The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jba9028, 2023-04-03 23:19:13

BUKU PENGURUSAN SKRSL 2023 2024

BUKU PENGURUSAN SKRSL 2023 2024

6 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 5. SISTEM FAIL PANITIA 5.1. Mengikut Sistem Fail SPSK:- BIL. Nama fail Kandungan Fail Catatan 1 Fail Induk *Panitia a. Surat menyurat; b. Minit mesyuarat panitia bersama surat iringan. Fail rasmi di pejabat (putih) 2 Sukatan Pelajaran a. Sukatan Pelajaran; b. Huraian Sukatan Pelajaran; c. Rancangan Pelajaran Tahunan; d. Senarai buku rujukan guru/murid; e. Plan Akademik Negeri semasa. Fail Kulit Keras 3 Program Kecemerlangan a. Perancangan program; b. Pelaksanaan dan Perancangan Program. Fail Kulit Keras 4 Pentaksiran dan Penilaian a. Analisis keputusan peperiksaan awam dan peringkat sekolah; b. Analisis pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan awam dan peringkat sekolah; c. Headcount; d. Postmortem / Audit Akademik. Fail Kulit Keras 5 Penyeliaan a. Jadual pencerapan; b. Laporan pencerapan P dan P oleh pencerap; c. Tindak ikut pencerapan. Fail Kulit Keras 6 Pemeriksaan Buku Rampaian a. Jadual pemeriksaan buku rampaian; b. Laporan pemeriksaan buku rampaian / buku kerja / buku nota. Fail Kulit Keras 7 Maklumat Guru Mata Pelajaran a. Maklumat peribadi guru; b. Jadual waktu mengajar guru; c. Carta organisasi panitia. Fail Kulit Keras NOTA: 1. 6 Fail kulit keras perlu diwujudkan, tidak perlu didaftarkan dan tiada nombor rujukan; 2. Muka depan fail keras dilabelkan : Nama Panitia dan Nama Fail; 3. Fail Induk - nyatakan nama panitia, didaftarkan dan bernombor rujukan sekolah. 4. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci. 5. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah. 6. Fail induk setiap panitia diurus dan disimpan di pejabat sekolah 7. Semua fail panitia kecuali fail induk diletakkan di bilik “Wall Room”, ketua panitia hanya menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”


7 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 6. MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN 6.1. Sistem KSSR: - Modul Teras Asas: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Modul Teras Tema: Pendidikan Seni Visual,Pendidikan Muzik dan Sains. - Modul Elektif: Bahasa Arab Komunikasi, Sejarah, RBT 7. SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR 7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru. 7.2. Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 13 Januari tahun berkenaan. 7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. 7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengikut format PAK21 mengandungi 5 perkara asas; i. Tajuk / Isi Pelajaran ii. Objektif iii. Aktiviti iv. KBKK v. Refleksi / Impak 7.5. E-Rancangan Pengajaran Harian (ERPH) digunakan dan dihantar setiap hari Khamis pada setiap minggu tanpa gagal. 7.6. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahan mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut. 7.7. Menghabiskan Sukatan; i. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum PBD secara sumatif dijalankan bagi tahun semasa. 7.8. Pemulihan Khas – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered / berpusatkan murid berdasarkan keperluan murid khas itu sendiri. 8. JADUAL WAKTU 8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa. 8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum akan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi. 8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 8.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru tidak melebihi 30 waktu seminggu termasuk perhimpunan dan waktu kokurikulum dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.


8 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 9. GURU GANTI 9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada papan notis dan Buku Pergerakan Staf. 9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran. 9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu. 9.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti. 9.5. Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain. 9.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh PK 1. 9.7. Catatan Guru Ganti hendaklah tulis dalam ERPH 9.8. Guru ganti yang tidak dapat menjual waktu PdPnya hendaklah menyediakan bahan-bahan PdP sebelum bercuti, berkursus ataupun bertugas diluar. 10. WAKTU PERSEKOLAHAN 10.1. Sesi persekolahan: i. Ahad: 7.20 Pagi - Perhimpunan sekolah. (Bergantung kepada SOP yang dikeluarkan oleh KPM) Isnin : 7.20 pagi dan Waktu Tamat persekolahan – 12.10 Tengahari (Tahap 1) dan 12.40 Tengahari (Tahap 2). ii. Selasa hingga Khamis – 7.20 pagi (Program Budaya Al-Quran). Waktu Tamat persekolahan – 12.40 Tengahari. iii. * Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta / pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa semasa. 11. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN 11.1. PBD boleh dijalankan semasa PDP atau secara sumatif secara topikal secara lisan, penulisan dan pemerhatian 11.2. Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBD KSSR dijalankan sepenuhnya bagi tahun 1 hingga tahun tanpa gagal dengan menggunakan instrumen dan borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan tahap murid itu sendiri. Pelaporan kelas dan murid disimpan di dalam fail yang dikhususkan. 11.3. Laporan PBD akan dikeluarkan sebanyak 3 kali bagi tahun semasa dan wajib dikemukakan kepada ibu bapa/penjaga murid 1.0.1. FORMAT SOALAN 1.0.1.1. Soalan disediakan dalam pelbagai mengikut tahap kecerdasan murid 1.0.1.2. Soalan boleh dibuat secara formatif atau sumatif 1.1.1. JADUAL PENGAWASAN 1.1.1.1. Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan Dalaman. 1.1.1.2. Jadual pengawasan mengikut jadual Peperiksaan khas 1.1.1.3. Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam. 11.3.1. REKOD TAHAP PENGUASAAN (TP) 11.3.1.1. Tahap Penguasaan Murid direkodkan di borang transit yang disediakan oleh panitia secara selaras


9 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 11.3.1.2. Tahap penguasaan dimasukkan ke dalam Sistem SPPPBD secara atas talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor atau Pejabat Pelajaran Daerah Tangkak. 11.4.1. Slip keputusan disahkan oleh GB sebelum diserahkan kepada semua ibubapa murid 11.4.2. SYARAT LULUS 11.4.2.1. Penetapan Tahap Penguasaan (TP) adalah sebagaimana berikut:- TP 1 – TP 3 : Tidak Menguasai Tahap Minimum ( TMTM) TP 4 – TP 6 : Menguasai Tahap Minimum (MTM) 11.5.1 POST MORTEM UNTUK PENTAKSIRAN 11.6.1.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan PBD Penggal 1 , Penggal 2 11.6.1.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. 11.6.1.3. Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid risiko untuk diambil tindakan sewajarnya. 11.6.1.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, dan HEM 11.7.1. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 11.7.1.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBD mengikut tempoh yang ditetapkan. 11.7.1.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan keputusan PBD dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan. 11.7.1.3. Dokumentasi berkaitan PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN, PPD dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal. 11.7.1.4. Isikandungan fail berkaitan PBD adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah. Format atau tatacara pengendalian fail PBD adalah sebagaimana yang telah didedahkan oleh Guru Besar. 12. PEMANTAUAN / PENCERAPAN 12.1. Pengajaran dan Pembelajaran 12.2. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun secara rasmi. 12.3. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan. 12.4. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. 12.5. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. 12.6. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing. 12.7. Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar. 12.1.1. PENGURUSAN PANITIA 12.1.1.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran berkenaan. 12.1.1.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun (mengikut SPSK) 12.1.1.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di bilik Wall Room 12.1.1.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. 12.1.1.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.


10 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 12.1.1.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi tahun berikutnya. 12.1.1.7. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 12.2.1. BILIK-BILIK KHAS 12.2.1.1. Semua bilik khas mesti diurus tadbir dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. 12.2.1.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ; - Musollah / Bilik J-Qaf - Bengkel RBT - Bilik Sains - Bilik PSS/ Bilik Tayang - Bilik BOSS - Bilik Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan - Bilik Pemulihan Khas - Bilik Kaunseling - Bilik Muzik - Bilik Mesyuarat - Makmal Komputer - Bilik Seni - Wall Room/PBD - Bilik SAL / Bilik Kesihatan 12.2.1.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan. 12.2.1.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas. 12.2.1.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri. 12.3.1. JAWATANKUASA PEMANTAUAN 12.3.1.1. Guru Besar. 12.3.1.2. Penolong Kanan Pentadbiran. 12.3.1.3. Penolong Kanan HEM. 12.3.1.4. Penolong Kanan Ko-Kurikulum. 12.4.1. PENYELIAAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID 12.4.1.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 12.4.1.2. Semua guru wajib menghantar buku latihan murid / buku nota / buku kerja / buku aktiviti yang akan diselia dengan mengikut jumlah murid. 12.5.1. PENETAPAN DASAR DAN KUANTITI LATIHAN MURID 12.5.1.1. Buku latihan murid dilabelkan dengan pelekat berwarna bagi memudahkan pengurusan buku di kalangan murid dan guru. Warna yang disarankan adalah seperti berikut:- BM-Kuning, BI-Merah Jambu, MT-Biru, SN-Hijau, PI-Oren, PJPK-Kelabu, SV/Sej/KT-Putih, MZ-Coklat, RBT/TMK-Ungu dan BA-Merah.


11 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 12.5.1.2. Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa. 12.5.1.3. Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa. 12.5.1.4. Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu. 12.5.1.5. Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu. 12.5.1.6. Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk/ unit semasa yang sedang diajar dalam 1 semester. 12.5.1.7. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains. 12.5.1.8. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik. 12.5.1.9. Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik 12.5.1.10. Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi komponen - Asuhan Tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda) - Ulum As-syariah (akidah, ibadah, sirah) - Adab dan akhlak islamiah - Jawi 12.6.11. Minima 5 soalan pemahaman format subjektif dan 10 soalan pelbagai format bagi mata pelajaran Sejarah dalam seminggu. 12.5.1.11. Minima 2 penghasilan folio bagi 1 tahun untuk mata pelajaran Sejarah 12.5.1.12. Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran RBT merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori. 12.5.1.13. Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran RBT 12.5.1.14. Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen dalam Pendidikan Kesenian sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan. 12.5.1.15. Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja melalui tatacara yang dibenarkan sebagai eviden bagi setiap unit kemahiran yang menunjukkan pencapaian band oleh murid bagi setiap mata pelajaran dalam sistem KSSR. 12.5.1.16. Semua Penolong Kanan akan menyemak semua buku murid yang berkaitan mengikut jadual yang telah ditetapkan 12.5.1.17. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 12.5.1.18. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran. 13. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA 13.1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. 13.2. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya dengan mengisi borang bagi mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan semasa. 13.3. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut arahan perbendaharaan sedang berkuat kuasa. 13.4. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang diturunkan. 14. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN 14.1. Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya. 14.2. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun. 14.3. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PDPC bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM. 14.4. Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu. 14.5. Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal.


