The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizayusniza, 2021-08-30 11:35:51

TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN

KERJA KURSUS SEJARAH TAHUN 5

TOK JANGGUT

Pahlawan Kelantan

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD YUSUF LUTFAN B. SULAIMAN
100520140305
SK TAMAN RAKAN, CHERAS
5 BIJAK

TOK JANGGUT
1853 - 1915

BIODATA TOKOH

❏ Nama sebenar : Haji Mat Hassan bin Munas.
❏ Gelaran : Tok Janggut
❏ Tahun Lahir : 1853
❏ Tempat Kelahiran : Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

❖ Beliau dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke
paras dada.

❖ Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat.
❖ Ada riwayat menyatakan bahawa beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh

Sejarah Penentangan

Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih
pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai
perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan
telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri
Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

● cukai tanah
● cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
● cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
● kelapa sebanyak 3 sen setandan
● sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Sebab Penentangan

❖ Tok Janggut tidak bersetuju dengan pengenalan

sistem penasihat British.

❖ Penduduk tempatan dipaksa menerima sistem cukai
dan peraturan tanah baharu yang membebankan
mereka.

❖ Peraturan baharu British menimbulkan kesulitan
kepada penduduk tempatan.

Peristiwa Penentangan

❖ Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan
terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan.

❖ Perang ini tercetus pada 29 April 1915 apabila berlaku
perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan
Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa
kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.

❖ Pengikut Tok Janggut mendirikan sebuah kerajaan di Pasir
Puteh dengan menabalkan Engku Besar Jeram sebagai
Raja dan melantik Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.

Peristiwa penentangan

❖ Rentetan dari peristiwa tersebut, seorang Pegawai Daerah
kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan
bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.

❖ Satu pertempuran telah berlaku di antara pengikut Tok Janggut
dan pihak British, dengan bantuan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbok dan di Kampung
Pupuh.

❖ Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut terkorban.

❖ Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dan digantung di
Padang Bank sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Lokasi Kawasan Penentangan Tok Janggut Di Kelantan

Tanah Melayu Tanah Pusaka,
Megah Berdiri Disinggahsana,

Adat Dijunjung Maruah Dijaga,
Tidak Melayu Hilang Didunia.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version