The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PT4S1-9_LOOI WOEI WOEI_BMMB3163 TUGASAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by woeiwoei2000, 2023-10-25 23:24:11

TUGASAN 2 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

PT4S1-9_LOOI WOEI WOEI_BMMB3163 TUGASAN 2

JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS 2 (INDIVIDU) SEMESTER : PISMP(SEM 4) TAHUN : 1 (2023) KOD KURSUS BMMB 3163 KURSUS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama Pelajar LOOI WOEI WOEI Angka Giliran 2020172340024 No. Kad Pengenalan 000923-08-0820 Kumpulan/Unit PT4S1-9 Nama Pensyarah DR NOOR HAYATI BINTI CHE MAT Tarikh Hantar 18 SEPTEMBER 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarahtelah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMUKHAS56000 KUALA LUMPUR Markah


1.0 Pengenalan Budaya ialah cara kehidupan sekelompok masyarakat. Menurut Rohana Yusof (2010), istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurnamanakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan. Perbentukan jati diri bangsa amat berkait dengan warisan budaya seperti kebudayaan, kesenian yang dihasilkan oleh masyarakatnya sendiri (MohamedAnwar Omar Din, 2008). Berdasarkan pernyataan tersebut, budaya memainkanperanan yang sangat penting dalam membina identiti negara bangsa. Dalamperkembangan budaya bangsa negara kita, Malaysia, pelbagai proses telah terlibat dalam pertembungan budaya negara bangsa kita. Antaranya ialah asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi dan segregasi. 2.0 Asimilasi Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yangberbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yangbaharu dan boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza. Menurut BaterahAlias et.al (2017) menyatakan bahawa asimilasi adalah satu proses percantumanantara budaya kelompok berlainan hingga membentuk satu budaya dan identiti yangsama apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kelompoknya dan diserapolehkumpulan yang dominan. Proses asimilasi yang berlaku di Malaysia berlakudaripada pelbagai aspek. Misalnya, bahasa, pakaian, makanan dan kesenian. Menurut jurnal yang bertajuk Asimilasi Masyarakat Cina dengan Orang Melayudi Kelantan yang dihasilkan oleh Muhammad Faris Abdul Fatah & Muhammad Faisal Ashaari (2020), asimilasi masyarakat Cina dengan orang Melayu dapat disusurgalurkan kepada hubungan awal dan lama antara orang Cina dari negaraChina dengan masyarakat peribumi setempat, khasnya kumpulan komuniti Melayudan Siam. Pernyataan tersebut juga dibuktikan apabila Khoo (2010) mengungkapkan bahawa komuniti Cina Peranakan ialah kelompok yang berasimilasi budaya Melayu atau separa berasimilasi. Dalam proses asimilasi tersebut, aspekbahasa telah berlakunya perubahan. Misalnya, dialek Hokkien diserapkan semasamereka bertutur bahasa Melayu Kelanton seperti mu make gapo tu?” yangmembawa maksud “kamu makan apa?”. Selain daripada asimilasi dari segi pertuturan, mereka turut mengalami asimilasi dari segi tulisan. Terdapat sebilanganbesar orang Cina Kelantan yang boleh menulis Jawi. Ulasan tersebut juga disokongoleh (Mohamad Nazri; Hanapi Dollah; Teo 2011) yang mengatakan bahawa belajar


