TAN LAY KUAN GURU BESAR SJKC KUNG MIN, KUALA LUMPUR TAJUK PROJEK/PROGRAM: MENINGKATKAN SEMANGAT BERBAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID MELALUI PROJEK KM POWER UP KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PEMBENTANGAN PRIme TAHUN 2023
MENINGKATKAN SEMANGAT BERBAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID MELALUI PROJEK KM POWER UP TAN LAY KUAN Peserta PRime 2023 Guru Besar, SJKC Kung Min, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Semangat berbahasa Melayu di kalangan murid merupakan aspek penting dalam memelihara dan memupuk warisan budaya dan identiti kebangsaan. Namun, semangat untuk menggunakan dan menguasai bahasa Melayu telah mengalami penurunan di kalangan murid. Projek ‘KM Power UP’ bertujuan untuk merancang, melaksanakan, dan menilai kesan projek dalam meningkatkan semangat berbahasa Melayu di kalangan murid. Projek ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang merangsang minat dan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan harian murid. Kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk mengumpul data sebelum dan selepas projek dilaksanakan. Hasil projek menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam semangat berbahasa Melayu di kalangan murid. Murid-murid yang terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu menunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap bahasa ini. Mereka juga lebih yakin dalam berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan lebih bersemangat untuk belajar lebih banyak tentang budaya dan warisan Melayu. Projek ini juga mencadangkan beberapa langkah dan strategi untuk meningkatkan semangat berbahasa Melayu di kalangan murid, termasuk penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa, peningkatan latihan kesedaran budaya Melayu, dan promosi aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu. Dalam kesimpulan, projek pembelajaran dan pengajaran berfokus bahasa Melayu dapat menjadi strategi yang berkesan dalam meningkatkan semangat berbahasa Melayu di kalangan murid. Penyediaan bahan pengajaran yang menarik, penggunaan teknologi pendidikan, dan pelibatan aktif murid dalam aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu adalah faktor-faktor penting dalam mencapai kejayaan dalam usaha ini. Dengan meningkatkan semangat berbahasa Melayu, kita dapat memastikan bahawa bahasa ini terus kekal sebagai bahasa kebangsaan yang utama dan penting dalam identiti Malaysia. Kata kunci : Bahasa Melayu, warisan, murid Pengenalan Dan Isu SJKC Kung Min merupakan sekolah jenis kebangsaan yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur. SJKC Kung Min ditubuh pada tahun 1938, stastus sekolah gred A kategori bandar. Jumlah guru termasuk pentadbir seramai 27 orang, 4 orang AKP dan 6 orang pekerja swasta. Bilangan murid perdana 287 orang dan bilangan murid pra sekolah seramai 49 orang. Saya telah dilantik sebagai Guru Besar kedua puluh satu di SJKC Kung Min mulai 23 September 2023. Ini merupakan lantikan pertama saya sebagai guru besar. Saya berkhidmat sebagai seorang guru di SJKC Jinjang Selatan, Kuala Lumpur selama 19 tahun. Selepas itu, saya dilantik sebagai guru penolang kanan kokurikulum SJKC Sentul pada tahun 2015. Kemudian, saya dilantik sebagai guru penolong kanan hal ehwal murid SJKC Kepong 1, Kuala Lumpur pada tahun 2018. Pada tahun 2019, sata telah dilantik sebagai guru penolong pentadbiran SJKC Chi Man, Kuala Lumpur. Saya berpeluang untuk mengikuti kursus National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) pada tahun 2021 yang lalu di Institut Aminuddin Baki, Main Campus, Bandar Enstek. Kecemerlangan sebuah organisasi sekolah adalah hasil dari upaya bersama dari seluruh komuniti sekolah, termasuk barisan pentadbir. guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Untuk memastikan kecemerlangan organisasi sekolah beberapai aspek dilibatkan, termasuk pretasi akademik dan kokurikulum, keamanan sekolah , budaya sekolah dan sebagainya. Sekolah wajar memiliki visi dan misi yang jelas yang diterapkan oleh seluruh warga sekolah. Sekolah perlu mengadakan latihan dan pembangunan berlanjutan kepada guru dan staf sekolah agar mereka dapat meningkatkan keterampilan mereka. Sekolah juga mesti menyusun kurikulum dan program pembelajaran yang relevan, menantang, dan mengikuti perkembangan terkini dalam pendidikan. Kecemerlangan organisasi sekolah adalah perjalanan yang berkelanjutan. Hal ini memerlukan komitmen dan kerja keras dari semua pihak yang terlibat untuk mencapai hasil yang diinginkan. Selain itu, refleksi dan penambahbaikan berkelanjutan juga penting agar sekolah dapat terus berkembang dan meningkatkan kualiti Pendidikan.
