E-MAJALAH EDISI NOVEMBER 2020
N BUANSA USANA
BAJU
KURUNG
VS
BAJU
KEBAYA
SIDANG EDITOR
ROZIANI BINTI ANUA (249727)
SITI SARAH BINTI MOHD NASSIM
(249425)
VINOSENE A/P JAYABALLAN
(242589)
TANG ING YEW (249451)
LOGAYAN A/L ACHUTAN
(249689)
ISI KANDUNGAN
Pengenalan………………………………1
Istilah Baju Kurung……………….. 2
Sejarah Baju Kurung ……………….3
Ciri-ciri Baju Kurung………………..4
Jenis-jenis Baju Kurung…………….5-16
Maksud Baju Kebaya………………..17
Sejarah Baju Kebaya……………… 18
Ciri-ciri Baju Kebaya………………..19
Jenis-jenis Baju Kebaya…………….20-27
Kesimpulan……………………………..28
Keunikkan Baju Kurung &
Baju Kebaya Di Malaysia…………..29
Rujukan …………………………………..30
Pengenalan
Malaysia terdiri daripada
masyarakat majmuk berbilang
bangsa, kaum, agama dan kaya
dengan jalinan kebudayaan yang
pelbagai. Ini telah mewujudkan
berjenis-jenis rekaan pakaian
tradisional mengikut kepercayaan
masing-masing. Bersesuaian
dengan tamadun dunia kini yang
telah menobadkan pakaian
tradisional sebagai pakaian
kebangsaan kebanggaan diri.
Pakaian tradisional ini dipakai
secara terus menerus ketika majlis
dan adat istiadat, temasya dan
keramaian, untuk meraikan
sesuatu peristiwa di dalam
sesebuah masyarakat. Terdapat
beberapa jenis pakaian tradisional
yang dianggap sebagai pakaian
kebangsaan, di dalam erti kata
lain pakaian ini dipakai di merata
tanah air oleh pelbagai kaum dan
suku kaum.
1
ISTILAH BAJU KURUNG
Istilah “kurung” bermaksud mengurung atau menutup
anggota tubuh. Ia bertepatan dengan konsep pakaian
cara Melayu setelah kedatangan agama Islam. Baju
kurung juga dikenali sebagai baju labuh, selesa dan
longgar. Pemakaian baju kurung juga simbolik kepada
kesopanan, kesantunan dan keanggunan bagi
masyarakat Melayu Pada asasnya, baju kurung dipakai
oleh kaum lelaki dan wanita Melayu di Nusantara yang
bertitik tolak daripada pola asas baju ‘sarung’ iaitu baju
berpotongan lurus dan dipakai secara tunik. Walau
bagamanapun, panggilan baju kurung bagi wanita
dikekalkan, manakala panggilan baju kurung kaum
lelaki dikenali sebagai “baju Melayu” kerana perbezaan
ciri dari segi jumlah kocek, labuh baju dan cara
pemakaian pada kedua-dua jenis baju baju kurung ialah
pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung
terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju
Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali
juga sebagai Baju Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi
untuk negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura
dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju
Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang.
Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan
masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga
digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis
agama, dan majlis rasmi.
2
SEJARAH 3
BAJU KURUNG
Dari segi sejarahnya, baju kurung
dikatakan mempunyai kaitan dengan
pakaian ‘djallabiyah’ yang berasal
dari Mesir di mana ia diertikan
sebagai baju longgar.
Tenas Effendy (1989) telah mengumpul
ungkapan orang tua di daerah Riau,
daerah rumpun Melayu yang
terdekat dengan Malaysia
(Semenajung Tanah Melayu) tentang
baju kurung. Baju kurung yang
digambarkan oleh beliau ialah baju
kurung teluk belanga atau baju
kurung yang dijahit dengan jahitan
tulang belut di bahagian leher yang
nampak halus dan rapi. Pakaian ini
merupakan pakaian wanita yang
bersopan dan juga pakaian setiap
ahli dalam golongan masyarakat
untuk pelbagai majlis dan adat.
Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah
separas punggung, alas lehernya lebar dan
mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di
dada kanan dan di bahagian bawah hadapan
baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh
kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut
dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa
kocek. Kaum lelaki memakai baju ini dengan
seluar panjang samada seluar Acheh atau
Seluar Panjut. Kaum wanita pula
memadankannya bersama kain samada kain
dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini
pula diikat dengan ikatan yang bernama
ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan
yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala
kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang
apabila dipakai dengan baju kurung ini.
4
BAJU KURUNG BIASA
Sebelum kurun ke-20,
wanita Melayu hanya
memakai kain kemban
sahaja. Setelah
kedatangan Islam, mereka
mula memakai baju
kurung yang sopan. Baju
kurung lazimnya diketahui
sebagai jenis baju longgar
yang labuh, kadang kala
hingga ke lutut dan
dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi.
Baju tersebut meliputi
seluruh tubuh,
memperlihatkan wajah
dan tangan sahaja, dilihat
sebagai mematuhi
peraturan pakaian Islam.
Baju kurung boleh
dipadankan dengan kain
tradisional seperti songket
atau batik. Digandingkan
dengan kain selendang
atau tudung kepala. Baju
kurung sesuai dipakai
dalam majlis-majlis formal
atau urusan seharian.
5
BAJU KURUNG TELUK
BELANGA Menurut Dato’ Haji Muhammad
Said Haji Sulaiman, dalam bukunya
Pakaian Patut Melayu, pakaian baju
kurung yang dipakai sehingga
sekarang berasal dari negeri Johor.
Menurut beliau, pakaian tradisional
ini dipakai di negeri Johor sejak
zaman pemerintahan Almarhum
Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun
1800 di Teluk Belanga, Singapura.
Pada masa itu Teluk Belanga di
bawah pemerintahan negeri Johor.
Orang Johor telah mengubah suai
pakaian Melayu di bahagian leher
dengan menjahit “tulang belut”
dan “sembat halus” pada seluruh
baju kurung itu; supaya kelihatan
lebih kemas dan menarik. Baju
kurung Teluk Belanga mempunyai
leher berbentuk bulat dan belahan
di hadapan. Pada bahagian pangkal
belahan dibuat tempat pengancing
baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan
menggunakan jahitan benang.
Rumah kancing dibuat dengan
jahitan ‘insang pari’
6
Baju kurung telah mengalami Baju
Kurung
pelbagai perubahan sejak dari mula Cekak
baju ini dicipta. Baju kurung yang Musang
ditambah dengan leher berdiri;
dinamakan baju kurung cekak 7
musang atau baju wan. Baju ini telah
dipengaruhi oleh baju gamis atau
kamis (jubah jemaah haji yang pulang
dari Makkah). Jubah ini telah
dipendekkan ke paras punggung
supaya selesa dipakai. Poketnya
dijahit serupa dengan baju kurung
Teluk Belanga. Bahagian leher baju
kurung cekak musang ini dikancing
dengan tiga, lima, tujuh atau
sembilan butir butang. Bahagian
leher ini tidak dijahit tulang belut
halus. Bagi kaum lelaki, baju ini
dipadankan dengan seluar potong
Melayu dengan kain samping dagang
luar. Bagi kaum wanita pula, baju
kurung cekak musang juga dipakai
dengan kain sarung ikatan ‘ombak
mengalun’.
Baju
Kurung
Moden
Adalah pakaian wanita yang terbaru di Malaysia. Potongan
baju kurung moden berbeza daripada potongan yang tradisional.
Aksesori seperti butang dan paiping biasanya disediakan kepada
pengguna. Ini jenis pakaian sesuai untuk wanita yang tinggi dan
mempunyai badan yang slim. Baju kurung moden mempunyai ciri-
ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju kurung
moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia tidak
gelobor seperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung
moden mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi
baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh,
pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan
dengan kain sarung.
8
Keindahan Corak hiasan pada 9
baju kurung ini
pakaian jenis membentuk motif-
baju kurung dari motif etnik sama
Sarawak ada daripada
terserlah dengan tenunan, jalinan
hiasan kreatif manik dan labuci.
yang Paling penting
mempamerkan sekali, ia seringkali
kemahiran menggunakan kain
menghiaskan songket.
corak
menggunakan
tangan
10
Negeri Sembilan amat kaya
dengan budaya kesenian dari
segi pertukangan sehinggalah
kepada pakaian yang cantik-
cantik. Biasanya kaum wanita
di sana gemar mengenakan
baju Kurung Negeri Sembilan.