12 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 14.6. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru bahasa. 14.7. Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa. 14.8. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS. 14.9. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia. 15. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 15.1. Semua program utama yang berlangsung dalam PDPC dibuat berdasarkan keperluan panitia. 15.2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid. 15.3. Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. 15.4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. 15.5. Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik. 16. PERKEMBANGAN STAF 16.1. Kursus Dalaman 16.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai. 16.1.2. ‘Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar an Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. 16.1.3. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperrluan sendiri dan guru lain. 16.2. KURSUS PERKEMBANGAN STAF / KONSULTASI 16.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru. 16.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. 16.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh panitia. 16.3. BAHAN-BAHAN ILMIAH KURSUS 16.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain. 16.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia 17. KAJIAN TINDAKAN 17.1. Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun. 17.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah. 18. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PDPC DAN PEPERIKSAAN 18.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Arial 10 bagi tahap 2 dan Arial 12 bagi Tahap 1 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5 18.2. Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat yang disewa. 19. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 19.1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. 19.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensiagensi luar Ke arah memartabatkan nama sekolah.


13 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 20. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 20.1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan Negara. 20.2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum. 21. PANDUAN BIDANG TUGAS GURU, PENYELARAS DAN UNIT 21.1. TUGAS GURU KELAS A. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS 1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua kelas, Setiausaha, Bendahari. 2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: a) Jadual Waktu b) Jadual Tugas Harian c) Struktur Organisasi Kelas d) Pelan Larian Kecemasan e) Sudut Bacaan f) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori 4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat 5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan. 6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas. 7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan kebajikan kelas B. MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN 1) Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik. 2) Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. 3) Sentiasa prihatin terhadap masaah murid kelasnya. 4) Melaporkan kepada Guru Bimbingan Murid – Murid yang menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran. 5) Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan. 6) Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan murid dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan. 7) Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar peraturan sekolah. 8) Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan murid ponteng. C. BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN 1) Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada murid yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama murid, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas. 2) Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT


14 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] D. KUTIPAN YURAN DAN DERMA 1) Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus. 2) Menguitp sumbangan PIBG 3) Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma. 4) Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada: a) Pembantu Tadbir (Lembaran Kerja / kertas soalan) b) Bendahari PIBG (Sumbangan PIBG) c) Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain. E. PENDAFTARAN MURID BARU 1) Mendaftarkan murid baru yang diterima dari Pembantu Operasi dalam buku Rekod Kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid. 2) Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak, memastikan murid berkenaan mendapat buku teks. 3) Menentukan Fail Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu. 4) Menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada Guru Bantuan 5) Menentukan rumah sukan. 6) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan. F. MURID BERPINDAH SEKOLAH 1) Menentukan borang SPBT, Fail Rekod Prestasi Akademik Pelajar, diserah ke pejabat. 2) Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima. 3) Memastikan buku teks telah dipulangkan serta semua bayaran yuran telah dijelaskan. G. PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN 1) Memastikan setiap murid:- a) Mempunyai rumah sukan b) Menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan dan c) Menggalakkan setiap murid bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. H. IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN 1) Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti PDPC, permainan dan satu pasukan unit beruniform. I. GURU BIMBINGAN / KAUNSELING DAN GURU DISIPLIN 1) Menjalankan tugas sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling. 2) Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin. 21.2. TUGAS-TUGAS GURU MEDIA


15 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 1) Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Penggunaan Pusat Sumber. 2) Membuat anggaran perbelanjaan PSS. 3) Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS. 4) Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar mengikut mata pelajaran. 5) Membuat pesanan keperluan PSS melalui Guru Besar. 6) Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah mencatatkan bilangan penggunaan PSS setiap kali ia dibuka. 7) Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman. 8) Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada kecurian dan kehilangan. 9) Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media. 10) Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun. 11) Menubuhkan kelab PSS. 12) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 21.3. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER / PERPUSTAKAAN SEKOLAH A. Tugas-tugas Guru Perpustakaan 1) Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengguna perpustakaan. 2) Membuat anggaran belanjawan perpustakaan. 3) Menyediakan senarai buku-buku alat-alat bilik perpustakaan. 4) Melantik, melatih dan menyedia pengawas perpustakaan dalam membantu mengurus perpustakaan. 5) Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan. 6) Menjaminkan bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur. 7) Dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain jenis bahan sesuai untuk murid-murid dengan guru-guru. 8) Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Guru Besar. 9) Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta akur dengan borang pesanan atau invois. 10) Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan. 11) Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan mengelaskan buku-buku tersebut mengikut perkelasan ‘Perpuluhan Dewey’. 12) Memastikan setiap buku mengandungi dokel buku, kad buku, ‘slaid’ tulang belakang dan kad katalog sebelum digunakan. 13) Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertadingan membaca dan seumpamanya. 14) Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan murid-murid meminjam buku. 15) Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya. 16) Menjilid majalah-majalah. 17) Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan. 18) Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan.


16 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 19) Mengadakan fail-fail tegak. 20) Menyimpan guntingan atau keratan akhbar dan kertas-kertas soalan peperiksaan untuk rujukan. 21) Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti: - Mengisikan jadual kedatangan. - Menyusun buku-buku di rak dan para-para - Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan - Melengkapkan buku stok - Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru. 22) Menguruskan proses hapuskira. 23) Menyemak dan menutup stok di akhir tahun. 24) Melantik pengawas PSS. 25) Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka bergerak. 26) Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 21.4. TUGAS PENYELARAS BILIK–BILIK KHAS 1) Memastikan carta organisasi, peraturan penggunaan bilik, jadual penggunaan, Buku Rekod penggunaan bilik inventori peralatan bilik ada dan sentiasa dikemaskini. 2) Menyelia dan menyelenggara bilik 3) Memastikan bilik sentiasa ceria dan sedia digunakakan 4) Menyelia peralatan supaya sentiasa boleh diguna pakai 5) Merancang penambahan perlatan baru 21.5. GURU MATA PELAJARAN A. Senarai Tugas 1) Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. 2) Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir setiap penggal bagi setiap tingkatan. 3) Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa ditetapkan. 4) Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ penggal/ seminggu/ harian/ dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan. 5) Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar/ wakilnya pada masa yang dikehendaki. 6) Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada murid. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku / Fail Rekod Pengajaran Harian. 7) Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan. 8) Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia. 9) Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran/ Jabatan Pelajaran dan PPD.


17 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 10) Memastikan keselamatan murid di Bengkel RBT / Bilik Sains, di Bilik-Bilik Khas serta mengawasi penggunaan peralatan. 11) Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran/ jabatan Pelajaran Negeri/ PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. 12) Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 13) Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 14) Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 15) Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. 16) Membantu menguruskan Bank Soalan. 17) Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. 18) Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. 21.6. PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN (SPI Bil 4/1986: Panitia Mata Pelajaran) Penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah bertujuan menggembeleng tenaga mengajar dalam menyelaras aktiviti dan tugas mengajar melalui strategi PDPC yang berkesan. A. Objektif Panitia Mata Pelajaran Merancang dan menyelaraskan pengurusan dan aktiviti mata pelajaran. 1) Meningkatkan mutu dan keberkesanan PdPC. 2) Memperoleh strategi / kaedah pengajaran inovatif dan kreatif mengikut perkembangan pendidikan semasa. 3) Memperbaikan prestasi murid dalam peperiksaan sekolahdan awam dalam mata pelajaran akademik. 4) Mewujudkan kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan Persatuan. B. Peranan dan Fungsi Panitia Mata Pelajaran 1) Memeperoleh sukatan pelajaran semasa dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut keperluan sesuatu tahun/kelas. 2) Memilih dan mencadangkan buku-buku teks dan rujukan yang sesuai kepada pihak pentadbir sekolah untuk digunakan oleh murid-murid. 3) Menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya. 4) Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan sekolah – tubuhkan Bank Soalan. 5) Menganalisis keputusan peperiksaan dan mengambil langkah-langkah mengatasi kelemahan murid dan PDPC guru. 6) Menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia berkaitan profesionalisme perguruan.


18 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] 7) Membantu guru baharu dalam perkara ikhtisas. 8) Menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi jenis / kepelbagaian. 9) Pastikan latihan disemak secara konstruktif dan kemaskini. 10) Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk tingkatkan prestasi pembelajaran murid dalam mata pelajaran berkenaan. 11) Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum. 12) Merancang program khas murid bermasalah 3M. 13) Menguruskan fail-fail rasmi panitia di pejabat sekolah secara kemaskini dan berterusan. 14) Menjalankan mesyuarat panitia secara formal. C. Peranan Ketua Panitia 1. Melaksanakan tugas PDPC : - Mengajar mengikut opsyen - Guru contoh. 2. Merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai PdP: - Mengurus dan menggerakkan panitia - Agen perubahan/inovasi - Melaksanakan pemantauan 3. Kemajuan Staf: - Membuat analisis keputusan - Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman. D. Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Panitia Berkaitan Dengan Mesyuarat Panitia Agenda-agenda mesyuarat: 1) Ucapan Guru Besar / PK 1 2) Pengesahan minit mesyuarat yang lalu 3) Perkara-perkara berbangkit 4) Isu-isu perbincangan: a. Rancangan Pelajaran dan Sukatan Pelajaran b. Pemilihan Buku-buku Teks, Rujukan dan Buku Kerja c. Pembelian Bahan-bahan Mengajar dan Anggaran Perbelanjaan d. Analisis Keputusan Murid dalam PBD e. Perkembangan Staf f. Pengagihan Kerja-kerja Rumah g. Program Pemulihan / Aktiviti Pertandingan Panitia h. Isu / Masalah berkaitan dengan PDPC – murid atau guru. (Ketua Panitia memilih isu-isu yang sesuai dengan masa mesyuarat) (Agenda e, g, h, I wajib wujud setiap kali mesyuarat panitia diadakan) 5) Lain-lain Perkara a. Surat Penggilan mesyuarat panitia kena diedar kepada semua AJK 7 hari sebelum mesyuarat.


