The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hashida Wahab, 2021-01-19 03:53:57

BUKU TEKS DIGITAL PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

Seni_Visual_Tahun_5_SK

RM5.10
B375000



RUKUN NEGARA

AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK:

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
• Memelihara satu cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Nnegara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
• Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

2019

KK 7008-1211-1884-2106
ISBN 978-983-46-1884-1
Cetakan Pertama 2014
Cetakan Keenam 2019

Percetakan Nasional Malaysia Berhad,
Jalan Chan Sow Lin,
50554 Kuala Lumpur.

KANDUNGAN

Pendahuluan v

Pengenalan 1

Modul 1: Menggambar 7

Unit 1: Lukisan 8
Unit 2: Catan 12
Unit 3: Montaj 16
Unit 4: Cetakan 20
Unit 5: Stensilan 25
Unit 6: Poster 30

Modul 2: Membuat Corak dan Rekaan 34

Unit 1: Catan 35

Unit 2: Kolaj 39

Unit 3: Stensilan 43

Unit 4: Tiupan 47

Unit 5: Ikatan dan Celupan 51

iii

Modul 3: Membentuk dan Membuat Binaan 55

Unit 1: Arca Timbul 56

Unit 2: Asemblaj 6 1

Unit 3: Stabail 66

Modul 4: Mengenal Kraf Tradisional 70

Unit 1: Tekat 7 1

Unit 2: Tenunan 76

Unit 3: Alat Pertahanan Diri 81

Unit 4: Alat Perhiasan Diri 85

iv

PENDAHULUAN

Buku teks Pendidikan Seni Visual Tahun 5 ini diterbitkan mengikut keperluan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 5 yang disediakan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku teks ini disediakan untuk kegunaan murid. Pelbagai bentuk hasil kerja
untuk menguji kefahaman dan kebolehan murid disediakan bagi mencapai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan. Buku teks ini juga
dapat membantu guru untuk menjalankan pembelajaran dan pengajaran dengan
lebih berkesan. Guru boleh mengubah suai atau membina modul yang bersesuaian
mengikut keperluan murid.

Kandungan buku teks ini meliputi empat modul, iaitu Modul 1: Menggambar,
Modul 2: Membuat Corak dan Rekaan, Modul 3: Membentuk dan Membuat Binaan,
dan Modul 4: Mengenal Kraf Tradisional.

Setiap unit dalam buku teks ini memberi fokus kepada pengenalan kemahiran
dalam empat modul utama tersebut. Langkah-langkah penghasilan karya dipaparkan
secara terperinci supaya mudah dirujuk dan digunakan oleh murid dan guru.

Buku teks ini juga dipersembahkan melalui penggunaan ikon, ilustrasi, foto dan
grafik bagi menarik minat murid. Bagi membantu memudahkan proses pembelajaran
dan pengajaran, ikon tertentu disediakan dalam setiap unit. Penerangan tentang ikon
adalah seperti yang berikut:

Ikon Penerangan

Menunjukkan permulaan modul

Menunjukkan permulaan unit

Teknik Menerangkan teknik untuk membuat aktiviti

v

Ikon Penerangan

Aplikasi Seni Menyenaraikan media untuk melakukan aktiviti

Aktiviti Melakukan aktiviti pembelajaran

Apresiasi Memberikan penghargaan kepada karya murid

Maklumat Memuatkan fakta dan maklumat tambahan

Perhatian Memberikan perhatian kepada murid terhadap aspek
kebersihan dan keselamatan

Tahukah kamu? Merangsang murid untuk berfikir

Laman IT Mendapatkan maklumat lanjut dari Internet

NOTA GURU Memberikan panduan kepada guru untuk melaksanakan
aktiviti atau mencadangkan aktiviti tambahan lain yang
boleh dilaksanakan oleh murid

1.1 Memberikan panduan kepada guru untuk membimbing murid
1.2 mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam
1.3 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama
menyumbangkan idea dan tenaga sehinggalah buku ini sempurna diterbitkan. Semoga
segala idea dan buah fikiran yang diadun dapat membantu mencapai matlamat untuk
melahirkan murid yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif sebagaimana yang termaktub
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 5.

Zamri bin Mohd. Noor
Muharni binti Mustafar

vi

Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4, kita telah mempelajari
unsur bahasa seni visual. Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Tahun 5 pula, pada bahagian ini, kita akan mempelajari beberapa istilah
yang berkaitan dengan penghasilan karya seni visual. Antara istilah
tersebut ialah kedudukan karya, garis mengufuk (horizontal line), titik
lenyap, perspektif dan warna.

