The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI SARAH IZAN IZWAN, 2021-11-15 07:06:27

Kerja Lapangan geografi f3 amalan kitar semula di Taman Guru, Kuantan

Kerja Lapangan geografi f3

SEKOLAH MENENGAH ISLAM
AL-IRSYAD

____________________________________________

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3

TAJUK:

AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN
GURU, KUANTAN, PAHANG

Disediakan oleh:
Siti Sarah binti Izan Izwan

Tingkatan 3 Ibnu Umar

1

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Objektif Kajian 5
Kawasan Kajian 6
Kaedah Kajian 8
Hasil Kajian 9
Rumusan 14
Rujukan 15
Lampiran 16

2

PENGHARGAAN
Syukur Kehadrat Ilahi saya mampu untuk menyiapkan tugasan Kerja Lapangan ini.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan pengetua, Aineszun binti
Amzah kerana memberi kebenaran melakukan Kajian Lapangan ini.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada ibu tercinta, Puan Siti Roslindar binti
Yaziz dan ayah saya, Izan Izwan bin Misnon kerana tidak jemu memberikan sokongan moral
dan kewangan untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya, Muallimah
Norhana binti Hashim yang telah membimbing saya untuk menyiapkan kerja lapangan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya
untuk menyiapkan kerja lapangan ini.

3

PENDAHULUAN
Saya telah diamanahkan untuk menyiapkan Kerja Lapangan Geografi yang bertajuk "Amalan
Kitar Semula di Taman Guru, Kuantan, Pahang" sebagai kerja kursus untuk Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD).

Saya memilih kawasan Taman Guru sebagai kawasan kajian kerana saya juga merupakan
salah seorang penduduk tetap kawasan ini. Kitar semula merujuk kepada pengasingan sisa
pepejal untuk menghasilkan keluaran. Menurut SWCorp, pada tahun 2017, sisa pepejal di
Malaysia mencecah 37 000 tan sehari. Oleh itu, usaha kitar semula amatlah diperlukan untuk
melestarikan alam ini.

Saya telah diberikan masa selama 6 minggu untuk membuat kajian di taman saya iaitu
Taman Guru. Saya juga mengambil infromasi melalui borang soal selidik untuk mendapatkan
data dan melalui pembelajaran atas talian bersama guru.

4

OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian Amalan Kitar Semula di Taman Guru, Kuantan, saya dapat:

1. Mendifinisikan konsep dan takrifan kitar semula.
2. Menyenaraikan jenis bahan-bahan yang dapat dikitar semula.
3. Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di Taman Guru
4. Mengenal pasti masalah atau halangan dalam menjalankan kitar semula di Taman

Guru.
5. Mencadangkan Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan

amalan kitar semula di kawasan kajian.

5

KAWASAN KAJIAN

Rajah 1: Peta lakar Taman Guru, Kuantan
Rajah 2: Pandangan atas Taman Guru, Kuantan

6

Peta menunjukkan Pelan kawasan Taman Guru, Kuantan. Kawasan ini berkeluasan
545,706.55 m² dan mempunyai jumlah perimeter 3.5 km. Kawasan kajian merupakan
kawasan perumahan dan premis-premis perniagaan serta merupakan kawasan institusi
pengajian tinggi. Taman Guru terletak di mukim Kuantan batu 3. Jaraknya daripada bandar
ialah lebih kurang 10 km. Terdapat 6 jenis perumahan di Taman Guru iaitu, rumah banglo
setingkat, banglo 2 tingkat, teres berkembar, semi-D berkembar dan teres link.

Antara kegiatan ekonomi di Taman Guru ialah, kegiatan pusat membaiki kereta.
Sebagi contoh, bengkel kereta Good Year dan Mini7 car specialist. Selain itu, taman guru
juga mempunyai sebuah pos mini. Seterusnya, terdapat banyak sektor peruncitan seperti
kedai 7-eleven, Kedai Serbeneka A to Z, Ikhwan Mart dan Haima 1 Stop. Kedai-kedai ini
membekalkan barangan dapur dan barangan basah. Tambahan lagi, Taman guru juga
mempunyai kedai menjual perkakas elektrik, kedai memancing dan menjual ikan
peliharaan, kedai gunting rambut serta dobi layan diri.

Di samping itu, terdapat juga perniagaan kedai makan sepeti Restauran Ikhwan,
Crew and Cabin dan Restoran Seri Cindai. Terdapat juga kedai-kedai bakeri yang menjual
kek dan manisan. Sebagai contoh, kedai Cake and Cheese Baker yang menjual kek-kek
yang pelbagai serta mampu beli. Terdapat juga sektor pembinaan rumah-rumah semi-D
berkembar 2 tingkat dan kedai-kedai di kawasan utara taman.

Akhir sekali, fasiliti kesihatan swasta juga terdapat di Taman Guru. Klinik kesihatan
swasta terbahagi kepada dua kategori iaitu klinik pergigian dan klinik kesihatan. Misalnya,
di taman guru terdapat Klinik Badaruddin dan Klinik Pergigian Dr. Nazri.

7

KAEDAH KAJIAN
Saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data
dalam kajian ini. Kajian-kajian yang saya lakukan adalah seperti berikut:

1. Pemerhatian
Saya telah memerhati cara sisa diasingkan di Taman Guru dan juga mendapatkan data
jenis-jenis sisa yang kerap dikitar semula.

2. Soal selidik
Saya telah menghasilkan borang soal selidik melalui 'Google Form' untuk mendapatkan
data daripada penduduk Taman Guru. Soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan
dengan objektif kajian ini. Kami ditugaskan untuk mencari sekurang-kurangnya 20
responden.

