The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meichin850812, 2022-03-26 19:34:19

MINIT MESYUARAT AGONG PIBG 2019

MINIT MESYUARAT AGONG PIBG 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KULAI

MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK KOTA KULAI BERHAD BAGI TAHUN 2019

Tarikh : 25 September 2019

Masa : 1.00 tengah hari

Tempat : Wakaf Kota SMK Kota Kulai

Kehadiran : 967 orang

Agenda 1 Ucapan aluan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua anggota yang hadir pada
mesyuarat kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah atas
sokongan ahli kepada koperasi yang telah memasuki tahun ke 11 beroperasi.

1.2 Beliau menyatakan dengan sokongan koperasi dari sudut kewangan, pelbagai
program telah berjaya direalisasikan.

1.3 Selain itu, kewujudan koperasi bukan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan
tetapi mendedahkan ilmu perniagaan kepada murid-murid dan menerapkan nilai-nilai
baik sepanjang menjalankan tugas.

Makluman

Agenda 2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas

2.1 Pn Aidawaty membentangkan minit Mesyuarat Agung tahun 2018. Saudara Khairul
Hafiz dari kelas 2 Arif mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan.
Cadangan disokong oleh Saudari Murni dari kelas 1 Efisien.

Tindakan : Setiausaha

Agenda 3 Hal-hal berbangkit

3.1 Tiada isu dibangkitkan.

Agenda 4 Membentang dan mengesahkan laporan aktiviti koperasi tahun 2019

4.1 Pengerusi membentangkan laporan aktiviti koperasi dan sumbangan koperasi
sepanjang tahun 2019. Rujuk jadual di bawah.

Tarikh Sumbangan Jumlah (RM)
30 April 2018 Program Sentiasa Dihati 1,476.00
06 Mei 2018 740.00
27 Jun 2018 Skirting bilik khas 1,304.00
23 Julai 2018 Penghawa dingin bilik War Room 330.00
16 Ogos 2018 1,000.00
29 Ogos 2018 Membaiki litar elektrik sekolah 720.00
30 Ogos 2018 Menaiktaraf kebun – Kelab Tunas Bestari 340.00
2 Oktober 2018 Sumbangan Perkhemahan Unit Beruniform 365.00
28 Oktober 2018 450.00
18 Nov 2018 Sumbangan Program PT3 1,000.00
17 Januari 2019 Mengganti penapis water cooler 1,640.00
24 Januari 2019 2,500.00
Sumbangan - Program SLB
29 Januari 2019 Membaiki kebocoran bumbung sekolah 478.00
Sumbangan - Program Sentiasa Dihati
Membaiki litar elektrik, membaiki kerosakan

kelas
Sumbangan limau mandarin – Perayaan

Tahun Baru Cina

11 Februari Sumbangan - Hari Sukan 400.00
2019 Sumbangan - Program Kepimpinan Pelajar 600.00
Sumbangan – Ubatan Peti Pertolongan Cemas 400.00
17 Februari
2019

25 Februari
2019

4.2 Saudari Qistina dari kelas 2 Cemerlang mencadangkan laporan aktiviti diterima dan
disahkan. Cadangan disokong oleh Saudara Isma dari kelas 1 Gemilang.

Tindakan : Makluman

Agenda 5 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahun 2019

5.1 Pn Chong mengucapkan terima kasih kepada semua anggota yang hadir.

5.2 Beliau membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Mac 2019, pihak koperasi
berjaya mendapat keuntungan bersih sebanyak RM50,605.26 dengan jumlah
pendapatan sebanyak RM278,302.95 dan jumlah perbelanjaan sebanyak
RM227,697.69.

5.3 Pn Chong menerangkan keuntungan tahun berakhir Mac 2019 meningkat berbanding
tahun berakhir 2018 sebanyak RM8,845.39. Ini merupakan berkat sokongan semua
ahli kepada koperasi.

5.4 Pn Chong turut membentangkan keuntungan bersih dibahagikan kepada 10 tabung
mengikut peratus yang telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Berikut
merupakan pembahagian tabung-tabung yang berkenaan:-

Tabung Jumlah (RM)
Dividen dicadangkan – 10% 1,173.00
Kumpulan Wang Kebajikan Am – 15% 7,590.79
Tabung Derma Sekolah – 10% 5,060.53
Tabung Sukan – 13% 6,578.68
Honorarium Lembaga – 10% 5,060.53
Tabung Pendidikan – 13% 6,578.68
Tabung Lawatan – 15% 7,590.79
Tabung Insentif Guru – 15% 7,590.79
Zakat – 2.5% 2,500.00

5.5 Cikgu Nurizate mencadangkan penyata kewangan tersebut diterima dan disahkan.
Cikgu Subaidah menyokong cadangan tersebut.

