The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nftiah224, 2022-12-29 09:10:00

TIGA BUDAK NAKAL

TIGA BUDAK NAKAL

TIGA
BUDAK
NAKAL

Di sebuah Tadika Pintar ada tiga orang kanak-kanak yang
nakal iaitu Amir, Badrol dan Faris. Mereka selalu tidak
mendengar kata Cikgu Ain.

1

Ketika Cikgu Ain sedang mengajar, Amir dan dua
rakannya bermain kapal terbang kertas hingga terkena

cikgunya. “Janganlah bermain di dalam kelas” kata
Cikgu Ain. Mereka hanya ketawa dan sambung bermain.

2

Sewaktu rehat, Cikgu Ain berpesan “Lepas makan,
jangan berlari dan berebut ketika mencuci

tangan". Amir dan dua rakannya tidak peduli
akan pesan cikgu Ain

3

Mereka pergi ke tandas untuk mencuci tangan kerana
tidak mahu beratur. Mereka berasa seronok bermain air

dan berlari tiba-tiba Badrol menjerit “Aduh, sakitnya!”
Badrol terjatuh lalu menangis.

4

"Cikgu Ain!" jerit Amir dan
Faris dalam keadaan panik.

Cikgu Ain pun pergi melihat keadaan mereka. "Apa dah jadi?" 5
tanya cikgu Ain sambil menolong Badrol untuk bangun. "Badrol

terjatuh cikgu" jawab Faris.

“Cikgu dah pesan jangan berlari dan
berebut kerana perbuatan itu akan
memberi kesan buruk kepada kamu."

6

Amir, Badrol dan Faris menyesal dengan
perbuatan mereka. “Kami menyesal tidak
mendengar kata cikgu, maafkan kami cikgu”

kata mereka.



7

Sejak kejadian itu, Amir, Badrol dan Faris tidak
lagi bersikap nakal dan menjadi murid yang
hormat kepada guru.




8

PENGAJARAN

1.Kita hendaklah menghormati guru dengan
mendengar kata mereka.

2.Kita hendaklah menghormati orang yang lebih
tua.

3.Hormat-menghormati dapat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain

9


Click to View FlipBook Version