untuk menulis dan membaca jawi merupakan perkara yang wajib kerana sekolahMelayu dalam era 1940-an dan 1950-an menggunakan bentuk tulisan ini dalamkaedah pengajarannya. Cara pemakanan Baba Nyonya banyak terpengaruholehorang Melayu. Mereka menyajikan makanan orang Melayu seperti gulai ayam, itikdan ikan, daging goreng, nasi kerabu dan ikan singgang. Mereka juga memakansirih dan mengunyah daun tembakau. Ulaman seperti jering, petai, pegaga, jantungpisang dan pucuk daun juga sebahagian darpada makanan kegemaran masyarkat Baba dan Nyonya. Masyrakat Baba dan Nyonya lebih gemar makan menggunakantangan daripada sudu atau penyepit. Perubahan dalam seni bina Cina Peranakantelah memaparkan asimilasi budaya asing ke dalam budaya asal sendiri. Merekatelah mencontohi cara binaan rumah orang Melayu iaitu mempunyai anjungdanmempunyai atap melengkung. Menurut Zaliza dan Norlin (2009), asimilasi budayaakan terus berlaku. Hal tersebut adalah kerana budaya merupakan sesuatu yangdinamik dan berubah-ubah mengikut peredaran zaman. 3.0 Akulturasi Akulturasi ialah proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individuataukelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Dalam proses akulturasi, unsur lain daripada budaya yang berbeza akan diserapkan dan diolahkan. Namunbegitu, proses akulturasi adalah berlainan dengan asimilasi. Hal tersebut adalahkerana budaya asal tidak akan hilang dalam akulturasi seperti dalamasimilasi. Contohnya ialah pemberian wang dalam angpau oleh kaum-kaumlain. Amalantersebut merupakan serapan dan olahan amalan orang Cina semasa Perayaanolehkaum Melayu serta kaum India. Bukan itu sahaja, aspek-aspek lain juga banyakmengalami proses akulturasi. Unsur budaya dalam pembentukan identiti masyarakat Cina Peranakan meliputi aspek pakaian, dandanan rambut, makanan dan carapenyediaan, agama, adat dan bahasa (Lee Yok Fee 2009). Masyarakat CinaPeranakan Terengganu yang masih makan lok 4.0 Akomodasi Akomodasi dedefinisikan sebagai proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnikmenyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetapmempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula yang dapat mewakili akomodasi ialah A+B+C=A+B+C di mana A, B dan C adalah merujuk kepada budaya(Ting Peh Chew, 1987). Setiap kumpulan etnik mempunyai wakildalambidang


ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep tersebut begitumeluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkanbudaya mereka dalam keadaan harmoni. Skop tersebut dapat difokuskan padapengamalan agama yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Kebebasanhakuntuk beragama telah dimaktubkan pada Fasal 11 Perlembagaan negara kita yangtelah memberi setiap kaum kelonggaran untuk mengamalkan agama masing-masingtanpa mengganggu hak orang lain. Akomodasi lain yang berlaku dalamMalaysiaialah akomodasi komunikasi. Mengikut penakrifan oleh West dan Turner (2009), akomodasi komunikasi adalah kemampuan untuk menyesuaikan, memodifikasi ataumengatur perilaku seseorang dalam responnya terhadap orang ketika saat berinteraksi, ketika pembicara berinteraksi, mereka menyesuaikan pembicaraan, pola vokal, atau tindak-tanduk mereka untuk mengakomodasi orang lain. Akomodasi komunikasi berlaku dalam konteks perbualan yang berbeza. Contohnya, canpurankod seperti ‘drive’, ‘murah punyalah’ dan ‘batu ah’. Penggunaan istilah seperti ini adalah tidak jarang dapat kita perhatikan dalam kehidupan harian kita. Namunbegitu, perbualan masih boleh dijalankan dengan lancar. Hal tersebut telahmembuktikan akomodasi telah berlaku dalam situasi tersebut di mana penggunaanbahasa tidak terhad kepada bahasa kebangsaan sahaja tetapi juga kepadapencampuran kod daripada pengaruh bahasa asing. 5.0 Amalgamasi Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenisbudaya atau ras baru dikenali sebagai amalgamasi. Biasanya, amalgamasi berlakuapabila dua etnik yang berlainan berkahwin atau dikenali sebagai perkahwinancampur. Teori tersebut dapat diwakili dengan formula A+B+C=D di mana A, BdanCmerupakan budaya etnik yang berbeza manakala D pula merujuk kepada budayabaharu yang dilahirkan. Proses amalgamasi dapat dikaji dari sudut mikro dan sudut makro. Contoh amalgamasi termasuklah pernikahan etnik Jawa dengan etnis Sundadan Pernikahan antara Negro dan Kulit Putih. Perkahwinan tersebut telah membawakepada generasi yang mempunyai karakter biologi yang berbeza. Untukmembicarakan amalgamasi secara lebih terperinci lagi, kita boleh meninjau kepadaamalgamasi dari segi kesenian. Amalgamasi tersebut berlaku antara kuda kepangdan tarian singa. Campuran tersebut telah menghasilkan tarian yang baharudandikenali sebagai Sidapang. Di samping itu, budaya Portugis juga diserapkanolehkaum Melayu dalam tarian jogetnya. Pengaruh tersebut berlaku dengan adanya


