The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 3
MUHAMMAD SYAHMI WAFI
AZARUL HAEIKAL
WAN NUR INTAN SUFFIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1207-16-wannur, 2022-03-04 06:20:46

KEPENTINGAN KEDUDUKAN SABAH & SARAWAK

KUMPULAN 3
MUHAMMAD SYAHMI WAFI
AZARUL HAEIKAL
WAN NUR INTAN SUFFIA

KUMPULAN 3 SEJARAH 2

PERBINCANGAN MENGENAI

KEPENTINGAN KEDUDUKAN
SABAH & SARAWAK

ISI KANDUNGAN :

SENARAI AHLI KUMPULAN 01
DEFINISI PRIBUMI SABAH & SARAWAK 02
SABAH & SARAWAK SEBAHAGIAN MALAYSIA 05
KEPENTINGAN ISTIMEWA SABAH & SARAWAK 06
PERJANJIAN MALAYSIA 1963 11
INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963 13

AHLI KUMPULAN

SYAHMI AZARUL INTAN
WAFI HAEIKAL SUFFIA

01

DEFINISI

MAKSUD PRIBUMI:
UMUM
Kumpulan etnik yang asli kepada
wilayah yang dituntut dan
dipertahankan sepenuhnya.

02

PRIBUMI

SABAH

Warganegara berketurunan pribum seperti
Orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau, Sulu,
Iranun, Kedayan, Melayu Brunei, Lun Dayeh
Sungei dan kumpulan pribumi lain

03

PRIBUMI

SARAWAK

Warganegara yang tergolong dalam salah
satu kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh,
Melayu Melanau, Murut/Lun Bawang,
Kenyah,Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan,
dan kumpulan kecil lain

04

BAGAIMANA SABAH DAN SARAWAK MENJADI 05
SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA

Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah dan
Sarawak pada tahun 1963 selepas berjaya merdeka dari Sir
James Brooke

Pada 1957, setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan, Sabah dan Sarawak mula berbincang mengenai
kemerdekaan negeri-negeri mereka

Persoalan utama dikemukakan jika Sabah dan Sarawak ingin
membentuk persekutuan dengan negara lain, mereka perlu
merujuk Suruhanjaya Cobbold untuk memenuhi kehendak
penduduk

Setelah berbincang dengan kesemua pihak, mereka bersetuju
untuk membentuk persekutuan dengan Tanah Melayu jika
perlindungan hak diberikan

Sebuah suruhanjaya yang terdiri dari Tanah Melayu, British,
Sabah dan Sarawak (termasuk pihak2 lain spt Singapura)
dibentuk untuk merangka perlindungan hak istimewa ini

Pada 1963, "Perjanjian Malaysia" ditandatangani, maka terbentuk
negara yang dikenali sebagai Malaysia yang terdiri dari
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

KEPENTINGAN DAN
PERLINDUNGAN ISTIMEWA

SABAH DAN SARAWAK

06

BERIKUT ADALAH KEPENTINGAN DAN
PERLINDUNGAN ISTIMEWA SABAH DAN

SARAWAK:-

SABAH DAN SARAWAK BOLEH MENGAWAL KEMASUKAN DAN KEMASTAUTINAN MEREKA YANG
BUKAN ORANG SABAH DAN SARAWAK KE DALAM NEGERI-NEGERI TERSEBUT.

HANYA PEGUAM YANG BERMASTAUTIN DI SABAH DAN SARAWAK ATAU TELAH MEMENUHI
KELAYAKAN KEMASTAUTINAN SABAH DAN SARAWAK BOLEH MENGAMAL UNDANG-UNDANG DI
NEGERI-NEGERI TERSEBUT.

SABAH DAN SARAWAK MEMPUNYAI MAHKAMAH TINGGI YANG BERASINGAN YANG
DINAMAKAN MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK YANG MEMPUNYAI BIDANGKUASA KE
ATAS SABAH DAN SARAWAK.

APABILA HENDAK MELANTIK HAKIM BESAR MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK, HARUS
MEMINTA FIKIRAN KETUA-KETUA MENTERI SABAH DAN SARAWAK.

SELAIN DARIPADA MAHKAMAH SYARIAH, TERDAPAT JUGA MAHKAMAH ANAK NEGERI DI
SABAH DAN SARAWAK.

SABAH DAN SARAWAK MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN DAN PEMBERIAN KEWANGAN
KHAS DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG TIDAK DIMILIKI OLEH NEGERI-NEGERI LAIN
DI MALAYSIA DAN JUGA MEREKA BOLEH MENGENAKAN CUKAI JUALAN MEREKA SENDIRI.

