The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN AMALAN TERBAIK TS25 2022 Dongak Intangkas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78245866, 2022-04-18 14:08:32

PENULISAN AMALAN TERBAIK TS25 2022 Dongak Intangkas

PENULISAN AMALAN TERBAIK TS25 2022 Dongak Intangkas

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANDEK, KOTA MARUDU, SABAH

Tajuk: Teknik Dongak Intangkas
Tema: Kualiti Guru yang Kompeten dan Berinovasi

1.0 Pengenalan
i. Latar Belakang

Kejayaan pengaplikasian Teknik Dongak terhadap pelajar elit dan terpilih dari segi
akademik telah menghasilkan Teknik Dongak intangkas yang merupakan inovasi yang
diaplikasikan kepada pelajar tahap penguasaan yang sederhana dan lemah bagi
membantu merekan menjawab soalan berbentuk aplikasi atau KBAT. Ini juga berkaitan
dengan syarat wajib lulus Sejarah yang bermula tahun 2021 di mana memerlukan
pelajar menjawab keseluruhan soalan berbentuk aplikasi apabila Kertas 3
dimansuhkan. Bagi mengatasi isu pelajar gagal sebab meninggalkan ruangan soalan
aplikasi kosong tanpa jawapan, maka modul yang memasukkan Teknik Dongak tercipta
bagi membina keyakinan pelajar dari kelas sederhana dan lemah menjawab soalan
berbentuk aplikasi.

ii. Pegawai / Guru / Murid / Komuniti yang terlibat
Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah pelajar tahap sederhana dan lemah daya
penguasaan dalam bidang akademik khususnya dalam mata pelajaran Sejarah SPM.
Untuk tujuan tersebut seramai 20 sampel pelajar dari kelas Tingkatan 5 Dinamik di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu, Sabah telah dipilih. Pemilihan
kumpulan sasaran ini disebabkan saya mengambil kira tentang tahap kecerdasan
pelajar dalam menjawab soalan berbentuk aplikasi. Pelajar-pelajar sasaran ini juga
tidak dapat menjawab soalan aplikasi atau KBAT dalam ujian dan peperiksaan yang
diberi sebelum ini.

iii. Objektif Pelaksanaan Program / Aktiviti
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan peratusan pelajar
menjawab soalan berbentuk aplikasi atau soalan KBAT dalam mata pelajaran Sejarah
SPM. Selain itu, kajian tindakan ini juga bertujuan untuk meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran sejarah sekaligus meningkatkan peratusan pelajar Layak
Mendapat Sijil (LMS) di SMK Tandek pada sesi 2021/2022.

iv. Kaedah Penulisan/ penyelesaian masalah
Dapatan dari keputusan ujian yang lalu ialah pelajar ini tidak memberikan jawapan
terhadap soalan berbentuk aplikasi atau KBAT. Perkara ini menjadi masalah besar bagi
mereka kerana bermula tahun 2021, silibus baharu KSSM diperkenalkan dan secara
rasminya LPM telah memansuhkan kertas 3 yang sebelumnya membantu pelajar untuk
mendapatkan 20 markah. Keseluruhan peratusan soalan KBAT dalam SPM Sejarah
adalah sebanyak 50 peratus. Kegagalan pelajar menjawab soalan KBAT bermakna
pelajar akan gagal sepenuhnya dalam peperiksaaan SPM dan tidak layak mendapat
sijil.

1

2.1 Pelaksanaan Program / Aktiviti
i. Proses Pelaksanaan

Program ini dilaksanakan mengikut kitaran kajian tindakan yang mana pada peringkat
asal mengenalpasti masalah dan membuat kutipan data awal. Kemudian, rancangan
tindakan dirangka sebelum melaksanakan ujian pra. Melalui tinjauan awal dari
keputusan ujian pra, kelemahan pelajar dapat dikenalpasti dan seterusnya intervensi
dilaksanakan selama dua bulan.