Jenis Baju Kurung ini sama
seperti Baju Kurung Teluk
Belanga dan Kebaya labuh
yang dipadankan pula dengan
kain sarung. Bagi wanita
bangsawan yang
berketurunan Minangkabau,
pakaian baju kurungnya
diperbuat daripada kain baldu
bersulam benang emas yang
bertatahkan labuci. Kain
sarungnya pula diperbuat dari
kain songket penuh yang
ditenun khas dari Pandai Sikek
atau dari Batu Bara di
Sumatera.
11
Jenis baju kurung ini
sukar untuk dilihat pada
masa kini. Biasanya baju
kurung ini dipakai oleh
puteri di perak pada zaman
dahulu. Reka bentuk baju
kurung ini juga amat
berbeza daripada baju
kurung yang lain kerana ia
perlu dipakai dengan
seluar dan sampin. Rekaan
baju kurung ini juga
mempunyai persamaan
dengan baju kurung cekak
musang kerana memiliki
kolar di bahagian leher.
12
BAJU
KURUNG
PAHANG
13
Pakaian tradisional wanita
Melayu Melaka pula selesa
mengenakan jenis baju
kurung teluk belanga.
Uniknya, baju kurung ini
diubah dengan gayanya yang
tersendiri. Baju kurung ini
diubah dengan mempunyai
hiasan dada dihiasi dengan
sibar layang dari baldu
beserta manik dan labuci.
14
BAJU
KURUNG
PESAK
Pesak ialah kain yang dijahit pada kelangkang atau
depan seluar (tempat kancing) atau di bawah ketiak baju. Ia
bertujuan memberi kelonggaran pada rekaan baju. Dalam
rekaan baju tradisional Melayu, jahitan pesak banyak
digunakan terutama pada rekaan baju Melayu dan baju
kurung. Baju kurung pesak merupakan jenis baju kurung
tradisional Johor. Baju kurung ini mengenakan potongan
klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita Melayu.
Apa yang membezakan rekaan baju kurung ini dengan
rekaan yang lain adalah baju kurung ini mempunyai
potongan pesak di bahagian kiri dan kanan baju.
15
BAJU Baju belah panjang ini
KURUNG terkenal di Melaka, Perak,
JOHOR Selangor dan Kedah-Perlis.
Baju kurung belah ini
kemudiannya dikenali
sebagai ‘baju panjang’ dan
‘kebaya panjang’. Tradisi ini
berkembang menjadi kebaya
dan bertangan panjang
berpesak lurus di hadapan,
berkekek dan berbelah dada
yang ditutup dengan kancing
atau kerongsang tiga.
Walaupun wanita Johor
terkenal dengan baju kurung,
tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan
memakai kebaya, sebagai
warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau. Pola baju belah
panjang ini masih bersifat
‘mengurungkan’ anggota badan.
Secara tradisi potongannya labuh
sehingga buku lali. Cuma
bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini,
umumnya dipakai sebagai
pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi.
16
APA ITU KEBAYA?
Baju Kebaya ialah pakaian . Sebelum tahun 1600
di Pulau Jawa, kebaya
tradisional khas Indonesia adalah pakaian yang
yang dikenakan oleh hanya dikenakan oleh
wanita Indonesia, Singapura golongan keluarga
, Malaysia dan Brunei. Ia kerajaan di sana.
diperbuat daripada kain Selama zaman
kasa yang dipasangkan penjajahan Belanda di
dengan sarung, batik, atau Pulau ini, wanita-
pakaian tradisional yang lain wanita Eropah mula
seperti songket dengan mengenakan kebaya
motif warna-warni. sebagai pakaian rasmi.
Dipercayai kebaya berasal Saban hari, kebaya
daripada negara Arab. diubah dari hanya
Orang Arab membawa baju menggunakan barang
kebaya tenunan mori
(yang Arabnya "abaya") ke menggunakan sutera
Nusantara ratusan tahun dengan sulaman
yang lalu. Lalu tersebar warna-warni. Pakaian
ke Melaka, Jawa, Bali, Suma yang mirip yang disebut
tera, dan Sulawesi. Setelah "nyonya kebaya"
berlakunya asimilasi budaya diciptakan pertama kali
yang berlangsung selama oleh orang-
ratusan tahun, pakaian itu orang Peranakan daripa
diterima oleh penduduk da Melaka.
setempat.
