• 9.00 a.m. majlis bermula.
• Tetamu VVIP dan Guru mengambil tempat.
• Kata aluan dari pengerusi majlis.
• Doa pembukaan majlis.
• Ucapan Guru Besar SKSR
• Tayangan montaj
• Ucapan Pn. Zaleha
• Acara sambutan harijadi Pn. Zaleha
• ( potong pulut kuning )
• Penyampaian hadiah
• Nyanyian
• Majlis Bersurai
•“THUMB PRINT ”
AJK INDUK
PENGERUSI :
PN. SITI ROHAYAH BT. HJ AHMAD
NAIB PENGERUSI :
EN. BADROL HASNI BIN ABDULLAH SANI
PN. HJH NOORIHAN BT ABDUL HADI
EN. MOHD ASRI BIN ZAINUN AMRI
PN. JULIANA BT AH. MAHIDIN
AJK PELAKSANA
PENGERUSI MAJLIS : EN. AZLI
BACAAN DOA : UST. AZMIR
SAMBUTAN TETAMU VVIP : PN. SURIANI
BUKU PROGRAM : PN. SALIZA
PERSIAPAN TEMPAT : EN. SYAZWAN/ EN. ZAINAL
PERSIAPAN PENTAS : PN. WAN SUHANA/ EN. DZULHAFIZ
SIARAYA : EN. NURULIZWAN/ EN. DZULHAFIZ
VIDEO LIVE/RAKAMAN : EN. SHAIRIMAN
MONTAJ : PN. SHEMALA/PN. FARIDAH
HADIAH : PN. NURUL IZMA/ PN. PRASANADEVI
JURUGAMBAR : EN. IZUAN TAHRIM/ UST. HAFIZI
KAWALAN MURID : PN. ZUNIDAH/ SEMUA GURU
Biodata Persaraan Puan Zaleha Bt Mohd. Saman
Berikut dinukilkan biodata pemilik nama Puan Zaleha Bt Mohd. Saman.
Tanggal 26 September 1965, merupakan tarikh keramat bagi pasangan bertuah
Mohd. Saman Bin Saad dan Puteh Bt Ibrahim apabila dikurniakan seorang puteri
yang diberi nama Zaleha. Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik
beradik. Merupakan anak seorang anggota polis dan ibunya pula seorang suri
rumahtangga.
Mendapat pendidikan awal di SK Tengku Budriah Arau Perlis dan SK Gurun
Kedah .Seterusnya beliau meneruskan pengajian menengahnya di Sekolah
Menengah Gurun Kedah dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh.
Beliau telah meneruskan pengajian tinggi di ITM Shah Alam pada tahun 1989 dan berjaya memperoleh
Diploma Pengurusan Harta.
Memulakan langkah menjadi pendidik,beliau telah meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim Sungai Petani Kedah dengan mengambil sijil perguruan pada tahun 1992-1994.
Berpegang kepada motto hidup bersyukur membuat hidup bahagia , beliau telah memulakan tugas
sebagai seorang guru pada tahun 1994 di SK Sungai Rapat. Beliau seorang guru yang aktif dalam kurikulum
dan kokurikulum. Pada peringkat sekolah beliau merupakan seorang cikgu yang begitu berdedikasi
menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu beliau juga terpilih mewakili sekolah pada peringkat negeri dan
kebangsaan. Antara pelibatan beliau ialah pernah mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada tahun
1997 dalam perarakan Hari Kebangsaan Negeri Perak. Selain itu beliau juga pernah menjadi guru pengiring
kontinjen Perak dalam kursus kepimpinan Ketua Pengawas Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan pada
tahun 2002.
Puan Zaleha telah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati Zulkurnain Bin Zahidi yang
berasal dari Beruas Perak pada 9 Mei 1998. Kebahagiaan yang mereka kecapi diserikan lagi dengan
kehadiran 3 orang puteri penyeri hidup iaitu Aisyah 22 tahun, Athirah 20 tahun dan Adilah 18 tahun. Moga
kebahagiaan terus mewarnai kehidupan beliau.
Menurut bidalan Melayu,benih yang baik dilempar di mana-mana pun tetap memberi hasil yang baik
,begitulah juga dengan Puan Zaleha.Khidmat bakti beliau ketika di sekolah sangat membantu pihak
pengurusan atas sikap dedikasi beliau ketika menjalankan tugas. Beliau disenangi rakan sejawat dan anak
didik dengan sikap beliau yang penuh keibuan dan menyenangkan.
Perkhidmatan Puan Zaleha di SK Sungai Rapat selama 27 tahun merupakan satu jangkamasa yang
agak lama di sesebuah sekolah. SK Sungai Rapat merupakan satu-satunya sekolah tempat beliau
berkhidmat. Memang di luar kebiasaan seseorang guru kekal di sesebuah sekolah untuk jangkamasa yang
lama, tetapi itulah yang terjadi pada beliau. Sepanjang 27 tahun perkhidmatan beliau di SK Sungai Rapat, 26
tahun Puan Zaleha mengajar sesi petang dan hanya setahun mengajar di sesi pagi. Puan Zaleha juga telah
melihat pelbagai kejayaan sekolah di bawah puluhan guru besar yang berbeza.
Pelbagai pengalaman pahit , manis, suka dan duka yang tidak dapat beliau lupakan. Antaranya
ialah ketika memandu kereta Morris Minor kepunyaan ayah beliau. Murid-murid selalu mengerumuni beliau
untuk melihat 'kereta katak ' yang dipandu. Pengalaman pahit pula menurut beliau, biarlah menjadi rahsia.
Demikianlah biodata yang diraikan Puan Zaleha Bt Mohd. Saman , yang akan menamatkan
perkhidmatan beliau pada hari ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan hanya
Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.
Terang bulan di malam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Pengerusi dan Ahli jawatankuasa Majlis Sambutan
Semarak Kasih, Sanjungan Budi Sek. Keb. Sungai
Rapat, Ipoh dengan tulus ikhlas merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di
atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan
kepada semua pihak yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
majlis ini.
Terima Kasih.