The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN
PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID
KEPADA MURID SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) TERENGGANU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMKPM, 2023-08-04 03:50:24

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID KEPADA MURID SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID
KEPADA MURID SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) TERENGGANU

Keywords: GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID

ISI KANDUNGAN 1. TUJUAN 2. LATAR BELAKANG 3. DASHBOARD EPROFIL MURID 4. KRITERIA-KRITERIA PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID 5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 6. PEMAKAIAN 7. TARIKH KUAT KUASA 1 1 2 3 4 6 6

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID 1 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID KEPADA MURID SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Garis Panduan (GP) ini bertujuan sebagai panduan berkaitan dengan pembangunan Dashboard eProfil Murid bagi murid tingkatan 4 dan 5. Dashboard eProfil Murid akan digunakan oleh pihak sekolah bagi memantau perkembangan kerjaya murid. Dashboard eProfil ini mempunyai data rasmi tentang keperibadian personaliti dan minat kerjaya murid. Ianya bertujuan untuk memastikan semua murid mempunyai profil tersendiri yang menunjukkan hala tuju pendidikan dan kerjaya yang jelas sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan. Idea asal penggunaan Dashboard eProfil Murid ini adalah daripada murid Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang dibangunkan dengan menggunakan Google Sites. Dashboard ini berperanan sebagai laman peribadi murid mengandungi biodata, pencapaian akademik, kokurikulum dan pengiktirafan yang diterima sepanjang persekolahan. Pembangunan Dashboard eProfil Murid menggunakan Google Sites adalah kerana: 2.1 Murid dapat memilih sendiri layout dan background dashboard. 2.2 Murid memasukkan sendiri butiran sijil dan pencapaian yang diterima ke dashboard. 2.3 Menggunakan hosting google yang memperuntukan saiz storan yang besar untuk kegunaan murid. 2.4 Mudah diakses oleh guru yang mempunyai pautan dan diberi kebenaran untuk akses ke Dashboard eProfil Murid. 2.5 Sebagai rekod kegiatan murid semasa persekolahan yang boleh dirujuk semasa sesi temuduga pekerjaan atau biasiswa. 1. TUJUAN 2. LATAR BELAKANG