19 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] b. Minit mesyuarat hendak disiapkan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat dan serah kepada PK 1 untuk mendapatkan tandatangan. c. Maklum balas kena disediakan untuk memastikan tindakan telah diambil. d. Minit mesyuarat hendak dimasukkan ke dalam fail rasmi panitia (SPSK). JADUAL PENCERAPAN PDPC 2023/2024 Bil NAMA PENCERAP PENCERAPAN 1 PENCERAPAN 2 APRIL – MEI OGOS – OKTOBER 1 ENCIK ASHABULLYAMIN BIN ISMAIL 1. En. Hasrin b. Jamian 2. En. Azri b Mohd Yamin 3. En Mansor b. Samah 1. En. Hasrin b. Jamian 2. En. Azri b Mohd Yamin 3. En Mansor b. Samah 2 ENCIK HASRIN BIN JAMIAN 1. Pn Norzila bt Jaapar 2. Pn Siti Rosnah bt Selamat 3. Pn Zurina bt Abu Samah 4. Pn Siti `Afifah Tunnur bt Mohd Asrab 5. En Norsahizal b Nordin 1. Pn Norzila bt Jaapar 2. Pn Siti Rosnah bt Selamat 3. Pn Zurina bt Abu Samah 4. Pn. Siti `Afifah Tunnur bt Mohd Asrab 5. En Norsahizal b Nordin 3 ENCIK MANSOR BIN SAMAH 1. Pn Faizah bt Md Dom 2. En Zulfiqar bt Mohd Salleh 3. En Badrunnaim b Muhammad Ali 4. Pn Hjh Warilah bt Hj Senin 5. Pn Noraffida bt Khalid 1. Pn Faizah bt Md Dom 2. En Zulfiqar bt Mohd Salleh 3. En Badrunnaim b Muhammad Ali 4. Pn Hjh Warilah bt Hj Senin 5. Pn Noraffida bt Khalid 4 ENCIK AZRI BIN MOHD YAMIN 1. En Suhaimi b Mohamed 2. Pn Azizan bt Yunos 3. Pn Salmiah bt Ab Rahim 4. Pn Zalifa bt Jalil 5. Pn Sanisah bt Saimin 1. En Suhaimi b Mohamed 2. Pn Azizan bt Yunos 3. Pn Salmiah bt Ab Rahim 4. Pn Zalifa bt Jalil 5. Pn Sanisah bt Saimin **Tatacara Pencerapan 1. Pencerap terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, PK HEM, PK Kokurikulum, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia. 2. Guru-guru yang akan dicerap hendaklah berbincang dengan pencerap untuk menentukan tarikh, masa dan kelas yang akan diajar mengikut jadual yang telah ditetapkan di atas. 3. Pencerap akan mencerap berdasarkan borang Standard 4 SKPMG2 yang telah disediakan. Pencerap perlu mengambil borang-borang pencerapan di dalam fail pencerapan di pejabat dan mengembalikan semula ke pejabat setelah dilengkapkan. 4. Pencerap hendaklah membuat perbincangan bersama guru yang dicerap selepas pencerapan dilaksanakan. 5. Pencerap hendaklah menandatangani borang semakan pencerapan sebaik sahaja selesai menjalankan pencerapan. 6. Borang-borang pencerapan hendaklah dikembalikan kepada Penolong Kanan setelah selesai proses pencerapan. 7. Jadual ini adalah bilangan pencerapan yang minima. Pihak pentadbir akan membuat pencerapan tambahan (jika perlu). 8. Subjek yang dicerap berfokus kepada opsyen utama guru. Jika sekiranya guru mengajar subjek yang lain guru boleh berbincang dengan pencerap yang relevan untuk dicerap. Pencerapan adalah tanggungjawab guru.


20 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] JADUAL PEMANTAUAN BUKU TULIS / BUKU AKTIVITI / BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA MATA PELAJARAN PEMANTAUAN 1 PEMANTAUAN 2 PEMANTAU / TAHUN BAHASA MELAYU 14 MEI 2023 AHAD 06 OGOS 2023 AHAD GB: Thn 1 & 6 PK 1: Thn 2 & 3 PK HEM: Thn 4 PK KOKU: Thn 5 BAHASA INGGERIS 15 MEI 2023 ISNIN 07 OGOS 2023 ISNIN GB: Thn 1 & 6 PK 1: Thn 2 & 3 PK HEM: Thn 4 PK KOKU: Thn 5 MATEMATIK 16 MEI 2023 SELASA 08 OGOS 2023 SELASA GB: Thn 1 & 6 PK 1: Thn 2 & 3 PK HEM: Thn 4 PK KOKU: Thn 5 SAINS 17 MEI 2023 RABU 9 OGOS 2023 RABU GB: Thn 1 & 6 PK 1: Thn 2 & 3 PK HEM: Thn 4 PK KOKU: Thn 5 PENDIDIKAN ISLAM 18 MEI 2023 KHAMIS 10 OGOS 2023 KHAMIS GB: Thn 1 & 6 PK 1: Thn 2 & 3 PK HEM: Thn 4 PK KOKU: Thn 5 BAHASA ARAB 21 MEI 2023 AHAD 13 OGOS 2023 AHAD GB: Thn 1 & 6 PK 1: Thn 2 & 3 PK HEM: Thn 4 PK KOKU: Thn 5 SEJARAH PRASEKOLAH 22 MEI 2023 ISNIN 14 OGOS 2023 ISNIN GB: Prasek Nilam PK1: Thn 4 PK HEM: Thn 5 PK KOKU: Thn 6 RBT PRASEKOLAH 23 MEI 2023 SELASA 15 OGOS 2023 SELASA GB: Prasek Bestari PK1: Thn 4 PK HEM: Thn 5 PK KOKU: Thn 6 SILA HANTAR SEMUA BUKU RAMPAIAN, BUKU AKTIVITI DAN BUKU KERJA YANG DIGUNAKAN DALAM PDPC SEBAGAI LATIHAN MURID BAGI SETIAP MATA PELAJARAN SILA PATUHI TARIKH PEMANTAUAN YANG TELAH DITETAPKAN SILA PASTIKAN BILANGAN BUKU YANG DIHANTAR SAMA DENGAN BILANGAN MURID. SILA PASTIKAN BUKU TELAH DICOP SEBELUM DIHANTAR DAN DITANDA TANGAN OLEH GURU MATA PELAJARAN SILA PASTIKAN 2 SALINAN BORANG PEMANTAUAN DISERTAKAN SEKALI.


SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JALAN SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR DARUL TAKZIM JBA 9028 HAL EHWAL MURID 2023/2024


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID, SK RKT SRI LEDANG 2023 PEMIMPIN MUDA SITI ROSNAH SELAMAT PENGERUSI ASHABULLYAMIN BIN ISMAIL GURU BESAR NAIB PENGERUSI 2 HASRIN BIN JAMIAN GPK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI 1 MANSOR BIN SAMAH GPK HAL EHWAL MURID NAIB PENGERUSI 3 AZRI BIN MOHD YAMIN GPK KOKURIKULUM SETIAUSAHA ZURINA BT ABU SAMAH PENY PEMB MURID (SAHSIAH) SUHAIMI B. MOHAMED PENY PEMB MURID (KESEJAHTERAAN) BADRUNNAIM B. M. ALI PENY PENGURUSAN MURID ZURINA BT ABU SAMAH PENY PEMB ORGANISASI ZULFIQAR B M.SALLEH LEM. DISP. SEKOLAH SUHAIMI B. MOHAMED KWAPM /BKAP ZURINA BT ABU SAMAH DATA APDM ZURINA BT ABU SAMAH PEMB PROFESIONAL WARILAH BT SENIN RMT SANISAH BT SAIMIN e-KEHADIRAN SUHAIMI B MOHAMED PIBK / KSIB NORAFFIDA BT KHALID BIM. & KAUNSELING WARILAH BT SENIN LAWATAN SITI ROSNAH SELAMAT PRASEKOLAH ZULFIQAR B. M. SALLEH PPDa/RAHSIA SANISAH BT SAIMIN KESIHATAN / DENGGI SALMIAH BT AB RAHIM NORZILA BT JAAPAR TRANSISI SITI ROSNAH SELAMAT KELAB PEN. JENAYAH FAIZAH BT MD DOM KESELAMATAN / BENCANA NORAFFIDA BT KHALID PENDAFTARAN / TUKAR SITI AFIFAH TUNNUR DERMA / KEBAJIKAN BADRUNNAIM B. M. ALI e-MENENGAH SITI AFIFAH TUNNUR SIMPANAN MURID BADRUNNAIM B. M. ALI SIJIL & AKUAN SITI AFIFAH TUNNUR KANTIN NORSAHIZAL B NORDIN PROFIL MURID NORSAHIZAL B NORDIN SPBT /EMK FAIZAH BT MD DOM KRMJ SUHAIMI BIN MOHAMED PENYAYANG/DWEN/ KEBERSIHAN AZIZAN BT YUNOS ZIARAH CAKNA/KECERIAAN ZALIFA BT JALIL 1


MAJLIS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi 1 Cikgu Mansor bin Samah Naib Pengerusi 2 Cikgu Hasrin bin Jamian Naib Pengerusi 3 Cikgu Azri bin Mohd Yamin Setiausaha Cikgu Zurina binti Abu Samah Penyelaras Pembangunan Murid (Sahsiah) Cikgu Suhaimi bin Mohamed Penyelaras Pembangunan Murid (Kesejahteraan) Cikgu Badrunnaim bin Muhammad Ali Penyelaras Pengurusan Murid Cikgu Zurina binti Abu Samah Penyelaras Pembangunan Organisasi Cikgu Zulfiqar bin Mohd Salleh BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Sebagai JK tertinggi dalam HEM, Penyelaras Bidang (PB) menerima semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Pentadbiran (PP). PB hanya bermesyuarat bersama unit di bawahnya untuk menentukan, membincangkan dan memutuskan strategi melaksanakan ketetapan tersebut. Keputusan pelaksanaan adalah diputuskan oleh PP. PB hendaklah bermesyuarat selepas Mesyuarat PP. Bilangan mesyuarat adalah berdasarkan program yang hendak dilaksanakan. (Mesyuarat BOLEH dipengerusikan oleh PB) Fungsi SU HEM :Menjadi SU mesyuarat pengurusan HEM dan bidang serta menyediakan minit mesyuarat, menyelaras/ merumus / melapor keputusan mesyuarat JK di bawah bidang tersebut. Fail Unit HEM:Semua PB mengurus dan memantau fail unit di bawahnya. SKPMg2:Unit Disiplin, Keselamatan, JBPS, Kesihatan dan Bimbingan Kaunseling adalah secara langsung terlibat menjadi PPS dalammenyediakan evidenbagi tujuanTUMSsetiap fasa dalamsetahun. PB secara bersama memberi idea dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan- peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. Mewujudkan hubungan pelbagai hala antara sekolah dengan ibu bapa pelajar, komuniti danswasta. Saling memberikan bantuan, percambahan idea dan memupuk kerjasama erat antara pentadbir dan semua jawatankuasa di bawah Unit HEM SK RKT Sri Ledang sepanjang tahun. Menyelaras dan melaksanakan program di bawah bidang JK HEM yang telah ditetapkan sepanjang tahun sesi persekolahan tahun. Tunggak utama JK HEM dan penggerak segala program dan aktiviiti HEM. Pendokong utama kepada PK HEM dan Pentadbiran SK RKT Sri Ledang bagi menjalankan dan melaksanakan pelbagai perancangan aktiviti harian sekolah dengan sempurna, selesa dan selamat. 2


