SIJIL PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN/PENCAPAIAN
Hakim Pertandingan Inovasi Kelab & Persatuan Peringkat Daerah Tawau 2014
KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM PERINGKAT KEBANGSAAN 19 OKTOBER 2022
PEMBENTANGAN POSTER KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM PERINGKAT NEGERI
Wow Factor dalam kelayakan dan pencapaian yang membanggakan bagi pencalonan Anugerah Ikon Guru STEM Cikgu Endang Suprihatin merupakan seorang guru yang kami anggap sebagai ikon dalam Pendidikan STEM di SMK Jalan Apas. Beliau berusaha bersungguh-sungguh membantu kami guru di SMK Jalan Apas untuk memahami konsep STEM itu sendiri, seterusnya kami mampu untuk menerangkan konsep STEM itu di dalam mata pelajaran yang diajar.Beliau turut menyuntik kata-kata semangat supaya kami berusaha untuk membantu pelajar untuk membuat projek STEM di dalam kelas. Pelajar dan guru rasa bersemangat dengan dorongan dan motivasi dari beliau terutama setelah melihat hasil projek. Terasa berbaloi jerih payah menghasilkan projek STEM tersebut. Pelajar rasa seronok belajar dengan topik yang terlibat dengan projek STEM. Malah yang membanggakan ialah pelajar yang gagal dalam Matematik boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan kuadratik. Ini merupakan sesuatu menakjubkan apabila melaksanakan STEM di dalam kelas dan sekolah. Pelajar berminat untuk belajar. Cikgu Endang layak dinobatkan Ikon Guru STEM kerana beliau merupakan ikon STEM bagi kami warga SMK Jalan Apas Shariwati @ Saerah binti Simin Ketua Panitia Matematik, SMK Jalan Apas Cikgu Endang Suprihatin merupakan seorang guru yang boleh dianggap sebagai pencetus dan pemangkin kepada Pendidikan STEM di SMK Jalan Apas. Beliau telah menyumbang untuk kemajuan dan kemenjadian murid termasuklah dalam Pendidikan STEM. Sebut STEM tergambar cikgu Endang dalam fikiran.Sumbangan dan kejayaan STEM di sekolah atau pun di peringkat daerah tercetus oleh idea dan buah fikiran beliau. Supratman Tamring GPK Pentadbiran, SMK Jalan Apas
Wow Factor dalam kelayakan dan pencapaian yang membanggakan bagi pencalonan Anugerah Ikon Guru STEM Pegawai merupakan Guru Penyelaras STEM yang dedikasi, inovatif dan kreatif dalam melakukan kerja. Sentiasa memberikan kerjasama dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan. Seorang guru yang rajin, tekun serta sabar mendidik dan membimbing murid. Selain mematuhi arahan dan peraturan serta mengamalkan etika kerja sebagai penjawat awam. . Abdul Wahid Abd Rahman Pengetua SMK Jalan Apas
Thank You Endang Suprihatin Samiyono Penyelaras STEM SMK Jalan Apas STEM INSPIRES OUR FUTURE STEM FOR ALL