PENCEMARAN BUNYI E-Majalah DDT2S1 SESI II 2023/2024 MPU23032 - PENDIDIKAN ISLAM Alam sekitar Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna. 1234567890 NAMA PENSYRAH: NOLI BINTI KASIM AHLI KUMPULAN: NURUL WADAAH BINTI JAMALUDDIN (13DDT23F1017) NUR AQILAH AMNI BINTI AHMAD HUSNI (13DDT23F1061) NUR IZZAH IZZATIE BINTI MOHD FEIZOL HUZAIRI (13DDT23F1121)
Editor SIDANG REDAKSI Pereka Grafik NURUL WADAAH BINTI JAMALUDDIN (13DDT23F1017) Penulis Ahli Kumpulan NUR AQILAH AMNI BINTI AHMAD HUSNI (13DDT23F1061) NUR IZZAH IZZATI BINTI MOHD FEIZOL HUZAIRI (13DDT23F1121)
ISI KANDUNGAN REDUCE NOISE POLLUTION TO PROTECT YOUR EARS. PENDAHULUAN KESAN-KESAN PENCEMARAN BUNYI OBJEKTIF CARA KURANGKAN PENCEMARAN BUNYI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI ARTIKEL 1. 4. 2. 5. 3. 8. KEEP THE NOISE DOWN OR THE NOISE WILL KEEPUOU DOWN JENIS-JENIS PENCEMARAN BUNYI 6. 9. PENUTUP 10. RUJUKAN
PENCEMARAN BUNYI PENDAHULUAN Pencemaran bunyi adalah antara pencemaran yang tidak diketahui atau tidak dipedulikan oleh rakyat. Ini disebabkan pencemaran ini tidak menjejaskan persekitaran kita secara melampaukalau nak bandingkan dengan pencemaran udara dan pencemaran air. Pencemaran ini berlaku apabila terlalu banyak bunyi yang kuat. Bunyi diukur dalam desibel (db) dengan bunyi paling rendah diukur pada 0 db dan bunyi paling kuat diukur pada 194 db. Sebagai contoh, bunyi guruh selalunya akan berukur pada 120db, suara kicauan burung selalunya akan berukur pada 44 dB dan bunyi dari satu konsert rockakan berukur antara 110 ke 120 dB. Kuala Lumpur terutamanya, antara pencemar bunyi terbesar di Malaysia. Bunyi daripada kereta api, daripada orang berjalan sini sana dan bercakap antara satu sama lain, sekali dengan trafik yang sentiasa ada di bandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran bunyi yang tinggi. Rakyat Malaysia sekarang sudah biasa dengan bunyi yang kuat, tetapi, manusia tidak sepatutnya biasa dengan bunyi yang terlalu kuat. Menurut saintis, bunyi yang lebih daripada 85 dB boleh merosakkan telinga manusia dan masalah kesihatan yang lain. https://pin.it/ljOSl9QkK https://pin.it/5wKpBwQQ8 1
OBJEKTIF 01. Mengenal pasti punca utama pencemaran bunyi seperti lalu lintas, pembangunan industri, dan aktiviti manusia lain. 02. Memperkenalkan teknologi yang lebih bersih dan senyap dalam industri dan pengangkutan. 03. Menggalakkan kesedaran masyarakat tentang kesan buruk pencemaran bunyi terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia serta haiwan. 04. Menyusun polisi dan peraturan yang ketat untuk mengawal dan mengurangkan aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran bunyi. 05. Membangunkan kawasan hijau dan ruang terbuka yang dilindungi untuk mengurangkan impak bunyi dari pembangunan bandar. 2
Sebenarnya,punca utama masalah pencemaran bunyi berlaku adalah sikap masyarakat sendiri,masyarakat sering pentingkan diri sendiri daripada menjaga kedamaian masyarakat. Sesetengah orang suka membuka radio, tv dan alat hiburan yang lain dengan sangat kuat sehingga mengganggu orang lain. Ada pula yang bercakap dengan nada yang agak tinggi. Walaupun perkara ini agak remeh,tetapi sebenarnya perkara ini adalah punca utama yang menghasilkan pencemaran bunyi tersebut. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI Bunyi jet sememangya agak kuat,apa yang kita sedia maklum,jet memerlukan enjin yang amat berkuasa tinggi untuk terbang dan menjalankan operasinya.Selain itu,sesetengah kereta dan motor yang ada di jalan raya, diubah suai oleh pemiliknya untuk menjadikan bunyinya amat kuat,ini adalah punca utama kebisingan di jalanraya selain daripada bunyi hon dan enjin kereta itu sendiri. Bunyi kenderaan dan jet Bunyi dari kawasan binaan dan kuari Bagi kawasan-kawasan yang membangun,bunyi bising dari aktivitiaktiviti pembinaan jelas terasa,ini dapat dirasa apabila mereka menggunakan jentera yang besar untuk menyiapkan sesebuah binaan.Bagi yang tinggal di kawasan kuari pula,bunyi yang agak kuat sudah biasa didengari oleh orang tempatan kerana kuari menggunakan bahan letupan untuk memecahkan bongkah batu yang besar. Tabiat masyarakat https://pin.it/1sJHdcXTL https://pin.it/6uLpoUj0v https://pin.it/1sJHdcXTL BUATAN 3
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI Bunyi-bunyian dari binatang seperti burung berkicau, serangga yang berdesing, atau mamalia yang bersuara boleh menjadi pencemar bunyi, terutamanya di kawasan yang subur dengan flora dan fauna yang pelbagai. Bunyi-bunyian ini adalah sebahagian daripada kehidupan di alam semula jadi dan memainkan peranan penting dalam komunikasi, pemerolehan makanan, dan pengawasan wilayah. Contohnya, burung sering berkicau untuk menarik pasangan atau menegakkan hierarki sosial, sementara serangga mungkin menghasilkan bunyi untuk memikat pasangan atau memberi amaran kepada pemangsa. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, bunyi-bunyi ini boleh menjadi gangguan, terutamanya apabila telalu banyak atau berterusan dalam tempoh yang panjang. Fenomena alam yang melibatkan kilat dan petir menghasilkan bunyi gemuruh yang kuat, terutamanya semasa cuaca ribut. Bunyi ini berpunca daripada kilat yang menyerang dan memanaskan udara di sekelilingnya dengan sangat cepat, mengakibatkan ekspansi udara secara tiba-tiba dan mencipta gelombang bunyi yang kita dengar sebagai guruh. Bunyi ini boleh berlaku dalam pelbagai intensiti, dari bunyi redup sehingga bunyi yang sangat kuat dan menggelegar, dan ia sering kali menimbulkan rasa kagum atau ketakutan dalam manusia. Bunyi Binatang Bunyi Guruh Letusan Gunung Berapi Aktiviti letusan gunung berapi boleh menghasilkan bunyi ledakan yang sangat kuat dan berterusan, disertai dengan bunyi pergerakan tanah dan batu yang berat. Ketika gunung berapi meletus, tekanan gas dan magma yang dilepaskan secara tiba-tiba boleh mencipta ledakan yang sangat dahsyat, menyebabkan suara ledakan yang berdentum yang boleh didengar dari jauh. Selain itu, pergerakan besar-besaran tanah, batu, dan debris akibat aliran piroklastik atau lahar juga menghasilkan bunyi pergerakan yang menggelegar. Bunyi-bunyi ini sering dianggap menakutkan kerana mereka sering menjadi petanda bahaya dan kehancuran yang berpotensi. https://pin.it/1ACwaJGeY https://pin.it/GAc3En0rFY https://pin.it/1ACwaJGeY SEMULA JADI 4
