INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP
-KERJA KURSUS -
KURSUS: KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS : GKEB1072
KANDUNGAN: Bahagian A: Penghasilan Produk
i. Bahagian B: Penulisan Akademik
ii.
Nama Guru Pelatih : NURUL MARSYAQIN BINTI KASMAR
No. Kad Matrik : P21074348
Kumpulan : PPISMP BMSK1/BMSK2
Ambilan :JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Semester/Sesi : 1/September 2021
No. Telefon Bimbit : 01131689431
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah Kursus : Hj Bustam Bin Daman
Markah : 40% 40% Jumlah
KRITERIA Penghasilan Produk Penulisan ( 80 %)
Akademik
Pemeriksa 1
Pemeriksa 2
A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.
Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 8.11.2021
B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
KANDUNGAN
Muka surat
1 Pengenalan.................................................................................................................... 1
1.1 Kemahiran membaca dan membuat nota ............................................................... 1
1.2 Teknik membaca .................................................................................................... 1
1.3 Kaedah membuat nota............................................................................................ 2
2 Kepentingan................................................................................................................... 2
3 Justifikasi pemilihan alat pemikiran ................................................................................ 3
4 Penutup ......................................................................................................................... 3
5 Rujukan ......................................................................................................................... 4
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah tuhan
semesta alam. Pertama sekali, ingin saya panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT yang
telah mengurniakan nikmat kesihatan untuk melaksanakan dan menyelesaikan kerja kursus
ini. Selain itu, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Seterusnya, jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan
banyak sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus
ini. Di samping itu, tidak lupa juga kepada pensyarah saya, Encik Bustam bin Daman kerana
beliau telah memberi banyak ilmu dan penerangan berkaitan dengan kerja kursus ini.
Akhir kata, sekali lagi ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang
terlibat dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini.
1 Pengenalan
1.1 Kemahiran membaca dan membuat nota
Menurut Abdul Rashid Jamian (2011), salah satu sumber utama untuk memperoleh ilmu
pengetahuan adalah dengan melalui proses membaca. Berdasarkan pernyataan tersebut
dapat disimpulkan bahawa individu yang menguasai kemahiran membaca berupaya untuk
meningkatkan lagi ilmu dan menambahkan lagi pengalaman baharu melalui bahan yang
dibaca tersebut. Selain daripada itu, membuat nota dapat didefinisikan sebagai menulis atau
mencatat sesuatu di atas kertas atau pada buku. Nota merujuk kepada satu catatan yang
dihasilkan secara ringkas dan padat.
1.2 Teknik membaca
Kemahiran membaca dapat dibahagikan kepada dua teknik atau kaedah pembacaan.
Misalnya, teknik pembacaan cepat dan teknik pembacaan perlahan.
Teknik pembacaan cepat merujuk kepada proses pembacaan yang berlaku dalam
tempoh masa yang singkat dan pantas. Sebaliknya, teknik pembacaan perlahan membawa
maksud pembacaan yang dilakukan dengan lebih teliti dan mengambil masa yang agak lama.
Tambahan pula, kedua teknik ini masing-masing terbahagi kepada dua lagi cara pembacaan
seperti yang terdapat pada Rajah 1 dan 2.
Skimming Pembacaan Scanning
Cepat
Rajah 1 Teknik pembacaan cepat.
SQ3R Pembacaan KWLH
Perlahan
Rajah 2 Teknik pembacaan perlahan.
1
1
1.3 Kaedah membuat nota
Sebagaimana yang sedia maklum mengambil nota merupakan aktiviti menulis atau mencatat
sesuatu di atas kertas. Sehubungan dengan itu, terdapat lima kaedah yang boleh dipelajari
dan diaplikasikan oleh pelajar dalam membuat suatu catatan atau nota.
Kaedah Kaedah
Cornell Rangka
Kaedah
Kaedah Kaedah
Pemetaan Carta
Kaedah
Ayat
Rajah 3 Kaedah membuat nota.
2 Kepentingan
Antara kepentingan kemahiran membaca ialah untuk memperoleh dan menambahkan lagi
ilmu pengetahuan seseorang individu mengenai sesuatu perkara sedia ada atau baharu.