Orang Luso-Melayu Malaysia yang merupakan suku kacukan Portugis denganMelayu Melaka. 6.0 Segregasi Sebelum kita membincang tentang segregasi, kita haruslah mengetahui terlebihdahulu definisinya. Definisinya ialah pemisahan atau pengasingan antara satukumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Terdapat banyak aspek yang dapat dilakukan segregasi. Contohnya ialah penetapan, kemudahan awam, persekolahan dan pengangkutan. Contoh segregasi yang palingterkenal ialah Dasar Aparteid yang dilakukan di Afrika Selatan yang merupakanpemisahan mengikut kulit manusia. Dasar tersebut adalah bertepatan dengan dasar pecah perintah yang pernah dilaksanakan di Tanah Melayu oleh pihak British. Pelaksanaan dasar tersebut adalah berasaskan tempat tinggal kaumyang berlainan. Pihak British menempatkan kaum yang berlainan di tempat penetapan yang berbeza. Sebagai contoh, kaum Melayu ditempatkan di kawasan pertanian dan kawasanpedalaman, kaum Cina ditempatkan di kawasan perlombongan dan kawasan bandar manakala kaum India pula ditempatkan di estet getah. Mereka telah diasingkanberdasarkan jenis pekerjaan yang diceburi. Sehubungan dengan itu, pendidikanyang diterima oleh masyarakaty pada zaman tersebut juga berbeza dan tidakseragam sekali gus dengan bahasa pengantar serta sukatan pelajaran yangdigunakan dalam pengajaran. Dengan cara tersebut, perasaan kekitaan tidakmampu ditimbul dan diwujudkan. Hal tersebut akan menyebabkan jurang berlakuantara kaum. Hasilnya, integrasi nasional tidak dapat dikukuh. Jurang ekonomi danjurang sosial yang besar turut dibentuk. Maka, orang-orang yang menetap di TanahMelayu akan susah untuk berstau-padu bagi menumpaskan pihak penjajah. Rentetan senario tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalamdalammasyarakat Malaysia sehingga hari ini yang telah melambatkan proses perpaduandan pembangunan negara kita. 7.0 Rumusan Akhir kata, proses pembudayaan negara kita adalah sangat unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Dengan itu, setiap warganegara Malaysia hendaklahmenghayati serta terus mengamalkan budaya kaum masing tidak kira telah melalui apa jua proses. Tamsilnya, proses asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi serta segregasi. Semangat perpaduan serta jati diri yang kental seyogianya


disburkan dalam sanubari setiap warganegara agar negara kita dapat terusmembangun dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. RUJUKAN


Abdul Wahid, P. (2009). Akomodasi dalam komunikasi verbal antara budaya: masyarakat Melayu-Cina. Jurnal Bahasa, 9(2), 219-239. Dicapai daripadahttps://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8498. Baterah Alias, Huzaimah Ismail & Najahudin Lateh. (2017). Buku Revisi: HubunganEtnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford fajar. Chew Peh Ting. (1987). Hubungan ras and etnik. Suatu pengantar. Pustaka Dimensi. Fatah, M.A., & Ashaari, M.F. (2020). Asimilasi Masyarakat Cina dengan OrangMelayu di Kelantan [Asimilation of Chinese Community and Malays in Kelantan]. Khoo Kay Kim. 2010. The Penang Baba/ Peranakan Chinese Community. Dlm. Sohaimi Abdul Aziz (Pnyt.). Penang Peranakan Chinese And Chinese Muslim: An Historical And Caltural Journey, Hlm 1-17. Pulau Pinang: Persatuan KaryawanPulau Pinang. Lee Yok Fee (2009) Kajian tentang identiti orang Cina di Malaysia dari segi epistemologi : Ulasan. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27 . pp. 167-183. ISSN 0127-2721 Mohammed Anwar Omar Din ed. 2008. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd. Nasir, Zaliza and Ahmad, Norlin. (2009). Pembangunan sosial dalamhubungan etnik. In: Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 141-154. ISBN 978-983-52-0724-2 Mohamad Nazri Ahmad, and Hanapi Dollah, and Teo, Kok Seong (2011) Penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan masyarakat CinaKelantan(Appreciation of Malay oral traditions among the Chinese In Kelantan). Jurnal Melayu, 8 . pp. 111-132. ISSN 1675-7513 Rohana Y. (2010). Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Dewan BahasadanPustaka. West R. L. & Turner L. H. (2010). Introducing communication theory : analysis andapplication (4th ed.). McGraw-Hill.


Click to View FlipBook Version