07

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH DAN SARAWAK PUNYA KUASA UNTUK GUBAL UNDANG-
UNDANG BERKENAAN DENGAN PERKARA-PERKARA YANG DUN NEGERI-NEGERI LAIN TIDAK
PUNYA KUASA DAN PERKARA INI TERMASUKLAH UNDANG-UNDANG DAN ADAT ANAK NEGERI;
PERKHIDMATAN DAN BEKALAN AIR; UNDANGUNDANG PERIBADI BERKENAAN DENGAN
PERKAHWINAN, PERCERAIAN, PENJAGAAN DAN NAFKAH; BEKALAN KUASA AIR DAN ELEKTRIK
YANG DIJANAKUASA MELALUI KUASA AIR DAN PERKARA MENGENAI PERKAPALAN.

PARLIMEN PUNYA KUASA UNTUK GUBAL UNDANG-UNDANG MENGENAI BEBERAPA PERKARA
DALAM SENARAI NEGERI BAGI MEMASTIKAN PENYERAGAMAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA.
TETAPI, KUASA INI TIDAK SAMPAI KE SABAH DAN SARAWAK. ANDA BOLEH MEMPELAJARI
TENTANG SENARAI NEGERI DI DALAM BUKU PANDUAN RAKYAT: 3.

PERSEKUTUANNEGERI. SABAH DAN SARAWAK JUGA BOLEH MENDAPAT PINJAMAN UNTUK
TUJUAN MEREKA DENGAN KEBENARAN BANK NEGARA MALAYSIA.

08

HUBUNGAN PERSEKUTUAN-NEGERI. PARLIMEN JUGA MEMPUNYAI KUASA UNTUK GUBAL
UNDANG-UNDANG DI DALAM SENARAI NEGERI UNTUK MEMBERI KESAN KEPADA
RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA TETAPI JIKA IA MELIBATKAN SABAH DAN
SARAWAK, PERSETUJUAN YANG DI-PERTUAN NEGERI (YDPN) NEGERI TERSEBUT HARUS
DIPEROLEHI. ANDA BOLEH PELAJARI TENTANG RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA DI
DALAM BUKU PANDUAN RAKYAT: 3

ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK MENIKMATI KEPENTINGAN ISTIMEWA SEPERTI
KUOTA PERKERJAAN DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM, BIASISWA, TEMPAT DI INSTITUSI
PENGAJIAN AWAM DAN LESEN DAN PERMIT PERNIAGAAN.

SABAH DAN SARAWAK BOLEH MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA
RASMI, DAN BAHASA IBUNDA ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK DI DALAM
MAHKAMAH ANAK NEGERI ATAU BAGI UNDANG-UNDANG ATAU ADAT NAK NEGERI.

09

KEPENTINGAN ISTIMEWA DILINDUNGI DI
BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKTUAN

Hak orang Sabah dan Sarawak untuk mendapat layanan
saksama dengan warganegara Malaysia yang lahir atau tinggal
di mana-mana Negeri di Malaysia.

Perlantikan, penggantungan dan pemecatan hakim hakim
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan bidangkuasa
Mahkamah itu;

Kuasa DUN Sabah dan Sarawak untuk gubal undang-undang
dan kuasa Kerajaan Negeri untuk mentadbir mengikut
undang-undang tersebut, dan juga penyusunan kewangan di
antara dua Negeri tersebut dan Kerajaan Persekutuan;

Agama, penggunaan apa-apa bahasa samada di dalam DUN
Sabah atau Sarawak atau Parlimen, dan kedudukan istimewa
anak negeri Sabah dan Sarawak;

Kuasa imigresen yang diberi kepada Sabah dan Sarawak untuk
mengawal hak kemasukan dan kemastautinan di dalam
kedua-dua Negeri itu dan perkara yang berkaitan.

10

1963

PERJANJIAN
MALAYSIA

9 JULAI 1963

LONDON

11

12 PERJANJIAN MALAYSIA 1963

MERUPAKAN SEBUAH DOKUMEN YANG DITANDATANGANI OLEH
PIHAK-PIHAK YANG BERKAITAN (UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN
DAN NORTHERN IRELAND, PERSEKUTUAN, TANAH MELAYU, BORNEO
UTARA, SARAWAK DAN SINGAPURA)

DIDAFTARKAN DI SEKRETARIAT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA
BERSATU (UNITED NATIONS – UN) PADA 21 SEPTEMBER 1970

TERDAPAT 11 PERKARA ASAS KEPADA AKTA 26/1963 UNTUK MEMINDA
PERLEMBAGAAN SEDIA ADA IAITU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU KEPADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.

PERKARA YANG TERMAKTUB DALAM PERJANJIAN BERFUNGSI
SEBAGAI PERKARA DAN ARAH TUJU YANG HARUS DIIKUTI, DIPATUHI
DAN DITUNAIKAN OLEH SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.

