The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11833608, 2023-07-02 04:23:55

PROJEK SEJARAH 1

PROJEK SEJARAH 1

BENDERA,LAGU DAN JATA SEBAGAI LAMBANG NEGERI SARAH BINTI MOHAMMAD HELMY 6 DIAMOND Sejarah


MAKSUD Bendera Negeri Perlis Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat". Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya. MAKSUD JATA NEGERI PERLIS


LAGU NEGERI PERLIS Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi yang bermaksud kelapa hanyut. Nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. MAKSUD NEGERI PERLIS INFO LAIN TENTANG NEGERI PERLIS


• Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. • Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. • Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. • Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan. MAKSUD BENDERA NEGERI KEDAH MAKSUD JATA NEGERI KEDAH


MAKSUD NEGERI KEDAH LAGU NEGERI KEDAH INFO LAIN TENTANG NEGERI KEDAH Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam Terdapat juga pendapat yang mengatakan nama Kedah dari ’’Qadah’’bermaksud cawan atau gelas yang berkaki yang kerap dijual oleh pedagang Arab di Alam Melayu


Bendera negeri Pulau Pinang, Malaysia, terdiri daripada tiga jalur menegak sama lebar sama biru muda, putih dan kuning; jalur putih di tengah-tengah mempunyai pokok pinang di atas rumput. Ia didasarkan kepada unsur-unusr yang wujud dalam jata negeri tersebut kurniaan Raja George VI. Bendera ini mula digunakan pada tahun 1957 selepas Pulau Pinang Penang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu Maksud Bendera Negeri Pulau Pinang Ia terdiri daripada suatu perisai berisi gambaran Jambatan Pulau Pinang di atas laut, sambil perisai tersebut dihiasi sebatang pokok pinang. Cogan kata Bersatu dan Setia tertera di bawah perisai jata Majlis Petempatan (Settlement Council) Pulau Pinang Maksud Jata Negeri Kedah


LAGU NEGERI PULAU PINANG INFO LAIN TENTANG NEGERI PERLIS MAKSUD NEGERI PULAU PINANG Nama Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakannya sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah


Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Maksud Bendera Negeri Perak Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan sabit melambangkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi. Bunga padi menggambar sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.


LAGU NEGERI PERAK INFO LAIN TENTANG NEGERI PERAK MAKSUD NEGERI PERAK Dikatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Ada yang mengatakan Nama Perak dikaitkan penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar.


Maksud Bendera Negeri Selangor •Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. •Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor •warna putih malambangkan kesucian agama Islam. •Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. •Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambuwarna. •Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. •Tulisan Jawi yang berwarna Kuning bermaksud Selangor. •Tulisan Jawi yang berwarna Merah "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. •Tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu. Maksud JataNegeri Selangor


LAGU NEGERI PERAK INFO LAIN TENTANG NEGERI SELANGOR Seorang pahlawan yang dalam perjalanan ke utara telah tertewas digangggu seekor langau ketika berehat ditebing sungai. Pahlawan tersebut akhirnya telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan bernama se-langau yang mana lama kemudian menjadi Selangor. Nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat dikawasan pinggir sungai. Pohonnya yang besar dan merimbun di tepi laut boleh dilihat dari jauh. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. MAKSUD NEGERI SELANGOR


Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-Datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Maksud Bendera Negeri Sembilan Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubunganhubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar. Maksud Jata Negeri Sembilan


LAGU NEGERI SEMBILAN INFO LAIN TENTANG NEGERI SEMBILAN MAKSUD NEGERI SEMBILAN Nama Negeri Sembilan dipercayai diperoleh daripada sembilan kawasan petempatan atau "nagari" yang didiami oleh perantau Minangkabau (kini dikenali sebagai luak). Pada masa itu sembilan buah “nagari” yang bergabung adalah:- 1. Sungai Ujong 2. Jelebu. 3. Johol 4. Rembau 5. Inas 6. Kelang 7. Naning 8. Segamat/Pasir Besar 9. Kenaboi (Ulu Pahang)


Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara. Suatu panji merah berekor dua dengan suatu bulan sabit berwarna hitam pernah digambarkan mewakili Kesultanan Melaka (dieja sebagai Malaqua) dalam peta Planisfera Cantino bertarikh tahun 1502.[1][2] Pelbagai warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi. Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Maksud Bendera Negeri Melaka Maksud Jata Negeri Melaka


LAGU NEGERI MELAKA INFO LAIN TENTANG NEGERI MELAKA MAKSUD NEGERI MELAKA Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang apabila berehat di tepi pokok ketika menyaksikan kejadian pelanduk putih kecil menendang anjing buruanya Mengikut sumber Arab, nama Melaka disebut ‘’Malakat’’ yang bermaksud perhimpunanpara pedagang


