The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamar413, 2022-04-29 01:35:11

E FOLIO KUMPULAN 1

E FOLIO KUMPULAN 1

PERPADUAN DI MALAYSIA DALAM ASPEK SUKAN
E- FOLIO

1

AHLI KUMPULAN 1

Nama: ALIF BAZRIL BIN Nama: LOKMAN NOR Nama: MUHAMMAD
AZFARUDDIN ADAM BIN RIDZUAN AMAR BIN MUHAMMAD
No Matrik: No Matrik: SAUFI
15DPM21F2017 15DPM21F2015 No Matrik:
15DPM21F2011

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4
BIL PERKARA 5
1 PENGHARGAAN 6-7
2 PENGENALAN 8
3 MAKSUD PERPADUAN 9
4 MAKSUD SUKAN 10
5 APAKAH KEPENTINGAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN 11
6 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN DALAM PERPADUAN 12
7 APAKAH OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA 13
8 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 14
9 CONTOH SUKAN YANG MENYATUKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 15
10 TOKOH-TOKOH ATLET BOLA SEPAK DI MALAYSIA 16
11 TOKOH-TOKOH ATLET BADMINTON DI MALAYSIA 17
12 BOLA SEPAK MENYATUKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 18
13 PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM 19
14 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN 20
15 KESIMPULAN 21 3
16 PENGAJARAN
17 RUJUKAN

PENGHARGAAN

• Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya . Kami iningin
mengucapkan sepenuh penghargaan kepada ;

Tuan Marzuki Bin Sepiaail ,
di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami dan juga rakan
seperjuangan kami . Dimana beliau banyak membantu kami sepanjang proses tugasan
ini disiapkan .

Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu
bapa kami yang telah banyak mendorong kami untuk terus berusaha . Dan kami juga
ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada ahli kumpulan kami yang telah
banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang proses penyiapan tugasan
dilaksanakan . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah kami pelajari
sepanjang penyiapan E folio ini dilakukan . Ianya memberi kami seribu satu makna
dalam menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah .

4

PENGENALAN

• Sukan merangkumi aktiviti fizikal yang dijalankan di padang ataupun gelanggang untuk pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, kemahiran, kecemerlangan dan pembangunan. Perbezaan tujuan ini yang membezakan sifat
sesuatu sukan.
• Rakyat Malaysia, secara keseluruhannya mempraktikkan sukan dalam kehidupan seharian mereka terutamanya pada waktu
petang. Objektif aktiviti fizikal sebegini bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan diri tetapi juga mampu membina
hubungan silaturahim antara keluarga dan rakan.
• Namun, persoalan yang sering bermain di benak fikiran iaitu adakah sukan ini mampu untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia?
• Terdapat isu di mana generasi muda sekarang lebih suka bersukan atau beriadah mengikut kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum lain. Sebagai contoh, di kawasan kediaman dan sebagainya.
• Sukan tidak pernah mengkaji tentang latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan. Hal ini demikian kerana,
ia boleh mengganggu interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa.
• Sukan bukan sahaja mampu melahirkan perpaduan dalam kalangan atlet malah mendorong rakyat Malaysia yang berbilang
kaum untuk bersatu padu menyokong para atlet dalam sukan yang dipertandingkan di stadium mahupun gelanggang sukan.
• Akhir sekali, sukan menjadi wadah penting dalam mewujudkan integrasi masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini
tidak kira apa jua sukan sama ada bola sepak, badminton ataupun olahraga. Semua pihak haruslah memainkan peranan yang
penting untuk memastikan program sukan di Malaysia diadakan secara berterusan.

5

MAKSUD PERPADUAN • APA ITU PERPADUAN ?

MENURUT WIKIPEDIA
(SUMBER: https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan )
• - Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis

penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk
kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang
sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
• Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.
Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang
lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan
faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial
ataupun masyarakat.

6

Sumber Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

IBN KHALDUN
• - Merujuk dari Wikipedia, Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial

dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan
sosial, pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi
kadangkala digunakan untuk nasionalisma moden, menyerupai sistem
komunalisma. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.

Durkheim
• Merujuk dari Wikipedia,Mengikut Émile Durkheim, jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan

dengan jenis masyarakat. Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik
sebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya, The
Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga Kerja dalam Masyarakat). Dalam sesuatu
masyarakat yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan datang
daripada warga yang serupa – warganya berasa terkait melalui kerja, pendidikan dan latihan
keagamaan, dan cara hidup.