LATARBELAKANG PROJEK Selepas saya mula bertugas di sekolah ini, saya telah membuat tinjauan mengenai persekitaran sekolah. Saya menggunakan analisis SWOT dan diagram tulang ikan ishikawa untuk mengenalpasti isu sekolah. Saya mendapati bahawa pencapaiai Bahasa Melayu perlu ditingkatkan. Semangat berbahasa Melayu di kalangan murid perlu ditingkatkan juga. Berdasarkan rumusan Ujian Akhir Sesi Akademik menunjukkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah kurang mantap. Paling banyak murid (50.1%) belum mencapai tahap penguasaan 3 dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Satu soal selidik telah diadakan untuk mengkaji tahap motivasi berbahasa Melayu di kalangan murid. Dapatan soal selidik menunjukkan motivasi murid SJKC Kung Min adalah pada tahap yang rendah. Oleh yang demikian, saya telah bermesyuarat dengan barisan SLT dan MLT. Hasil perbincangan kami adalah mengadakan ‘Projek KM Power Up’ yang bertujuan meningkatkan semangat berbahasa Melayu di kalangan murid. Projek itu selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)- memartabatkan pendidikan bahasa Melayu. OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan semangat berbahasa Melayu murid, iaitu: i) Peratusan murid mencapai tahap 1 dan tahap 2 dikurangkan 5% dalam tahap penguasaan Bahasa Melayu pada sesi pertengahan akademik 2023/2024. ii) Rumusan Indek daripada Skala Liket meningkat 3% dalam Pascaujian. PENGURUSAN PELAKSANAAN PROJEK Daripada semua data yang kami kumpul, kami bersepakat dalam menigkatkan semangat berbahasa Melayu di kalangan murid SJKC Kung Min dengan mengadakan projek ‘KM Power Up’ . Dengan merujuk 8 Langkah Menerajui Perubahan oleh John Kotter, saya berbincang dengan semua ahli SLT untuk memulakan langkah dengan membentuk sebuah jawatankuasa bagi melaksanakan projek di atas. Saya menjalankan sesi komunikasi visi dengan memperincikan segala matlamat projek dan berbincang bagi memperincikan pelaksanaan projek. Hasil perbincangan, beberapa aktiviti dicadangkan dalam Projek ‘KM Power Up’. Aktivitiaktiviti seperti berikut: a) Aktiviti Bantu Membaca pada setiap Hari Jumaat pada pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi bagi murid-murid pemulihan b) Aktiviti Sinar Pagi pada setiap Hari Jumaat pada pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi bagi semua murid. c) Aktiviti Nyanyilah lagu sebelum PdPC bermula d) Aktiviti Satu Ayat Satu Hari pada setiap hari semasa waktu rehat. e) Aktiviti Satu Modul Satu Bulan bagi murid-murid tahun 6. f) Aktiviti Mentor-Mentee dan Amalan Guru Penyayang g) Aktiviti PikeBM dijalankan pada aktiviti kokurikulum. Projek ‘KM Power Up’ yang menganjurkan aktiviti Bantu Membaca, Sinar Pagi, Nyanyilah Lagu, Satu Ayat Satu Hari dan Satu Modul Satu Bulan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Penolong Kanan Pentadbiran. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula mengetuai aktiviti MentorMentee dan Amalan Guru Penyayang. Manakala Penolong Kanan Kokurikulum bertangungjawab terhadap PikeBM. Satu sesi libat urus dengan semua guru diadakan untuk memperkenalkan projek ‘KM Power Up’. Penerangan bagaimana projek ‘KM Power Up’ dioperasikan atau dilaksanakan telah disampaikan dengan jelas. Dalam fasa perancangan (Plan) Pelan intervensi Projek ‘KM Power Up’ disediakan . OPPM sebagai alat pemantauan juga digunakan pada fasa Buat (Do). Dalam fasa penilaian (Check), pascaujian telah diadakan. Dalam fasa bertindak (Act), post mortem dan penambahbaikan dilaksanakan. Penjajaran semula projek juga diadakan.