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID 2 3.1 Definisi 3.2 Konsep 3.3 Kumpulan Sasar 3.4 Faedah 3. DASHBOARD EPROFIL MURID Dashboard eProfil Murid adalah suatu media online yang memaparkan biodata, pencapaian akademik, kokurikulum dan pengiktirafan yang diterima oleh murid semasa persekolahan. Kandungan dashboard ini melibatkan teks, imej dan audio/ video. Kumpulan sasar bagi pembangunan Dashboard eProfil Murid adalah murid tingkatan 4 dan 5. Dashboard ini merupakan profil murid yang mengandungi biodata, pencapaian akademik, kokurikulum dan pengiktirafan yang diterima semasa persekolahan. (a) Mudah diakses oleh guru yang mempunyai pautan dan diberi kebenaran untuk akses kandungan dashboard ini. (b) Murid boleh memuat naik sendiri video, imej, dokumen dan bahan-bahan lain dengan mudah. (c) Kaedah navigasi dashboard lebih mudah kerana maklumat-maklumat dikategorikan dalam satu sub topik yang mempunyai pautan tetap. (d) Proses pencarian maklumat juga boleh dijalankan dengan mudah. (e) Sebagai rekod kegiatan murid semasa persekolahan yang boleh dirujuk semasa sesi temuduga pekerjaan atau biasiswa.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID 3 4.1 Kriteria-kriteria mandatori yang perlu ada dalam Dashboard eProfil Murid adalah seperti berikut: 4. KRITERIA-KRITERIA PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID (a) Menggunakan akaun e-mel DELIMa KPM sehingga murid mencapai umur 21 tahun atau belajar di institusi bawah KPM. Selepas umur murid 21 tahun, akaun e-mel tersebut akan ditamatkan. Murid disarankan supaya memindahkan Dashboard Profil tersebut ke akaun e-mel akaun peribadi masing-masing sebelum umur murid mencecah 21 tahun. (b) Mengguna pakai Templat Dashboard eProfil Murid yang disediakan oleh JPN Terengganu sebagai panduan. (c) Dashboard eProfil Murid dihadkan capaiannya kepada berkongsi sites melalui e-mel guru sahaja (Private) dalam tempoh masa yang terhad (menetapkan kata laluan). (d) Butiran maklumat peribadi sensitif murid seperti No. Kad Pengenalan, nombor telefon, alamat rumah dan data kewangan atau perbankan tidak dipaparkan bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat berkenaan. Sila rujuk Polisi Keselamatan Siber KPM Versi 1.0 - 090302 Perkhidmatan Dalam Talian (Online) Maklumat Umum). (e) Semua salinan sijil-sijil pencapaian akademik dan kokurikulum perlu disahkan oleh pihak sekolah sebelum dipaparkan pada Dashboard eProfil Murid. (f) Keseragaman kandungan kerana mengguna pakai Templat Dashboard eProfil Murid yang disediakan oleh JPN Terengganu.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID 4 (f) Penggunaan Dashboard eProfil Murid adalah sah sehingga arahan rasmi pelaksanaan Profil Murid atau seumpamanya dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dashboard eProfil Murid sedia ada ini perlu dipadamkan sebaik sahaja mendapat surat arahan pelaksanaan eProfil Murid KPM. (g) JPN Terengganu tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kebocoran maklumat peribadi yang berpunca daripada penggunaan Dashboard eProfil Murid ini. Sekiranya dikesan berlakunya sebarang kebocoran maklumat peribadi, murid-murid hendaklah memaklumkannya kepada orang yang dipercayai atau pihak yang berkuasa. 5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 5.1 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu 5.2 Sektor Pembangunan Murid, JPN Terengganu 5.3 Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Terengganu (a) Mengeluarkan satu templat asas untuk diedarkan kepada murid sebagai panduan membangunkan Dashboard eProfil Murid. (b) Templat yang disediakan adalah sebagai panduan kepada murid dan sekolah. (c) Menyediakan Garis Panduan Pembangunan Dashboard eProfil Murid. Menyediakan kandungan Templat Dashboard eProfil Murid. Menyediakan Templat Dashboard eProfil Murid berdasarkan kandungan daripada Sektor Pengurusan Murid, JPN Terengganu.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID 5 5.4 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu 5.5 Murid Memberi bimbingan kepada murid untuk membangunkan Dashboard eProfil Murid di Google Sites dengan menggunakan Templat Dashboard eProfil Murid sebagai panduan. (i) Hanya murid tingkatan 4 dan 5 sahaja. (ii) Menggunakan Google Sites untuk membangunkan Dashboard eProfil Murid. (iii) Berkongsi Dashboard eProfil Murid secara Private dan akses kepada kandungan perlu dimohon melalui e-mel dalam tempoh masa yang terhad (menetapkan kata laluan). (iv) Mendapat bimbingan daripada guru yang bertanggunjawab. (v) Mematuhi Garis Panduan Pembangunan Dashboard eProfil Murid. (vi) Pastikan hanya sumber maklumat yang disahkan sahaja dimuat naik ke Dashboard eProfil Murid. (vii) Elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh. (viii) Pembangunan Dashboard eProfil Murid adalah menggunakan akaun e-mel DELIMa KPM. (ix) Segera log keluar setelah selesai membuat pengemaskinian eProfil Murid, terutamanya ketika menggunakan komputer yang tersedia di tempat awam/ komputer yang dikongsi. (x) Kosongkan cache, cookies dan sejarah pelayar Internet setelah selesai membuat pengemaskinian eProfil Murid di komputer tempat awam.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DASHBOARD EPROFIL MURID 6 (xi) Jangan tinggalkan komputer yang masih belum selesai pengemaskinian eProfil Murid. (xii) Aktifkan Pengesanan 2 Langkah (2FA). (xiii) Jangan benarkan murid lain menggunakan identiti dan kata laluan e-mel anda. (xiv) Ketahui dan patuhi polisi, arahan, peraturan, garis panduan dan pekeliling berkaitan keselamatan siber yang dikeluarkan oleh KPM dan Kerajaan. 6. PEMAKAIAN 7. TARIKH KUAT KUASA 6.1 Pemakaian Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada Akta, polisi dan pekeliling sedia ada seperti berikut: (i) Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2022 (ii) Polisi Keselamatan Siber Kementerian Pendidikan Malaysia Versi 1.0 (iii) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) (iv) Panduan Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Click to View FlipBook Version