Menurut Najib Abdul Aziz (2008), gerak balas atau pendedahan akan diberi oleh pembaca
terhadap bentuk-bentuk grafik pada suatu bahan bacaan. Berdasarkan pernyataan penulis
berlakunya gerak balas apabila pembaca telah memperoleh ilmu pengetahuan terhadap suatu
bahan bacaan yang telah dibaca. Selain itu, kepentingan yang lain ialah dapat meningkatkan
lagi kecekapan individu dalam membaca. Misalnya, dapat membaca dengan pantas tetapi
memahami keseluruhan isi yang dibaca dan mendapatkan maklumat yan sahih berdasarkan
cara pembacaan yang teliti.
Seterusnya, kepentingan membuat nota pula ialah agar individu atau pelajar lebih
mudah mengingat pembelajaran atau topik yang dipelajari. Hal ini kerana bentuk nota yang
ringkas dan padat menjadikan seseorang lebih mudah mengingatinya. Justeru, nota-nota
yang dibuat dalam apapun jenis kaedah mampu digunakan atau diaplikasikan oleh pelajar
semasa mengulangkaji suatu pelajaran. Oleh hal yang demikian, pelajar mampu belajar
dengan lebih efektif.
2
2
3 Justifikasi pemilihan alat pemikiran
Salah satu alasan saya memilih jenis alat pemikiran peta i-Think, iaitu peta buih ialah alat
pemikiran ini mampu merangsang kemahiran berfikir seseorang pelajar menjadi lebih kreatif,
kritis serta inovatif. Peta pemikiran i-Think merupakan unsur yang penting bagi menjana
pemikiran dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan (Chew, F. P., et al 2021).
Selain itu, melalui penggunaan peta i-Think pelajar berupaya mengingat fakta penting
dengan mudah. Hal ini demikian kerana bentuk-bentuk grafik yang diaplikasikan dalam alat
pemikiran ini tidak terlalu kompleks serta mudah untuk difahami.
Justifikasi lain pemilihan peta i-Think ialah mewujudkan suasana yang menyeronokkan
semasa belajar (Roselizam Daud., et al 2020). Hal ini tercetus apabila wujudnya minat pelajar
untuk membaca. Kepelbagaian jenis bentuknya yang mampu menarik minat pembaca.
Misalnya, dalam bentuk peta buih, peta bulatan, peta pokok dan lain-lain.
Di samping itu, penggunaan alat pemikiran ini mampu memudahkan pemahaman
maklumat. Maka, penggunaan alat pemikiran ini amat digalakkan untuk mencapai tujuan
pembelajaran yang lebih berkesan pada masa akan datang.
4 Penutup
Secara keseluruhannya, saya dapat mempelajari serta memahami topik berkaitan dengan
kemahiran membaca dan membuat nota dari segi teknik pembacaan serta kaedah yang
terdapat dalam membuat nota. Berdasarkan kemahiran membaca terdapat dua teknik
pembacaan yang telah saya pelajari seperti pembacaan cepat dan pembacaan lambat.
Manakala, terdapat lima kaedah dalam membuat nota yang perlu diketahui seperti kaedah
cornell, rangka, pemetaan, carta dan ayat. Kesimpulannya, melalui tugasan dan produk yang
saya laksanakan dan hasilkan ini saya dapat memperoleh ilmu berkaitan dengan topik ini
secara meluas lagi berdasarkan sumber-sumber yang telah saya rujuk.
3
3
5 Rujukan
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),
1-12.
Chew, F.P., et al (2021). Pengetahuan, kesediaan dan sikap pelajar terhadap peta pemikiran
i-Think dalam pembelajaran komsas dalam bahasa melayu di sekolah menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 15-25.
Naimah Yusoff., et al (2011). Kemahiran bacaan awal bahasa melayu prasekolah. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Rohaidah Yusop dan Zamri Mohamod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran i-Think dalam
meningkatkan penulisan bahasa melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 5(2), 31-37.
Roselizam Daud., et al (2020). Keberkesanan peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). International Social Science and Humanities
Journal, 3(1), 64-78. http://journal.al-qiyam.net/index.php/my1/article/view/49/43
Zikri zabhi., et al (2019). Penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen komsas
tingkatan 5. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 47-45.
4
4