17
SEJARAH BAJU KEBAYA
Kebaya dulu hanya dikenakan golongan keluarga
pemerintah di Pulau Jawa sebelum 1600. Sepanjang
zaman penjajahan Belanda di kepulauan itu, wanita
Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian
rasmi. Pakaian tradisional ini banyak digayakan
wanita Malaysia dan Indonesia. Ia diperbuat
daripada kain kasa yang dipadankan dengan kain
sarung, batik atau pakaian tradisional lain seperti
songket dengan motif warna-warni. Ia dipercayai
berasal dari negara Arab. Orang Arab membawa
baju kebaya (bahasa Arab adalah abaya) ke
Nusantara sejak ratusan tahun yang lalu. Kemudian
ia mula dikenali hingga ke Melaka, Jawa, Bali,
Sumatera, dan Sulawesi.Pakaian yang mirip ‘kebaya
nyonya’ dicipta kali pertama oleh masyarakat
Peranakan (golongan Baba dan Nyonya) dari
Melaka. Mereka menggayakannya dengan kain
sarung batik dan kasut cantik bermanik.
18
CIRI-CIRI BAJU
KEBAYA
Baju kebaya labuh yang asal direka labuh
hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya
panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut
potongan badan dan melebar ke bawah bermula
dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya
pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.
Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga
kerongsang berasingan atau yang berangkai
dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali
sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang
yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan
dua lagi yang kecil dan dipakai bawah
kerongsang ibu dipanggil anak.
19
Baju Walaupun wanita Johor terkenal
Belah
Kebaya dengan baju kurung, tetapi dalam acara
Panjang majlis, mereka muncul juga dengan
memakai kebaya, sebagai warisan
daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju
belah panjang ini masih bersifat
'mengurungkan' anggota badan. Secara
tradisi potongannya labuh sehingga buku
lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya
dipakai sebagai pakaian di luar rumah
atau upacara rasmi. Baju belah panjang
ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor
dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini
kemudiannya dikenali sebagai 'baju
panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini
berkembang menjadi kebaya dan
bertangan panjang berpesak lurus di
hadapan, berkekek dan berbelah dada
yang ditutup dengan kancing atau
kerongsang tiga.
20
BAJU KEBAYA KOTA BHARU
Di namakan Kebaya Kota Bharu kerana kebaya
ini secara tradisinya dipakai wanita-wanita Kota
Bharu dan kelantan Apa yang membezakan kebaya
Kota Bharu dan kebaya-kebaya lain yang terdapat di
Malaysia adalah dibahagian depan dada baju kebaya
tersebut ia mempunyai kancing, kebaya kota bharu ini
juga mirip kepada kebaya di pulau Jawa terutama di
kota Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru
21
Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali
sebagai baju kebaya Riau Pahang atau dipanggil
Kebaya Turki, perbezaan Kebaya ini dengan
Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah
mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti
baju kurung cekak musang tetapi bahagian
hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya
yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang
di bawah kancingnya yang berbutang itu.
22
KEBAYA NYONYA
Fabrik yang biasa
digunakan untuk membuat
kebaya Nyonya dinamakan kasa
rubia. Kain tenunan kosong ini
jarang, ringan dan diperbuat
daripada benang pintal yang
halus. Benang yang digunakan
untuk menjahit fabrik biasanya
benang sulaman mesin daripada
kapas, sutera atau polister. Pada
zaman dahulu, fabrik dan benang
yang digunakan untuk membuat
Kebaya Nyonya adalah daripada
jenis yang bermutu paling tinggi
dan diimport dari Eropah dan
sesuai dengan status Nyonya
23
KEBAYA SALOMA
Biduanita Puan Sri Saloma
boleh dianggap sebagai
pencipta atau pencetus trend
fesyen dan gaya berpakaian
wanita Malaya sejak muncul
sebagai penyanyi dan pelakon
filem pujaan ramai. Saloma
dilihat berani mencuba dan
memperkenalkan sesuatu
yang baru dalam cara
berpakaiannya. Pada zaman
1950-an di mana orang
Melayu kuat dicengkam adat
dan berpegang teguh kepada
tata susula Timur, Saloma
muncul dengan gaya
berpakaian 'asing' bagi
masyarakat Melayu ketika itu.