Bagaimanakah saya
dapat menghasilkan

karya yang baik
dan menarik?

1

Kedudukan Karya (Format)

Karya boleh dihasilkan dalam kedudukan
melintang (landskap) dan kedudukan
menegak (potret), iaitu berdasarkan
kesesuaian tema.

Karya dalam kedudukan melintang (landskap) Karya dalam kedudukan
menegak (potret)
Garis Mengufuk

Garis yang memisahkan kawasan bumi dengan langit dalam sesebuah
karya lukisan.

Garis mengufuk

NOTA GURU Guru menerangkan dengan lebih terperinci tentang garis mengufuk

2 kepada murid.

Titik Lenyap

Titik dalam lukisan perspektif yang garisan sejajarnya seakan-akan
bercantum atau bertemu dengannya. Dalam sesebuah karya, titik lenyap
terletak di atas garis mengufuk.
Objek yang berhampiran dengan titik lenyap akan kelihatan menjadi
semakin kecil.

Garis
mengufuk

Titik Karya yang menggunakan satu
lenyap titik lenyap
Satu titik lenyap

Titik lenyap

Garis
mengufuk

Dua titik lenyap Karya yang menggunakan dua
titik lenyap

NOTA GURU Guru menerangkan fungsi titik lenyap kepada murid. 1.1

3

Perspektif

Cara menghasilkan gambar yang akan menimbulkan bentuk tiga dimensi
dan mewujudkan kesan ruang.

Alam semula jadi Objek buatan manusia

Warna

Warna terbahagi kepada tiga, iaitu primer, sekunder dan tertier. Warna
ini pula tergolong dalam warna panas, warna sejuk, warna harmoni, warna
penggenap dan warna sewarna. Warna juga dapat menggambarkan suhu.

Warna panas
Warna terang akan memberikan
kesan panas membara atau
amaran dalam sesebuah karya.
Warna ini terdiri daripada warna
merah, kuning dan jingga.

Warna panas Contoh karya menggunakan warna panas

4

Warna sejuk

Warna yang lebih lembut seperti biru, hijau dan ungu. Penggunaan warna
ini akan menimbulkan rasa segar, redup dan tenang dalam sesebuah karya.

Contoh karya menggunakan warna sejuk

Warna sejuk

Warna penggenap

Warna yang bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap
digunakan untuk menimbulkan kesan kontra dalam sesebuah karya.

Kuning dan Ungu

Jingga dan Biru

Roda warna Merah dan Hijau
Pasangan warna penggenap

5



Bidang menggambar merupakan bidang yang sangat luas dalam
pendidikan seni visual. Kita akan mempelajari cara menghasilkan karya
menggambar dengan pelbagai teknik. Kita boleh menggunakan teknik
lukisan, catan, montaj, cetakan, stensilan dan poster untuk menghasilkan
sesebuah gambar.

7

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Pelbagai media boleh digunakan untuk
menghasilkan lukisan. Antaranya ialah pensel,
pen, pena penanda, oil pastel, pensel arang
dan soft pastel. Media ini dikenali sebagai
media kering.

Media pensel

Media pensel arang
Media soft pastel

Media oil pastel Media pen teknikal

8 1.1

Teknik Laman IT

Garisan ialah unsur yang paling asas untuk Teknik titik mula
menghasilkan rupa dan bentuk dalam diperkenalkan pada
karya lukisan. tahun 1886 oleh George
Seurat dan Paul Signac.
Objek yang dikehendaki perlu dilakarkan Layari laman web berikut
terlebih dahulu. Untuk menghasilkan bentuk untuk mendapatkan
dan ton, titik-titik yang dibuat perlulah lebih maklumat lanjut:
rapat. Titik-titik yang lebih halus akan http://en.wikipedia.org/
menjadikan hasil karya tersebut lebih tinggi wiki/Georges_Seurat
nilai seninya.

Dalam lukisan teknik titik, bentuk
boleh dihasilkan dengan menggunakan
gabungan titik-titik.

Ton gelap ke cerah

Lakaran awal Titik-titik yang berpandukan lakaran

NOTA GURU Guru menerangkan dengan lebih terperinci cara untuk menghasilkan 1.2 9
lukisan teknik titik kepada murid.

