PENGAJIAN ISLAM (MPU23012)
KERUNTUHAN AKHLAK
PENSYARAH KURSUS : PUAN ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
AHLI KUMPULAN NO. MATRIK
SITI AISYAH BINTI MANSOR 18DPM21F1013
YASMIN SYAZWANA BINTI 18DPM21F1017
JUHARI 18DPM21F1043
NUR INTAN ZULAIKHA BINTI
18DPM21F1047
AZHAR
INTAN FAIZATUL MAISARAH 18DPM21F1051
BINTI RAWI 18DPM21F1055
AIN WARDINA BINTI
ARBA’IN
NUR HANA AYUNI BINTI MD
SOBRI
41
INTAN FAIZATUL NUR INTAN
MAISARAH BINTI ZULAIKHA
RAWI BINTI AZHAR
18DPM21F1047 18DPM21F1043
AIN WARDINA NUR HANA
BINTI ARBA’IN AYUNI BINTI
18DPM21F1051 SOBRI
18DPM21F1055
SITI AISYAH YASMIN
BINTI MANSOR SYAZWANA
18DPM21F1013 BINTI JUHARI
42 18DPM21F1017
ISI KANDUNGAN
Penghargaan 04
Objektif E-Majalah 05
Pengenalan 06
Definisi Keruntuhan Akhlak 07
Contoh Keruntuhan Akhlak 08
Punca Keruntuhan Akhlak 09
Langkah Mengatasi 10
Keruntuhan Akhlak
Siapakah Bertanggungjawab 11
Bila Runtuhnya Akhlak
Pandangan Ulama 12
Cabaran Pembinaan Akhlak 15
Masa Kini
Komik 19
Kesimpulan 21
Rujukan 22
43
YoPuENrGtHeARxGtAAhNere
Salam sejahtera, dengan ini kami sangat bersyukur
kerana berjaya menyiapkan segala tugasan dan
amanah yang telah diberikan kepada kami selama
tempoh yang telah ditetapkan. E-majalah ini amat
penting buat kami memandangkan tugasan ini
merupakan sebahagian daripada penilaian kursus ini.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah
kursus Pengajian Islam (MPU23012), Puan Roshadah
Binti Abu Bakar kerana telah membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan
e-majalah ini.
Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada
pihak yang membantu kami secara langsung
mahupun tidak langsung terutamanya rakan sekelas
lain yang turut berhempas pulas bersama-sama
dalam menjayakan tugasan e-majalah ini.
04
44
OBJEKTIF E-MAJALAH
i. Mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan
keruntuhan akhlak
ii. Mengenalpasti contoh-contoh keruntuhan akhlak
iii. Mengkaji punca-punca berlakunya keruntuhan akhlak
iv. Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi
masalah keruntuhan akhlak
v. Mengenalpasti siapakah yang harus bertanggungjawab
apabila runtuhnya akhlak
vi. Mengkaji pandangan ulama dan cabaran pembinaan
akhlak pada masa kini
05
45
PENGENALAN
Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan
bermoral bagi mencerminkan masa hadapan negara yang maju dan harmoni.
Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, kadangkala kita alpa
tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke
arah kemajuan yang seiring dengan kemajuan di negara negara maju.
Seperti di Malaysia, perubahan perubahan yang besar ini telah memberi
banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, dan
sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara
terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan
negara pada masa akan datang.
Oleh itu, aspek akhlak ini perlu diberi penekanan oleh manusia kerana ia
sangat ditekankan dalam agama. Aspek ini dibuktikan melalui perutusan
Rasulullah SAW dalam menyempurnakan akhlak yang mulia seperti sabda
baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk
menyempurnakan kebaikan akhlak”
(Hadis Riwayat Ahmad,8952)
Melihat kepada perkembangan masyarakat pada hari ini, secara terang-
terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat islam, yang
mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang
berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan dan pembunuhan anak kecil
yang tak bersdosa sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes dan
menyalah gunaan dadah serta meminum arak dan sebagainya.Semuanya ini
berpunca dari hiburan yang tidak terkawal serta membawa kepada zina dan
dosa dosa besar. Walaupun sebahagian orang melihatnya kecil.
46
06
DEFINISI KERUNTUHAN AKHLAK
Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak
dengan orang yang tidak berakhlak. Keruntuhan akhlak
boleh didefinisikan sebagai perlakuan negatif bagi anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Akhlak juga boleh didefinisikan sebagai sifat yang
tertanam di dalam diri seseorang individu yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan. Secara istilah Imam
Al-Ghazali menyebutkan bahawa akhlak adalah suatu sifat
baik yang biasanya akan memiliki akhlak yang baik juga
dan sebaliknya jika seseorang yang memiliki sifat tidak
baik cenderung memiliki akhlak yang tercela.
