SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN RANAU PETI SURAT 04, 89307 RANAU MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-31 PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) Tarikh : 25 Mac 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Pekan Ranau Kehadiran : Rujuk Lampiran Agenda Mesyuarat 1. UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-30 3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 4. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN BENDAHARI 5. PERBINCANGAN USUL 6. PEMBUBARAN AJK SESI 2022/2023 7. PEMILIHAN AJK PIBG BAHARU SESI 2023/2024 8. HAL-HAL LAIN 9. UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG SESI 2023/2024 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN RANAU SABAH KERAJINAN PUNCA KEJAYAAN
1.0 UCAPAN YDP PIBG SESI 2022/2023 1.1 Encik William Babah bin Dunggi selaku Yang Dipertua PIBG SK Pekan Ranau bagi sesi ini mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua pentadbir dan ibu bapa. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk hadir walaupun sibuk. Ucapan tahniah juga diberikan kepada barisan AJK PIBG kerana berjaya menjalankan mesyuarat pada kali ini. 1.2 YDP PIBG mengingatkan kembali kepada ahli mesyuarat bahawa kehadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG adalah penting kerana PIBG adalah wahana yang berkesan untuk ibu bapa. 1.3 Beliau menambah ibu bapa perlu lebih responsif terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak selain merupakan pendorong motivasi anak-anak. 1.4 YDP juga menyentuh aspek kejayaan murid-murid tidak akan tercapai tanpa komitmen antara guru dan ibu bapa. Kedua-dua pihak perlulah saling berhubung rapat seperti aur dengan tebing untuk sama-sama mendidik murid-murid. 1.5 YDP juga memohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan beliau sepanjang menerajui PIBG sekolah ini selain berharap agar semua ibu bapa dapat meningkatkan lagii komitmen terhadap anak masing-masing dan sekolah untuk mencapai kejayaan. Tindakan: Makluman 2.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG 2.1 Encik Asmail@Ismail bin Gakau selaku Guru Besar SK Pekan Ranau selaku Penasihat PIBG sekolah ini mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali-31. 2.2 Guru Besar menyatakan bahawa beliau yakin dan percaya kepada seluruh warga pendidik yang berusaha meningkatkan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid-murid. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid SK Pekan Ranau dalam bidang akademik dan kokurikulum. Ini menggambarkan usaha guru dan kerjasama PIBG telah mendorong kejayaan anak-anak murid. 2.3 Penasihat menambah bahawa PIBG akan sentiasa menyokong pelbagai aktiviti sekolah yang melibatkan murid-murid dan pasti akan memberikan suumbangan daripada tabung PIBG. Untuk itu, beliau menyeru kepada semua ibu bapa untuk menyumbang ke dalam tabung PIBG setiap tahun. 2.4 Guru Besar menambah mengingatkan kepada semua bahawa kecemerlangan sekolah bukan bergantung kepada kepakaran guru atau komitmen pentadbir tetapi kerjasama daripada semua ibu bapa. 2.5 Guru Besar juga memohon kepada semua ibu bapa untuk tidak menyerahkan urusan mendidik anak-anak sepenuhnya kepada pihak sekolah. Ibu bapa perlu mengambil tahu keadaan anak-anak mereka dan melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak. 2.6 Ibu bapa juga diseru agar menggunakan pendekatan bermusyawarah apabila timbul masalah anak di sekolah yang melibatkan pelanggaran disiplin. 2.7 Guru Besar mengingatkan kepada ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Jika tidak hadir perlu hantar surat. 2.8 Sekiranya ada masalah atau timbul rasa ketidakpuasan hati ibu bapa perlu terus datang ke sekolah berjumpa dengan guru besar atau guru-guru. Tidak perlu tularkan ke mana-mana media sosial 2.9 Guru Besar juga memaklumkan bahawa terdapat cadangan daripada segelintir ibu bapa untuk membuka pintu pagar bahagian belakang sekolah namun pihak