Intervensi pertama adalah pengenalan dan pemberian Modul Intangkas Versi Dongak.
Intervensi seterusnya adalah menjawab soalan peta minda bagi memahami kronologi,
pengenalan penggunaan Teknik Dongak, menjawab soalan aplikasi atau KBAT
menggunakan medium Modal Intangkas Versi Dongak dan akhirnya latih tubi soalan
KBAT. Modul yang telah dijawab pelajar disemak dan dianalisis dan dibincangkan
dalam mesyuarat panitia. Kemudian, guru melaksanakan perbincangan secara hands-
on bersama pelajar sasaran bagi memperbaiki kelemahan berdasarkan jawapan yang
diberi dalam modul. Akhir sekali ujian pos dilaksanakan bagi membuat perbandingan
pelajar sebelum dan selepas menerima intervensi.

ii. Impak
Inovasi ini secara keseluruhannya berjaya meningkatkan pencapaian pelajar terutama
dalam menjawab soalan KBAT ceraian c. Terdapat 2 orang respondan yang berjaya
mendapat markah 100 peratus. (sampel no 18 dan no 19). Selain itu, Inovasi ini juga
didapati berjaya membina keyakinan diri pelajar untuk menjawab soalan dalam
menjawab soalan KBAT dengan menggunakan kaedah 4P iaitu pangkal jawapan,
penanda wacana, penghubung ayat dan mengikut peruntukkan markah yang diberi.
Dalam ujian pra pelajar ini tidak memberikan sebarang jawapan untuk soalan yang
diberi. Namun dalam ujian pos respondan tersebut berjaya menjawab kesemua soalan
ujian. (sampel no 5 dan no 15).

iii. Kekuatan dan Kekurangan
Kekuatan
Penghasilan Modul Intangkas Versi Dongak adalah untuk keperluan pelajar sederhana
dan lemah dengan memberi penerangan mudah dan jelas kepada para pelajar. Pada
asalnya Teknik ini tidak menggunakan modul khas dan hanya menggunakan mana-
mana modul yang didapati di pasaran. Namun bagi memberi kesan dan impak positif
kepada kes pelajar sederhana maka modul khas sebagai medium latih tubi digunakan
dalam pelaksanaan intervensi Teknik Dongak.

Kejayaan inovasi ini jelas dapat dilihat apabila pelajar sudah mula mempunyai
keyakinan dalam menjawab soalan KBAT dengan menggunakan kaedah 4P iaitu
pangkal jawapan, penanda wacana, penghubung ayat dan mengikut peruntukkan
markah yang diberi.

Kekurangan
Pengaplikasikan teknik dongak kepada golongan pelajar sederhana dan lemah
penguasaan ini memerlukan masa yang agak lama berbanding pelajar kelas pintar. Hal
ini diburukkan lagi apabila terdapat sampel kajian yang selalu tidak hadir dalam kelas
PDPC secara bersemuka. Intervensi ini juga sukar dilaksanakan terhadap pelajar yang
tidak memberikan komitmen terhadap pembelajaran di sekolah.

2

3.1 Gambar Aktiviti

Teknik Dongak Asal Modul Khas Teknik Dongak

In House Traning Guru2 sejarah Pelajar sasaran

3

4.1 Penutup
i. Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa intervensi yang dilaksanakan
melalui inovasi Dongak Intangkas telah berjaya meningkatkan peratusan pelajar
menjawab soalan berbentuk KBAT seterusnya dapat meningkatkan markah pelajar.
Bagaimanapun pelajar yang selalu tidak hadir dan tidak memberikan komitmen semasa
pelaksanaan intervensi menyebabkan tidak ada perubahan positif yang dapat dilihat
dalam jawapan ujian pos. Diharapkan kajian tindakan ini dapat memberi ruang dan
gambaran awal tentang keputusan pelajar dalam peperiksaan SPM sebenar pada tahun
2021. Dapatan awal perubahan positif jawapan pelajar dapat dilihat melalui 12
responden yang dikaji. Manakala markah statik seramai 5 orang responden, namun
jumlah ini tidak merisaukan kerana berdasarkan jawapan pelajar masih boleh dibimbing
dengan penyediaan modul terarah dan meminta pelajar menyiapkannya sebelum
peperiksaan bermula. 3 lagi responden yang menimbulkan kerisauan kerana tidak ada
apa-apa perubahan positif yang dilihat disebabkan pelajar ini selalu tidak hadir ke
sekolah dan tidak mempuyai komitmen untuk meneruskan pembelajaran.

