RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1 Tema: Nombor dan Operasi Tajuk: Pola Nombor Standard Kandungan 1.9 Pola nombor. Standard Pembelajaran 1.9.1 Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi. 1.9.2 Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1. Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi. 2. Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Aktiviti Pemulaan Perkenalkan Pola Nombor 1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 2. Guru perkenalkan apa itu pola dengan menggunakan 3 bentuk di papan tulis Guru akan menyoal, apakah pola bentuk yang seterusnya. 3. Seterusnya guru akan menerangkan pula apa itu pola nombor Contoh: 3,2,3,2,3,2 2,4,6,2,4,6,2,4,6 Contoh lain i) Kuiz online https://wordwall.net/ms/resource/19152415/melengkapkan-pola ii) (Buku teks 39) Aktiviti Utama 4. Murid mengesan sesuatu nombor dan menerangkannya.
5. Murid memahami maksud pola corak tertentu dalam satu susunan nombor. 6. Murid mengenal pasti pola nombor menggunakan kad gambar dan melengkapkan pola nombor (petak 100) Aktiviti Penutup 7. Murid melengkapkan latihan yang diberi oleh guru mengikut aras murid
SOALAN ARAS MUDAH
SOALAN ARAS SEDERHANA Kenalpasti nombor rumah yang berikut dan lengkapkan pola nombornya. 1. 2. 3. 4. 12 10 20 ? 8 ? 50 16 ?
SOALAN ARAS TINGGI