Folio Bab 1
ASAS SAINS KOMPUTER
Bab 1.1.2
Penukaran Nombor Perpuluhan kepada Nombor Perlapanan
Nama: Wong Chong Sam
Kelas: 2 Austin
Guru: Pn. Maizatul Fadhilah
1
Kandungan Kandungan
Kulit Folio (Cover)
Muka Surat
Kandungan
1
2 Fakta, Fungsi, Kaedah dan Proses
3 Menukar
Jalan Kerja dan Cara Menyemak
4
2
Penukaran Nombor Perpuluhan ke Perlapanan
Fakta: Semua sistem komputer dan peralatan elektronik
menggunakan sistem nombor perduaan untuk menyimpan data.
Fungsi: Sistem nombor perlapanan boleh digunakan untuk mewakili
nombor perduaan yang panjang.
Kaedah: Paling lazim digunakan untuk menukarkan nombor perpuluhan
kepada nombor perlapanan ialah kaedah bahagi dengan 8 dan
gunakan bakinya.
Cara Menukar:
1) Bahagikan nombor perpuluhan (iaitu 2266 pada gambar rajah di
atas) dengan 8
2) Catatkan hasil bahagi dan juga bakinya
3) Hasil bahagi pertama (iaitu 283 dalam gambar rajah di atas)
dengan 8 sekali lagi dan hasil bahagi serta bakinya dicatatkan
4) Proses membahagi nombor (yang bukan baki) diulang
sehingga hasil bahaginya tidak boleh dibahagi lagi dan setiap
bakinya perlu dicatatkan.
5) Nilai nombor perlapanan diambil berdasarkan bakinya secar
menyongsang (dari bawah ke atas; bukan dari atas ke bawah)
Sumber: Buku Teks KSSM Asas Sains Komputer Tingkatan 2
3
Jalan kerja dan penyelasaian akan ditunjukkan pada gambar rajah di bawah
Selepas mengikut langkah yang diberi, membaca baki dari bawah ke
atas untuk mendapat jawapan.
Oleh itu, jawapan pada soalan ini ialah 43328. Jangan lupa letak
subskrip 8 (8 yang kecil) pada jawapan. Jika tiada, jawapan akan
tidak tepat dan ini akan berlaku ralat.
Jika jawapan mempunyai nombor yang lebih besar daripada 8, iaitu
8,9…. pada apa-apa nombor, jawapan itu salah dan tidak tepat.
Cara menyemak jawapan;
Jumlahkan hasil darab baris kedua dan baris ketiga dalam jadual:
(4 × 512) + (3 × 64) + (3 × 8) + (2 × 1) = 2048 + 192 + 24 + 2 = 2266
Maka, nombor perlapanan bagi nombor perpuluhan 226610 ialah 43328.
Sumber: Buku Teks KSSM Asas Sains Komputer Tingkatan 2
4