Warna dan reka bentuk bendera Johor membawa maksudnya yang tersendiri. Warna putih menandakan raja yang memerintah. Bahagian yang berwarna merah bererti hulubalang yang mempertahankan negeri manakala bahagian yang berwarna biru pula bermaksud kerajaan negeri dan rakyat jelata. [1][2][3]Bendera ini telah direka oleh Sultan Sir Abu Bakar dan telah digunapakai pada zaman penubuhan Kesultanan Johor Moden pada tahun 1871. Maksud Bendera Negeri Johor Maksud Jata Negeri Johor Jata Negeri Johor | Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam.15 Nov 2020


INFO LAIN TENTANG NEGERI JOHOR LAGU NEGERI JOHOR Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”. MAKSUD NEGERI JOHOR


Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undangundang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. Maksud Bendera Negeri Pahang Mata cogan yang berbentuk daun kopi itu keseluruhannya berwarna emas termasuk penongkok dan taran. Warna emas itu melambangkan logam emas yang merupakan hasil utama di negeri Pahang pada tahun 1862. Kepercayaan dahulu juga menyatakan bahawa tiada alat yang boleh menahan senjata atau mata senjata yang diperbuat daripada emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi melambangkan bahawa suatu ketika dahulu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah-lembut Merupakan simbolik kepada pemerintahan yang tidak menggunakan kekerasan.


LAGU NEGERI PAHANG INFO LAIN TENTANG NEGERI PAHANG Dalam bahasa Khmer, perkataan 'pahang' bermakna 'timah'. Pada masa dahulu banyak lombong bijih timah diusahakan di Pahang, terutama di sekitar Sungai Tembeling. Mungkin dari perkataan Khmer itulah timbulnya nama Pahang. MAKSUD NEGERI PAHANG


Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri Maksud Bendera Negeri Terengganu Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran. Maksud Jata Negeri Terengganu


LAGU NEGERI TERENGGANU INFO LAIN TENTANG NEGERI TERENGGANU Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di “Taring anu”. Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di “Taring anu”. Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu. MAKSUD NEGERI TERENGGANU


Latar belakang bendera Kelantan yang berwarna Merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri, warna putih bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam. Tombak dan Keris mena ndakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan. Maksud Bendera Negeri Kelantan Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orangorang Melayu Kelantan. Bulan sabit dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam. Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan" Maksud Jata Negeri Kelantan


LAGU NEGERI KELANTAN INFO LAIN TENTANG NEGERI KELANTAN MAKSUD NEGERI KELANTAN Terdapat beberapa teori asal usul nama Kelantan. Satu teori mengatakan bahawa perkataan "Kelantan" berasal daripada perkataan gelam hutam yang diubah suai, iaitu perkataan Melayu untuk pokok Gelam (Melaleucaleucadendron). Teori lain mendakwa bahawa nama Kelantan itu berasal daripada perkataan Melayu iaitu "kilatan".


Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Maksud Bendera Negeri Sarawak Lencana Negeri berupa burung Kenyalang yang menggembangkan sayapnya dengan perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya. Sayapnya mempunyai 13 butir bulu yang melambangkan 13 buah negeri di Malaysia. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan dan kiri kaki burung. Burung Kenyalang ini bertenggek di atas reben yang memaparkan cogan kata "Bersatu, Berusaha, Berbakti". Lencana negeri ini dilancarkan dengan rasminya pada hari yang sama dengan Bendera Negeri yang ada sekarang. Maksud Jata Negeri Sarawak


LAGU NEGERI SARAWAK INFO LAIN TENTANG NEGERI SARAWAK Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai “Sarawak Prosper” menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu “serawak” yang mengandungi belerang dan antimoni. Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni. MAKSUD NEGERI SARAWAK


Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Maksud Bendera Negeri Sabah Maksud Jata Negeri Sabah Jata yang kini digunakan bagi wilayah Sabah telah diperkenalkan secara rasmi pada 16 September tahun 1988. Dua lengan yang memegang Bendera Sabah melambangkan perpaduan dan harmoni antara pelbagai suku kaumnya ke arah kemajuan dan kejayaan. Moto negeri "Sabah Maju Jaya", yang berarti "Jadikan Sabah Makmur".


LAGU NEGERI SABAH INFO LAIN TENTANG NEGERI SABAH Asal-usul nama 'Sabah' dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil " SAING SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat tempatan yang sangat popular. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. MAKSUD NEGERI SABAH


Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dikaitkan dengan muara sungai yang dipenuhi lumpur akibat kegiatan melombong biji timah di Sungai Gombak dan Sungai Klang Nama Putrajaya diambil bersempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu “Putra” manakala perkataan “Jaya bermaksud kemenangan atau menuju ke puncak


Kata 'Labuan' berasal dari kata 'pelabuhan'. Semasa penjajahan British, ia dikenali dengan nama 'Pulau Victoria'. Labuan dahulunya[ merupakan kawasan terpinggir daripada arus pembangunan.


Click to View FlipBook Version