Aplikasi Seni

Alat Media Teknik
Tiada Titik
Bahan

Kertas lukisan, pensel, pena
penanda (pen marker) atau
pen gel atau pen teknikal

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya lukisan teknik titik.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan objek pilihan 3. Pastikan arah cahaya
dengan pensel. dan buat lakaran
bayang.

4. Buatkan titik-titik 5. Buatkan titik-titik untuk 6. Padamkan lakaran
dengan pen teknikal menghasilkan bentuk pensel.
mengikut keseluruhan dan kesan cahaya.
lakaran.

NOTA GURU Guru membimbing murid menentukan arah cahaya dalam lakaran. 1.3

10

Maklumat
Lukisan teknik titik
sesuai menggunakan
pen teknikal atau
pen dakwat basah.
Penggunaan pen
mata bola akan
memberi hasil yang
tidak memuaskan.

Hasil karya lukisan teknik titik

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi

Bahasa seni yang ada dalam karya lukisan teknik titik ialah seperti jalinan,
bentuk, ruang, kepelbagaian dan kesatuan. Bincangkan hasil karya
berdasarkan bahasa seni tersebut.

1.4

11

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Peranan warna dalam karya catan sangat penting untuk menggambarkan
imaginasi, perasaan dan suasana dalam karya.

Warna panas Warna neutral

Warna penggenap Warna harmoni

12 1.1

Teknik

Catan ialah karya yang menggunakan
media basah. Karya catan boleh
dihasilkan dengan menggunakan
warna panas atau warna sejuk.
Kita boleh menghasilkan ton warna
dengan mencampurkan warna neutral,
iaitu hitam atau putih.

Tahukah kamu?

Warna boleh menunjukkan
perasaan seseorang
pengkarya.

Warna panas

Warna sejuk

1.2

13

Aplikasi Seni

Media Teknik
Basah atas kering
Alat Bahan

Berus lukisan dan palet Kertas lukisan dan cat air
atau cat poster atau
cat tempera

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya catan teknik basah
atas kering menggunakan warna sejuk.

1. Sediakan media. 2. Buatkan lakaran.

3. Warnakan keseluruhan 4. Warnakan objek 5. Warnakan objek kedua
sehingga selesai.
latar belakang. utama.

NOTA GURU Guru membimbing murid menyediakan lakaran dan memilih 1.2
1.3
14 warna yang sesuai.

Laman IT

Layari laman web berikut
untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang
karya catan:
http://en.wikipedia.org/
wiki/Seni_lukis

Hasil karya catan

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi

Kamu telah berjaya menghasilkan karya catan. Bincangkan dengan rakan
kamu tentang warna, bentuk, jalinan, teknik dan kepelbagaian yang ada
dalam karya yang kamu hasilkan.

1.4

15

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Montaj ialah hasil gubahan bahan daripada pelbagai media cetak. Bahan
bercetak yang biasa digunakan ialah majalah, gambar foto, surat khabar
dan risalah. Bahan media tersebut akan digunting atau dikoyakkan, dan
disusun serta ditampal mengikut kreativiti berdasarkan tema yang telah
ditentukan sebelum menghasilkan montaj.
Di bawah ini ditunjukkan tiga contoh montaj, iaitu montaj gambar,
montaj tipografi dan montaj gabungan antara gambar dengan tipografi.

Montaj gambar Montaj tipografi

Montaj gabungan antara gambar dengan tipografi Maklumat
Tipografi merupakan
16 teknik dan seni
mengatur huruf.

1.1

Teknik

Bahan asas montaj ialah hasil guntingan pelbagai media cetak. Biasanya
hasil guntingan ini mempunyai saiz yang berbeza. Oleh itu, bahan-bahan
ini boleh disusun mengikut perspektif dalam karya.
Di bawah ini ditunjukkan dua jenis contoh montaj yang mempunyai
ruang dalam dan ruang cetek.

Maklumat

Ruang dalam
Ruang tengah dan
ruang belakang dalam
sesebuah karya.

Ruang cetek
Ruang hadapan dalam
sesebuah karya.

Contoh montaj ruang dalam

Contoh montaj ruang cetek 17

NOTA GURU Guru menerangkan teknik menyusun bahan media untuk menghasilkan 1.2
montaj dengan lebih terperinci kepada murid.

Aplikasi Seni

Media Teknik
Montaj
Alat Bahan
Gunting
Kertas lukisan, gam dan
gambar daripada
bahan bercetak

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya menggambar teknik
montaj.