KESAN-KESAN PENCEMARAN BUNYI Pendedahan kepada bunyi yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah, terutamanya jika pendedahan tersebut berterusan. Penyelidikan menunjukkan bahawa tekanan darah yang tinggi boleh berlaku dalam jangka masa pendek atau panjang akibat pendedahan kepada bunyi yang berlebihan. Bunyi yang kuat dan berterusan boleh mencetuskan ketegangan pada sistem kardiovaskular. Pendedahan yang berpanjangan kepada bunyi yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung seperti serangan jantung, aritmia, dan penyakit koronari. Tekanan darah tinggi Sakit jantung Pendedahan berterusan kepada bunyi yang kuat boleh merosakkan telinga dan menyebabkan masalah pendengaran. Bunyi yang melebihi ambang batas keselamatan boleh merosakkan sel-sel pendengaran dalam telinga, menyebabkan penurunan pendengaran atau kehilangan pendengaran sepenuhnya. Masalah pendengaran (Pekak) Pendedahan kepada bunyi yang tinggi boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada telinga, terutamanya jika bunyi tersebut berterusan atau dalam kekerapan yang tinggi. Sakit telinga yang berterusan boleh mengganggu aktiviti harian dan menyebabkan tekanan emosi. Sakit telinga 5
KESAN-KESAN PENCEMARAN BUNYI Pencemaran bunyi yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan psikologi yang serius, termasuk gangguan mental seperti gangguan stres post-trauma (PTSD) dan gangguan tidur. Bunyi yang berterusan atau mengganggu boleh mencetuskan reaksi emosi yang kuat dan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius. Bunyi yang berterusan atau terlalu kuat boleh mengganggu proses tidur dan menyebabkan gangguan tidur seperti insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Gangguan tidur yang berpanjangan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan secara keseluruhan, termasuk penurunan daya tumpuan, penurunan prestasi kerja, dan peningkatan risiko masalah kesihatan lain. Sakit jiwa Gangguan Ketika Tidur Pencemaran bunyi yang berpanjangan boleh menyebabkan gangguan emosi seperti kegelisahan, kemurungan, dan stres. Bunyi yang tidak diingini boleh mengganggu keserasian emosi seseorang dan menyebabkan ketidakselesaan mental. Gangguan emosi dan mental Bunyi yang kuat atau mengganggu boleh mencetuskan sakit kepala, terutamanya jika seseorang terdedah kepada bunyi tersebut dalam tempoh yang lama. Bunyi yang berpanjangan atau mendadak boleh meningkatkan ketegangan otot di kepala dan leher, yang boleh menyebabkan sakit kepala tegang atau migrain. Sakit Kepala 6
Ramai yang tak tahu bahawa dengan memperbanyakkan perabot di rumah pun boleh mengurangkan bunyi yang terhasil daripada rumah tau! Ketebalan bahan yang digunakan dalam penghasilan karpet, kusyen, permaidani dan langsir dalam rumah anda pun berpotensi untuk menyerap bunyi. Seperti yang kita tahu, bunyi akan terpantul dari permukaan yang keras. Jadi, fungsi bahan seperti karpet adalah untuk merendam semula pantulan tersebut supaya tak bergema yang menyebabkan kebisingan. CARA KURANGKAN PENCEMARAN BUNYI Bunyi bising masih boleh tembus melalui ruang pintu dan tingkap. Apa yang anda boleh buat adalah dengan memasang door draft protector atau weatherstrips untuk menutup celah pintu dan tingkap.Dua benda ini boleh juga kurangkan bunyi bising yang terhasil apabila kita buka dan tutup pintu tersebut.Tak nak belanja lebih? Anda boleh guna kain tebal yang kalis bunyi untuk menutup semua lubang yang ada dekat pintu atau gunakannya sebagai langsir pada bahagian tingkap.Cara lainnya, tukar saja tingkap kaca anda tu kepada tingkap plastik dan pintu anda yang berukir tu kepada pintu dengan permukaan biasa je sebab bunyi lebih mudah untuk tembus pada ruang yang nipis seperti lekukan. Buat penebat bunyi Guna lebih banyak karpet, kusyen, permaidani dan langsir 7
