Undangan majlis
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera
` Dengan penuh hormat & takzim
seluruh warga SK Sri Tangkak
dijemput untuk sama-sama
menonton siaran langsung
Majlis Jasamu Dikenang
“Terima Kasih Cikgu”
CIKGU MOHD TARMEZE BIN CHE ISMAIL
CIKGU SHAHRUDDIN BIN JAMAL
CIKGU MOHD ROSLAN BIN AHMAD
di Facebook SK Sri Tangkak, Johor
pada ketetapan berikut:
9 Disember 2021
Khamis
10.30 pagi
atUr cara
10.20 PAGI : MURID & GURU MENGAMBIL TEMPAT
10.30 PAGI : FB LIVE BERMULA
10.35 PAGI : PERARAKAN SAMBUTAN
10.40 PAGI : RANTAIAN UCAPAN JASAMU DIKENANG SKeSTa
11.00 PAGI : PERARAKAN MASUK YANG DIRAI KE DALAM DEWAN
11.05 PAGI : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
11.10 PAGI : BACAAN DOA
11.15 PAGI : UCAPAN YDP PIBG
11.20 PAGI : UCAPAN GURU BESAR
11.25 PAGI : PERSEMBAHAN MURID
11.30 PAGI : TAYANGAN VIDEO PERSARAAN &
UCAPAN CIKGU MOHD TARMEZE BIN CHE ISMAIL
12.00 TENGAH HARI : TAYANGAN VIDEO PERSARAAN &
UCAPAN CIKGU SHAHRUDDIN BIN JAMAL
12.30 TENGAH HARI : UCAPAN PERPISAHAN CIKGU MOHD ROSLAN
12.40 TENGAH HARI : PENYAMPAIAN HADIAH
12.50 TENGAH HARI : LAMBAIAN KASIH
1.00 TENGAH HARI : THUMB PRINT AKHIR
1.10 TENGAH HARI : BERSURAI
selamat bersara
1992-2021
Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Dengan ilmu dan perasaan kasih
Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampaikan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan
Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan
Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada
selamat bersara Bak air yang mengalir,
1987-2022 Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, pada seribu liku.
Berdiri melihat denai-denai kenangan
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Yang terkhilaf di maafi,
Yang sesal di insafi,
Yang lebih dibahagi,
Yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durjah gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama
sekolah.
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirehat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra,
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredhaanNya.
-Ghazali Lateh-
salam perpisahan
Kalau tidak kerana unggas,
Tidaklah rosak padi disawah;
Kalaulah tidak kerana tugas
Tidaklah kita akan berpisah.
Tanjung sauh di Pulai Bintan,
Tempat berlabuh orang penyegat;
Berpisah jauh bercerai badan,
Sahabat handai tetap kuingat.
Gunung Bintan lekuk di tengah,
Sayang penyengat kubunya tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi kusanjung kuingat juga.
Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan;
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terima kasih kami ucapkan.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari kepadi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.