07
47
CONTOH CONTOH KERUNTUHAN AKHLAK
PENYALAHGUNAAN SEKS BEBAS
DADAH
SUMBANG MAHRAM RASUAH
MEMBUNUH MEROMPAK
08
48
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Kurang Kurang
bimbingan didikan
agama dan
dan nilai murni
perhatian dalam diri
dari ibu bapa
Mudah Kurangnya
terpengaruh kempen
kesedaran
dengan yang boleh
rakan membina jati
sebaya diri, jiwa dan
rohani
Penguatkuasaan Terdedah
undang-undang kepada
media sosial
yang lemah
yang
melalaikan
09
49
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK
1. Individu
Mendekatkan diri dengan didikan agama
Bergaul dengan orang yang berilmu
2. Ibu bapa
Memberikan perhatian dan memantau aktiviti anak-anak
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak sejak kecil
3. Pihak sekolah / institusi pengajian tinggi (IPT)
Mengadakan lebih banyak kem jati diri yang boleh
meningkatkan sahsiah dan disiplin pelajar
Menyediakan sesi kaunseling untuk pelajar yang bermasalah
4. Kerajaan
Memperketatkan undang-undang
Menganjurkan lebih banyak dan kerap program kesedaran
berkaitan masalah sosial masyarakat
10
410
SIAPAKAH HARUS BERTANGGUNGJAWAB APABILA
RUNTUHNYA AKHLAK ?
1.Ibu dan bapa
Anak-anak lahir adalah dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah berperanan mencorakkan
dan mempengaruhi peribadi anak mereka. Imam al- Ghazali menekankan pentingnya
peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa berperanan mendidik anak-
anak dan menerapkan nilai-nilai baik dan mulia dalam kehidupan seharian supaya
menjadi kebiasaan bagi anak-anak. Usaha untuk menerapkan akhlak mulia dalam
kehidupan seharusnya menjadi sebahagian yang tidak boleh terpisah dari proses
pendidikan akhlak dalam keluarga.Hal ini dapat dicontohi melalui pendidikan
Luqmanul Hakim terhadap anak-anaknya sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-
Luqman: 12-19.
2.Peranan Individu
Sebagai Muslim yang mukallaf, kita mestillah menjadikan Rasulullah sebagai contoh
ikutan dalam kehidupan . Rasullullah merupakan insan terbaik yang boleh kita jadikan
idola dengan mencontohi sifat peribadi Rasulullah dan mengamalkan dalamkehidupan
seharian. Dengan itu, kita akan memberikan gambaran kepada masyarakat bukan
Islam bahawa akhlak yang dibawa oleh Islam adalah akhlak mulia. Selain itu, ia juga
merupakan salah satu jalan dakwah untuk menyebarkan ajaran Agama Islam kepada
masyarakat.
3.Sistem Pendidikan
Pendidikan akhlak menurut Imam al- Ghazali merupakan satu proses pembentukan
manusia yang memiliki jiwa yang suci keperibadian yang luhur yang bertujuan untuk
mendekatkan diri kepada Allah. Pendidikan akhlak merupakan tonggak pertama
perubahan masyarakat. Oleh itu, sistem Pendidikan haruslah menerapkan sistem yang
lebih praktikal sejak dari pendidikan sekolah rendah sehinggalah peringkat yang lebih
411
tinggi.
11
PANDANGAN ULAMA TENTANG AKHLAK
Biodata
Al- Ghazali adalah nama yang tidak asing dalam dunia islam daripada beribu abad
tahun dahulu hingga ke hari ini. Imam Al-Ghazali atau nama sebenar adalah Abu
Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ghazali al-Tusi al-Syafi . Beliau
merupakan tokoh di dunia akademik antarabangsa Beliau mendapatkan gelaran
sebagau Hujjatul Islam yang bermaksud “ Atap Islam “ . Beliau dilahirkan pada tahun
450H/1058M di sebuah kampung Bernama Ghazalah, Thusia yang terletak du Kot di
Khurasan, Persia.
Imam Ghazali dikenali sebagai tokoh akademik antarabangsa kerana beliau pada
awal mendapatkan Pendidikan dalam bidang spiritual dan tasawuf daripada seorang
guru Bernama Yusuf Al-Nassaj. Bukan itu sahaja, beliau juga mencapai tahap Arifun
dalam ilu sufi .