IMPAK DAN HASIL YANG DICAPAI Impak utama Projek ‘KM Power Up’ ialah peningkatan pencapaian tahap pengusaan Bahasa Melayu pada Sesi Pertengahan Akademik 2023/2024. Semangat berbahasa Melayu di kalangan murid juga meningkat. Jadual 1: Rumusan peratus pencapaian Bahasa Melayu bagi murid-murid SJKC Kung Min dalam Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 dan Ujian Sumatif Pertengahan Sesi Akademik 2023/2024. Rajah 1: Perbandingan peratus pencapaian Tahap penguasaan Bahass Melayu dalam Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 dangan Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2022/2023 bagi murid-murid SJKC Kung Min Peratus pencapaian Bahasa Melayu bagi murid-murid dalam Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 Peratus pencapaian Bahasa Melayu bagi murid-murid dalam Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2022/2023 TAHAP PERATUS TAHAP PERATUS 1 31.63 1 20.3 2 18.38 2 23.19 3 22.79 3 38.41 4 12.5 4 15.94 5 11.76 5 2.16 6 2.94 6 0
Rumusan Indek daripada Skala Liket Praujian dan Pascaujian Praujian Pascaujian 39% 44% Jadual 2: Rumusan indek praujian dan pascaujian tahap motivasi berbahasa Melayu bagi muridmurid SJKC Kung Min Rajah 2 : Perbandingan peratus praujian dan pascaujian tahap motivasi berbahasa Melayu bagi murid-murid SJKC Kung Min Impak yang lain adalah peningkatan kesedaran murid terhadap kepentingannya menguasai Bahasa Melayu. Pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu lebih menarik dan relevan dalam kehidupan murid. RUMUSAN DAN PENUTUP Projek untuk meningkatkan semangat berbahasa Melayu di kalangan murid adalah sangat penting kerana bahasa adalah asas identiti budaya dan komunikasi dalam masyarakat Malaysia. Dengan mengambil langkah-langkah seperti pengajaran yang menarik, peningkatan kurikulum, aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya, kita boleh membantu murid-murid untuk lebih bangga dan mahir berbahasa Melayu. Projek untuk meningkatkan semangat berbahasa Melayu haruslah berterusan dan melibatkan pelbagai pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat . Dengan usaha yang berterusan, kita boleh memastikan bahasa Melayu terus menjadi asas penting dalam identiti budaya Malaysia. Meningkatkan semangat berbahasa Melayu di kalangan murid adalah usaha yang penting untuk memastikan kelestarian bahasa dan budaya Melayu di Malaysia. Bahasa adalah penjalin identiti dan satu-satunya cara untuk menyampaikan nilai-nilai, tradisi, dan sejarah kita kepada generasi muda. Dengan mengimplementasikan projek seperti di atas, kita boleh memastikan bahasa Melayu terus berkembang dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat.