ii. Dokumen Sokongan

Sijil Penyertaan Inovasi Peringkat Sijil Anugerah Perak Peringkat
Antarabangsa Kebangsaan

iii. QR CODE

4.2 Nama Penulis dan Jawatan Dr.Latifah Ayang
Guru Utama Mata Pelajaran Sejarah
Puan Hanie Binti Kumil SMK Tandek, Kota Marudu, Sabah
Pengetua
SMK Tandek Kota Marudu, Sabah

4

LAMPIRAN
Jadual 1: Proses Pelaksanaan Teknik Dongak Intangkas
Bil Aktiviti
01 Mengenalpasti masalah dan kutipan data awal
02 Merancang Tindakan
03 Ujian Pra
04 Tinjauan Awal- Mengenalpasti kelemahan pelajar
05 Aktiviti 1-Pelajar diberikan dan diperkenalkan dengan Modul Intangkas Versi
Dongak
06 Aktiviti 2- Pelajar menjawab soalan I-Think/Peta Minda dalam Modul Intangkas
Versi Dongak untuk memahami Kronologi
07 Aktiviti 3- Guru Mengajar dan memperenalkan Teknik Dongak dan cara
penggunaan teknik tersebut
08 Aktiviti 4- Guru membantu pelajar sasaran menjawab soalan berbentuk aplikasi
atau kBAT menggunakan medium Modal Intangkas Versi Dongak
09 Aktiviti 5- Guru meminta pelajar menyiapkan keseluruhan soalan yang terdapat
dalam Modul Intangkas Versi Dongak bertujuan untuk melatih dan membiasakan
pelajar menjawab soalan KBAT
10 Aktiviti 6- Guru memeriksa/menanda Modul Intangkas Versi Dongak yang dijawab
oleh pelajar
11 Mesyuarat dalam panitia berkenaan masalah yang timbul dalam pelaksanaan
intervensi Dongak Intangkas
12 Aktiviti 7- Guru melaksanakan perbincangan hands-on bersama pelajar sasaran
untuk memperbaiki kelemahan mereka berdasarkan jawapan yang dibuat dalam
modul
13 Ujian Pos

5

Jadual 2: Analisis Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos

Bil Nama Pelajar Markah Ujian Markah Ujian Pos
Pra (100) (100)
01. Ahmad Syukrizan
02. Alfendy Birig 10% 40%
03. Dato Ali Zulwafir 80% 90%
04. Elvin 10% Tidak Hadir
05. Eddyrance 30% 50%
06. Herry Juanim 00% 40%
07. Hele Swe 90% 90%
08. Harrymond 80% 80%
09. Iskandar Tidak Hadir Tidak Hadir
10. Juan 00% 40%
11. Maxwell 50% 50%
12. Mohammad Firdaus Madin 70% 80%
13. Mohammad Firdaus Joba 00% 50%
14. Mohammad Ashraf 40% 60%
15. Mohammad Nazrul 50% 70%
16. Mohammad Khairy 40% 40%
17. Mohammad Noralif Zulkifly 00% 00%
18. Rinie Ronny 50% 50%
19. Sellverstone@Sharul 50% 100%
20. Zainizam 50% 100%
00% 80%

Ujian pra Ujian Pos

6


Click to View FlipBook Version