The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hashida Wahab, 2020-12-10 23:16:37

KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

OLEH CIKGU HASHIDA

DEFINISI

Kata bilangan digunakan untuk menyatakan
banyak atau bilangan sesuatu

JENIS KATA BILANGAN

Kata bilangan himpunan
Kata bilangan pecahan
Kata bilangan tentu
Kata bilangan tak tentu

Kata bilangan tingkat

KATA BILANGAN HIMPUNAN

• Kata bilangan himpunan digunakan untuk
menyatakan sesuatu secara himpunan.

• Contoh :
berpuluh-puluh, beratus-ratus, ketiga-tiga.

KATA BILANGAN PECAHAN

• Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan
untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan

• Contohnya :
dua per tiga, satu per empat dan setengah.

KATA BILANGAN TENTU

• Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan
yang tentu

• Contohnya :
satu, seratus, seribu, dan dua juta.

KATA BILANGAN TAK TENTU

• Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk
menyatakan bilangan yang tidak tentu

• Contohnya :
beberapa, sebahagian, semua, seluruh, segala, segelintir,
segenap, sebilangan, sekalian, para

KATA BILANGAN TINGKAT

• Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan
urutan atau giliran

• Contohnya :
pertama, kedua, kesepuluh , kedua puluh, keseratus.

LATIHAN 2 (KATA BILANGAN)

Kedua berdua-dua dua
kedua-dua
berdua

1. Encik Ho memelihara _____________________ ekor arnab.
2. Mereka _____________________ berkawan baik sejak kecil lagi.

3. ________________________orang murid itu dihukum oleh guru disiplin kerana bergaduh.

4. Asward mendapat tempat _______________dalam kelas.
5. Murid-murid memasuki bilik darjah secara __________________


Click to View FlipBook Version