BUKU SKRAP DIGITAL
ANTIDADAH
SEKOLAHKU SEJAHTERA, LEBIH BAIK
CEGAH
NAMA: CLEVERLEY KOKOU CHARLES
KELAS: 5 CERDIK
SEKOLAH: SK BANTAYAN INANAM
ISI KANDUNGAN
• Biodata Diri
• Penghargaan
• Kenali Dadah
• Dadah Dan Ciri-cirinya
• Jenis-jenis Dadah
• Ubat-ubatan Dan Bahan Yang Disalahguna
• Sebab-sebab Seseorang Mengambil Dadah
• Undang-undang Dadah Di Malaysia
• Kesan Penggunaan Dadah
• Langkah Mengatasi Dadah
• Aktiviti Bebas Dadah Di Sekolah
PENGHARGAAN
Salam,
Puji tuhan kerana saya berjaya menyiapkan buku skrap
digital ini dengan bantuan dan bimbingan daripada
kedua ibu bapa saya, guru-guru serta rakan yang telah
banyak membantu dan memberikan idea. Semoga info
ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat diluar
sana.
KENALI DADAH
• Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada
individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh
manusia berfungsi.
• Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug”
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif
penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse”
perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug
abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan
dadah.
DADAH DAN CIRI-CIRINYA
Mempunyai kesan paling Digunakan bukan untuk tujuan
ketara ke atas sistem saraf perubatan dan penggunaannya
pusat (Otak dan saraf tunjang) adalah dilarang
Diperoleh secara haram Membawa kepada
pergantungan fizikal dan
psikologikal dan meningkatkan
daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan
buruk dan bahaya ke atas
kesihatan dan fungsi sosial
seseorang
JENIS-JENIS DADAH
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-
jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu
jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta
manusia untuk pelbagai tujuan
• Opiat dan Opiat sintetik
• Stimulan
• Ganja
• Halusinogen
• Depresen
OPIAT
Opiat atau narkotik merupakan ubat penahan
sakit yang berkesan. Ia adalah sejenis bahan
kimia asli yang terdapat dalam otak yang
memberi kesan ‘perasaan yang
nyaman/bahagia’. Jenis dadah ini merangsang
perasaan dan melahirkan keadaan yang
nyaman serta tenteram. Pergantungan dan
penagihan akan terjadi jika ia kerap
digunakan. Jika dadah ini tidak dapat
diperoleh, seseorang itu akan mula
menunjukkan tanda-tanda gian.
STIMULAN
• Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang
aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu
jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)"
dan kokain.
HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen ialah bahan yang
dihasilkan dalam badan manusia
untuk mengubah deria persepsi atau
keadaan sedar seseorang. Dadah ini
akan mengubah kualiti subjektif
persepsi, fikiran dan emosi dengan
membatalkan penghantaran
neurotoksin ensefalus.
DEPRESEN
Dadah jenis depresan juga dikenali
sebagai dadah penekan. Dadah depresan
bertindak dengan menekan sistem saraf
pusat (meliputi otak dan saraf tunjang)
dan ianya juga merupakan dadah
psikoaktif iaitu boleh mengubah persepsi
dan tahap kesedaran otak. Disebabkan
itu dadah ini boleh memberikan kesan
euforia dan menyebabkan ketagihan
kepada penggunanya.
KAWAN-KAWAN TAHU APA ITU
RAHSIA?
R - ROKOK
A - ALKOHOL
H - DADAH
S - SEKS BEBAS
I - INHALAN
A - AIDS/HIV
UBAT-UBATAN DAN BAHAN YANG DISALAHGUNA
• Candu
Candu adalah sejenis narkotik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah
buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia
mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.
• Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu
mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes
morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
• Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih
dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit
yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin
mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
• Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan
daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk
melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
SEBAB-SEBAB SESEORANG MENGAMBIL DADAH
Keseronokan Perasaan ingin tahu
Secara tidak Pengaruh rakan
sengaja sebaya
Mengatasi tekanan Rawatan perubatan
jiwa
TINGKAHLAKU BERISIKO
MEROKOK BERGADUH MEMBULI MELEPAK MELAWAN TIDAK
MENGHORMATI
GURU
ORANG (IBU
BAPA/GURU
UNDANG-UNDANG DADAH MALAYSIA
Akta Dadah Berbahaya 1952
❖Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua aktiviti mengilang,
mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual,
memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa,
menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana
dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah
berbahaya.
Akta Racun 1952
❖Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan,
pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-
ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan
diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.
Akta Rawatan & Pemulihan 1983 – Pindaan 1988
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1)
APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan
bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat
perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut:
➢Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan
kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
➢Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3
tahun
Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
✓Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa
kepada kerajaan melalui:
✓Mengesan
✓Membeku
✓Merampas aset pengedar
✓Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah:
✓Seksyen 39B ADB 1952
✓Seksyen 6(1) ADB 1952
✓Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985
KESAN DADAH KEPADA INDIVIDU
DAN MASYARAKAT
Terlibat dalam Merendahkan
pergaduhan dan sistem imuniti
kemalangan.
Masalah kesihatan Penyakit berjangkit Kurang produktiviti
mental seperti HIV/AIDS, hepatitis,
tuberkulosis
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI
PENYALAHGUNAAN DADAH
Penubuhan pusat-pusat Pihak kerajaan
pemulihan mengenakan hukuman
yang berat.
Perlu mewujudkan Melaksanakan
kerjasama di antara pendidikan untuk
orang awam dan mencegah dari
kerajaan. penyalahgunaan dadah.
AKTIVITI BEBAS DADAH DI SEKOLAH
Bacaan 5 minit antidadah Mewarna poster antidadah Ceramah GEG
Ceramah AADK Senam Sihat Antidadah Ikrar Antidadah
KESIMPULAN
Sebagai generasi muda pewaris negara, kita perlulah
bijak mencari kawan dan berusaha untuk selalu
mengatakan TIDAK kepada DADAH kerana DADAH
MUSUH NO 1 NEGARA.
TERIMA KASIH