sekolah tidak dapat menyetujui cadangan tersebut kerana kekangan jumlah pengawal keselamatan. 2.10 Guru Besar juga memaklumkan bahawa projek bangunan sekolah baharu akan dimulakan seawal-awalnya Ogos tahun ini atau Januari 2024. 2.11 Guru Besar juga memberikan respon terhadap pertanyaan ibubapa tentang masuk ke kawasan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kerana akan menghalang atau menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekolah kerana sekarang ini terdapat 19 orang juruteknik daerah yang berpusat di bangunan pejabat am sekolah dan juga ramai pegawai di sektor pembelajaran PPD yang berada di bangunan PKG. 2.12 Penasihat sekali lagi mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat pada kali ini. Selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa mencerminkan komitmen dan kesungguhan ke atas kecemerlangan anak-anak di sekolah. Tindakan: Makluman 3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-30 3.1 Setiausaha PIBG membaca dan membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-30. Cadangan untuk disahkan : Puan Hidayah Mat Saad Disokong : Encik Bokhari Mahadi 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 Cadangan untuk disahkan : Encik Abang Gharul Annuar Bin Abg Abdul Gani Disokong : Puan Nur Farahin Amanchai Abdullah 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN BENDAHARI 5.1 Setiausaha mewakili Bendahari PIBG, Puan Nor Adlini telah membentangkan kewangan sepanjang tahun 2022-2023. 5.2 Encik Abang Gharul meminta agar pihak sekolah dan PIBG dapat perincikan jenis aktiviti yang menggunakan amaun sebesar RM16,000. Respons : Penolong Kanan Kurikulum, Puan Hajah Dayang Alinah menyatakan bahawa amaun tersebut adalah daripada dua sumber: - RM6000 sumbangan yang diterima daripada Datuk Masidi Manjun (2019) - RM10,000 sumbangan daripada SHELL kepada sekolah-sekolah terpilih. Semua sumbangan ini akan digunakan untuk kecemerlangan akademik dan membiayai program motivasi Tahap 2.
5.3 Encik Abang Gharul juga memohon kepada AJK PIBG supaya setiap aktiviti ada perinciannya agar tidak menimbulkan prasangka daripada ibu bapa dan audit. Respon : Guru Besar menyatakan bahawa sejumlah RM16,000 dikeluarkan sekaligus dari Tabung PIBG dan telah diserahkan kepada pihak sekolah dan disimpan dalam simpanan tertentu dan sudah pasti ada laporan penggunaan. Cadangan untuk disahkan : Grace Aloysius Disokong : Abdul Razak S.Idris 6.0 PERBINCANGAN USUL 6.1 Memohon parkir di sekolah Respons: GB menyatakan kawasan sekolah amat sempit dan tidak dibenarkan untuk mengelakkan risiko seperti orang asing masuk ke kawasan sekolah. : Ibu bapa boleh dipertimbangkan untuk masuk ke kawasan sekolah masa hujan dan sekiranya ada urusan penting di sekolah 6.2 Penambahbaikan Lalu Lintas Respons: Surat telah dihantar berulang kali ke JKR namun tiada tindakan. Guru Besar berharap lalu lintas akan lebih sistematik selepas bangunan baru dibuat kelak. 6.3 Wujudkan dialog prestasi bersama ibu bapa berkaitan kecemerlangan murid. Respons: Pada waktu ini kita masih terikat dengan SOP yang tidak memungkinkan ibu bapa masuk ke premis sekolah. Dialog ini akan diadakan sekiranya pihak KPM membenarkan. 6.4 Pembahagian buku teks diberi sebelum akhir sesi akademik. Respons: Guru Besar menyatakan pemberian buku teks sebelum cuti sekolah tidak dapat dibuat kerana guru-guru terikat dengan pelbagai aktiviti dua minggu sebelum cuti. Selain sukar memanggil ibu bapa pada masa yang singkat. 6.5 Perkasakan Parent Voice Respons: Guru Besar bersetuju dan satu link khas akan dibuat agar ibu bapa dapat menyuarakan pandangan dan cadangan masing-masing terhadap kemajuan prestasi anak-anak.