MAJLIS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MURID (SAHSIAH) Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi 1 Cikgu Mansor bin Samah Naib Pengerusi 2 Cikgu Hasrin bin Jamian Naib Pengerusi 3 Cikgu Azri bin Mohd Yamin Penyelaras Cikgu Suhaimi bin Mohamed Ketua Unit Lembaga Disiplin Sekolah Cikgu Suhaimi bin Mohamed Ketua Unit Pemimpin Muda Cikgu Siti Rosnah binti Selamat Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling Cikgu Hajah Warilah binti Senin Ketua Unit PPDa / RAHSIA Cikgu Sanisah bt Saimin Ketua Unit Kelab Pencegahan Jenayah Cikgu Faizah binti Md Dom Ketua Unit Karektor Murid Johor Cikgu Suhaimi bin Mohamed Ketua Unit Program Ziarah Cakna Cikgu Zalifa binti Jalil Ketua Unit Program Penyayang/ DWEN Cikgu Hajah Azizan binti Yunos BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Bidang Sahsiah adalah sebuah identiti yang perlu disemai dalam diri setiap murid SK RKT Sri Ledang sehingga mereka tergolong dalam aras terpuji. PB diamanahkan bersama Ketua Unit yang dilantik menyemai nilai ini di kalangan murid-murid melalui program-program yang dirancang secara berkesan sehingga mampu memberi impak tinggi hasil daripada pelaksanaan tersebut. JK ini perlu melaksanakan program yang telah ditetapkan mengikut ketetapan mesyuarat pengurusan. Merancang Pelan Taktikal dan Operasi setiap tahun berdasarkan Perancangan Strategik yang dibina untuk tempoh 3 tahun. PB bermesyuarat bagi setiap proses sebelum pelaksanaan program yang hendak dilaksanakan dan membuat laporan program secara atas talian. Setiap Ketua Unit bertanggungjawab sepenuhnya terhadap unit yang diamanahkan. Program yang hendak dilaksanakan perlu wujudkan Jawatankuasa Kerja dari kalangan semua guru dan staf SK RKT Sri Ledang Setiap kertas kerja yang dirangka yang melibatkan kewangan sekolah hendaklah mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Setiap Ketua Unit perlu merujuk manual bidang tugas khusus bagi setiap unit yang dipertanggungjawabkan. PB memantau, memberi bimbingan dan melaksanakan pelan intervensi (jika perlu) bersama Ketua Unit yang dilantik di bawahnya bagi setiap program. PB sentiasa menyemak fail unit agar sentiasa dikemaskini. Ketua Unit (yang terlibat SKPMg2) membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan Aspek/TUMS dan mengembalikan hasil penilaian yang telah ditandatangan oleh PPS kepada JKSS. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 3


MAJLIS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 3. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MURID (KESEJAHTERAAN) Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi 1 Cikgu Mansor bin Samah Naib Pengerusi 2 Cikgu Hasrin bin Jamian Naib Pengerusi 3 Cikgu Azri bin Mohd Yamin Penyelaras Cikgu Badrunnaim bin Muhammad Ali Ketua Unit Bantuan/Kebajikan/Derma Cikgu Badrunnaim bin Muhammad Ali Ketua Unit KWAPM / BKAP Cikgu Zurina binti Abu Samah Ketua Unit RMT Cikgu Sanisah binti Saimin Ketua Unit Lawatan Cikgu Siti Rosnah binti Selamat Ketua Unit Kesihatan Cikgu Salmiah binti Ab Rahim Ketua Unit Pencegahan Denggi / COMBI Cikgu Norzila binti Jaapar Ketua Unit Kelab Keselamatan/Bencana Cikgu Noraffida binti Khalid Ketua Unit Kebersihan/Keceriaan Cikgu Zalifa binti Jalil (Keceriaan) Cikgu Hajah Azizan binti Yunos (Kebersihan) Ketua Unit Simpanan Murid Cikgu Badrunnaim bin Muhammad Ali Ketua Unit Kantin Cikgu Norsahizal bin Nordin Ketua Unit SPBT Cikgu Faizah binti Md Dom BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Bidang Kesejahteraan adalah sebuah sokongan terhadap pembangunan setiap murid sehingga mereka mampu menjadi seorang murid yang penuh dengan keyakinan dan identiti unggul. Apabila PB merancang dan melaksanakan program bersama Ketua Unit di bawahnya secara tekal, maka apa yang diharapkan adalah murid kini berada dalam sebuah persekitaran pendidikan yang menyeronokkan sehingga mampu memberi nilai tambah terhadap proses perkembangan mereka. Sebagai JK Bidang di bawah Pengurusan HEM, jawatankuasa ini perlu melaksanakan program yang telah ditetapkan mengikut ketetapan mesyuarat pengurusan. Merancang Pelan Taktikal dan Operasi setiap tahun berdasarkan Perancangan Strategik yang dibina untuk tempoh 3 tahun. PB bermesyuarat bagi setiap proses sebelum pelaksanaan program yang hendak dilaksanakan dan membuat laporan program secara atas talian. Setiap Ketua Unit bertanggungjawab sepenuhnya terhadap unit yang diamanahkan. Program yang hendak dilaksanakan perlu wujudkan Jawatankuasa Kerja dari kalangan semua guru dan staf SK RKT Sri Ledang Setiap kertas kerja yang dirangka yang melibatkan kewangan sekolah hendaklah mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Setiap Ketua Unit perlu merujuk manual bidang tugas khusus bagi setiap unit yang dipertanggungjawabkan. PB memantau, memberi bimbingan dan melaksanakan pelan intervensi (jika perlu) bersama Ketua Unit yang dilantik di bawahnya bagi setiap program. PB sentiasa menyemak fail unit agar sentiasa dikemaskini. Ketua Unit (yang terlibat SKPMg2) membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan Aspek/TUMS dan mengembalikan hasil penilaian yang telah ditandatangan oleh PPS kepada JKSS. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 4


MAJLIS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 4. JAWATANKUASA PENGURUSAN MURID Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi 1 Cikgu Mansor bin Samah Naib Pengerusi 2 Cikgu Hasrin bin Jamian Naib Pengerusi 3 Cikgu Azri bin Mohd Yamin Penyelaras Cikgu Zurina binti Abu Samah Ketua Unit SPS (APDM) Cikgu Zurina binti Abu Samah Ketua Unit e-Kehadiran Cikgu Suhaimi bin Mohamed Ketua Unit Prasekolah Cikgu Zulfiqar bin Mohd Salleh Ketua Unit Transisi Tahun 1 Cikgu Siti Rosnah bt Selamat Ketua Unit Pendaftaran/Pertukaran Cikgu Siti Afifah Tunnur binti Mohd Asrab Ketua Unit e-Menengah Cikgu Siti Afifah Tunnur binti Mohd Asrab Ketua Unit Sijil Berhenti / Sijil Penghargaan Cikgu Siti Afifah Tunnur binti Mohd Asrab Ketua Unit Profil Murid Cikgu Norsahizal bin Nordin BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Bidang Pengurusan Murid bersifat kepada pengurusan pentadbiran dalam Hal Ehwal Murid. Membantu GB dan GPK HEM mentadbir urus dan merekod dokumentasi murid menjadi tanggungjawab PB dan semua Ketua Unit yang telah dilantik. Sebagai JK Bidang di bawah Pengurusan HEM, perlu melaksanakan program yang telah ditetapkan mengikut ketetapan mesyuarat pengurusan. Merancang Pelan Taktikal dan Operasi setiap tahun berdasarkan Perancangan Strategik yang dibina untuk tempoh 3 tahun. PB bermesyuarat bagi setiap proses sebelum pelaksanaan program yang hendak dilaksanakan dan membuat laporan program secara atas talian. Setiap Ketua Unit bertanggungjawab sepenuhnya terhadap unit yang diamanahkan. Program yang hendak dilaksanakan perlu mewujudkan Jawatankuasa Kerja dari kalangan semua guru dan staf SK RKT Sri Ledang. Setiap kertas kerja yang dirangka yang melibatkan kewangan sekolah hendaklah mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Setiap Ketua Unit perlu merujuk manual bidang tugas khusus bagi setiap unit yang dipertanggungjawabkan. PB memantau, memberi bimbingan dan melaksanakan pelan intervensi (jika perlu) bersama Ketua Unit yang dilantik di bawahnya bagi setiap program. PB sentiasa menyemak fail unit agar sentiasa dikemaskini. Ketua Unit (yang terlibat SKPMg2) membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan Aspek/TUMS dan mengembalikan hasil penilaian yang telah ditandatangan oleh PPS kepada JKSS. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 5


MAJLIS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 5. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ORGANISASI Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi 1 Cikgu Mansor bin Samah Naib Pengerusi 2 Cikgu Hasrin bin Jamian Naib Pengerusi 3 Cikgu Azri bin Mohd Yamin Penyelaras Cikgu Zulfiqar bin Mohd Salleh Ketua Unit Pembangunan Profesional Cikgu Hajah Warilah binti Senin Ketua Unit PIBK / Sarana Cikgu Noraffida binti Khalid BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Bidang Pembangunan Organisasi merupakan sebuah jawatankuasa yang membantu pihak PP merangka hala tuju Majlis Pengurusan Hal Ehwal Murid di SK RKT Sri Ledang. PB yang dilantik bersama Ketua Unit yang berkenaan berperanan membantu pihak sekolah membina jalinan dan jaringan ke arah Pengurusan HEM yang lebih professional, cekap dan efisyen. Bermatlamat menyediakan lapangan kemahiran dalam bidang HEM disamping menyediakan dasar “Buka Pintu” kepada komuniti luar untuk berganding bahu membina modal insan di SK RKT Sri Ledang secara bersama. Sebagai JK Bidang di bawah Pengurusan HEM, perlu melaksanakan program yang telah ditetapkan mengikut ketetapan Mesyuarat Pengurusan. Merancang Pelan Taktikal dan Operasi setiap tahun berdasarkan Perancangan Strategik yang dibina untuk tempoh 3 tahun. PB bermesyuarat bagi setiap proses sebelum pelaksanaan program yang hendak dilaksanakan dan membuat laporan program secara atas talian. Setiap Ketua Unit bertanggungjawab sepenuhnya terhadap unit yang diamanahkan. Program yang hendak dilaksanakan perlu wujudkan Jawatankuasa Kerja dari kalangan semua guru dan staf SK RKT Sri Ledang Setiap kertas kerja yang dirangka yang melibatkan kewangan sekolah hendaklah mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Setiap Ketua Unit perlu merujuk manual bidang tugas khusus bagi setiap unit yang dipertanggungjawabkan. PB memantau, memberi bimbingan dan melaksanakan pelan intervensi (jika perlu) bersama Ketua Unit yang dilantik di bawahnya bagi setiap program. PB sentiasa menyemak fail unit agar sentiasa dikemaskini. Ketua Unit (yang terlibat SKPMg2) membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan Aspek/TUMS dan mengembalikan hasil penilaian yang telah ditandatangan oleh PPS kepada JKSS. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 6


JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH (JBPS) TAHUN 2023 Pengerusi Cikgu Haji Ashabullayamin bin Ismail Pengerusi Ganti Cikgu Mansor bin Samah Setiausaha Cikgu Badrunnaim bin Muhammad Ali AHLI JAWATANKUASA Bantuan KWAPM / BKAP Cikgu Zurina binti Abu Samah Bantuan EMK Cikgu Faizah bt Md Dom Bantuan RMT dan Menu Susu Cikgu Sanisah binti Saimin Bantuan SPBT Cikgu Faizah binti Md Dom Ketua Unit PIBK / Sarana Cikgu Noraffida binti Khalid AJK PIBG/PIBK En Mahizul Nizam bin Mahat AJK PIBG/PIBK En Whong bin Lauren Wakil Ibu Bapa Ketua Kampung / Penghulu En Zahari bin Aman BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Membuat mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk menerima bantuan. Menyediakan minit mesyuarat yang mengandungi senarai nama yang membuat permohonan, senarai nama murid yang diperakukan oleh JBPS, dan senarai nama yang ditolak bersama justifikasi. Memastikan urusan terimaan dan bayaran mengikut tatacara pengurusan kewangan yang ditetapkan. Melaporkan kepada Bahagian Kewangan KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa 7


JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2. JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) – STANDARD 3.3 Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi Cikgu Mansor bin Aman Setiausaha Cikgu Zurina binti Abu Samah AHLI JAWATANKUASA PPS 3.3.1 Cikgu Zurina binti Abu Samah PPS 3.3.2 Cikgu Suhaimi bin Mohamed PPS 3.3.3 Cikgu Noraffida bin Khalid PPS 3.3.4 Cikgu Salmiah binti Ab Rahim PPS 3.3.5 Cikgu Hajah Warilah binti Senin PPS 3.3.6 Cikgu Hajah Warilah binti Senin BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang. Disiplin murid diurus secara profesional dan terancang. Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang. Program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus secara sistematik dan terancang. Bantuan murid diurus secara sistematik dan terancang. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang. Pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang. Membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan Aspek/TUMS dan mengembalikan hasil penilaian yang telah ditandatangan oleh PPS kepada JKSS. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa 8


JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 3. JAWATANKUASA PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi Cikgu Mansor bin Samah Setiausaha Cikgu Norsahizal bin Nordin AHLI JAWATANKUASA GPK Pentadbiran Cikgu Hasrin bin Jamian GPK Kokurikulum Cikgu Azri bin Mohd Yamin AJK Cikgu Noraffida binti Khalid AJK Cikgu Salmiah binti Ab Rahim AJK Pn. Anita bt Aziz AJK Cikgu Sanisah binti Saimin BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Membantu Guru Besar membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin. Menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan dari pada pihak murid, guru, staf sokongan, ibu bapa kepada Guru Besar berkaitan pengurusan kantin. Menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin. Memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik. Mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kantin Sekolah. berkaitan persediaan buka sebut harga baru kantin sekolah pada bulan Julai, tamat tempoh 2+1 atau keputusan tidak mahu melanjutkan perkhidmatan setelah tamat tempoh 2 tahun. Mengingatkan pengusaha kantin untuk membuat permohonan (2+1) jika berminat untuk meneruskan perkhidmatan di SK RKT Sri Ledang pada bulan Ogos sebelum tamat tempoh 2 tahun. Bermesyuarat untuk membuat keputusan menyambung perkhidmatan pengusaha kantin pada bulan September sebelum tamat tempoh 2 tahun. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 9


JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 4. JAWATANKUASA TEKNIKAL KANTIN SEKOLAH Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Naib Pengerusi Cikgu Mansor bin Samah Setiausaha Pembantu Tadbir BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Menyediakan Borang Sebut Harga selepas daripada mesyuarat pada bulan Julai. Menyebarluas notis di tempat-tempat awam serta sekolah-sekolah berhampiran berkenaan Notis Sebut Harga Kantin SK RKT Sri Ledang Menyediakan peti Sebut Harga yang mempunyai mulut dan yang telah dilakri dengan pita keselamatan atau kunci yang tidak boleh dibuka oleh sesiapa. Memberi tempoh selama sebulan untuk bakal-bakal pengusaha membuat Sebut Harga Kantin SK RKT Sri Ledang. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 5. JAWATANKUASA BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH Pengerusi (GPK Pentadbiran) Cikgu Hasrin bin Jamian Setiausaha (S/U Kantin) Cikgu Norsahizal bin Nordin AJK (Guru Kanan M/P) Cikgu Sanisah binti Saimin BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Membuka peti sebut harga kantin pada bulan September/ Oktober yang telah dilakri dan disahkan olehGuru Besar setelah tamat tempoh sebulan. Menyusun dokumen sebut harga dan melengkapkan Borang SHK 1 Kenyataan Pembukaan bagi tujuan Mesyuarat Pemilihan Sebut Harga. JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 6. JAWATANKUASA PEMILIHAN SEBUT HARGA KANTIN SK RKT SRI LEDANG Pengerusi Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Setiausaha Cikgu Mansor bin Samah AJK Cikgu Norsahizal bin Nordin BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Bermesyuarat pada bulan September / Oktober menentukan kelayakan menggunakan sistem merit berdasarkan borang dan pemerhatian latar belakang pembida. Melengkapkan Borang SHK 2 Kenyataan Pemilihan setelah selesai membuat keputusan. 10


JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 7. JAWATANKUASA PIBK / SARANA Penasihat Cikgu Haji Ashabullyamin bin Ismail Pengurus Program Cikgu Mansor bin Samah Penyelaras Cikgu Noraffida binti Khalid AHLI JAWATANKUASA GPK Pentadbiran Cikgu Hasrin bin Jamian GPK Kokurikulum Cikgu Azri bin Mohd Yamin Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Hajah Warilah binti Senin YDP PIBG En Mahizul Nizam bin Mahat Wakil Rakan Strategik Pegawai Perubatan Daerah Tangkak Wakil Agensi Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak Wakil Komuniti PDRM BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB Membina rangkaian komunikasi antara ibu bapa, komuniti dan sekolah bagi berkongsi idea dan pandangan berkaitan pembelajaran anak. Mengenalpasti individu atau agensi yang berpotensi membantu keberkesanan aktiviti pembelajaran di sekolah dan luar sekolah. Membuat pelan tindakan aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah bersama-sama guru yang berkaitan. Merancang dan melaksana program untuk ibu bapa saling mengenali dan bermuafakat dalam pelaksanaan aktiviti yang berterusan. MenggunakanMaklum Balas Kaji Selidik Dan Penyertaan Kumpulan Perbincangan Ibu Bapa / Penjaga (Borang A) dan bidang Khidmat Bantu Kepada Sekolah (Borang B) seperti dalam Sarana Ibu Bapa. Menyelaras aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah berdasarkan maklumat Borang B (Sarana Ibu Bapa) Merancang aktiviti membantu ibu bapa yang memerlukan bantuan berdasarkan analisia ‘Soal Selidik Pelibatan Ibu Bapa dalam pembelajaran Anak’ dalam sarana Ibu Bapa. Membuat kunjungan muhibbah ke rumah ahli PIBG yang mempunyai anak bermasalah disiplin / akademik / kesihatan dan lainlain. Membuat pemantauan dan penilaian pelaksanaan pelan tindakan bersama-sama pihak sekolah. Memberi sokongan kepada ibu bapa yang bersedia dibantu oleh KSIB. Melaksanakan program perkongsian ilmu keibubapaan. Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain Mengumpul dana atau lain-lain sumber yang diperlukan bagi memastikan sistem pembelajaran dapat dijayakan. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa 11


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA UNIT (Penyelaras Bidang dan Ketua Unit boleh membina sebuah jawatankuasa kerja mengikut keperluan program dari kalangan guru-guru dan staf sokongan SK RKT Sri Ledang) LEMBAGA TATATERTIB / DISIPLIN SEKOLAH (Penyelaras Bidang) 1. Menyediakan peraturan tatatertib murid. 2. Membuat kajian dari masa ke semasa bagi tujuan menyempurnakan pelaksanaan peraturan tatatertib murid. 3. Membantu Ahli Lembaga Pengawas melantik pengawas-pengawas. 4. Mengesyorkan tindakan tatertib /disiplin tertentu atas seorang calon pengawas. 5. Mengadakan mesyuarat peraturan tatatertib yang dibuat oleh sebarang badan/ lembaga dilingkungan sekolah sebelum dikuatkuasakan. 6. Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru. 7. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai. 8. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan kelakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak-kehendak masyarakat sekeliling. 9. Berusaha menanam semangat patuh dan taat setia kepada peraturan-peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara. 10. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar. GURU DISIPLIN (KETUA UNIT) 1. Menyelia tugas pengawas. 2. Menasihati dan bertindak tegas ke atas murid-murid yang melakukan kesalahan harian seperti datang lewat, berpakaian tidak kemas, tidak sopan, bising, tidak beratur, merayau-rayau tanpa pas keluar dan pelbagai salah laku yang di lakukan atau yang di laporkan oleh pengawas. 3. Mencatat kes-kes disiplin ke dalam e-rekod disiplin SK RKT Sri Ledang 4. Berbincang dan melaporkan kepada GPK HEM kesalahan yang serius atau berulang kali. 5. Mencatat rekod disiplin dan prestasi pengawas ke dalam fail sulit pengawas. 6. Menganjurkan kursus kepimpinan pengawas. 7. Mengawal disiplin murid di kantin pada waktu rehat. 8. Mewujudkan jaringan kerjasama antara guru bertugas mingguan dan AJK kantin. 12


PEMIMPIN MUDA (KETUA UNIT) 1. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan. 2. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Guru Pusat Sumber merangka bidang tugas. 3. Mengawasi ahli Pengawas Sekolah, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. 4. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari laporan Pengawas kepada GB atau GPK HEM. 5. Menyediakan dan mengemukakan calon pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah kepada Guru Penolong Kanan HEM. 6. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas. 7. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah. 8. Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran tugas dan tanggungjawab untuk semua pemimpin muda. 9. Bertanggungjawab terhadap CITRA (imej) sekolah dengan menentukan dan memastikan pelakuan pengawas sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling. 10. Berusaha menanam semangat padu dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan Rukun Negara. 11. Menyemai dan menyemarakkan semangat kesetiaan, keupayaan dan kekitaan di dalam diri pemimpin muda. 12. Merangka aktiviti bagi meningkatkan tatatertib, tahap kepimpinan dan iltizam pemimpin muda. 13. Menyediakan laporan bulanan aktiviti yang dilaksanakan menggunakan borang PK01/2 15. Bersedia bertugas dan bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah pada bila-bila masa terutama pada harihari yang difikirkan perlu untuk menguruskan kawalan disiplin murid seperti Hari sukan Sekolah, Hari Guru, Hari Kanak-Kanak dan majlis-majlis sekolah. 16. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar atau Pihak Pentadbiran Sekolah dari semasa ke semasa. 13


