakkanak, rumah pengasuh, tadika, guru sekolah dan sebagainya. Ibu bapa terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak yang sakit. Sekolah yang terjejas teruk perlu ditutup sementara sehingga 10 hari untuk mengurangkan jangkitan. Usaha bersepadu daripada semua pihak perlu dalam mengurangkan penyebaran HFMD, pada masa sama membentuk tabiat kesihatan yang baik. Ya, boleh kerana penyakit HFMD disebabkan oleh pelbagai virus di dalam kumpulan enterovirus sekiranya jangkitan kedua disebabkan oleh virus yang berbeza. EV71 adalah rentan kepada banyak jenis disinfektan. Kajian menunjukkan cacair yang mengandungi 95% ethanol diperlukan untuk membunuh 99.99% virus EV71. Bahan pencuci tangan yang mengandungi 75% ethanol, begitu juga cecair pencuci tangan yang mengandungi 0.5% chlorhexidine gluconate dalam 70% isopropanol berkesan membunuh virus EV71. Apakah disinfeksi terbaik membunuh enterovirus HFMD 04
Penyakit Jagalah pemakanan anda Penyakit Tidak Berjangkit Kencing Manis 05
Kencing Manis PENYAKIT KENCING MANIS Apakah penyakit kencing manis? Pankreas adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah. Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau Kencing Manis. Diabetes terbahagi kepada: Diabetes Mellitus yang bergantung kepada insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I. Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II. 06
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang menghidap penyakit kencing manis. Selain itu, mereka yang sudah meningkat umur (40 dan ke atas) dan mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis. KENCING MANIS KENCING MANIS DI MALAYSIA Apakah punca berlakunya kencing manis? Siapakah menghidap penyakit kencing manis? Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) mendedahkan statistik yang membimbangkan. Nisbah 1 daripada 5 orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap kencing manis. Kelaziman diabetes mengikut kumpulan umur menunjukkan bahawa ia adalah lebih biasa di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti: Berlebihan berat badan atau kegemukan. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif. Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat. Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga. Peningkatan umur. Bangsa - kaum India mempunyai risiko mendapat diabetes. Kencing manis atau nama saintifiknya diabetes adalah pembunuh dalam senyap. Penyakit ini merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Ia berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum. 07
3. Jarak penglihatan menurun Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas. Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang. KENCING MANIS 1. Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam. Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing. Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang. 2. Berat badan menyusut dengan drastik Anda kena hati-hati apabila berat badan menurun tiba-tiba walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis. Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga. TANDA-TANDA KENCINGMANIS 4. Sering kebas pada tangan dan kaki Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan. 5. Luka yang lambat sembuh Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”. Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka. Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya. Kesimpulannya, kurangkan makanan dan minuman bergula termasuk amalkan gaya hidup sihat melalui senaman dan pengambilan buah-buahan dan sayursayuran. Sayangi diri anda dan keluarga! SAYANGI DIRI ANDA DAN KELUARGA! 08
Kencing Manis Kesan Sosioekonomi Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.9 bilion setahun bagi merawat pesakit kencing manis di negara ini dan kos berkenaan dapat dikurangkan sekiranya masyarakat dapat diberikan pendidikan kesihatan dengan baik. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sejajar dengan itu, kementeriannya dengan kerjasama Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) bakal melaksanakan kajian membabitkan pesakit diabetis Jenis 2 di Seremban yang mana kajian berkenaan dijangka mengambil masa sekitar 10 hingga 12 tahun. Menurutnya, kajian kohort berkenaan merupakan kohort pertama yang menumpukan kepada pesakit diabetis di negara ini khususnya pesakit kencing manis jenis dua (T2DM). 01 09
CEGAHKENCINGMANISDENGAN5 AMALANMUDAHDALAM KEHIDUPANSEHARIAN 1. Mempraktikkan budaya pemakanan sihat dan seimbang. Makanan sihat dan seimbang sepatutnya terdiri daripada gabungan pelbagai jenis makanan bagi memenuhi keperluan zat serta penggunaan tenaga seharian. Kuantiti kalori pada hidangan perlu diambil seiring dengan jumlah tenaga yang digunakan bagi aktiviti harian. Mengamalkan pengambilan 3 hidangan wajib, sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam pada waktu yang tetap. 2. Mengurangkan kadar gula dalam darah melalui senaman. Senaman selama 150 minit seminggu dan diet yang seimbang amat berkesan untuk mencegah penyakit kencing manis. Senaman yang sesuai bagi mereka adalah berdasarkan kumpulan umur. Sebelum memulakan senaman adalah amat penting untuk menyemak paras gula dalam darah sebelum senaman. 3.Mengekalkan tahap BMI dan ukur lilit pinggang yang normal Ukur lilit pinggang serta BMI yang unggul dapat mengurangkan risiko kencing manis. Menjaga ukur lilit pinggang bukan sahaja dapat mengurangkan risiko diabetes malahan melindungi diri dari masalah kolesterol serta penyakit jantung. 4.Mengamalkan gaya hidup sihat secara holistik Berhenti merokok. Hal ini kerana menghisap rokok boleh menggandakan risiko penyakit kencing manis sehingga 30-40 peratus. Amalan seterusnya adalah mengurangkan pengambilan alkohol. Seterusnya, memperbanyakkan minum air putih atau air kosong. 5. Pengambilan suplemen menurunkan kadar gula dalamdarah seperti Habatus Sauda (Nigella Sativa) Suplemen daripada biji pokok ini boleh didapati secara cecair, kapsul mahupun biji asli. Kajian sistematik membuktikan bahawa Habatus sauda dapat menurunkan kadar gula dalam darah secara efektif. Golongan pra-diabetes yang mengambil 2 gram Habatus sauda sehari mempunyai kadar gula yang lebih rendah berbanding sebelum mengamalkan pengambilannya. 01 01 01 01 10
Penjagaan diri umum: Jagaan kulit Mandi setiap hari. Keringkan seluruh bahagian tubuh. Mandi setiap hari. Keringkan seluruh bahagian tubuh. Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari. RAWATAN KENCING MANIS Ubatan a.Ubat mengurangkan paras glukos b.Insulin RAWATAN UBATAN RAWATAN TANPA UBATAN Jagaan kaki. Cuci kaki anda setiap hari. Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki. Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu. Potong kuku jari kaki secara lurus melintang . Tukar stokin anda setiap hari. Jangan berjalan tanpa kasut. Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar. Penjagaan Gigi Pemeriksaan mata secara berkala Elakkan alkohol Berhenti merokok Mengawal pemakanan Mengawal berat badan Kerap bersenam 11