BIBLIOGRAFI 1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Dokumen Dasar Pendidikan Malaysia: Isi Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu. https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/BUKU_DPK_JILID_KEEMPAT.pdf. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016- 2025. https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2018/05/Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan-BahasaMelayu-2016-2025.pdf]. 3. Abdul Rasid Jamian (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. https://www.academia.edu/105233136/Pelaksanaan_pembelajaran_menyeronokkan_dalam_ pengajaran_dan_pembelajaran_Bahasa_Melayu]. 4. Lancelot Enchen. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. https://www.academia.edu/4162137/Kaedah_Pengajaran_Bahasa_Melayu_Sekolah_Rendah ]. 5. Azman Bin Jaeh (2011). Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. https://www.academia.edu/38244872/Pemulihan_dan_Pengayaan_Pengajaran_Bahasa_Mel ayu_Sekolah_Rendah]. 6. Khairul Nizam Bin Mohamed Zuki (2017). Peranan sekolah Dalam Membentuk Budaya Berbahasa Murid. http://www.ijhssi.org/papers/v6(9)/Version-1/I0609016168.pdf].
KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PEMBENTANGAN PRIme TAHUN 2023 NORIZA BINTI MURAD PENGETUA SMK BUKIT BANDARAYA, KUALA LUMPUR TAJUK PROJEK/PROGRAM: PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR PEMANGKIN 3K KE ARAH KEMENJADIAN MURID
PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR PEMANGKIN 3K KE ARAH KEMENJADIAN MURID NORIZA BINTI MURAD Peserta PRIme 2022 Pengetua SMK Bukit Bandaraya,Kuala Lumpur [email protected] SUZIEANY BINTI MOHAMMED HARRIS Pembimbing PRIme Pengetua SMK Seri Hartamas ABSTRAK Infrastruktur sekolah yang berkualiti adalah aspek penting dalam memberikan Pendidikan yang efektif dan berkualiti kepada murid-murid. Pemantapan infrastruktur sekolah merupakan langkah yang kritis untuk meningkatkan kualiti dan aksesibiliti pendidikan. Penambahbaikan ini menjadi pemangkin dalam meningkatkan 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan). Kaji selidik telah dijalankan ke atas murid dan guru tentang tahap prasarana pendidikan dan persekitaran sekolah. Seramai lebih kurang 20 peratus murid bagi setiap tingkatan dan 70 peratus guru telah memberi respon. Dapatan soal selidik menunjukkan peratus tahap ketidakpuasan terhadap prasana sekolah lebih tinggi daripada tahap kepuasan.Di samping itu,respon terhadap tahap keselamatan, kebersihan dan kesihatan di sekolah hanya berada pada tahap yang memuaskan.Pemeliharaan fizikal dan persekitaran sekolah sangat penting untuk menciptakan lingkungan pembelajaran yang aman, nyaman dan inspiratif. Pembaikan atap, lantai, dinding, kebersihan persekitaran dapat membolehkan murid-murid fokus kepada pembelajaran. Ini juga memberi ruang kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah dan mengembangkan minat dan potensi dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Pemantapan infrastruktur ini telah memberi kesan peningkatan peratus kehadiran ke sekolah berbanding tahun sebelum. Peratus pencapaian dalam akademik juga telah menunjukkan peningkatan dan pencapaian kokurikulum juga digambarkan dengan pencapaian PAJSK yang tinggi. Dalam rangka melakukan penambahbaikan ini, penting bagi sekolah untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk institusi kerajaan, swasta, NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan yang paling penting bersama PIBG dan masyarakat setempat bagi memastikan keberhasilan penambahbaikan ini. Kata kunci: kualiti, pengurusan 3K, persekitaran pembelajaran,kondusif,keberhasilan PENGENALAN DAN ISU SMK Bukit Bandaraya berada berhadapan kawasan perumahan dan dibahagian belakangnya dikelilingi hutan. Persekitaran Kawasan sekolah agak kurang bersih dan suram. Terdapat banyak pokok yang tinggi dan tidak sesuai sebagai pokok hiasan.Di kawasan sebelah hadapan padang ditanami dengan pokok kelapa yang sedang berbuah agak lebat dan membahayakan aktiviti murid dipadang. Keselamatan murid tidak terjamin. Keadaan longkang yang kotor, pokok-pokok bunga hiasan yang tidak terurus dan kerusi meja rosak tidak di buang/dilupus. Keadaan ini telah berlangsung dalam tempoh yang agak lama menyebabkan keadaan persekitaran yang agak kurang kondusif dan merbahaya kesihatan guru dan murid. Ini mengundangkan masalah nyamuk yang banyak dan keadaan persekitaran yang tidak ceria. Ini berpunca jumlah pekerja pembersihan yang tidak mencukupi dan keadaan ini tidak diselenggara dalam jangka masa yang agak lama. Dalam memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sentiasa mengambil berat hal ehwal kebersihan, kesihatan dan keselamatan melalui Surat Siaran bertarikh 11 Januari 2019, pihak sekolah sentiasa mengambil cakna berkaitan 3K dan berusaha untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif kepada murid-murid demi memenuhi aspirasi negara untuk melahirkan Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC).
