The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tanhuiting5930, 2023-09-11 10:27:28

EDUP 3103 (EP 1) TAN HUI TING

EDUP 3103 (EP 1) TAN HUI TING

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDUP3039) EP TOPIK 2 Unit: SJHK 1 Tan Hui Ting Pensyarah:Dr Hasnah binti Abdullah PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2022


SUMBER ILMU Wahyu Rasional Autoritatif Empirikal Intuitif


WAHYU Wahyu merupakan kata-kata Allah SWT yang disampaikan kepada para RasulNya atau pengetahuan yang diperuntukan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu.Sumber ilmu wahyu terdapat dalam pelbagai bentuk, seperti kitab suci, ajaran agama, penglihatan, mimpi, dan pengalaman mistik. Dalam tradisi agama-agama utama seperti Islam, Kristian, dan Yahudi, kitab suci seperti Al-Quran, Bible, dan Taurat dianggap sebagai wahyu yang disampaikan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul. Melalui kitab-kitab suci ini, manusia diberikan panduan moral, hukum serta pemahaman tentang hubungan mereka dengan pencipta.Jadi,kita dapat menggunakan Wahyu sebagai pedoman kepada manusia dan sebagai sumber utama rujukan mencari kebenaran untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kehidupan manusia.


Intuitif merupakan satu kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual.Pemahaman intuitif datang secara tibatiba daripada dunia lain dan di luar kesedaran.Contohnya,dalam kehidupan seharian,kita akan berasa adanya pengetahuan intuitif tanpa kita sedari dan tidak dapat menjelaskan bagaimana ia muncul.Jadi,kita perlu menguruskan sumber ilmu intuitif dengan bijak dan sentiasa berfikiran rasional serta berpengetahuan lebih konvensional. INTUITIF


EMPIRIKAL Empirikal ialah kata sifat yang menunjukkan pengetahuan yang diperoleh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terhadap fakta.Sumber ini penting dalam penyelidikan saintifik kerana ia membantu penyelidik untuk mendapatkan bukti yang kukuh berdasarkan fakta yang dapat diukur dan dipertimbangkan.Misalnya,kita akan menjalankan kajian dengan mengumpulkan data-data yang berkaitan bagi mengesahkan sesuatu perkara atau menghasilkan sesuatu penemuan baharu.Dalam dunia yang moden ini,pendekatan empirikal menjadi asas kepada kaedah saintifik yang dapat digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk sains,psikologi,ekonomi dan sebagainya.


Autoritatif merupakan pengetahuan yang ada pada orang tertentu yang diiktiraf sebagai pakar. Pendapat pakar ini sentiasa menjadi rujukan dan diiktiraf sebagai sah dan boleh dipercayai.Contohnya,apabila sakit kita akan berjumpa dengan doktor kerana mereka lebih arif dengan kaedah rawatan.Dengan menggunakan sumber ilmu ini,kita dapat memastikan segala informasi yang diperoleh adalah benar dan bermanfaat serta sesuai dengan standard keilmuan yang tinggi. AUTORITATIF


RASIONAL Rasional merupakan pengetahuan yang diperoleh menerusi proses taakulan yang berpandukan logik untuk menyelesaikan masalah atau membuat rumusan.Ini bermaksud individu tidak hanya menerima maklumat tanpa menyiasat kebenaran atau ketetapan sumber tersebut.Dengan memahami prinsip-prinsip asas yang logik,kita dapat mengenal pasti fakta dengan lebih kukuh,membezakan antara fakta dan pandangan serta mampu membina hujah yang berkualiti.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version