6.6 Guru diminta untuk memeriksa buku murid pada setiap hari. Respons: Pentadbir meminta kepada semua guru agar memberi maklum kepada ibu bapa sekiranya ada kerja rumah anak-anak dalam grup ‘Whatsapp’ kelas. 6.7 Encik Abang Gharul mencadangkan agar Dialog Prestasi memberikan fokus juga kepada kurikulum dan sahsiah bukan melibatkan aspek akademik sahaja. Ini kerana potensi murid bukan hanya akademik sahaja tetapi juga dalam bidang keusahawanan, kepimpinan dan sahsiah di SK Pekan sebagai perintis. Respons: Guru Besar memberikan respons bahawa SK Pekan akan bersedia untuk mengadakn Dialog Prestasi dan beliau meminta semua SLT mengambil perhatian. 6.8 Minit Mesyuarat Agung Tahunan Encik Abang Gharul meminta agar Setiausaha mengedarkan minit mesyuarat sehari lebih awal kepada ibu bapa dan bentuk ‘softcopy’ agar ibu bapa boleh membaca minit mesyuarat tersebut lebih awal dan memudahkan ibu bapa memberikan respons. Respons: YDP meminta Setiausaha untuk menyediakan minit mesyuarat lebih awal. 6.9 Encik Abang Gharul bertanya tentang tindakan pihak sekolah untuk memupuk keusahawanan dalam kalangan murid dan cadangan bina kemahiran keusahawanan murid. Respons: Guru Besar menyatakan bahawa ada minggu keusahawanan selama seminggu. 6.10 Tugasan PSV perlu dihebahkan dua hari sebelum untuk mengelakkan bahanbahan dibeli pada saat akhir atau langsung tidak sempat dibeli kerana ibu bapa bekerja. Respons: Guru Besar meminta para guru elakkan makluman penyediaan bahan subjek pada saat akhir. 6.11 Grup rasmi PIBG sepatutnya hanya untuk urusan pemakluman rasmi daripada pihak sekolah namun ada juga terselit iklan-iklan yang tidak berkaitan dengan sekolah. Respons: Ada beberapa grup ‘Whatsapp’ PIBG yang boleh berjual beli.
6.12 Ada ibu bapa yang belum masuk dalam Grup PIBG. Respons: Pihak sekolah meminta guru kelas untuk kongsikan link grup PIBG di kelas masing-masing. : Grup PIBG ada dua dan Setiausaha diminta untuk kongsikan sebarang maklumat atau pemakluman terkini di kedua-dua grup PIBG. 6.13 Puan Hidayah menyatakan terdapat kayu dan batu di laluan pejalan kaki dan memohon penerangan lanjut berkenaan dengan pembinaan sekolah baharu. Respons : YDP PIBG menyarankan agar ibu bapa yang melalui laluan pejalan kaki untuk membantu memungut kayu dan sampah di kawasan laluan. : Guru Besar menerangkan ada tiga kemungkinan yang berlaku berkaitan pembinaan sekolah iaitu; 1. Cadangan PPD/JPN – membuat satu sekolah di tempat lain di Puru Panjang (Taman Golf View). 2. Penyuraian murid di sekolah lain dan akan beroperasi di sebelah petang. Cadangan sekolah ialah SK Kilimu, SK Pekan Dua dan SJKC Paiwen. 3. Cadangan Ketiga : pembinaan akan dibuat secara berfasa. 6.14 Encik Sabilin mengusulkan berkaitan parkir kereta di luar kawasan sekolah iaitu beliau meminta agar batu ditaburkan di sepanjang parkir tepi jalan yang berlumpur. Respons: YDP telah menyatakan yang penaburan batu sudah diajukan. Surat telah dihantar kepada Syarikat Globinako (Konsesi). Selain itu, pihak JKR telahpun menabur batu. 7.0 PEMBUBARAN AJK SESI 2022/2023 7.1 YDP PIBG Sesi 2022/2023 menyatakan tahun ini AJK PIBG perlu dibubarkan. Oleh itu, Ahli mesyuarat sebulat suara untuk melantik Encik Abang Gharul sebagai Pengerusi Sementara bagi mengendalikan sesi pengundian bagi jawatan YDP PIBG dan NYDP PIBG yang baharu. Calon-calon: Encik William Babah bin Dunggi : Encik Kasinin Bin Basir : Encik Abang Gharul Annuar Bin Abg Abdul Gani : Puan Hidayah binc Mat Saad