7

MAKSUD SUKAN APA ITU SUKAN ?

-Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri
daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan
tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan
penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti
rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya
mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama
ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.Aktiviti
itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang
berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan
yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan
pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan
kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan

8

APAKAH KEPENTINGAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN ?

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan
peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan
pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga
telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar
pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman
moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan
negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan
masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam
pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah
“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung.
Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Akhir sekali, sukan juga mampu memberi
ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang
berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara
professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin

9

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN DALAM
PERPADUAN

Memperkasakan budaya Meningkatkan Menggalakkan penyertaan
penglibatan dalam sukan pengetahuan dan aktiviti sukan yang lebih luas di
dalam kalangan amalan bersukan ke arah
masyarakat mewujudkan budaya semua peringkat bagi
sukan di kalangan membentuk sebuah masyarakat

masyarakat; yang berdisiplin dan bersatu
padu;

Menyediakan peluang, Menyediakan Membangunkan sukan
insentif dan kerjaya bagi kemudahan sukan bagi sebagai satu industri; dan

memenuhi keperluan keperluan di semua menjadikan sukan
asasi individu peringkat; sebagai pusat perpaduan
melalui sukan;
negara

Memperkukuhkan badan Mencapai
dan organisasi sukan kecemerlangan peringkat
dengan amalan tadbir
urus yang kebangsaan dan
profesional; antarabangsa dengan

semangat
kesukanan yang tulen.

10

APAKAH OBJEKTIF Sumber : http://sainsukantmu.blogspot.com/2011/02/objektif-dasar-
DASAR SUKAN sukan-negara.htm
NEGARA
OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA (1988)

• 1. Membentuk
satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu.

• 2. Menyediakan
peluang-peluang dan kemudahan bagi memenuhi
keperluan asasi, sosial, psikologi dan fisiologi.

• 3. Membangun
dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan sosial seseorang individu.

4. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali,
dengan semangat kesukanan yang tulen.

11

KEPENTINGAN Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh
PERPADUAN KAUM DI dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh
MALAYSIA negara asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui
penjajahan Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun,
kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat
‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 adalah tidak semudah yang disangka untuk
dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Bagi memastikan negara
tidak dijajajah dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat
penting demi menjamin ketenteraman negara ini. Kita tiada seorang
pahlawan seperti Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga
Skrang pada tahun 1983, ataupun Dol Said yang melakukan penentangan
terhadap kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau gerakan
penentangan Inggeris di Sabah yang gagah diketuai oleh Mat Salleh pada
tahun 1884 hingga 1900. Yang kita ada adalah Dato Seri Najib Tun iaitu
ketua barisan pemimpin negara yang merangkap sebagai Perdana Menteri
Malaysia. Tanpa kegagahan seperti tokoh zaman dulu-kala, yang perlu
hanyalah semangat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan
agama seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh
itu, peganglah pepatah ini sebagai prinsip di dalam hidup demi menjamin
keamanan dan kesejahteraan negara.

12

Contoh sukan yang
menyatukan
perpaduan kaum di
Malaysia

• Bola sepak
• Badminton

TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA BOLA
SEPAK

12 3

Mokhtar Dahari R. Arumugam Soh Chin Ann
➢ Dikenali sebagai super mokh. ➢ Dikenali sebagai ➢ Beliau telah membantu
➢ Beliau telah memenangi Piala
Spiderman Selangor fc memenangi 6
Malaysia 10 kali dengan ➢ Beliau telah menolong
piala Malaysia.
pasukan Selangor fc. Malaysia memenangi ➢ Menjadi pemain termuda
➢ Pernah bermain menentang
Pestabola Merdeka. Malaysia dalam peringkat
Diego Maradona. ➢ Mendapat pingat gangsa di
➢ Menjadi tempat ke 3dalam kelayakan Sukan Olimpik di
Sukan Asia 1974.
penjaring gol terbanyak ➢ Beliau telah menolong Seoul, Korea Selatan.
➢ Konfederasi Bola Sepak Asia
dalam FIFA’s. Malaysia melayakkan diri
➢ Pernah ditawarkan ke kelab mengiktiraf pencapain beliau
ke Sukan Olimpik Moscow
Real Madrid. dan memasukkan nama
1980 tetapi Malaysia telah
beliau ke dalam AFC Century
memboikot sukan olimpik.
Club.

TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA BADMINTON

1 Datuk Lee Chong Wei
➢ 19 tahun bergelar pemain badminton professional.
➢ Memenangi 5 pingat emas dalam Sukan Komanwel.
➢ Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World Federation (BWF)
sebanyak lima kali.
➢ Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak 3 kali.
➢ Olahgarawan paling berjaya di Malaysia.

2 Datuk Misbun Sidek
➢ Merangkul kejuaraan pertama di Terbuka Jerman diikuti dengan kemenangannya
ke atas Liem Swie King di Sukan Sea 1981.
➢ Pertama kali Sidek bersaudara beraksi bersama di pentas antarabangsa di
Terbuka Hong Kong.
➢ Menyinar di pentas antarabangsa dengan gelaran terakhir dicapai pada 1988
selaku naib juara Piala Thomas.

BOLA SEPAK MENYATUKAN PERPADUAN
KAUM DI MALAYSIA

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan
bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan
membina negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk
Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan
kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama seluruh
masyarakat bukan Melayu, Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina untuk
menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi
menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan
bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-anak mereka.

PERANAN SUKAN DALAM
MENYATUKAN PERPADUAN
KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman olahragawan negara tahun
1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari,R. Arumugam, Soh Chin Ann, Datuk Lee
Chong Wei, Datuk Misbun Sidek. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi
perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat
sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai
perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk
mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama
walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya
dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia
(Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV
baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan
menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk
sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena
antarabangsa.

FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN
DALAM PERPADUAN

➢Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran
diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi
penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan
kemahiran pergerakan asas dan kompleks.

➢Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di
antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan
semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

➢Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama
antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan
imej negara.

➢ Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat
menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga
kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.

KESIMPULAN • Kesimpulannya yang dapat dalam e folio
ini adalah sukan juga dapat
mengukuhkan perpaduan antara kaum.
Hal ini kerana, pelbagai kaum bersatu
untuk mengharumkan nama Malaysia
dalam acara sukan yang
dipertandingkan. Sebagai contoh sukan
yang berjaya mengharumkan nama
negara di Malaysia adalah sukan
badminton. Selain itu, perpaduan antara
kaum juga penting untuk memajukan
negara. Hal ini untuk mengelakkan
daripada perbalahan antara satu sama
lain dan peristiwa yang tidak diingini
berlaku. Kita haruslah menghormati
agama, bangsa, budaya kaum yang ada
di malaysia ni. Hal ini dapat
mengeratkan hubungan antara kaum
dan rakyat disini dapat hidup aman dan
harmoni. Akhir sekali, sebagai rakyat
malaysia kita haruslah bersatu padu
antara satu sama lain kerana kita berasa
di bawah satu bumbung yang sama.

19

PENGAJARAN • Pengajaran yang dapat dihuraikan daripada e folio
ini adalah kita sebagai rakyat malaysia perlulah
bersatu padu sama ada di dalam sukan, pekerjaan
dan lain-lain supaya peristiwa yang kelam tidak
berlaku kembali. Selain itu, sekiranya mewakili
negara dalam pertandingan sukan, kita mestilah
menanamkan semangat dalam diri untuk
mengharumkan nama negara tidak kira bangsa
melayu, cina, india dan lain-lain kerana kita berada
di bawah satu bumbung yang sama. Sekiranya kita
tidak bersatu padu maka negara kita akan mudah
dijajah, berlaku pergaduhan antara kaum, rakyat
akan hidup dalam keadaan ketakutan dan negara
tidak akan maju. Dengan ini, perpaduan antara
kaum ini amat penting untuk mengukuhkan lagi
hubungan antara satu sama lain. Akhir sekali, saya
sebagai rakyat malaysia berharap kita dapat
mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum demi
masa depan negara yang aman dan harmoni.

20

RUJUKAN

LINK

https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-
malaysia/

https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blog-saya/karangan-kepentingan-perpaduan-di-malaysia
http://sainsukantmu.blogspot.com/2011/02/objektif-dasar-sukan-negara.html
https://www.scribd.com/doc/57585043/Kepentingan-Perpaduan
https://online.fliphtml5.com/qceah/exsn/
http://sainsukantmu.blogspot.com/2011/02/objektif-dasar-sukan-negara.html

21

22


Click to View FlipBook Version