Pintu dan tingkap yang tidak rapat boleh menjadi sumber masuk bunyi dari luar. Oleh itu, dengan memasang getah kalis bunyi di sekeliling pintu dan tingkap, serta menggantikan kaca dengan kaca berlapis atau berongga, penyebaran bunyi dari luar rumah dapat dikurangkan secara berkesan. Perbaiki pintu dan tingkap CARA KURANGKANPENCEMARANBUNYI melaksanakan penguatkuasaan undangundang untuk mengawal aktiviti bunyi yang berlebihan seperti bunyi dari kenderaan atau pembinaan. Penguatkuasaan undangundang seperti had bunyi untuk kenderaan atau peraturan pembinaan dapat membantu mengurangkan pencemaran bunyi di kawasan awam. Selain itu, penegakan undang-undang yang ketat terhadap aktiviti yang menghasilkan bunyi berlebihan, seperti acara hiburan atau pembinaan, dapat membantu menjaga keselesaan penduduk dan mencegah gangguan terhadap kehidupan harian mereka. Dengan mengambil langkahlangkah ini secara serius, kita dapat mencipta persekitaran yang lebih harmoni dan mengurangkan kesan buruk pencemaran bunyi terhadap kesejahteraan kita. Penguatkuasaan undang-undang RAISE YOUR VOICE AGAINST NOISE POLLUTION! BE SOUND, DO NOT POLLUTE 8
New Article Pencemaran bunyi memberi kesan negatif kepada manusia secara berbeza bergantung penerimaan seseorang individu. Bunyi yang kurang daripada 75 desibel (db), kebiasaannya tidak menimbulkan permasalahan terhadap sistem pendengaran, hanya bunyi melebihi 85db berulang kali dalam masa 8 jam sehari dalam tempoh jangka masa panjang berupaya menyebabkan kehilangan pendengaran secara sementara atau kekal. Kebanyakan individu tidak menyedari mereka mengalami masalah pendengaran kerana ia berlaku secara beransur-ansur tanpa sebarang kesakitan. Kajian menunjukkan 76 peratus tentera yang berkhidmat pada zaman komunis mengalami masalah pendengaran yang teruk pada usia tua akibat daripada kesan bunyi tembakan, bom, meriam dan pesawat semasa berada di medan perang membuktikan pencemaran bunyi adalah berbahaya. DR HALIZA ABDUL RAHMAN 16 FEB 2021 12:22 AM TERDAPAT kalangan kita mengambil kesempatan mengubahsuai rumah tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Kerja pengubahsuaian tersebut menghasilkan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Pencemaran bunyi dikategorikan sebagai satu bentuk gangguan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran bunyi berada di kedudukan ketiga pencemaran alam sekitar yang paling berbahaya selepas udara dan air. Namun, bentuk pencemaran ini kurang diberi perhatian kerana tidak boleh dikesan dengan mata kasar. Pada tahun 2017 sahaja, Jabatan Alam Sekitar menerima 132 aduan berhubung isu pencemaran bunyi menunjukkan tahap kesedaran masyarakat mengenai permasalahan kebisingan yang semakin meningkat. AWAS KEBISINGAN BERTERUSAN https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/124055 9
New Article Kajian juga menunjukkan peningkatan masalah pendengaran kalangan remaja dalam tiga dekad terkini. Dianggarkan 17 peratus remaja berumur 12 hingga 19 tahun mempunyai ciri-ciri masalah pendengaran (NIHL) yang berpunca daripada aktiviti sukan seperti menembak, mendengar alat pemain lagu (MP3) dengan bunyi kelantangan yang tinggi, bermain dalam kumpulan muzik dan menghadiri konsert secara berterusan. Gangguan Tekanan emosi dan gangguan psikologi juga boleh berlaku kepada individu yang mengalami gangguan kebisingan berterusan antaranya hilang kawalan serta gagal berfikir dengan baik