Makluman

Agenda 6 Membentang dan meluluskan anggaran belanjawan 2020

6.1 Pn Chong membentangkan anggaran pendapatan tahun 2020 adalah
sebanyak RM240,290.00 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak
RM193,538.00. Jumlah untuk keuntungan bersih yang dijangka pada tahun
2019 adalah RM46,752.00.

Belanjawan dicadangkan untuk diterima dan disahkan oleh Cikgu Geetha
dan disokong oleh Cikgu Aini.

Tindakan : Makluman

6.2 Tuan Pengerusi mohon semua ahli untuk membeli di koperasi kerana
harganya lebih murah berbanding kedai-kedai di luar dan sekali gus dapat
meningkatkan keuntungan koperasi.

Tindakan : Ahli koperasi

Agenda 7 Membentang dan meluluskan usul/cadangan

7.1 Beberapa usul dibacakan dan diterima dalam mesyuarat.

Pencadang Usul Penyokong
Zareen Natasya bt Zafuan Isaac
Khairul Anuar Menjual jus buah dan (1 Cemerlang)
(1 Cemerlang) menjual peralatan seni
Siti Nur Balqis Abhishek
(1 Cemerlang) Menyediakan (1 Cemerlang)
penghadang antara
Jehan (1 Intelek) pelanggan lelaki dan Aina Adlina
perempuan (1 Intelek)
Menjual bahan bacaan
seperti majalah, teka
silang kata dan lain-lain.

Tindakan : Semua ALK

Agenda 8 Pelantikan Juruaudit Luar

8.1 Pengerusi menyatakan pihak koperasi akan melantik Tetuan Hazzidi Said &
Associates sebagai Juruaudit Luar koperasi pada tahun hadapan.

Tindakan : Bendahari

Agenda 9 Pemilihan ahli lembaga koperasi tahun 2019

9.1 Pengerusi membacakan cadangan senarai ahli lembaga koperasi yang akan
dilantik pada tahun 2020. Cadangan diterima oleh Cikgu Ashraf dan disokong oleh
Cikgu Suwaibatul.

ALK JAWATAN
EN ZAINAL BIN MESRAN PENGERUSI
EN ZULKIFLI BIN JAAFAR NAIB PENGERUSI
PN AIDAWATY BT ABDUL AILLAH SETIAUSAHA
PN CHONG SOK KUEN BENDAHARI
PN SITI JAMILAH BT AMEER MYDIN PENGURUS BELIAN DAN STOK
EN SHAHRUL FATIMI BIN ISA PENGURUS JUALAN
CIK NOR FADHILLAH BT MD NOOR PENGURUS SAHAM
PN ROSLINA BT PARUMO PENGURUS KEBAJIKAN
PN NORHANISAH BT TUBAR JURUAUDIT DALAMAN
PN CHAI MEI CHIN PENGURUS PROJEK
NUR SYAHIDATUL ADAWIAH BT RIDUAN (4 SN) PEMBANTU JUALAN
KOH XIN CHENG (4SN) PEMBANTU JUALAN
NUR ELIANA SHAZLIN BT HISHAMMUDIN (4PN) PEMBANTU JUALAN
LOW CHING YIN (4SN) PEMBANTU JUALAN
WONG LE ER (3D) PEMBANTU JUALAN

Tindakan : Makluman

Agenda 10 Hal-hal lain

10.1 Pengerusi mengumumkan pembayaran dividen kepada anggota koperasi adalah
dalam bentuk bayaran tunai RM1.00.

Tindakan : Bendahari

10.2 Semua ahli koperasi yang hadir akan menerima sekotak air minuman dan makanan
ringan sebelum balik.

Tindakan : Makluman
Agenda 11 Ucapan penangguhan

11.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang hadir.
Beliau berharap agar koperasi akan terus maju di masa hadapan. Semua murid
digalakkan terlibat secara aktif jika berminat untuk menimba lebih banyak ilmu
perniagaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.


Click to View FlipBook Version