1. Sediakan media. 2. Pilih gambar yang 3. Guntingkan gambar.
sesuai daripada
majalah.

4. Susunkan berdasarkan 5. Gamkan. 6. Ulangi langkah 5
tema. sehingga siap.

NOTA GURU Guru membimbing murid membuat montaj dengan teknik 1.2
1.3
18 yang betul.

Tahukah kamu?
Apakah yang
dimaksudkan
dengan montaj?

Hasil karya teknik montaj

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi

Ceritakan pengalaman kamu semasa menghasilkan sesebuah karya
menggambar teknik montaj.

NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya montaj dengan murid. 1.4 19
• Guru mempamerkan hasil karya montaj.

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Cetakan ialah cara menghasilkan karya menggunakan blok. Permukaan
blok disapukan dengan warna untuk mencetak imej ke atas kertas. Blok
cetakan ini boleh digunakan secara berulang kali untuk menghasilkan suatu
imej yang sama.

Blok Hasil cetakan

Lino

Kolograf 1.1

NOTA GURU Guru menerangkan perbezaan antara blok lino dengan

20 blok kolograf kepada murid.

Teknik

Blok cetakan teknik kolograf merupakan gabungan bahan yang ditampal
di atas permukaan rata berdasarkan tema. Bahan tampalan untuk
menghasilkan blok adalah seperti bod jerami (straw board) atau bod kotak
(box board) dan tali parcel.
Di bawah ini ditunjukkan contoh blok dan hasil cetakan.

Blok Hasil cetakan

Kertas ronyok

Bod ombak

Tali parcel

Gelang getah

NOTA GURU Guru menerangkan bahan lain yang boleh ditampal di atas blok 1.2 21
kepada murid.

Aplikasi Seni

Media Teknik
Kolograf
Alat Bahan

Berus lukisan, palet, tali parcel, Kertas lukisan, gam dan cat
bod jerami (straw board) atau poster atau cat tempera
bod kotak (box board), gunting
dan alatan lain yang sesuai

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya cetakan teknik
kolograf. Sediakan blok kolograf terlebih dahulu.
1. Langkah-langkah untuk menghasilkan blok kolograf.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan gambar. 3. Gamkan tali parcel.

4. Gamkan bod ombak 5. Gamkan gelang getah Hasil blok kolograf
(corrugated board). yang telah dipotong.

NOTA GURU • Guru membimbing murid membuat blok kolograf dengan cara 1.2

22 yang betul. 1.3

• Guru boleh membimbing murid menggunakan gam PVA untuk

melekatkan bahan tampalan.

2. Langkah-langkah untuk menghasilkan cetakan teknik kolograf.

1. Gelekkan warna primer pada 2. Gelekkan ke atas Perhatian

permukaan bod lekap sebahagian blok. Jaga
kebersihan
(mounting board). dan
keselamatan
semasa
menjalankan
aktiviti.

3. Ulangi langkah 1 dengan 4. Letakkan kertas lukisan

warna sekunder dan di atas blok.

gelekkan ke atas bahagian

blok yang belum diwarnakan.

5. Tekan dan gosokkan permukaan Hasil karya cetakan teknik kolograf
kertas lukisan dengan tangan.

NOTA GURU Guru membimbing murid membuat cetakan dengan cara 1.3
yang betul.
23

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi Laman IT

Nyatakan bahan-bahan lain yang boleh Layari laman web berikut untuk
digantikan dengan bahan tampalan mendapatkan maklumat lanjut
yang kamu gunakan. Bincangkan tentang cetakan:
unsur seni yang kamu gunakan untuk http://en.wikipedia.org/wiki/
menghasilkan karya. History_of_printing

NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya kolograf dengan murid. 1.4

24

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Stensilan ialah cara menghasilkan karya menggunakan blok stensil. Stensil
dihasilkan daripada kepingan bahan seperti kertas lukisan, kadbod atau
plastik keras. Kepingan bahan ini ditebuk pada bahagian tertentu untuk
menghasilkan imej.

Contoh karya stensilan 1.1 25

NOTA GURU Guru menerangkan bahawa stensil juga boleh dihasilkan daripada
bahan lain yang sesuai kepada murid.

Teknik

Karya stensilan memerlukan stensil sebagai alat utamanya. Terdapat dua
cara untuk menghasilkan karya menggambar dengan teknik stensilan, iaitu
menggunakan sekeping stensil atau beberapa keping stensil.

Cara pertama: Menggambar mengikut tema dengan sekeping stensil yang
telah siap.

