The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKP
(INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thilagavathykanniah, 2022-07-04 01:09:49

UBK SMK SRI UTAMA,PETALING JAYA

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKP
(INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI)

Inventori Kecerdasan Pelbagai yang mempunyai pentaksiran berkaitan
Apakah itu verbal linguistik?

kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu
mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi
mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan
memahami perkataan.

Apakah itu verbal ruang?

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk
membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu
gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca,
menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual.

Konstruk visual ruang :

Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk
model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta,
carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara
visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk
menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga
baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui
serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual
membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam
imaginatif dan kreatif.

Konstruk muzik :

kecerdasan muzik berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat
di persekitarannya. Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari,
mendeskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu berupaya menggunakan
set asas atau elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan
baik. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini menggubah rentak dan tempo muzik dan
mudah mengenali dan mengingati nada bunyi atau muzik.

Konstruk Naturalis :

Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran
semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan

mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat
dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan
individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan
fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan
aktiviti luar kelas.

Kinestetik :
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi
pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan
mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan
melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.

Interpersonal
Kecerdasan yang membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat
orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta memberi
motivasi kepada orang lain. Kecerdasan interpersonal yang baik memiliki interaksi yang baik
dengan orang lain. Sebab itu mereka mampu berasa sensitif dan memhami emosi, perasaan ,
fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid -murid ini belajar berkesan melalui
pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya.

Intrapersonal
kecerdasan ini merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan boleh
menilai diri sendiri. Orang ini dapat mengenali diri sendiri secara lebih mendalam dan
mempunyai tanggapan terhadap kebaikan dan kelemahan diri masing-masing. kebolehan ini
memberi keyakinan yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat pada diri
mereka. Mereka pandai menetukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip
dan azam yang kuat serta berdikari. Orang ini menyukai belajar secara sendirian di
perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran

yang sangat sepi. Individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Mereka memiliki kepekaan terhadap perasaan dan situasi yang berlangsung, memahami diri
sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui
apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta
mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat yang diperlukan.

Eksistensial

Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk
bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan juga realiti yang
dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu ini mampu menelaah milai-nilai yang
berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada tradisional atau nilai baru yang
sedang berkembang


Click to View FlipBook Version