Saloma mempopularkan
fesyen pakaian ketat,
menampakkan bentuk badan,
potongan melepasi bahu dan
menampakkan dada. Saloma
turut memperagakan
pelbagai jenis kebaya yang
menjadi menjadi ikutan
wanita Melayu pada
zamannya.
24
KEBARUNG
Kebarung
adalah merupakan
gabungan singkatan
perkataan baju
kebaya dan baju
kurung. Busana yang
berasal dari Negeri
Selangor ini amat
popular dan diminati
pada awal 90-an.
Antara artis yang
pernah menjadi ikon
busana ini ialah Ziana
Zain dan Erra Fazira
25
Selain Kebarung, Selangor juga
mempunyai Kebaya tersendiri,
identiti kebaya Selangor ialah ia
tidak mempunyai kolar, kebaya jenis
ini pernah diperagakan oleh
Datuk Michelle Yeo ketika hadir
dalam majlis peranugerahan gelaran
Datuk pada tahun 2001.
26
Di Pulau Pinang pula
selain popular dengan
kebaya Nyonya, terdapat
juga kebaya dari
kaum jawi Peranakan
iaitu kaum India Muslim
seperti Kaum Mami dan
Mamak, terdapat
perbezaan kebaya dari
kedua-dua kaum ini,
kaum Mami lebih gemar
mengunakkan kain lace
dihiasi sulaman labuci
berbeza dengan kaum
mamak yang lebih gemar
mengunakkan kain Sari
untuk dijadikan Kebaya.
27
KEUNIKKAN BAJU KURUNG &
BAJU KEBAYA DI MALAYSIA
Selain digayakan oleh wanita di Malaysia dalam pemakaian
seharian secara basahan ataupun untuk ke majlis-majlis
keraian, namun pemakaian kedua-dua baju tradisional ini
turut dijadikan sebagai satu pakaian kerja bagi beberapa
agensi pekerjaan di Malaysia. Antara agensi yang
menjadikan baju kurung sebagai uniform rasmi adalah
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP). Memilih baju kurung
sebagai baju uniform rasmi dalam kegiatan persatuan dapat
mencerminkan ianya adalah simbolik dalam mengekalkan
pakaian tradisional di Malaysia kepada negara lain. Selain
itu, syarikat penerbangan oleh agensi swasta seperti
Malaysian Airlines (MAS) dan Malindo Air tidak lari
daripada menjadikan baju kebaya sebagai uniform utama
bagi pekerja wanita yang bertugas sebagai anak kapal.
28
KESIMPULAN
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi
memakai pakaian yang diperbuat
daripada kulit kayu dan hiasan manik
sahaja. Dengan ketibaan tamadun lama,
kain tenunan dan batik Melayu dipakai
oleh orang kenamaan dan kerabat diraja.
Pengekalan pakaian tradisional adalah
langkah yang efektif bagi memupuk
masyarakat pada zaman moden ini serta
lebih menghargai budaya masing-masing.
Selain itu juga, generasi muda yang
mengekalkan pemakaian tradisional ini
telah menunjukkan rasa hormat kepada
generasi tua yang mana asalnya yang
mengolah pakaian-pakaian tradisional ini.
Dari aspek adab pula, adab berpakaian
yang kita sering diamalkan ini adalah
bertujuan untuk mengekalkan budaya
masyarakat yang berbilang bangsa.
29
RUJUKAN
1. http://nurulfatehah96.blogspot.com/2015/10/jenis-
baju-kurung-yang-terdapat-di.html
2. https://www.facebook.com/notes/743731329545358/
3. https://www.omarali.com.my/baju-kebaya/
4. http://www.sentiasapanas.com/2014/02/asal-usul-
pakaian-baju-kebaya.html#axzz6e4QolM38
5. http://atehlin.blogspot.com/2012/11/pakaian-orang-
melayu-kini-lahir.html
6. https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/584/Jenis-
jenis-kebaya-di-Malaysia
7. https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/mel
ayu.html
8. Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur
30