PROJEK BUKU SKRAP
SAINS TAHUN 6
Tajuk Projek:
PENGAWETAN
MAKANAN
#jomdudukrumah
#jomjanapendapatan
#janganbazirmakanan
Maklumat Peribadi
Nama :
Muhammad Amir Haqeem Bin Anwar
Kelas :
6 Akrab
Alamat email MOE :
m-10392530-dl.edu.my
Nama Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3
Alamat Sekolah :
No. 3 Jalan Sagu 36,
Taman Daya,
81100 Johor Bahru.
Pendahuluan
Selamat Sejahtera….saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah
kurnianya dapat juga saya menyiapkan buku skrap saya yang bertajuk
“Pengawetan Makanan”
Pertama sekali terima kasih saya ucapkan kepada Guru Matapelajaran Sains
dan Muzik saya iaitu Cikgu Chuan Yi Ying kerana beliau telah banyak
memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.
Penghargaan ini juga untuk ibu saya kerana beliau telah membelikan bahan
mentah, menyediakan ruang dan tempat untuk saya menjalankan projek-
projek sains saya. Beliau juga telah memberikan sedikit tunjuk ajar kepada
saya sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini.
Sepanjang pembelajaran dari rumah (pdpr) saya telah berjaya menyiapkan
4 projek sains iaitu :-
1) Penyalaian Daging
2) Pembuatan Jem Nenas
3) Model Kereta
4) Projek roti bagi membuktikan kulapuk bertumbuh
Seterusnya, terima kasih juga kepada ahli keluarga saya kerana memberikan
sokongan kepada saya.
Saya juga sangat bersyukur walaupun duduk rumah saya tidak membazir
makanan dan masa. Saya boleh menjana pendapatan kerana ibu saudara
saya telah membeli jem nenas saya untuk perusahaan Tat Nenasnya.
Sekian.
Kandungan Buku Skrap
Sejarah Pengawetan
Maksud Dan Tujuan Pengawetan
Nutrisi
Kepentingan Pengawetan
Ciri-Ciri Makanan Yang Rosak
Punca Makanan Menjadi Rosak
Kesan Memakan Makanan Yang Rosak
Jenis-Jenis Kaedah Pengawetan
Info Menarik tentang Daging Salai
Contoh Makanan Yang Menggunakan Kaedah Penyalaian
Lirik Lagu Pengawetan
Gambar-Gambar Semasa Proses Penyalaian
Gambar-Gambar Semasa Pembuatan Jem Nenas
Gambar-Gambar Semasa Membuat Model Kereta
Gambar Pojek Roti Bagi Membuktikan Kulapuk Bertumbuh
Sejarah Pengawetan
Kaedah Pengawetan terawal dalam tamadum manusia
bermula sejak tahun 500,000 sebelum masihi. Ia
menggunakan api untuk memasak makanan.
Pada tahun 12,000 sebelum masihi, Masyarakan Kuno Arab
telah membuat persediaan menghadapi banjir dengan
mengeringkan dan menyimpan makanan
Pada 1400 tahun masihi, manusia melumurkan garan pada
makanan bagi mengatasi pembaziran dan kekurangan
makanan.
Tahun 1862, Louis Pasteur telah menemui kaedah
menghapuskan bakteria secara pemanasan dan penyejukan
cecair.
Kini, penggunaan bahan pengawet kimia membolehkan
makanan tahan untuk jangka masa yang lebih lama.
Maksud Dan Tujuan Pengawetan
Pengawetan Makanan adalah Kaedah Pemprosesan makanan
yang boleh MENGHALANG atau MELAMBATKAN Proses
Hidup Mikroorganisma.
Nutrisi
Kaedah Pengawetan dapat mengekalkan zat-zat serta nutrisi
dalam makanan tersebut.
Kepentingan Pengawetan
Antara sebab-sebab Kaedah Pengawetan makanan menjadi sangat
penting adalah seperti berikut :-
1. Mengatasi Pembaziran Makanan yang berlaku apabila terdapat
lambakan makanan pada waktu itu.
Sebagai contoh :
buah buahan bermusim seperti durian, rambutan, mangga dan nenas.
2.Mengatasi Masalah Kekurangan Bekalan Makanan
3.Persediaan Menghadapi Bencana Banjir atau Kemarau.
4.Memudahkan proses penyimpanan makanan, mudah diangkut
serta menjimatkan ruang bagi tujuan dipasarkan
ke tempat lain.
5.Makanan yang diawet juga dapat disimpan lama dan boleh
memenuhi keperluan makanan sepanjang tahun.
6.Makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh
dinikmati oleh negara lain sepanjang tahun.
7.Meningkatkan ekonomi seseorang atau sesebuah negara.
Ciri-Ciri Makanan Yang Rosak
Perubahan Warna, Perubahan pada Bau, Perubahan pada tekstur
dan Berkulat.
Punca Makanan Menjadi Rosak
1.Makanan yang rosak adalah makanan yang tidak boleh dimakan oleh
manusia. Ia berpunca dari mikroorganisma yang tumbuh pada
makanan iaitu pada suhu, keasidan, kepanasan yang sederhana dan
kelembapan yang sesuai.
2.Pelbagai bakteria juga bertanggungjawab keatas kerosakan makanan.