Imam Al-Ghazali juga mempelajari bidang ilmu Usuluddin dan Fikh Syafi’e
daripada Syeikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radazakani di Kota Thus. Kemudian,
beliau pergi ke Jurjan untuk berguru dengan Imam Abu Nasral-Ismaili dan juga
menulis buku berjudul At-Ta’liqat. Imam Haramain al-Juwaini seorang ahli teologi
Asyairah guru kepada Imam al-Ghazali yang banyak berjasa pada Imam Al-Ghazali.
Ia dikatakan egitu kerana Imam Al-Ghazali dapat mengusai dengan sangat baik fiqh
mazhab Syafi’e dan fiqh khilaf, ilmu perdebatan, usul, mantiq, hikmah dan falsafah.
Beliau juga memahami dengan sangat jelas tentang pandangan para ahli ilmu tersebut.
41122
KONSEP AKHLAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Menurut buku ihya’ Ulumuddin , Beliau mengatakan bahawa akhlak berasal
daripada perkataan al-Khalqu iaitu kejadian dan al-Khuluqu iaitu akhlak atau tingkah
laku . Al-Khalqu adalah dimaksudkan dalam bentuk zahir dan al-khuluqu adalah
dimaksudkan dalam bentuk batin. Hal ini kerana, kejadian manusia yang tersusun
dari jasad yang dapat dilihat dengan mata kasar serta unsur roh danjiwa hanya
dapat dilihat dengan mata hati. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam
surah al-Shas ayat 71 hingga 71 yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah dan ketika di telah kubentuk
dengan sepurna dan telah kutitipkan ke dalamnya rohKu, hendaklah kamu tunduk
merendahkan diri kepada-Nya “
Akhlak itu dapat dikatakan ibarat jiwa yang bentuknya bersifat batin. Akhlak juga
membawa pengertian menyeluruh iaitu perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada
dorongan batiniah dalam jiwa manusia . Akhlak itu bukanlah perbuatan melainkan
gambaran atas jiwa yang tersembunyi. Akhlak bolehdikatakan nafsiah iaitu bersifat
kejiwaan dan yang dapat dilihat dinamakan tindakan. Oleh itu, akhlak ialah sumber
manakala tindakan ialah bentuknya.Al- Ghazali berpendapat bahawa akhlak bukan
sekadar perbuatan, kemampuan melakukan sesuatu ataupun pengetahuan tetapi
akhlak harus menggabungkan dirinya dengan keadaan jiwa yang bersedia untuk
melakukan perbuatan dan ia bersifat kebiasaan dalam kehidupan seharian.
Kesempurnaan akhlak tidak hanya bergantung kepada suatu aspek peribadi akan
tetapi bergantung kepada empat kekuatan didalam diri manusia yang menjadi unsur
terbentuknya akhlak baik dan buruk. Kekuatan-kekuatan itu ialah kekuatan ilmu,
nafsu syahwat, amarah dan kekuatan keadilan Imam al-Ghazali .
41133
KAEDAH PEMUPUKAN AKHLAK MUSLIM MENURUT PANDANGAN
IMAM AL-GHAZALI
Tujuan akhlak adalah untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat bagisetiap
muslim sesuai dengan ajaran Al Qur’an dan Hadith. Imam al- Ghazal menyatakan
bahawa ketinggian akhlak merupakan kebaikan tertinggi. Kebaikan-kebaikan
kehidupan semuanya bersumber pada empat perkara iaitu :
1. Kebaikan jiwa, iaitu ilmu, bijaksana, berani dan adil.
2. Kebaikan dan keutamaan badan, iaitu sihat dan kuat
3. Kebaikan luaran al kharijiyah, iaitu harta, keluarga, pangkat, dan nama baik
kehormatan.
4. Kebaikan tuhan, iaitu bimbingan (rusyd), petunjuk (hidayah), pertolongan
(taufiq)dan kepercayaan (tasdiq).
-Aplikasi Pandangan Al-Ghazali tentang Akhlak Dalam Kehidupan Semasa.
Analisis terhadap pemikiran Imam al- Ghazali berkaitan konsep akhlak sangat
fleksibel dan sesuai diamalkan sepanjang zaman mengikut situasi-situasi yang
digariskan oleh beliau dalam banyak karyanya. Konsep akhlak yang dibawa oleh
Imam- Ghazali boleh diterapkan dalam sistem pendidikan khususnya di Malaysia
semenjak dari peringkat sekolah sehinggalah peringkat pengajian tinggi. Imam al-
Ghazali juga menekankan perihal pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak dan menerapkan nilai-nilai
baik dalam kehidupan seharian supaya menjadi kebiasaan bagi anak-anak.