BIMBINGAN DAN KAUNSELING (KETUA UNIT) 1. Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi semua aspek bimbingan iaitu : (i) Bimbingan Pelajar (ii) Bimbingan Kerjaya (iii) Bimbingan Sosial (iv) Bimbingan Sahsiah (v) Bimbingan Psikologi (vi) Bimbingan Pencegahan Dadah 2. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan. 3. Menentukan pelaksanaan bimbingan dapat di perkenalkan dan memberi khidmat kepada murid. 4. Mengelolakan Program Orentasi – Penerapan budaya sekolah bagi Tahun Satu dan murid-murid yang baru dengan harapan mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. 5. Mengelolakan dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan. 6. Membentukkan satu pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 7. Menubuhkan dan mengelolakan Kelab Kerjaya. 8. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling. 9. Menyiasat latar belakang murid dan jika perlu membuat temujanji atau lawatan ke rumah murid yang menghadapi masalah. 10. Mengadakan perundingan dengan murid-murid yang bermasalah dan membuat tindakan susulan bersama ibubapa / penjaga murid berkenaan. 11. Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan / agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat. 12. Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar. 13. Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi). 14. Mengadakan program / kursus motivasi bagi kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. 15. Menyediakan laporan tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 16. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar atau Pihak Pentadbir Sekolah dari semasa ke semasa. 17. Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang memerlukannya. 18. Menganjurkan program motivasi, bimbingan dan latihan berkaitan dengan pembangunan diri murid. 19. Menghubungi ibubapa/penjaga murid yang mempunyai masalah disiplin dan memaklumkan kepada pihak-pihak 14


berkenaan mengenai hal tersebut atas kebenaran Guru Besar. 20. Menganjurkan ceramah, pameran dan pertandingan yang berkaitan dengan maklumat kerjaya SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) (KETUA UNIT) 1. Guru SPBT perlu menyemak bekalan yang diterima agar sama dengan pesanan yang dibuat. 2. Semua buku SPBT hendaklah dicop di kedua-dua bahagian dalam kulit buku. 3. Cop juga bahagian kosong mana-mana bahagian di dalam buku teks atau buku kerja setiap naskah buku. 4. Menyimpan dan menyusun buku teks di dalam stor yang disediakan. 5. Buku stok perlu dikemaskini oleh guru SPBT dan diperiksa dari masa ke semasa. 6. Mengawasi pengagihan dan mengedar buku-buku bantuan kepada murid-murid yang layak dengan kerjasama guru kelas. Merekod bilangan agihan buku kepada kelas-kelas. Mengawasi murid-murid menjaga keselamatan buku bantuan. Memastikan buku-buku dibalut dengan pembalut plastik dan nama murid, darjah serta tahun diisi dalam kotak yang disediakan. 7. Menerima buku baru dan distokkan.Kemaskinikan bilik buku teks. 8. Guru SPBT bertanggungjawab menerima dan mengumpul kembali buku pinjaman pada akhir tahun. Sediakan senarai murid yang tidak memulangkan buku bantuan. 9. Bertanggungjawab menentukan buku yang hilang/rosak diganti dengan buku atau dengan wang tunai. 10. Memastikan segala maklumat direkodkan ke dalam 9 jenis fail dan disimpan dengan kemas dan teratur. 11. Sentiasa berkerjasama dan membantu Guru Besar/GPK HEM dalam segala hal yang berkaitan dengan buku teks. 12. Mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa. 13. Hapus kira bantuan yang tidak diperlukan. Proses hapuskira perlu dilaksanakan untuk mengelakkan masalah kesesakan di dalam stor buku (Buku yang lebih hayat 5 tahun). Buku yang telah rosak dan tidak boleh dipakai lagi dicadangkan untuk lupus mestilah diasingkan dalam bilangan 10 atau 20 naskhah. Setiap kumpulan diikat dengan rapi dan dilabelkan. Bilangan naskhah yang dicadangkan untuk pelupusan mestilah sama dengan rekod dalam stok SPBT. Mengisi dan melengkapkan borang hapuskira untuk dikemukakan kepada bahagian kelulusan hapuskira melalui Jabatan Pendidikan. Buku stok hendaklah dikemaskini apabila hapuskira selesai dilaksanakan. 15. Mengemaskini semua fail-fail SPBT. 16. Tugas-tugas tambahan. 15


17. Menyediakan Plan Tindakan Aktiviti Tahunan. KANTIN (KETUA UNIT) 1. Menjaga dan mengawal mutu makanan dan minuman kantin. 2. Memastikan peraturan kantin yang ditetapkan telah dipatuhi. 3. Memastikan barang-barang yang dijual adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia & Kementerian Kesihatan Malaysia. 4. Menerima maklumbalas daripada pihak murid, guru, ibu bapa dan melaporkannya kepada Guru Besar atau GPK HEM terhadap pengurusan dan penggunaan kantin sekolah. 5. Membantu Guru Besar atau GPK HEM dalam urusan harian kendalian kantin. 6. Menjalankan kegiatan kempen dan lain-lain berkaitan dengan kantin sekolah. 7. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kantin. 8. Mengambil tindakan segera terhadap masalah yang timbul berkaitan dengan kantin umpamanya keracunan makanan, harga makanan dan sebagainya. 9. Memastikan supaya murid-murid sentiasa bersopan dan mengamalkan pekerti yang mulia semasa menggunakan kantin. 10. Pastikan bahan mentah dan makanan tidak terdedah kepada lalat. 11. Mengawal kebersihan pembantu-pembantu kantin bila memasak, menghidang, menjual dan sebagainya. 12. Memastikan pembantu kantin mempunyai Sijil Kesihatan dan sijil-sijil ini perlu dipamerkan. 13. Menyediakan Plan Tindakan Aktiviti Tahunan. RMT (KETUA UNIT) 1. Pemilihan murid RMT bersama Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah yang diputuskan di dalam mesyuarat berkenaan sebelum bermulanya tahun perlaksanaan. 2. Mengedar surat pengesahan pendapatan kepada murid yang diputuskan layak menerima bantuan. Bermesyuarat bersama JBPS untuk pengemaskinian kelayakan menerima bantuan. 3. Mengedar surat setuju terima bantuan RMT kepada penjaga untuk difailkan. 4. Menyediakan menu berpandukan kepada menu yang diberikan oleh KPM. 5. Menyediakan borang pelaporan penyeliaan untuk guru bertugas. 16


6. Membantu melakukan pengawasan ke atas proses pemberian RMT bersama guru bertugas. 7. Membantu guru bertugas merekod laporan secara online di One Stop Data Centre. 8. Membantu memastikan semua murid RMT makan. Jika murid tidak hadir pengganti dari kalangan murid RMT akan makan pada hari itu. 9. Menyediakan Jadual Kedatangan Murid untuk penerima RMT . 10. Mengisi borang maklumat mengenai murid pada awal tahun dan akhir tahun seperti berat dan tinggi. 11. Membuat laporan RMT pada pertengahan tahun dan akhir tahun. 12. Mengira bilangan hari RMT seperti bilangan murid RMT hadir, peratus kehadiran dan lain-lain. Guru RMT menandatangani buku ini dan diserahkan kepada Guru Besar untuk disemak danditandatangani. 13. Menyediakan Plan Tindakan Aktiviti Tahunan. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) (KETUA UNIT) 1. Merancang, melaksanakan program PPDa peringkat sekolah dan peringkat Negeri. 2. Mengadakan ‘Program 5 Minit Anti-Dadah’ sepanjang tahun. 3. Bekerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk membantu melaksanakan aktiviti sepanjang tahun (ceramah/pameran, dll). 4. Menyediakan Laporan yang diperlukan oleh JPNJ bersama Borang Audit 1, 2 & 3. 5. Mendokumentasikan semua aktiviti, laporan, carta dan gambar foto. 6. Menyediakan Plan Tindakan Aktiviti Tahunan. KECERIAAN DAN KEBERSIHAN (KETUA UNIT) 1. Memastikan sekolah dalam keadaan bersih dan indah. 2. Menjadikan sekolah sebagai sekolah dalam taman bagi menimbulkan minat dan rasa kasih murid terhadap sekolah. 3. Mengadakan program gotong-royong. 4. Melaksanakan tugas-tugas dan kerja dengan tujuan mengindahkan sekolah disamping memastikan sekolah dalam keadaan selamat. 5. Membantu guru-guru bertugas mingguan menilai dan memilih kelas terbersih bagi keceriaan dan kebersihan kelas. 17


KESIHATAN (KETUA UNIT) 1. Mengadakan ceramah mingguan atau bulanan 2. Menguruskan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan. 3. Mengumpul data obesiti dan penyakit-penyakit atau alahan dan menyebarluas kepada guru kelas dan guru Pendidikan Jasmani. PENCEGAHAN DENGGI/ COMBI (KETUA UNIT) 1. Memeriksa kawasan-kawasan yang telah ditetapkan termasuk tandas dan pamair. 2. Menghantar laporan bulanan. 3. Memastikan ubat jentik jentik diletakan di kawasan air bertakung seperti kolam dan pasu bunga sekurang-kurangnya 4 bulan sekali. 4. Mengadakan kerja gotong royong peringkat sekolah. 5. Mengadakan kempen atau minggu anti aedes peringkat sekolah. KESELAMATAN SEKOLAH (KETUA UNIT) 1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh PPD, JPN, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan seperti : (i) Latihan Kawad Kebakaran (ii) Keselamatan lalulintas (iii) Keselamatan bangunan dan perabot (iv) Keselamatan di bilik khas 3. Mendapatkan kerjasama sekolah dengan pihak polis / polis trafik, bomba JKR / JKR Elektrik, Majlis Daerah Tangkak. 4. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada murid. 5. Memastikan alat pemadam api mencukupi dan dalam keadaan sempurna dan berfungsi. 6. Menghubungi Balai Bomba yang berdekatan bagi melaporkan kebakaran dengan kadar yang segera. 18


7. Menyelia peta / rajah laluan yang jelas dan mudah difahami oleh murid untuk menyelamatkan diri dan berkumpul di tempat yang selamat. 8. Mengadakan latihan kawad kebakaran / fire drill dari semasa (sekurang-kurangnya 2 kali setahun). 9. Memastikan baldi yang dicat merah bertulis API, berisi pasir, ada dalam keadaan baik dan siap sedia. 10. Memastikan sistem loceng kecemasan berfungsi dan difahami. 11. Memastikan peraturan keselamatan bilik khas seperti Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup ditampal di dalam bilik berkenaan, bilik darjah dan di dalam buku latihanmurid. 12. Meletakkan tanda amaran “BAHAYA” di tempat-tempat yang merbahaya. 13. Memastikan lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat. 14. Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah. 15. Mengurus dan memastikan peti ubat kecemasan sekolah ada dan mempunyai ubat-ubatan yang diperakui dan mencukupi. 16. Mengambil tahu/mempelajari pertolongan cemas untuk memberi pertolongan jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan awal. 17. Menghubungi klinik/hospital yang berdekatan untuk melaporkan kejadian tersebut sekiranya bantuan mereka diperlukan. 18. Mengadakan dan menguruskan kempen/cermah / pameran yang berkaitan dengan keselamatan jalanraya/ kebakaran. 19. Mengurus hal murid yang mendapat kemalangan untuk rawatan segera. 20. Memberitahu ibubapa / penjaga murid mengenai sebarang kemalangan terhadap anak/jagaan mereka untuk mengelakkan risiko pihak sekolah dipersalahkan jika tersalah mengambiltindakan. 21. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar atau Pihak Pentadbiran Sekolah dari semasa ke semasa. 22. Menyediakan Laporan Tahunan Unit Keselamatan. 19


