KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 2021 TAJUK : BANGUNAN-BANGUNAN TINGGALAN TAMADUN ROM NAMA PENUH : PAVEIIN A/L PREMAN KELAS :1A1 TP : BIL. SENARAI MARKAH PENUH MARKAH MURID 1 Perancangan 8 2 Proses awal 10 3 Kerangka kasar penulisan 10 4 Pengenalan 10 5 Ciri-ciri reka bentuk bangunan menara condong 10 6 Sumbangan menara condong kepada masyarakat setempat 15 7 Usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi mengekalkan bangunan-bangunan warisan sejarah supaya terus terpelihara 15 8 Rumusan 10 9 Rujukan 8 10 Penilaian umum 4 JUMLAH BESAR 100
Bil Tajuk Muka surat 1. Pengenalan 1 2. Latar belakang pembinaan Seni bina Tamadun Rom 2-4 3. Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah 5-6 4. Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah 7-8 5. Mengapa bangunan kini bertahan sehingga kini 9 6. Rumusan 10 7. Sumber rujukan 11 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH 2020
BANGUNAN BANGUNAN TINGGALAN TAMADUN ROM 1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK BIL. TARIKH PERKARA CATATAN 1. 12/10/2021 Memuat turun soalan tugasan yang diberikan oleh guru melalui aplikasi Whatsapp. 2. 14/10/2021 Menerima taklimat guru daripada mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan. 3. 19/10/2021 Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk sebagai persediaan awal. 4. 21/10/2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan. 5. 22/10/2021 Menulis kerangka kasar penulisan. 6. 26/10/2021 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas. 7. 28/10/2020 Menulis pengenalan bangunan bersejarah. 8. 29/10/2020 Menulis penerangan mengenai struktur bangunan/binaan. 9. 2/11/2021 Menulis sebab bangunan/binaan tersebut dibina. 10. 4/11/2021 Menulis kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. 11. 5/11/2021 Menulis langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. 12. 6/11/2021 Menulis rumusan yang merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan tugasan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif kajian bagi tugasan Sejarah saya iaitu Bangunan bersejarah : 1) Mengenal pasti bangunan bersejarah seni bina Tamadun Rom . 2) Mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan bersejarah. 3) Memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada masa dahulu dan masa kini. 4) Mengenali peranan pihak terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. 5) Mengetahui apakah kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. 6) Mempelajari cara dan kaedah mencari maklumat dalam kajian sejarah. 1.4 KAEDAH KAJIAN 1) Kaedah Temubual ❖ Saya sendiri telah pergi menemubual seorang pakar sejarah bagi menerangkan bagi mendapatkan pandangannya, seorang guru yang telah menjadi guru selama tempoh 40 tahun bercerita tentang pengalamannya di era 60 an, 70an, 80 dan 90an serta seorang lagi guru yang masih lagi mengajar bagi mendapatkan situasi sistem pendidikan hari ini 2) Kaedah Rujukan ❖ Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi pencarian di internet; bahan bacaan di perpustakaan majalah dan juga dokumen bagi mendapatkan fakta yang sahih dan tepat.
3) Kaedah Pemerhatian ❖ Saya ada tonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan tambahan bagi melihat hasil bangunan tamadun Rom. 4) Kaedah Internet ❖ Portal Mypt3.com telah menjadi sumber rujukan saya untuk menambah bahan kajian untuk dijadikan rujukan tambahan dalam tugasan sejarah ini 5) Kaedah tunjuk ajar Guru Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cikgu Adillah telah meningkatkan kualiti hasil kajian kes sejarah tingkatan 1 saya kali ini. 2.1 PROSES MENGUMPUL MAKLUMAT a) Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 Nama pengarang : Mohd bin Samsudin Azharudin bin Mohamed Dali Sharifah Afidah binti Syed Hamid Tahun terbit : 2016 Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN BIL TUGASAN BUTIR 1. Pengenalan Definisi bangunan bersejarah. Menceritakan latar belakang kemunculan Tamadun Rom dan seni bina tamadun Rom. Menyatakan contoh-contoh seni bina tamadun Rom. 2. Latar belakang pembinaan Colosseum Menceritakan asal usul bangunan tersebut. Pengasas bangunan dan tarikh pembinaan. Sejarah pembinaan bangunan. 3. Struktur bangunan Reka bentuk bahagian hadapan dan bahagian dalam bangunan binaan. iri iri reka entuk seni ina ama un om Bahan binaan. Cara pembinaan. 4. Tujuan bangunan dibina Menyatakan tujuan asal bangunan dibina. Kegunaan dahulu bangunan. 5. Cadangan langkah-langkah memelihara & memulihara bangunan Merupakan tanggungjawab rakyat. Menyatakan peranan kerajaan. Agensi-agensi kerajaan. Menyatakan sebab bangunan seni bina kekal sehingga kini. 6. Rumusan Memberi pengetahuan. Memupuk nilai-nilai patriotism. Menyatakan harapan yang relevan. 7. Rujukan Berdasarkan buku teks Sejarah Tingkatan 1 Internet Artikel jurnal ( dari internet ) 8. Penilaian umum Memupuk semangat patriotik dan cinta akan warisan bangsa. Menghargai dan berbangga dengan sejarah seni bina negara asing.
