Kasih yang tulus, tercurah pada ibu bapa, Dalam pelukan hangat, cinta merasuk jiwa. Pengorbanan mereka sungguh bermakna, Pengorbanan mereka, tidak terhingga. Menghargai setiap detik pengorbanan, setiap langkah, setiap usaha. Taat dan patuh pada arahan ibu bapa, Sayangilah mereka hingga ke syurga. Kasih ibu bapa, cinta yang suci, Menyala di dalam hati, Mengalir di dalam jiwa sanubari, Kasih sayang mereka, tidak ternilai harganya. Mencium tangan, tanda penghargaan, Mendengar nasihat, petunjuk yang bijak. Dalam usia tua, kami tetap bersama, Kasih ibu bapa, abadi di hati kami. Bess Ling KASIH IBU BAPA
Deklamasi Sajak “Kasih Ibu Bapa ” https://youtu.be/aBEQdXt8Exw
MAKSUD: Rangkap 1 : Penyajak menyatakan betapa pentingnya kasih sayang yang tulus dari ibu dan bapa. Mereka mengorbankan diri demi anak dan cinta mereka memperkaya jiwa. Rangkap 2 : Anak perlulah menghargai pengorbanan yang disumbangkan oleh ibu dan bapa. Anak juga perlu mentaati ibu bapa dan patuh terhadap arahan mereka serta menyayangi mereka sepanjang hidup. Rangkap 3 : Penyajak menyatakan bahawa kasih sayang ibu dan bapa adalah sesuatu yang murni dan suci. Kasih sayang daripada mereka tidak ternilai harganya. Rangkap 4 : Penyajak menegaskan pentingnya menghormati dan menghargai jasa ibu bapa dengan mencium tangan mereka sebagai tanda penghargaan dan mendengar nasihat sebagai petunjuk bijak yang diberikan. Apabila mereka memasuki usia tua, kebersamaan dan kasih sayang mereka tetap abadi dalam hati kita.
Tema: Sajak ini bertemakan penghargaan dan kasih sayang terhadap ibu dan bapa, serta menghargai pengorbanan dan mendengar nasihat mereka. Persoalan: 1.Persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. 2.Persoalan tentang ketaatan kepada ibu bapa. 3.Persoalan tentang menghargai jasa ibu bapa. 4.Persoalan tentang mendengar nasihat dan mematuhi arahan ibu bapa. TEMA DAN PERSOALAN BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK 1.Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat. 2.Terdiri daripada empat rangkap. 3.Sajak ini mempunyai 18 baris. 4.Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama. 5.Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama.
Nilai: Kasih sayang. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam terhadap ibu bapa. 1. Hormat-menghormati. Memuliakan ibu bapa dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan. 2. Taat. Mentaati ibu bapa dan mematuhi arahan yang diberikan oleh ibu bapa. 3. 4.Menghargai jasa. Menghargai jasa ibu bapa. Pengajaran: Kita mestilah menghargai pengorbanan ibu bapa yang tidak terhingga dan memahami bahawa kasih sayang mereka memperkaya jiwa kita. 1. Kita hendaklah mentaati ibu bapa dan mematuhi arahan mereka. 2. Kita hendaklah menghargai dan membalas jasa ibu bapa dengan mencium tangan mereka sebagai tanda penghargaan. 3. KIta mestilah peka terhadap ibu bapa yang memberi kasih sayang kepada kita. 4. NILAI DAN PENGAJARAN
Kasih Ibu Bapa Kasih yang tulus, tercurah pada ibu bapa, Dalam pelukan hangat, cinta merasuk jiwa. Pengorbanan mereka sungguh bermakna, Pengorbanan mereka, tiada terhingga. Menghargai setiap detik pengorbanan, setiap langkah, setiap usaha. Taat dan patuh pada arahan ibu bapa, Sayangilah mereka hingga ke syurga. Kasih ibu bapa, cinta yang suci, Menyala di dalam hati, Mengalir di dalam jiwa sanubari, Kasih sayang mereka, tidak ternilai harganya. Mencium tangan, tanda penghargaan, Mendengar nasihat, petunjuk yang bijak. Dalam usia tua, kami tetap bersama, Kasih ibu bapa, abadi di hati kami. Latihan (i) Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (iv) Tuliskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
Soalan KBAT (i) Tuliskan satu cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (ii) Nyatakan dua tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapa. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (iii) Sebagai seorang anak, bagaimanakah cara yang boleh anda lakukan untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
Jawapan Latihan: (i) Maksud rangkap kedua sajak di atas ialah anak perlulah menghargai pengorbanan yang disumbangkan oleh ibu dan bapa. Anak juga perlu mentaati ibu bapa dan patuh terhadap arahan mereka serta menyayangi mereka sepanjang hidup. (ii) Persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak dan persoalan tentang menghargai jasa ibu bapa. (iii) Nilai kasih sayang. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam terhadap ibu bapa. (iv) Kita mestilah menghargai pengorbanan ibu bapa yang tidak terhingga. Kita hendaklah mentaati ibu bapa dan mematuhi arahan mereka. Soalan KBAT: (i) Mendengar nasihat ibu bapa / Belajar bersungguh-sungguh Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa / Bertutur / bercakap dengan sopan / Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa (ii) Menziarahi ibu bapa / menjaga kebajikan ibu bapa / meraikan hari istimewa ibu bapa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan / mengajak ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji memberi wang / hadiah kepada ibu bapa (iii) Sebagai seorang anak, cara yang boleh saya lakukan untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa ialah saya akan sentiasa mentaati perintah ibu bapa dan tidak melakukan perkara yang melukakan hati mereka. Seterusnya, saya akan menghadiahkan kejayaan dalam kehidupan kepada mereka. Akhirnya, saya akan memelihara dan menjaga ibu bapa apabila mereka sakit atau sudah tua.