PERATURAN-PERATURAN / PROSEDUR KEPATUHAN PERATURAN KECEMASAN KEBAKARAN 1. Apabila sesuatu kebakaran berlaku atau sesuatu latihan kecemasan kebakaran hendak dijalankan, loceng elektrik atau loceng tangan akan dibunyikan dengan tidak berhenti- henti. 2. Murid-murid mesti keluar dari bilik darjah masing-masing dengan secepat mungkin dan dengan cara teratur iaitu bergerak dalam dua barisan dengan senyap, tidak terburu- buru atau berlari dan tanpa memotong satu sama lain. Guru yang mengajar di kelas pada waktu itu dikehendaki mengikut murid-murid berjalan ke tempat perhimpunan iaitu di gelanggang badminton sekolah. 3. Guru-guru dan murid-murid akan meninggalkan bangunan sekolah dengan menggunakan tangga-tangga seperti yang ditunjukkan dalam pelan sekolah yang dilampirkan dan terus menuju ke tempat perhimpunan. Murid-murid akan berbaris mengikut susunan yang diberikan dalam pelan. 4. Murid – murid tidak perlu membawa buku, beg atau barang-barang lain bersamamereka. 5. Kakitangan pejabat mesti menghubungi pihak bomba dan polis dengan segera. Guru-guru kelas hendaklah meyemak kedatangan murid-murid mereka (ikut kelas sendiri-mengikut senarai nama dalam Buku Jadual Kedatangan) dan memastikan bilangan murid yang ada di tempat perhimpunan adalah sama dengan bilangan murid yang hadir pada hari itu. Sila laporkan dengan segera pada Guru Besar / PK HEM jika terdapat murid tidak berada di tempat perhimpunan. Satu gerakan mencari akan dijalankan. 6. Kerani sekolah atau Pembantu Operasi Sekolah akan meninggalkan pejabat sekolah dengan membawa Buku Rekod Kehadiran Murid / Buku Akaun / Ledger dan dokumen- dokumen yang dianggap penting. 7. Guru dan kakitangan mesti memadamkan semua suis elektrik serta cuba memadamkan api itu jika ia masih kecil dan tidak membahayakan diri sendiri. 8. Ketika di tempat perhimpunan, guru-guru kelas dikehendaki mengawas displin murid masing-masing. Pengawas-pengawas sekolah juga dikehendaki menolong mengawal displin murid. 9. Murid-murid tidak dibenarkan mendekati bangunan sekolah. 10. Arahan selanjutnya akan diberikan oleh guru besar di tempat perhimpunan. 11. Kerjasama dan tindakan segera dari semua pihak adalah amat penting semasa sesuatu kecemasan berlaku dan mungkin dapat menyelamatkan nyawa. 20


PERATURAN BILIK DARJAH 1. Semua murid hendaklah berbaris dan beratur sebelum masuk ke dalam kelas. 2. Berdiri dan memberi salam sebagai tanda menghormati guru /pelawat/ ibubapa semasa mereka memasuki kelas. 3. Membaca doa sebelum memulakan sesi pembelajaran. 4. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid hendaklah belajar dalam keadaan yang tertib dan sopan. 5. Semua murid dilarang daripada membuat bising semasa berada di dalam kelas. 6. Murid hendaklah meminta izin daripada guru atau ketua kelas (sekiranya tiada guru) untuk keluar daripada kelas. 7. Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dengan senyap semasa meninggalkan kelas untuk ke kantin atau ke padang. 8. Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan. 9. Murid dilarang daripada melakukan vandalisme terhadap harta sekolah. 10. Murid dilarang makan di dalam kelas. 11. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. PERATURAN BILIK GURU 1. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran. 2. Murid mesti sentiasa bersopan santun semasa di bilik guru. 3. Murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai. 4. Pelawat /Ibu bapa hendaklah dilayan dengan hormat, cepat dan mesra. 5. Semua guru hendaklah bekerjasama menjaga keadaan bilik guru supaya sentiasa bersih, kemas dan ceria. 6. AJK bilik guru perlu menentukan papan notis sentiasa kemas dan notis-notis lama diturunkan. 7. Guru memastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bilik guru. 21


PERATURAN BILIK SAINS 1. Semua bilik ada pemadam api dan peti kecemasan. 2. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik sains tanpa guru. 3. Murid mesti beratur dan senyap semasa masuk ke bilik sains. 4. Murid sentiasa mematuhi peraturan am bilik sains serta arahan guru. 5. Murid tidak bising dan bermain dalam makmal. 6. Murid tidak menjalankan sesuatu aktiviti atau uji kaji tanpa kebenaran guru. 7. Murid tidak memasang kipas semasa menjalankan eksperimen khususnya eksperimen yang melibatkan penggunaan penunu Bunsen. 8. Murid yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang bertudung mestilah dipinkan kepada baju supaya tidak ditiup angin. 9. Murid tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia. 10. Baca label pada botol bahan uji dengan teliti sebelum memulakan eksperimen. 11. Murid tidak membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga elektrik. 12. Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada guru dengan segera. 13. Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan letakkan pada tempat asal. 14. Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah. 15. Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di atas meja serta tutup semua suis elektrik dan paip air sebelum meninggalkan makmal. PERATURAN MAKMAL KOMPUTER 1. Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi. 2. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa guru 3. Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan dan minuman. 4. Murid tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta melakukan aktiviti tanpa kebenaran guru. 5. Murid hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang disediakan. 6. Pastikan pen drive bebas dari virus. 7. Tutup komputer dengan tatacara yang betul. 8. Pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih. 9. Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik. 22


PERATURAN PEJABAT AM 1. Pelawat melaporkan diri di pejabat dahulu sebelum menemui guru /murid. 2. Ibu bapa yang hendak membawa anaknya pulang mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar / GPK 3. Pegawai atau pekerja yang ada meminjam sebarang harta sekolah dikehendaki merekodkan butir-butir pinjaman melalui pegawai berkenaan dan memulangkan harta sekolah pada tarikh yang ditetapkan. 4. Segala dokumen seperti fail dan dokumen pejabat tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran. 5. Kipas, lampu, radio, komputer, sistem siaraya dan semua peralatan elektrik termasuk pintu hendaklah ditutup sebelum meninggalkan pejabat. 6. Pelawat hendaklah dilayan dengan cekap dan mesra. 7. Murid tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa sebarang urusanmustahak. 8. Pelawat termasuk guru, pekerja dan pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran pegawai di kaunter untuk berjumpa Guru Besar / GPK. 23


PROSEDUR OPERASI STANDARD PELAKSANAAN e--KEHADIRAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG 1. PENDAHULUAN Pengurusan rekod kehadiran murid merupakan salah satu aspek penting dan utama dalam pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah. Rekod kehadiran setiap murid dicatat setiap hari persekolahan berdasarkan takwim persekolahan. Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju bahawa kehadiran murid hanya direkod menggunakan Sistem Kehadiran Murid. 2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 2.1 Guru Besar Pentadbir Utama bagi APDM di dalam Modul Pengurusan Murid. Memastikan takwim cuti peristiwa, bencana dan ganti dikemaskini dalam e-operasi (boleh dibantu GPK Pentadbiran) supaya paparan cuti atau hari ganti persekolahan termasuk dalam kalendar kehadiran. Memantau dan melihat status pengisian kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid. Merancang pelaksanaan intervensi bagi menangani masalah ketidakhadiranmurid. Mengesahkan laporan bulanan Sistem Kehadiran Murid bagi setiap kelas. Memberi arahan kepada GPK HEM dan guru kelas dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah. 2.2 Penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Berperanan sebagai Pentadbir Sistem APDM. Mendaftar dan menyemak maklumat guru kelas bersama Penolong Kanan Pentadbiran di dalam APDM selaku pegawai yang bertanggungjawab untuk logmasuk Sistem Kehadiran Murid. Memantau dan melihat status pengisian Sistem Kehadiran Murid bagi setiap kelas pada setiap hari. Memadam data murid yang bertukar sekolah dan berhenti sekolah. Melaksanakan tindakan susulan terhadap langkah intervensi mengatasi masalah ketidakhadiran murid. Memastikan guru kelas membuat cetakan analisis kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid pada setiap akhir bulan. Menyemak dan menandatangani analisis bulanan Sistem Kehadiran Murid setiap kelas. Menyelaras dan memastikan rekod kehadiran harian murid direkodkan dalam Sistem Kehadiran Murid bagi kelas yang ketiadaan guru kelas disebabkan bercuti atau menjalankan tugas di luar pejabat. 24


2.3 Guru Kelas Merekod kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam Sistem Kehadiran Murid berdasarkan dokumen yang diserahkan oleh murid sebaik sahaja hadir ke sekolah pada hari berikutnya. Mencetak, menandatangani dan memfailkan analisis bulanan Sistem Kehadiran Murid. Mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada Penolong Kanan HEM. Memastikan tarikh masuk kelas dalam Sistem APDM bagi setiap murid adalah tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam Sistem KehadiranMurid. 3. BORANG KEHADIRAN SEMENTARA 3.1 Borang ini digunakan sekiranya terdapat gangguan capaian internet. 3.2 Guru kelas perlu merekod kehadiran murid ke dalam Sistem Kehadiran Murid setelah capaian internet pulih seperti sedia kala. 4. SEBAB-SEBAB TIDAK HADIR 4.1 Aktiviti sekolah 4.2 Ancaman keselamatan 4.3 Bencana alam 4.4 Cuti sakit 4.5 Lain-lain sebab 4.6 Masalah peribadi 4.7 Tiada sebab 4.8 Urusan keluarga 5. TINDAKAN KETIDAKHADIRAN Merujuk perkara di atas, pihak sekolah perlumengenalpasti sebab-sebabmengapamurid tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Ada kalanya murid-murid tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa / penjaga. Justeru itu pihak sekolah bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara bertulis dan / atau melalui telefon (catatkan panggilan tersebut ke dalam buku Tele-ponteng). Untuk menangani masalah ini melalui langkah-langkah berikut: 25


5.1. Menghubungi ibu bapa/penjaga murid melalui telefon dengan kadar segera terutamanya yang melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Rekodkan panggilan ini mengunakan borang yang disediakan dalam dua salinan Satu salinan untuk simpanan dan satu salinan lagi serahkan kepada GPK HEM. 5.2. Sekiranya murid ini tidak dapat dihubungi dengan telefon, sila maklumkan kepada pihak kaunselor untuk tindakan selanjutnya terutamanya yang melibatkan kelas peperiksaan. 5.3 Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa murid tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama dua (2) hari berturut-turut tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu bapa / penjaga bersamasama datang berjumpa dengan Guru Besar (kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran murid itu ada sebab-sebab munasabah yang kuat). Tandakan (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tiada surat berkenaan. 5.4 Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untukmurid yang tidak datang ke sekolah semula tiga (3) hari berturut-turut atau sepuluh (10) hari tidak berturut tanpa surat. 5.5 Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR (catatkan ‘BERDAFTAR’ pada sampul surat) jika murid belum datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya murid telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut- turut. 5.6 Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui ‘BERDAFTAR AKUAN PENERIMA’ sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Surat tersebut juga hendaklah dihantar untuk murid yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut. 5.7 Selepas tempoh duaminggu dari tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir iaitu tidak hadir 30 hari secara berturut atau 60 hari secara tidak berturut, murid boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa / penjaga muridtelah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Murid tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar. 26