Malangnya, zaman sekarang ibu bapa lebih melepaskan tanggungjawab kepada
pihak sekolah untuk membentuk akhlak anak mereka. Pemikiran tersebut adalah
salah kerana ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak- anak.Oleh itu,
konsep yang dibawa oleh Imam al- Ghazali dapat meningkatkan peribadi muslim
serta dapat mengurangkan masalah moral. Dengan adanya konsep Pendidikan
akhlak di era globalisasi ini mampu menjadi rujukan semua pihak. Konsep akhlak
menurut Imam al- Ghazali yang berlandaskan al-Quran dan Hadis yang dijadikan
sumber untuk petunjuk atau pedoman manusia untuk memiliki budi pekerti yang
baik dan mulia.
41144
CABARAN PEMBINAAN AKHLAK MASA KINI
Pada masa kini yang kian moden, dengan adanya perkembangan teknologi
yang seiring dengan perkembangan sesebuah masyarakat telah memberi
banyak perubahan kepada kita semua. Usaha untuk membina sebuah
tamadun manusia diperlukan lagi dengan lebih pendekatan yang sepadu.
Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di atas kecemerlangan
tamadun kebendaan semata-mata tetapi metilah diiringi dengan kemajuan
spiritual dan akhlak.
Muqadimmahnya adalah apabila kita membicarakan mengenai pembinaan
akhlak pada masa kini, semestinya ia merupakan isu-isu hangat yang
dibicarakan. Hal ini kerana pada masa kini, pembinaan akhlak semakin
mencabar seiring dengan perkembangan teknologi dunia masa kini yang
memberi kesan kepada seluruh kehidupan manusia global yang membawa
kepada masalah keruntuhan akhlak pada masa kini.
Diantara isu-isu hangat yang dibincangkan berkaitan akhlak yang diperolehi
pada tahun 2018 dan 2019 seperti:
1. Jenayah berat (bunuh, rompak dan ragut)
2. Gejala rasuah
3. Mengambil barang terlarang (Penagihan dadah/pill estacy dan
sebagainya)
4. Pelacuran, penzinaan dan pembuangan bayi
5. Kesopanan dan kesusilaan
6. Gejala keruntuhan akhlak di alam maya (media sosial)
415
15
Isu-isu tersebut merupakan isu yang menjadi perkara hangat dibincangkan,
malah isu tersebut juga menunjukkan keruntuhan akhlak seseorang atau
individu.
Hal ini, terjadi juga disebabkan beberapa aspek yang merupakan cabaran
dalam membina akhlak-akhlak yang menyebabkan agak mencabar dalam
segi itu.
Terdapat beberapa cabaran untuk membina akhlak masa kini yang dapat
diketahui dari pelbagai aspek, iaitu:
i.Masalah Persekitaran
Persekitaran menjadi salah satu faktor pembentukan peribadi individu
tersebut. Hal ini kerana, persekitaran sesuatu tempat itu amat
mempengaruhi akhlak seseorang itu. Cara hidup yang tidak berakhlak juga
akan memberi sedikit sebanyak mempengaruhi individu dari segi gaya
hidup, tingkah laku, tutur kata dan jiwa raga. Contohnya, apabila
pergaduhan sering terjadi diantara pasangan suami isteri disitu bermulalah
emosi anak mereke terganggu. Biasannya anak tersebut akan melarikan diri
atau menyertai rakan-rakan yang telah rosak akhlak dan sebagainya.
ii.Budaya Negatif
Budaya negatif juga salah satunya cabaran dalam membina akhlak pada
masa kini, budaya tersebut ini telahpun ada dan masih lagi berlansung
pada era kini. Conotoh budaya tersebut adalah seperti budaya lepak,
pemakian bebas, disko, seks bebas, black metal dan sebagainya. Budaya
negative seperti ini amatlah berleluasa malah dapat meruntukan lagi
akhlak dan budaya keislaman. Hal ini kerana, pada masa kini banyak
terdedah dengan perkara-perkara seperti itu yang dapat merosakkan nilai
akhlak kehidupan manusia. 416
16
iii.Cabaran Pendidikan
Seperti yang kita ketahui Pendidikan di Malaysia lebih berorientasikan
kepada keperluan peperiksaan. Oleh itu, walaupun para pelajar telah
mengambil subjek agama atau subjek moral sekalipun, mereka akan lebih
tekankan kepada untuk setakat lulus peperiksaan daripada mengambil
sebagai matlamat pembentukan akhlak. Segala pembelajaran dari aspek
moral dan Nurani bukan hanya terletak di atas kertas sahaja tapi
seharusnya mempraktikkan dalam asas kehidupan.