seterusnya membawa kemerosotan prestasi. Bunyi keterlaluan turut mengganggu waktu rehat dan tidur seseorang yang meningkatkan ketegangan saraf dan otot, kegelisahan, mudah tersinggung, cepat marah dan kemurungan yang meningkatkan potensi menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular serta darah tinggi. Malah, bunyi yang kuat boleh memberi kesan negatif lebih ketara kepada kesihatan kanak-kanak. Lebih 20 kajian melaporkan kesan bunyi bising kepada prestasi akademik kanak-kanak, antaranya terhadap pendengaran, gangguan tidur dan kesan somatik (tekanan darah tinggi dan perubahan hormon disebabkan tekanan). Kesan lain termasuklah perubahan psikososial yang menyebabkan fungsi kognitif terjejas membabitkan keupayaan membaca, memori jangka panjang, perhatian dan motivasi. Bagi wanita hamil, pendedahan kepada bunyi bising yang keterlaluan dan getaran boleh menyebabkan peningkatan risiko kehilangan pendengaran pada bayi, kelahiran pramatang dan merencatkan pertumbuhan janin. Pendedahan bunyi bising kepada bayi pramatang (di unit rawatan rapi neonatal 24 jam) yang mempunyai organ pendengaran dan sistem visual atau sistem saraf yang kurang matang didapati menyebabkan masalah pendengaran serta gangguan tidur yang penting untuk tumbesaran normal mereka. Pengawalan pencemaran bunyi adalah melalui kaedah perundangan dan kawalan teknikal. Melalui penguatkuasaan undang-undang, banyak sumber-sumber pencemaran bunyi dapat dikurangkan terutamanya bunyi bising daripada kenderaan bermotor, industri dan sektor pembinaan. * Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman ialah Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia 10
JENis-JENis pencemaran bunyi Kebisingan selari (<3db). Gelombang bunyi bergetar dengan perlahan seperti suara orang berbisik. contoh: -Bising di pasar 01 KEBISINGAN SELENJAR Kebisingan yang terletak di antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah (3dB). contoh: -Bunyi enjin -Suara bercakap KEBISINGAN FLUKTASI 02 Apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. contoh: -Menggergaji kayu KEBISINGAN SELANG-SELI 04 Bunyi yang lebih intensi (≥ 80dB) dalamtempoh yang lebih singkat. contoh: -Letupan -Hentakan bowling HETAKAN IMPULS 03 11
EARTH22 APRIL, 2024 DAY HARI BUMI IALAH ACARA TAHUNAN PADA 22 APRIL UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN TERHADAP PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR. PERTAMA KALI DIADAKAN PADA 22 APRIL 1970, IA KINI MERANGKUMI PELBAGAI ACARA YANG DISELARASKAN SECARA GLOBAL OLEH EARTHDAY.ORG (DAHULUNYA RANGKAIAN HARI BUMI) TERMASUK 1 BILION ORANG DI LEBIH 193 NEGARA. 12
PENUTUP Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar. Masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran . 13
RUJUKAN https://www.google.com/urlq=https://www.sinarharian.com.my/ampArticle /124055&sa=U&ved=2ahUKEwjbndHi0PWFAxVtcmwGHSQIDmkQFnoECBcQAQ &usg=AOvVaw2p1KcItukQJyZbLz3B3VqL [5 May 2024] https://katamalaysia.my/environment/pencemaran-bunyi-di-malaysia/ [ 5 May2024] https://images.app.goo.gl/h2ph588GX66jthSB7 [6 May 2024] https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/pencemaranbunyi-gangguan-jiran-42257 [6 May 2024] https://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaranbunyi/kesimpulan/ [6 May 2024] https://fliphtml5.com/yiovx/fkdw/E-MAJALAH_%28ALAM_SEKITAR%29/ [5 May 2024] SUMBER INTERNET 14