PERJANJIAN MALAYSIA
1963 ADALAH SATU
PERJANJIAN
ANTARABANGSA
DAN TELAH
DIDAFTARKAN

OLEH KERAJAAN UNITED
KINGDOM DI PBB PADA

21 SEPTEMBER 1970

11 PERKARA
INTI PATI PERJANJIAN

Perkara 1 – menyatakan bahawasanya Borneo
Utara dan Sarawak, dan Singapura akan
bersekutu dengan Persekutuan Tanah
Melayu dan dikenali sebagai Negeri Sabah,
Negeri Sarawak dan Negeri Singapura
mengikut surat cara Perlembagaan yang
dilampirkan pada surat perjanjian dengan
penamaan

Perkara 2 – menyatakan mengenai kewajipan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
menggubal Perlembagaan melalui Parlimen
Persekutuan dengan memastikan surat cara
Perlembagaan yang dilampirkan akan
menjadi suatu Akta untuk dipatuhi di dalam
Perlembagaan yang digubal dan akan
berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963 dan tarikh
ini akan dikenali sebagai “Hari Malaysia”
(tarikh ini kemudian berubah pada 16
September 1963 disebabkan oleh beberapa
hal).

13

11 PERKARA
INTI PATI PERJANJIAN

Perkara 3 – menyatakan mengenai
tanggungjawab kerajaan United Kingdom
untuk menyerahkan kepada Queen, perintah-
perintah untuk membolehkan Perlembagaan
negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura
berkuatkuasa mengikut lampiran-lampiran
perlembagaan setiap negeri tersebut yang
dilampirkan bersama-sama surat perjanjian.

Perkara 4 – menyatakan mengenai kewajipan
Kerajaan United Kingdom untuk
mendapatkan penggubalan satu Akta di
Parlimen United Kingdom membolehkan
perlepasan hak kedaulatan oleh Queen ke
atas Borneo Utara, Sarawak dan Singapura,
bermula pada “Hari Malaysia” dan diserahkan
kuasa itu mengikut Perjanjian dan lampiran-
lampirannya .

14

11 PERKARA
INTI PATI PERJANJIAN

Perkara 5 – menyatakan mengenai kewajipan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
mendapatkan penggubalan Akta oleh
Parlimen bagi meminda skop imigresen
untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak
serta peruntukan-peruntukan khas seperti
lampiran yang telah
tentu yang dilampirkan bersama-sama
Perjanjian ini akan tertakluk kepada
penggubalan Akta tersebut .

Perkara 6 – menyatakan mengenai Perjanjian
Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama
antara Persekutuan Tanah Melayu dan
United Kingdom pada 1957, kini akan
diperluaskan bagi semua wilayah “Malaysia”
serta kebenaran untuk United Kingdom terus
menggunakan pangkalan-pangkalan tentera
sedia ada, terutamanya di Singapura, seperti
mana dalam lampiran di dalam Perjanjian ini.

15

16 11 PERKARA
INTI PATI PERJANJIAN

Perkara 7 – menyatakan persetujuan membolehkan
Queen membuat perintah mengenai pembayaran
saguhati kepada pegawai dalam perkhidmatan
awam yang berkhidmat, terutamanya di
Borneo Utara dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.
Selain itu, ia turut menyentuh mengenai Perjanjian
Pegawai Awam yang harus ditandatangani oleh
Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Malaysia juga bersetuju memperoleh
persetujuan daripada Kerajaan Sabah, Sarawak
atau Singapura sebelum menandatangani
perjanjian itu.

Perkara 8 – menyatakan mengenai tanggungjawab
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara
dan Sarawak untuk mengambil tindakan
melaksanakan segala syor, jaminan dan aku janji
yang terdapat dalam Bab III dan Lampiran A dan
Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan
yang ditandatangani pada 27 Februari 1963
seterusnya mana ia tidak dinyatakan dalam
Perlembagaan Persekutuan.

17 11 PERKARA
INTI PATI PERJANJIAN

Perkara 9 – menyatakan mengenai keperluan
menjadikan Lampiran J yang berkenaan dengan
Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan dalam
perjanjian ini dijadikan sebagai Perjanjian antara
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan
Singapura.

Perkara 10 – menyatakan mengenai keperluan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan
Singapura dalam menjalankan kuasa-kuasa yang
ada berkenaan siaran radio dan televisyen seperti
mana termaktub di dalam Lampiran K dalam
Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan oleh
Perlembagaan Malaysia.

Perkara 11 – menyatakan mengenai keperluan
Perjanjian ini ditandatangani dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja manakala
setiap lampiran hanyalah dalam Bahasa Inggeris.
Jika kekeliruan berlaku, maka naskhah Bahasa
Inggeris akan digunakan sebagai tafsiran yang
sah.

KUMPULAN 3 SEJARAH 2

SEKIAN

TERIMA KASIH

PERBINCANGAN MENGENAI

KEPENTINGAN KEDUDUKAN
SABAH & SARAWAK


Click to View FlipBook Version