iv.Serangan ideologi barat
Fahaman falsafah dijadikan teori oleh orang barat dijadikan pegangan
manusia yang dapat melemahkan lagi pegangan akidah serta pemikiran
sesorang atau umat islam terhadap agama. Hal ini kerana, mereka akan
lebih terpengaruh dan mementingkan hiburan di dunia sehinggakan dapat
merosakkan lagi akhlak mereka.
v.Cabaran dari segi teknologi moden
Teknologi moden masa kini banyak memberikan kesan kepada perubahan
dunia dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jika dahulunya kanak-kanak atau
remaja menggunakkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah tetapi
kini telah berubah mereka banyak menghabiskan masa terhadap media
sosial, telefon pintar serta permainan video. Sebagai contoh, masyarakat
kini lebih terdedah dengan media sosial tanpa kita sedar mereka sudah
melampui batas seperti terpengaruh dengan pengunaan media sosial.
Mereka yang obsess dengan perkara tersebut telah memberikan impak
kepada tingkah laku seseorang.
41717
Oleh itu, kesemua hal cabaran yang dihadapi hendaklah kita
menanganinya dengan jayanya. Dalam pembinaan akhlak ini
sememangnya tidak mudah untuk kita membentuk peribadi
seseorang atau masyarakat, mungkin segelinitir masyarakat
memandang remeh terhadap perkara seperti ini. Jika dilihat
dari sudut negatif, banyak cabaran yang perlu kita tempuhi
bagi membina akhlak pada masa kini. Walaubagaimanpun,
kita haruslah menempuhi segala cabaran dan halangan yang
dihadapi pada masa kini.
18
418
KOMIK
19
419
KOMIK
20
420
KESIMPULAN
Secara kesimpulan yang dapat kita nyatakan, pada masa kini sesetengah
individu atau masayarakat tidak lagi mementingkan perihal mengenai
akhlak peribadi sendiri. Jika kita lihat pada masa kini lebih mementingkan
hiburan dunia malah pelbagai perkara yang dapat dikaitkan gejala
kerunutuhan akhlak itu sendiri.
Tidak dapat dinafikan, kebanyakkan golongan mereka dikatakan dari
golongan umur remaja itu sendiri. Kejadian-kejadian yang meruntuhkan
akhlak peribadi juga dapat menggambarkan betapa kurangnya kemantapan
iman itu sendiri atau kurangnya hasil didikan dan dorongan semasa dari
kanak-kanak lagi.
Hal ini juga, kita tidak dapat memandang serong dan rendah terhadap
perkara yang meruntuhkan akhlak individu dan masyarakat. Jika kita tidak
hiraukan perkara yang terjadi sebegini, ia dapat memberi kesan kepada diri
kita, masyarakat, ekonomi dan juga negara.
Masa depan sesebuah negara juga berada di dalam tangan mereka sendiri.
Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui
dan untuk membangunkan negara kita. Degan hal ini, kita sesama
hendaklah saling memperbaiki dan mengatasi tingkah laku mereka dan
cuba untuk membina semula akhlak peribadi sendiri. Bak kata pepatah , “
di mana tumpahnya kuah kalua tidak ke nasi”. Jika elok nya mereka, maka
eloklah masa depan sesebuah negara tersebut, tetapi jika rosaknya
mereka, maka rosaklah masa depan sesebuah negara itu.
Oleh itu, kita sebagai masyarakat dan pemimpin yang prihatin hendaklah
bersama-sama atasi masalah keruntuhan akhlak ini. Pelbagai cara yang kita
dapat lakukan dan mengatasinya. Semoga isu keruntuhan akhlak di masa
kini dapat kita hadapi dengan baik kerana kita semua adalah harapan
421
negara dan bangsa.
21
RUJUKAN
http://harjin-bismillah.blogspot.com/2010/09/konsep-akhlak-
menurut-ajaran-islam.html
Ustaz Abd Aziz bin Harjin Pensyarah Tamadun Islam Universiti Teknologi MARA Perlis
https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/keruntuhan-
akhlak-250973812
Ustazah Sharifah Nur Abu Politeknik Merlimau Melaka
https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/104
Copyright © 2019 , Faculty of Islamic Civilisation Studies, KUIS
http://abdulhalimramli.blogspot.com/2008/07/cabaran-
pembentukan-akhlak.html
Ali Shariati, 1980. Marxism and other Western Fallacies. Berkeley: Mizan Press.
Khurshid Ahmad, 1982. “Islam and the chellenge of economic development” dalam Islam
in transition, Muslim perspectives (ed) John. J. Donohue dan John L. Esposito. New York:
Oxford University Press. Muqdad Yaljan. 1986. Peranan pendidikan akhlak Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Antara.
22
422