3.Tanda kerosakan makanann termasuk rupa yang berbeza berbanding
makanan yang dalam bentuk segar seperti perubahan dalam warna,
tekstur, bau yang tidak menyenangkan atau rasa yang tidak diingini.
4.Jika kulat berlaku, ia sering dilihat secara luaran pada barangan.
Kesan Memakan Makanan Yang Rosak
Sesetengah makanan rosak adalah tidak berbahaya untuk makan. Ia hanya
berkurangan dari segi kualiti. Tetapi sesetengah makanan yang rosak
mungkin berbahaya untuk dimakan.
Sebagai Contoh :
Daging haiwan yang tidak masak atau kurang masak
biasanya agak toksik dan pengambilannya boleh menyebabkan
penyakit yang serius atau kematian. Ia dikenali sebagai
"Keracunan Makanan".
Jenis-Jenis Kaedah Pengawetan
1.PENDIDIHAN
memanaskan makanan pada suhu yang tinggi
2.PENJERUKKAN
merendam makanan menggunakan larutan garam dan cuka
3.PEMBUNGKUSAN VAKUM
mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan
4.PENGERINGAN
mengeluarkan air dengan menjemur di bawah cahaya matahari atau
ketuhar
5.PENYEJUKBEKUAN
menyimpan makanan pada suhu takat beku (0 c) dan kebawah
6.PENDINGINAN
menyimpanan makanan dalam persekitaran suhu kurang daripada 18 c
7.PEMASINAN
melumurkan garam bagi menyingkirkan lembapan pada makanan.
8.PELILINAN
menyalut buah-buahan dengan lilin cair.
9.PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN
mendidihkan dan memasak makanan dan disimpan dalam tin atau botol
kedap udara
10.PEMPASTEURAN
Panaskan dulu dan sejukkan cepat-cepat
11.PENYALAIAN
mengeringkan makanan dengan menggunakan asap.
Info Menarik tentang Daging Salai
1.Daging Salai merupakan proses pengawetan makanan yang
menggunakan kaedah penyalaian.
2.Ianya dilakukan dengan cara menggunakan asap sahaja
untuk mengeringkan daging tersebut.
3.Ia memerlukan masa yang agak lama untuk memastikan tiada
air yang berlebihan dalam struktur daging bagi menjamin
ketahanan daging tersebut.
4.Proses penyalaian ini dapat menjamin daging tidak mudah
rosak dan berbau busuk dan juga boleh disimpan
dengan lebih lama.
5.Proses penyalaian dapat mengekalkan zat yang terkandung
dalam daging itu.
6. Ia juga mudah dibawa kemana-mana sekiranya perlu
untuk berjalan ke tempat yang jauh dan
mengambil masa yang lama.
Jaminan Sumber Makanan Negara
Penyalaian daging ini perlu untuk menjamin sumber makanan
dalam negara sentiasa berterusan. Ini kerana dalam negara kita
sentiasa terdedah kepada keaadan cuaca yang tidak menentu
seperti kejadian banjir dan kemarau.
Makanan Kegemaran
Daging Salai sangat terkenal di Negara ini terutamanya
di Negeri Sembilan. Menu daging salai ini tidak memerlukan
banyak bahan untuk memasaknya. Hanya kunyit hidup,
daun kunyit dan cili padi serta santan yang pekat
untuk menjadikannya masakan yang enak.
Peluang Untuk Menjana Pendapatan
Ketika ini, dunia telah diancam wabak covid-19. Negara kita
juga turut menghadapi krisis ini, dan kita juga telah dikenakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18/03/2020 dan
setakat ini PKP masih lagi dikuatkuasa.
Perintah PKP semua orang kena duduk rumah. Ini menyebabkan
ramai orang yang terjejas. Ramai juga orang kekurangan duit dan
terpaksa mencari pendapatan lain. Dengan adanya kaedah ini, kita
dapat menjana pendapatan keluarga.
Lirik Lagu
Tajuk : PENGAWETAN
Gubahan Lagu : Twinkle Twingkle Tittle Star
Makan makan marilah makan… Semua suka makan...
Mari kita lihat… Kaedah pengawetan...
Tujuan kaedah pengawetan…
panjangkan hayat makanan..
Elakkan bazir makanan…
Halang Mikro bertumbuh..
PENDIDIHAN guna suhu yang tinggi..
PEMASINAN lumurkan garam..
PENJERUKKAN gula dan cuka..
PENGERINGAN jemur atau ketuhar...
PENYALAIAN gunakan asap..
PELILINAN kekal kelembapan..
PEMBEKUAN dan PENDINGINAN.. lambatkan mikro membiak
PEMPASTURAN ada dua langkah.....panaskan dulu dan sejukkan cepat…
PEMBUNGKUSAN VAKUM tiada udara…
Paling tahan lama TIN DAN BOTOL…
PENGAWETAN boleh jana pendapatan..
Mari kita semua mengawet…
Gambar-Gambar Semasa
Aktiviti Penyalaian
Gambar-Gambar Semasa
Aktiviti Penyalaian
Gambar Keratan Akhbar
Bagi Pasaran Daging Salai
Gambar Semasa Aktiviti
Pembuatan Jem Nenas
Gambar-Gambar Semasa
Projek Model Kereta
Gambar Projek Roti Bagi
Membuktikan Kulapuk
Hari Pertama
Selepas 7 hari