Latar Belakang Penambahbaikan infrastruktur yang dijalankan secara berterusan dan berfokus seperti yang dinyatakan ialah bagi menyelesaikan isu-isu kebersihan, kesihatan dan keselamatan.Antara perkara yang dititikberatkan ialah kemudahan tandas,kebersihan tandas, keselamatan persekitaran sekolah dan penyediaan kemudahan untuk bilik-bilik khas terutama dari segi kelengkapan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan awal ke arah pemantapan infrastruktur ini telah dibincangkan dalam mensyuarat pengurusan, mesyuarat guru dan juga dipanjangkan dalam mesyuarat AJK PIBG. Pemerhatian telah dibuat di keseluruhan kawasan sekolah meliputi semua bilik khas merangkumi kemudahan yang sedia ada dalam semua bilik dan kawasan persekitaran. Objektif Projek i. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada guruguru dan murid-murid. ii. Memastikan murid-murid dapat belajar dalam keadaan bersih, sihat dan selamat dalam kelas atau di persekitaran sekolah. iii. Melibatkan dan mewujudkan pemuafakatan antara pihak sekolah dan pelbagai agensi bagi mencapai matlamat bersama. iv. Membudayakan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan di peringkat sekolah. Pelaksanaan Dalam menerajui sesuatu perubahan di sekolah, pengetua memerlukan pasukan yang kuat. Everard da Morris (1990,ms. 172) menyatakan: Pasukan ialah sekumpulan orang yang dapat menangani apa-apa saja tugas yang ditetapkan ke atasnya dengan berkesan.Sumbangan yang didapati daripada setiap ahli adalah daripada kualiti yang sebaik mungkin,peranan setiap ahli pasukan tidak lain dan tidak bukan adalah dalam konteks pasukan yang bersifat menyokong. Tidak dapat disangkal pasukan adalah penting dalam konteks sekolah sebagai organisasi dan sekolah sebagai organisasi sepatutnya menghargai kerja berpasukan yang berkesan. Unit Hal Ehwal Murid dengan Ahli Jawatan kuasa 3K telah memainkan peranan yang sangat penting. Pihak PIBG juga telah bekerjasama untuk membantu memenuhi hasrat sekolah. Datadata mengenai kemudahan infrastruktur yang ada telah disediakan dan dinilai dari segi tahap kekeberkesanan penggunaannya. Antara kemudahan yang telah diberi perhatian ialah bilik-bilik khas, tandas, surau dan persekitaran sekolah dari segi kebersihan,kesihatan dan keselamatan. Maklumat telah disebar luas melalui pelbagai saluran untuk hebahan kepada seluruh warga sekolah dalam menyatakan hasrat untuk mendapatkan dan melaksanakan kemudahan yang diperlukan. Pelbagai bentuk sumbangan contohnya sumbangan kerusi plastik bagi menyelesaikan masalah kekurangan kerusi. Penebangan pokok dijalankan bagi mengatasi masalah yang melibatkan keselamatan termasuklah penebangan pokok kelapa di tepi padang sekolah.Buah kelapa yang gugur boleh mengancam keselamatan murid yang sedang beriadah di kelas. Selain daripada itu,perkara yang paling penting dalam pemantapan infrastruktur ini ialah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kemudahan tandas. Kerjasama bersama pihak PIBG telah membolehkan pihak sekolah menaik taraf kemudahan tandas dengan membuat pembaikan tandas bernilai RM20,000. Selain daripada itu, sumbangan ibu bapa secara individu telah diperolehi dan pihak sekolah telah berusaha memasang mesin air untuk kemudahan semua murid.