3.1 PENGENALAN Jabatan Warisan Negara (2009) mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai satu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambungan yang disebabkan oleh seni binanya, kehomegenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains. Sementara itu, Fielden (2000) pula mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai sebuah bangunan yang dapat memberi kita perasaan kagum dan menjadikan kita ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya. Beliau turut menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata lain, sesebuah bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ia mempunyai nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomi, sosial, politik, rohani dan simbolik. Latar Belakang Kemunculan Tamadun Rom Empire Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang otokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai “Augustus”) menewaskan pesaingnya, Mark Antoniy dan secara beransur-ansur melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi (empayar Rom). Seni bina Tamadun Rom Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. Orang Rom membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika. Setiap bangunan mempunyai kegunaan yang khusus. Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang beribawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka serta meyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan.
2 3
SEJARAH PANTHEON Dalam bahasa Latin dan Yunani, pantheon berarti “kuil semua dewa”.Marcus Vipsanius Agrippa, seorang diplomat dan jenderal, membangun Pantheon pada tahun 27 SM. Pantheon dibangun untuk memperingati kemenangan tentara Octavianus dalam Pertempuran Actium yang berlangsung pada tanggal 2 September 31 SM. Pertempuran ini terjadi antara tentera Oktavianus melawan pasukan gabungan Mark Antony dan Cleopatra. Pantheon yang dibangun oleh Agrippa yang hancur pada tahun 80 M akibat kebakaran besar. Pantheon yang masih bertahan hingga kini merupakan struktur yang dibangun kembali pada tahun 125 M oleh Kaisar Hadrian. Hadrian memberikan kredit kepada Marcus Agrippa dengan ukiran “Dibuat oleh Marcus Agrippa, anak Lucius, pada masa jabatan konsul ketiga” di pintu masuk Pantheon. Sejarawan menganggap Pantheon adalah tempat pemujaan karena merupakan tempat semua dewa dan dewi Romawi kuno.
CIRI-CIRI PANTHEON Pantheon merupakan binaan berkubah terbesar di dunia. Di bahagian hadapan Pantheon, terdapat tiang-tiang kukuh. Atap Pantheon pula merupakan kubah bersaiz besar dengan diameter 43 meter. Dinding Pantheon pula dibina daripada batu-bata yang dilepa dengan simen. Puncak Pantheon mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13 meter lebar yang membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan dalam binaan ini. BAHAGIAN HADAPAN AMFITEATER BAHAGIAN DALAM AMFITEATER
SEJARAH AMFITEATER Amfiteater ataupun dikenali sebagai Colosseum mini merupakan gelanggang terbuka yang digunakan untuk persembahan seni, pertunjukan dan gladiator. Terdapat kira kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom. Rom menjadi bukti nyata tentang pengaruh dan cara hidup masyarakat zaman ini yang menggemari aktiviti di luar.
CIRI-CIRI AMFITEATER Amfiteater berbentuk lingkaran. Terdapat pelbagai amfiteater di seluruh empayar Rom yang mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza. Amfiteater yang terkenal termasuklah amfiteater di El Djem, Tunisia yang boleh memuatkan 16 000 orang dan di Arles, Perancis yang boleh memuatkan 20 000 orang.
