KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN (KILAQ) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 TARIKH : 23 SEPTEMBER 2023 MASA : TEMPAT : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI SK BUKIT SEKILAU, KUANTAN SASARAN : MURID-MURID ISLAM TAHUN 1-6 YANG BELUM MENGUASAI BACAAN IQRA’ 1-3 PELAKSANA : SEMUA GURU GPI & GBA ANJURAN: PANTAI AGAMA ISLAM "AL-QURAN NADI KECEMERLANGAN UMMAH"
Kem Intervensi Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada muris-murid yang mengikuti Program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM. Kem ini juga merupakan kesinambungan Program Celik Al-Quran ( CaQ ) yang telah dan akan diteruskan pelaksanaannya sepanjang sesi akademik 2023/2024. Pelaksanaan kem ini akan dijadikan sebagai mekanisme untuk membasmi gejala buta Al-Quran seterusnya sebagai pemangkin kepada kesedaran membina modal insan yang berkualiti terutama dalam penguasaan dan penghayatan al-Quran. Memulihkan murid-murid Program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 adalah satu keperluan kerana dikhuatiri murid-murid ini akan gagal mengikuti kelas khatam al-Quran di bilik darjah bersama rakan-rakan yang lain. Pendekatan pemulihan menggunakan teknik talaqqi musyafahah akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid. 1.PENGENALAN 2. RASIONAL
Mensifarkan murid buta al-Quran di SK Bukit Sekilau, Kuantan dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat. Antara objektif kem ini ialah : 1. Memastikan murid dapat mencapai tahap minimum iaitu bacaan Iqra’ 4. 2. Memupuk kesedaran murid ke arah menguasai bacaan Al-Quran dengan betul dan fasih. 3. Membimbing murid dengan kaedah terkini dalam jangka masa yang singkat. 4. Membantu ibubapa dalam menyelesaikan masalah anakanak mereka yang buta Al-Quran. Murid Tahun 1 – 6 yang belum melepasi tahap minima penguasaan bacaan IQRA’ 1 hingga IQRA’ 3 seramai 210 orang. 3. MATLAMAT 4. OBJEKTIF 5. SASARAN
7.30 pagi : Pendaftaran dan sarapan. : Berkumpul di Anjung Walinung Sari. 8.00 pagi : Senamrobik. : Penyerahan peserta kepada Fasilitator KILAQ. 8.30 pagi : Aktiviti KILAQ bermula. 10.00 pagi : Rehat dan jamuan. 10.30 pagi : Permainan “ Catch Me “ : Aktiviti KILAQ bersambung. 11.30 pagi : Berkumpul di Anjung Walinong Sari. : Majlis Perasmian Penutupan Kem Intervensi Literasi Al-Quran. - - Aluan Pengerusi Majlis. - Bacaan doa. - Ucapan wakil peserta. - Ucapan Perasmian Penutupan KILAQ Oleh : En. Mohd Ramli bin Deris, Guru Besar SKBS. - Penyampaian cenderamata dan hadiah : i ) Fasilitator seramai 30 orang. ii ) Peserta Terbaik : a. Melepasi Iqra’ 1 dan Iqra’ 2 b. Melepasi Iqra’ 3 : Tayangan Montaj. 12.15 tengah hari : Doa Khatam Al-Quran. : Penutup. 12.30 tengah hari : Bersurai. ATUR CARA KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN ( KILAQ ) SK BUKIT SEKILAU TAHUN 2023 TARIKH : 23 SEPTEMBER 2023 ( SABTU ) MASA : 7.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
JAWATANKUASA KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN SK BUKIT SEKILAU TAHUN 2023 PENGERUSI: TIMBALAN PENGERUSI: NAIB PENGERUSI 1: NAIB PENGERUSI 2: NAIB PENGERUSI 3: NAIB PENGERUSI 4: KETUA PANITIA PAI: PENYELARAS PROGRAM: En. Mohd Ramli bin Deris Guru Besar En. Mohd Razali bin Ishak Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Nor Afizan binti Muda Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Pauzi Bin Hasbollah@ Misbahhul Munar Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Nazifah binti Puteh @ Abdullah Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn. Nik Azizah binti W.Ahmad Penolong Kanan Petang Norliza binti Mohd Siti Zainab binti Ismail
JAWATANKUASA PELAKSANA
SENARAI FASILITATOR KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN (KILAQ) 2023 TARIKH : 23 SEPTEMBER 2023 ( SABTU )
“Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]