Dari aspek keselamatan juga difokuskan kepada penebangan pokok-pokok di kawasan hutan bersebelahan padang memandangkan terdapat binatang berbisa seperti ular. Di samping itu juga, pemasangan ‘spotlight’ dibuat kerana kawasan perhimpunan yang agak gelap pada waktu awal pagi. Dari aspek kesihatan,fokus telah diberikan untuk pembersihan longkang, taman-taman dan kawasan sekitar untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Pelaksanaan program ini dijalankan mengikut garis masa yang telah dirancang. Berikut disertakan garis masa pelaksanaan. Jadual Pelaksanaan 16 Nov 2022-Mac 2023 April-Mei 2023 Jun-Julai 2023 Ogos-Sept 2023 Analisis Persekitaran SWOT Suara guru Suara murid Pemerhatian Merangka Kertas Kerja dan Mesyuarat Pengurusan/Guru/ AJK/PIBG membina jalinan dan jaringan Membina Jalinan dan jaringan Surat-surat kepada rakan strategik Pemantauan Penilaian Impak Pembentangan PRime Dalam melaksanakan program ini,terdapat beberapa halangan yang telah melambatkan proses untuk mencapai objektif. Halangan utama ialah dari segi kos untuk menjalankan kerja-kerja yang dirancang. Pelbagai pihak perlu dilibatkan bagi membantu untuk mengatasi masalah ini. Ini menyebabkan kelewatan dalam menjalankan sesuatu perkara yang dirancang kerana perlu menerima maklum balas daripada pihak yang dituju. Data Kaji selidik prasarana sekolah (Disertakan sebagai Lampiran) Impak Peratus Kehadiran keseluruhan Jan-Ogos 2023 Hasil pemantapan infrastruktur yang telah dinyatakan telah memberi impak yang besar kepada kehadiran murid-murid ke sekolah. Berikut disertakan data kehadiran. JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS 82.93% 79.90% 89.02% 84.15% 86.39% 85.49% 84.80% 86.04%
Pencapaian Akademik Pencapaian akademik khususnya SPM telah meningkat pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Pencapaian SPM 2021 SPM 2022 % LMS 90.82 95.21 GPS 5.00 4.88 Pencapaian kokurikulum Pencapaian kokurikulum telah meningkat pada tahun 2022 berbanding 2021. Pencapaian 2021 2022 GP Kokurikulum 2.72 2.61 Markah Prestasi KBK Jika dilihat kepada prestasi KBK, keseluruhannya semakin meningkat.Ini berikutan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam meningkatkan 3K akan membabitkan kerja-kerja pembersihan. Sebelum bulan Jun, markah prestasi KBK berada di bawah 80%. JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS 70% 75% 79% 78% 78% 80% 85.50% 85.50% Penutup Kesimpulannya, usaha penambahbaikan dan pemantapan infrastruktur sekolah adalah amat penting untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti. Kemudahan fizikal yang baik,ruang belajar yang selesa pasti akan meningkatkan prestasi sama ada akademik, sahsiah dan kokurikulum.Semua pihak berkepentingan dilibatkan untuk kesinambungan kerjasama pada masa yang akan datang.
Rujukan Blanford, S. (2008). Mengurus Sumber Di Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Fidler, B. (2010). Merancang Kemajuan Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Mokhri, S. b. (2009). Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan. Salam, N. B. (2009). Program 3K (Kebersihan Kesihatan Keselamatan). 1-3. West-Burnham, J. (1999). Siri Kempimpinan & Pengurusan Sekolah: Mengurus Kualiti Di Sekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Haji Jantan Sdn Bhd.