Stensil Hasil stensilan

Cara kedua: Menggambar mengikut tema dengan beberapa keping stensil
yang digabungkan menjadi gambar.

Stensil Hasil stensilan

26

Cara mewarnakan stensil
Terdapat beberapa cara untuk mewarnakan stensil. Antaranya ialah
menggunakan span, berus lukisan atau alat penyembur. Hasil stensilan
daripada ketiga-tiga alat ini adalah berbeza. Gambar di bawah menunjukkan
contoh alat, cara penggunaan dan hasilnya.

Alat Cara penggunaan Hasil

Span

Berus lukisan

Alat penyembur

1.2

1.3 27

Aplikasi Seni

Media Teknik
Stensilan
Alat Bahan

Gunting, kad manila, span Kertas lukisan, kertas warna,
atau berus lukisan dan gam dan bahan lain
alatan lain yang sesuai yang sesuai

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya teknik stensilan.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan rupa stensil. 3. Guntingkan lakaran.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 5. Warnakan latar 6. Warnakan stensil
menggunakan span.
dengan lakaran belakang pada

yang berbeza. kertas lukisan.

NOTA GURU Guru membimbing murid membuat stensil dengan teknik 1.2
1.3
28 yang betul.

7. Warnakan stensil 8. Warnakan stensil 9. Ulangi langkah 6, 7 dan
menggunakan berus menggunakan alat 8 menggunakan warna
lukisan. penyembur. berbeza.

Hasil karya teknik stensilan

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi Perhatian
Jaga kebersihan dan
Nyatakan unsur seni dan prinsip rekaan yang kamu keselamatan semasa
gunakan untuk menghasilkan karya. Ceritakan menjalankan aktiviti.
pengalaman kamu semasa menghasilkan karya.
1.4
NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid.
• Guru mempamerkan hasil karya yang menarik. 29

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Poster ialah alat komunikasi visual PANDU CERMAT
yang bertujuan untuk menyampaikan JIWA SELAMAT
maklumat secara mudah dan cepat.
Poster dicipta berdasarkan sesuatu Poster bertemakan peringatan
tema ataupun tujuan.
Poster boleh dibuat dengan CINTAILAH
menggunakan pelbagai teknik. Teknik ALAM
poster perlu ringkas dan mencapai SEKITAR
maksud yang hendak disampaikan.
Di halaman ini ditunjukkan tiga
contoh poster yang berlainan tema.

BATIK

MALAYSIA

Poster bertemakan pengiklanan Poster bertemakan kempen
atau promosi
1.1
30

Teknik Tahukah kamu?
Poster terawal telah
Poster boleh dihasilkan dengan pelbagai dijumpai oleh Alois
teknik. Perkara asas dalam sesebuah Senefelder di Munich
poster ialah maklumat, ilustrasi dan warna. pada tahun 1798.

Perkara yang berikut perlu ada dalam TBEMUMAAPHKA-ATBANUNLAAHHAN
sesebuah poster, iaitu:
Contoh poster
1. Tema – maklumat utama yang bertemakan kempen
ingin disampaikan.

2. Warna – menggunakan warna
yang tepat dan sesuai mengikut
tujuan poster.

3. Muka taip – jenis huruf yang
digunakan mudah dibaca.

4. Ilustrasi – gambar untuk
menyampaikan maksud poster.

5. Kreativiti – olahanpersembahan.

Contoh poster bertemakan peringatan

1.2

31

Aplikasi Seni

Media Teknik
Campuran
Alat Bahan

Berus lukisan, palet dan alatan Kertas lukisan, kertas warna,

lain yang sesuai majalah, gam, oil pastel atau

cat air atau cat poster atau

cat tempera dan bahan

lain yang sesuai

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan poster teknik campuran.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan karya
berdasarkan tema
yang dipilih.

3. Pilih muka taip dan 4. Guntingkan muka taip 5. Warnakan lakaran.

gambar yang sesuai. dan gambar yang dipilih.

1.2

32 1.3

6. Tampalkan gambar. 7. Tampalkan muka taip.

Hasil karya poster

Kemasan poster dan pamerkan

Apresiasi

Bincangkan perkara berikut dengan menggunakan Perhatian
bahasa seni:
Jaga kebersihan
(a) Tema poster dan keselamatan
(b) Rupa muka taip semasa
(c) Kesan kontra dalam karya menjalankan
(d) Imbangan dan ruang dalam karya aktiviti.