5.8 Prosedur penghantaran surat-surat adalah seperti berikut :- Surat Tidak Hadir (P) Berturut-turut Tidak Hadir (P) Tidak Berturut Tindakan Amaran Pertama Pada hari ke 3 Pada Hari Ke 10 Surat Biasa Amaran Kedua 7 Hari Selepas Amaran Pertama 10 Hari lagi Selepas Amaran Pertama Surat Berdaftar Amaran Terakhir (Berdaftar & A.R) 7 Hari Selepas Amaran Kedua 20 Hari lagi Selepas Amaran Kedua Daftar Akuan Terima Buang Sekolah 14 Hari Selepas Amaran Terakhir 20 Hari lagi Selepas AmaranTerakhir Daftar Akuan Terima Jumlah Hari Tidak Hadir 31 Hari 60 Hari 5.9 Surat-surat berkenaan boleh dijana oleh guru disiplin sekolah (GDS). 5.7 Semua tindakan yang diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh surat arahan dihantar dengan catatan ‘AP’ (Amaran Pertama), ‘AK’ (Amaran Kedua), ‘AT’ (Amaran Terakhir) dan ‘BS’ (Buang Sekolah) dalam buku Jadual Kedatangan untuk rujukan seterusnya. 5.8 Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa / penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail yang dibekalkan kepada guru kelas pada awal sesi akademik. 5.9 Untuk makluman tuan / puan, murid yang balik dengan kebenaran / kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Murid yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu. 27


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS MINGGUAN 1. Tanggungjawab Utama 1. Membantu Guru Disiplin sepanjang minggu bertugas. 2. Membantu pihak pengurusan sekolah di dalam menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid pada minggu bertugas. 3. Membantu pihak pengurusan sekolah menjaga persekitaran sekolah agar sentiasa selamat, bersih dan ceria. 2. Ketua 1. Bertanggungjawab mengagih tugas guru bertugas sebelum menjelang minggu bertugas. 2. Menandatangani laporan bertugas yang telah dicetak. (Perhimpunan rasmi dan laporan harian) 3. Memastikan laporan ditulis dengan ringkas dan lengkap pada sistem1SDC. 4. Bertanggungjawab mengagih tugas guru untuk menjaga pemberian RMT pada waktu rehat. 3. Semua guru bertugas 1. Berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum loceng pertama 2. Berada di stesyen masing-masing a. Masa pagi b. Waktu rehat c. Selepas sekolah d. Pulang 15 minit selepas loceng akhir / setelah semua murid dipastikan telah pulang 4. Waktu perhimpunan 1. Bantu pengawas pastikan murid berbaris dengan lurus ikut kelas. 2. Pastikan tiada yang berbual semasa ucapan / pengumuman dibuat. 3. Pastikan kerusi cukup dan teratur. 4. Tentukan bahawa alat siaraya [ PA system] siap untuk digunakan sebelum perhimpunan bermula 5. Kelola perhimpunan dan menghimpun serta membuat pengumuman / laporan / permakluman. 6. Doa→Ikrar→NyanyianLaguBangsaJohordanNegaraku→ Ucapan guru bertugas→Pengumuman→Ucapan pentadbir. 28


5. Selepas perhimpunan / pulang 1. Membantu pengawas mengawasi pergerakan murid balik ke kelas 2. Berjalan dengan tertib dua-dua dalam satu barisan 3. Dengan tidak membuat bising 4. Mengawasi pergerakan murid sepanjang masa persekolahan berjalan Tiada yang berkeliaran tanpa sebab Tiada kelas yang terlalu bising dan tiada P & P Periksa murid yang keluar kelas memakai pas keluar kelas di saku baju 5. Pastikan bahawa setiap peraturan sekolah dipatuhi 6. Mengawasi pergerakan murid semasa pulang 7. Semua murid keluar mengikut tanda arah yang ada. 6. Masa 15 minit 15 minit sebelum dan selepas loceng pertama :- 1. Awasi murid di pintu masuk 2. Bantu pengawas menahan dan memeriksa murid yang lewat 3. Melaksanakan Budaya Penyayang peringkat sekolah. 4. Gunakan konsep Natural Justice bagi setiap salah laku yang dilakukanmurid. 7. Pengurusan Kesihatan Murid 1. Yang sakit atau cedera 2. Pertimbangkan rawatan kecemasan [ JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI UBAT MAKAN WALAU PANADOL SEKALIPUN ] 3. Kalau terlalu serius uruskan penghantaran ke hospital 4. Maklumkan kepada Penolong Kanan [ HEM ] 5. Hubungi ibubapa / waris SELAMAT BERTUGAS UNTUK SEMUA GURU DAN STAF BAGI SESI 2023 “INDIVIDUALLY UNIQUE, TOGETHER COMPLETE” 29


SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JALAN SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR DARUL TAKZIM JBA 9028 KOKURIKULUM 2023/2024


1 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] PENGERUSI TN HJ ASHABULLYAMIN BIN ISMAIL GURU BESAR SK RKT SRI LEDANG SETIAUSAHA KOKURIKULUM PN. NORZILA BINTI JAAFAR SETIAUSAHA SUKAN EN. SUHAIMI BIN MOHAMED PENYELARAS RUMAH SUKAN EN. BADRUNNAIM BIN MOHAMMAD ALI TKRS EN. NORSAHIZAL EN. SUHAIMI EN. BADRUNNAIM EN. ZULFIQAR PN HJH AZIZAN PN. ZURINA PN ZALIFA PN. SANISAH PUTERI ISLAM PN. FAIZAH PN HJH WARILAH PN. NORZILA PN. SITI ‘AFIFAH PN. SALMIAH PN. SITI ROSNAH PN. NORAFFIDA PENYELARAS KELAB SUKAN/PERMAINAN PN. SITI ROSNAH BT SELAMAT GURU PENASIHAT GURU PENASIHAT GURU PENASIHAT GURU PENASIHAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2023/24 OLAHRAGA EN. SUHAIMI PN. NORZILA PETANQUE EN. NORSAHIZAL PN. ZALIFA RAGBI SENTUH EN. BADRUNNAIM PN. FAIZAH BOLA BALING EN. ZULFIQAR PN. ROSNAH PN. SITI ‘AFIFAH BOLA TAMPAR PN HJH WARILAH PN. ZURINA PN. NORAFFIDA CATUR PN. SALMIAH PN. HJH AZIZAN PN. SANISAH BAHASA PN. SALMIAH PN HJH WARILAH PN. ZALIFA MT & SNS PN. SITI ‘AFIFAH PN. SITI ROSNAH PN SANISAH PEN ISLAM PN. FAIZAH EN. BADRUNNAIM PN. NORAFFIDA KOMPUTER (PENGGERAK MEDIA) EN. ZULFIQAR PN. AZIZAN EN SUHAIMI DOKTOR MUDA/CEGAH JENAYAH PN. ZURINA PN. NORZILA EN. NORSAHIZAL TIMBALAN PENGERUSI AZRI BIN MOHD YAMIN GPK KOKURIKULUM SK RKT SRI LEDANG PENYELARAS UNIT BERUNIFORM EN. NORSAHIZAL B NORDIN PENYELARAS KELAB/PERSATUAN PN. ZURINA BINTI ABU SAMAH AL-WALEED (PINK) PN SITI ‘AFIFAH(K) EN. NORSAHIZAL PN. NORZILA PN SANISAH AL- FATEH (OREN) PN ROSNAH(K) EN BADRULNAIM PN HJH AZIZAN PN FAIZAH AL AYYUBI (UNGU) PN SALMIAH(K) PN ZURINA PN HJH WARILAH PN NORAFFIDA PRASEKOLAH EN. ZULFIQAR PN. ZALIFA


2 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] PENGERUSI TN HJ ASHABULLYAMIN BIN ISMAIL GURU BESAR SK RKT SRI LEDANG TIMBALAN PENGERUSI AZRI BIN MOHD YAMIN GPK KOKURIKULUM SK RKT SRI LEDANG JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH 2023/24 GURU PENYELARAS PROGRAM SETIAUSAHA PN. NORZILA BINTI JAAPAR SETIAUSAHA KOKURIKUUM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PN. SITI ‘AFIFAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR EN. ZULFIQAR BULAN KECERGASAN EN. NORSAHIZAL BULAN KEMERDEKAAN PN. AZIZAN HARI KANAK-KANAK PN. SALMIAH HARI SUKAN NEGARA EN. SUHAIMI HARI GURU PN. ZALIFA SAMBUTAN AIDILFITRI PN. ROSNAH


3 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] PENGERUSI TN HJ ASHABULLYAMIN BIN ISMAIL GURU BESAR SK RKT SRI LEDANG TIMBALAN PENGERUSI AZRI BIN MOHD YAMIN GPK KOKURIKULUM SK RKT SRI LEDANG SETIAUSAHA PN. ZURINA BINTI ABU SAMAH PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH KELAB DAN PERSATUAN 2023/24 GURU PENASIHAT BAHASA PN. WARILAH (K) PN. SALMIAH PN. ZALIFA MT & SNS PN. SITI ‘AFIFAH (K) PN. SITI ROSNAH PN. SANISAH PEN ISLAM EN. BADRUNNAIM (K) PN. FAIZAH PN. NORAFFIDA KOMPUTER/RUKUN NEGARA EN. ZULFIQAR (K) PN. AZIZAN EN SUHAIMI DOKTOR MUDA/CEGAH JENAYAH PN. ZURINA (K) PN. NORZILA EN. NORSAHIZAL


4 SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG JLN. SEKOLAH, FELDA SRI LEDANG 85220 TANGKAK JOHOR Kod sekolah: JBA9028 Telefon dan faksmili: 06-9777115 E-mail: [email protected] EN. BADRUNNAIM PENGERUSI TN HJ ASHABULLYAMIN BIN ISMAIL GURU BESAR SK RKT SRI LEDANG TIMBALAN PENGERUSI AZRI BIN MOHD YAMIN GPK KOKURIKULUM SK RKT SRI LEDANG JAWATANKUASA MAKDIS SEKOLAH 2023/24 GURU PENYELARAS PROGRAM SETIAUSAHA EN. BADRUNNAIM BIN MOHAMMAD ALI PENYELARAS MAKDIS MAAL HIJRAH EN. BADRUNNAIM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN IHYA’ RAMADHAN PN. FAIZAH KEM BESTARI SOLAT EN. BADRUNNAIM KUNJUNG MARHABAN PN. HJH WARILAH MAULIDUR RASUL PN. NORAFFIDA KHATAM J-QAF EN. BADRUNNAIM


Click to View FlipBook Version