8.0 PEMILIHAN AJK PIBG BAHARU SESI 2023/2024 8.1 Berikut adalah YDP dan NYDP PIBG bagi sesi 2023/2024 YDP : Encik Kasinin Bin Basir NYDP : Puan Hidayah binti Mat Saad 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Encik Kasinin Bin Basir mengucapkan terima kasih atas tanggungjawab yang diamanahkan. Juga menerangkan tentang syarat untuk dilantik sebagai YDP antaranya adalah ada anak bersekolah di sekolah ini. Beliau menambah akan membincangkan semula berkaitan dengan pembelian bas sekolah.Pihak PIBG juga akan mengadakan pertandingan mencipta logi PIBG yang telah sekian lama dirancang tetapi belum sempat dilaksanakan. 9.2 PK1 mengucpkan syabas dan tahniah kepada YDP dan NYDP baharu. PK1 memberi respons berkaitan dengan memupuk sikap keusahawanan. Selaku ekolah TS25 Kohort 3 program berkaitan telah dilaksanakan sejak 2019 namun tidak diwar-warkan kepada ibu bapa. Hanya melibatkan mata pelajaran Tahap dua sahaja iaitu PSV dan RBT. Antara produk KMR yang telah dihasilkan seperti kraf, sabun serbaguna yang telah dijual dalam kalangan murid-murid sekolah. 9.3 PK HEM juga mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Sesi 2023/2024. PK HEM menyentuh berkaitan dengan pengisian dan permohonan ke sekolah khusus seperti SBP, MRSM dan sebagainya adalah tanggungjawab setiap ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa juga perlu memastikan data asas anak adalah tepat. Buat pengemaskinian. Borang bantuan akan dikeluarkan pada bulan September. Pastikan ibu bapa mengisi maklumat dengan tepat terutama pada bahagian pendapatan kerana maklumat pada borang yang dihantar tidak selari dengan APDM. Terdapat juga ibu bapa yang menolak bantuan RMT saat-saat akhir sehingga pihak sekolah terpaksa menghantar justifikasi penolakan ke PPD. 9.4 GB mengingatkan kepada semua untuk mengelakkan menulis data palsu dan perlu mengisi borang selari dengan APDM. Penasihat menyatakan bahawa PIBG perlu melantik Juru Audit. 9.5 Encik Kasinin melantik dua ajk baharu iaitu Encik Maysanuddin dan Encik Sabilin dan meminta agar AJK sedia ada terutama dalam kalangan guru dikekalkan. YDP baharu juga akan mengadakan perjumpaan AJK PIBG dalam masa terdekat untuk merancang aktiviti yang akan diadakan pada sepanjang tahun dan mana-mana aktiviti yang telah dirancang akan diteruskan.
10.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG SESI 2023/2024 10.1 Encik Kasini sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui PIBG bagi sesi ini. 10.2 Beliau juga mengucapkan tahniah atas kehadiran semua ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG terutama kaum ibu yang sudi melapangkan masa. 10.3 YDP juga menyeru agar semua ibu bapa akan bersama-sama meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.23 pagi. Pencatat Minit : 1. Puan Zulaikah Manaf 2. Puan Kiinasah Giman Disediakan oleh; ________________________ (FAUZIAH BINTI KASITAH) SETIAUSAHA PIBG 2023/2024 SK PEKAN RANAU Disemak oleh; ___________________________ (ENCIK KASININ BIN BASIR) YDP PIBG SESI 2023/2024 SK PEKAN RANAU Disahkan oleh; ___________________________ (ENCIK ASMAIL@ISMAIL BIN GAKAU) GURU BESAR SK PEKAN RANAU