1.3

1.4 33

Corak boleh dihasilkan dengan pelbagai teknik. Teknik inilah yang akan
menentukan sama ada corak itu corak terancang atau corak tidak terancang.
Corak yang dihasilkan itu boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan lain.
Dalam Modul 2 ini, kita akan mempelajari cara untuk menghasilkan corak
menggunakan teknik catan, kolaj, stensilan, tiupan, serta ikatan dan celupan.

34

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Kita telah mempelajari cara untuk menghasilkan gambar dengan teknik
catan. Teknik catan juga boleh digunakan untuk membuat corak. Corak
yang dihasilkan dalam unit ini ialah corak terancang.
Gambar di bawah menunjukkan jenis grid susunan terancang.

Selang-seli Dam

Batu-bata Cerminan

NOTA GURU Guru berbincang tentang jenis grid susunan terancang dengan murid. 2.1 35

Teknik Maklumat

Stensil perlu disediakan terlebih dahulu untuk Melukis grid
menghasilkan karya corak teknik catan. penting dalam
membuat corak
Rupa organik atau rupa geometri boleh terancang supaya
digunakan secara berasingan ataupun susunan yang
gabungan kedua-duanya dalam penghasilan tepat dapat
sesebuah karya. dihasilkan.

Corak rupa geometri Corak rupa organik

Gabungan corak rupa geometri dan rupa organik 2.2

NOTA GURU Guru membincangkan kepentingan stensil untuk membuat

36 corak dengan murid.

Aplikasi Seni

Media Teknik
Basah atas kering
Alat Bahan

Berus lukisan, palet, acuan Kertas lukisan, cat air atau
berbentuk geometri atau cat poster atau cat tempera
organik dan alatan lain

yang sesuai

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak teknik catan.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan acuan 3. Guntingkan 4. Lakarkan grid
batu-bata pada
rupa geometri. acuan. kertas lukisan.

5. Letakkan acuan 6. Warnakan Hasil karya corak teknik catan

pada grid dan mengikut betuk

lakarkan. corak.

NOTA GURU Guru membimbing murid membuat corak dengan kemas. 2.2
2.3
37

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan rekaan.

1. Lakarkan garisan di belakang 2. Guntingkan kertas mengikut garisan.
hasil corak.

3. Hasil guntingan. 4. Lipat dan bentukkan menjadi bakul.

5. Gamkan bakul dan tangkai.

Apresiasi Hasil karya rekaan bakul

Apakah media yang digunakan untuk menghasilkan corak teknik catan?
Berikan ulasan kamu ketika menghasilkan karya.

NOTA GURU Guru menerangkan bahawa hasil karya corak boleh 2.3
2.4
38 dipelbagaikan rekaannya kepada murid.

Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Kolaj ialah seni tampalan. Corak teknik kolaj dapat dihasilkan dengan
menggunakan objek atau motif yang sama dan ditampal bertindih serta
tersusun. Motif perlu disusun mengikut grid untuk menghasilkan corak
terancang. Kreativiti ialah perkara penting dalam membuat rekaan corak.
Di bawah ini ditunjukkan contoh corak terancang teknik kolaj.

Corak terancang teknik kolaj

2.1

39

Teknik Laman IT

Penghasilan corak terancang teknik Dapatkan maklumat
kolaj memerlukan bahan tampalan lanjut tentang kolaj
seperti kertas lukisan, gam dan daripada laman
kertas lain. Potongan kertas boleh web dengan
dibuat dengan dua cara, iaitu secara menggunakan kata
koyakan dan guntingan. kunci collage pada
enjin gelintar (search
engine).

Cara koyakan

Cara guntingan 2.2

NOTA GURU Guru menerangkan bahawa karya menggambar juga boleh

40 dihasilkan dengan teknik kolaj kepada murid.

Aplikasi Seni

Alat Media Teknik
Gunting Kolaj
Bahan

Gam, kertas warna atau perca
kain, manik dan bahan lain
yang sesuai

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak dan rekaan teknik
kolaj.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan garisan 3. Guntingkan 4. Gamkan kertas
warna secara
di atas kertas kertas warna. berselang-seli.

warna.

5. Guntingkan 6. Tampalkan Hasil karya corak terancang teknik kolaj
motif yang motif mengikut
dikehendaki.
susunan.

NOTA GURU Guru membimbing murid menyediakan lakaran dan corak 2.2
teknik kolaj.
2.3 41


Click to View FlipBook Version