BAHAGIAN HADAPAN AKUEDUK FUNGSI AKUEDUK Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam empayar Rom. Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan. BAHAGIAN HADAPAN AKUEDUK
SEJARAH AKUEDUK Sistem perancangan dan pengawalan air yang sistematik yang melambangkan teknologi dan kejuruteraan Rom. Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312SM dengan panjangnya 16 kilometer. Marcus Agrippa merupakan antara jurutera Rom yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19SM. Akueduk dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap aspek mutu sumber air yang ada, aliran air dan lokasinya. Akueduk yang termasyhur ialah Pont Du Gard di Perancis yang mempunyai tiga tingkat.
JALAN RAYA ROM SEJARAH JALAN RAYA ROM Jalan raya mula dibina pada tahun 500SM dengan tujuan untuk menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan pergerakan tentera serta sebagai sistem pengangkutan. Oleh
sebab matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera, jalan raya tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan menggunakan batu besar, batu kecil dan batu kerikil supaya tahan dan kuat menahan beban serta pergerakan pasukan tentera. CIRI -CIRI JALAN RAYA ROM Luas jalan raya ini biasanya empat kaki (1.3 meter) tebal dan 20 kaki (6.7 meter) lebar. Terdapat batu tanda bagi menunjukkan jarak satu kawasan dengan kawasan lain. Di tepi jalan raya dibina longkang bagi mengalirkan air agar tidak bertakung di atas jalan raya. TEMBOK PERTAHANAN
TUJUAN TEMBOK PERTAHANAN Pembinaan tembok pertahanan bertujuan untuk melindungi bandar, pekan atau penempatan lain daripada penceroboh yang berpotensi Tamadun Rom daripada serangan musuh. Tembok ini juga menjadi pemisah antara kawasan yang bukan wilayah Rom.
SEJARAH TEMBOK PERTAHANAN Seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun 100 M dengan menggunakan batu yang disusun memanjang serta mencapai ketinggian sehingga lima meter. Selain itu, terdapat beberapa kubu kecil yand dikenali sebagai milecastel dalam jarak sebatu (1.6 kilometer) setiap satu. Kubu kecil ini menempatkan tentera yang mengawal tembok tersebut. Tembok terkenal di tembok Hadrian di Britain yang dibina pada tahun 122M oleh Maharaja Hadrian.
CIRI-CIRI TEMPAT MANDI AWAM Mereka yang hendak menggunakan tempat mandi awam akan dikenakan bayaran tertentu. Tempat mandi awam ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tandas, ruang mandi, ruang untuk mengurut, perpustakaan, bilik berehat dan bersenam. Ruang mandi pula mempunyai bahagian yang berasingan, iaitu mandi air panas, sejuk, suam serta berwap. Tempat mandi ini boleh memuatkan sehingga 1500 orang pada satu -satu masa. SEJARAH TEMPAT MANDI AWAM
Orang Rom percaya mandi penting untuk kebersihan dan kesihatan serta melambangkan kehidupan bertamadun. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, orang Rom membina tempat mandi awam yang boleh digunakan oleh setiap orang. Antara tempat mandi awam yang terkenal termasuklah Caracalla di Rom yang didirikan pada abad ketiga Masihi oleh Maharaja Caracalla.
3.3 KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.
3.4 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH Bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara oleh semua pihak. Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Peranan ibu bapa Ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke tempat-tempat yang menarik termasuk melawat bangunan bersejarah agar anakanak dapat melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka. • Ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menghargainya. Peranan pihak sekolah • Pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah dalam kalangan murid-murid. • Pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid sempena menyambut Bulan Kemerdekaan Negara di peringkat sekolah. • Kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenali bangunan bersejarah dengan lebih dekat. Peranan media massa • Media massa sama ada media cetak atau media elektronik perlu membuat dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah sebagai tatapan generasi akan datang.
RUJUKAN INTERNET ❖ Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat. Melalui beberapa laman sesawang saya dapat memuat turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini sebagai rujukan tambahan. BIMBINGAN GURU MATA PELAJARAN SEJARAH ❖ Tanpa bimbingan guru Sejarah saya iaitu Cikgu Afif bin Roslan, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan kajian yang telah diberikan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. BUKU ILMIAH SEJARAH TINGKATAN SATU ❖ Dalam menyediakan tugasan ini juga saya tidak lupa untuk merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu dan bahan-bahan rujukan yang lain bagi memastikan fakta yang diperoleh tidak bercanggah dengan peristiwa bangunan bersejarah yang sebenar