3. Rujukan
Saya telah merujuk kepada internet untuk mencari maklumat untuk diletakkan didalam
borang soal selidik. Selain itu, buku-buku tentang cara sampah dilupuskan dan cara
mengurangkannya juga merupakan rujukan kepada saya.

8

HASIL KAJIAN
1. Definisi konsep dan takrifan kitar semula
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kitar semula bermaksud kaedah atau
teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya
dapat digunakan semula.

Secara amnya, kitar semula adalah menukar bahan buangan menjadi objek
yang baru melalui kaedah 3R iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan
Recycle (kitar semula). Sebagai contoh, tayar lama dan botol air plastik boleh
dijadikan pasu untuk menanam pokok dan tumbuhan.

2. Jenis bahan-bahan yang dapat dikitar semula
→ Kertas
Barangan berasaskan kertas seperti buku, surat khabar dan majalah merupakan
bahan yang paling kerap dikitar semula oleh penduduk Taman Guru kerana
kebanyakan penduduk bekerja dalam sektor pendidikan yang menggunakan
banyak kertas.

→ Logam
Produk yang diperbuat daripada aluminium dan besi seperti tin biskut dan tin
minuman banyak dikitar semula kerana harga pulangan yang tinggi.

→ Plastik
Bahan plastik yang hampir kesemua orang miliki juga kerap dikitar semula
kerana jika ia dibuang, ia akan mengambil masa berabad lamanya untuk terurai.
Bahan plastik seperti botol minuman, bekas makanan dan sebagainya.

→ Minyak masak
Oleh kerana kebanyakan penduduk menggunakan minyak masak, ia merupakan
salah satu bahan yang boleh dikitar semula mengikut jumlah isipadu minyak.
Minyak masak tidak boleh digunakan lagi kerana digunakan untuk memasak
ikan, sambal dan sebagainya akan dikumpulkan dan dibawa ke tempat
penerimanya.

9

→ Kaca
Bahan kaca di pusat kitar semula akan melalui proses peleburan semula atau
proses pembersihan untuk digunakan semula. Botol minuman, bekas kaca,
pinggan dan cawan yang pecah juga bleh dikitar semula.

3. Kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian

• Mengelakkan pencemaran alam

Melalui soal selidik yang dijalankan, 60% responden amat setuju dengan
kenyataan diatas. Hasil sampah-sarap yang dibuang merata-rata akan
dihanyutkan ke sungai dan mengalir ke laut. Hal ini akan menyebabkan
sampah memenuhi kawasan laut dan menyebabkan air laut tercemar. Sikap
masyarakat yang suka membuang sampah ke sungai telah menyebabkan
sungai yang jernih telah dicemari. Oleh itu, dengan melakukan kitar semula,
kita dapat mengelakkan alam semula jadi tercemar akibat daripada perbuatan
tangan manusia sendiri.

• Memelihara keindahan alam sekitar

Apabila sampah dikitar semula, tiada lagi sampah yang dibuang merata-rata.
Seperti kebiasaannya di pusat peranginan dan pantai-pantai yang dipenuhi
sampah walaupun telah disediakan tong sampah. Hal ini menyebabkan
permandangan menjadi kurang menyenangkan dan berbau. Kelebihan alam
semula jadi adalah seperti membantu merawat stress dan menenangkan jiwa.
Oleh itu, kita seharusnya memelihara kewujudan alam yang indah ini supaya
ianya juga dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

10

• Mengurangkan kos pemprosesan sampah

Kos pengurusan sampah bagi tujuh negeri iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya
dan Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan
Perlis di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(SWCorp) mencecah RM2 bilion setiap tahun. Skop pengurusan sampah
meliputi tiga kategori perkhidmatan iaitu kutipan, pengangkutan dan
pelupusan. Kos operasi sangat mahal terutamanya pelupusan yang
menggunakan kaedah rawatan termal seperti loji insinerator atau menggunakan
kaedah pelupusan seperti tapak pelupusan sanitari. Menurut laman web rasmi
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, sehingga 2016 sejumlah RM 476 juta
sisa yang boleh dikitar semula dibuang begitu sahaja. Dengan mengamalkan
program kitar semula, kita dapat menjimatkan kos untuk memproses sampah
dan mendapat wang hasil daripada kitar semula.

• Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya

Melalui salah satu elemen kitar semula iaitu Reduce(kurangkan), kita
digalakkan memilih barang-barang yang tidak mempunyai sisa berbahaya atau
kurang berbahaya. Antara langkah pengurangan sumber sisa berbahaya
termasuklah menggantikan penggunaan dalam barang-barang tertentu seperti
produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk
perosak di kawasan pertanian kepada barang yang mempunyai kurang sisa
berbahaya, berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya,
membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang
sedikit.

4. Masalah atau halangan dalam menjalankan kitar semula di kawasan kajian
• Penduduk tidak cakna tentang amalan kitar semula
Sikap tidak mengambil tahu keadaan sekeliling menjadi isu besar dalam
menjayakan program kitar semula. Sifat ini mendatangkan keburukan pada
masa hadapan. Dalam konteks ini, sifat tidak cakna akan menyebabkan sampah
bertaburan di merata-rata tempat dan mencemarkan alam sekitar. Sikap yang
dipupuk sejak kecil ini akan diturunkan daripada generasi ke generasi. Masalah
ini menyebabkan amalan kitar semula di Taman Guru sukar untuk dijalankan.

• Kurangnya kempen kesedaran
Oleh kerana program kitar semula tidak diminati ramai disebabkan pemikiran
mereka yang mengatakan program ini suatu perkara yang bosan, kempen-
kempen kesedaran yang sepatutnya dijalankan tiada. Kempen-kempen

11

kesedaran adalah bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan amalan
kitar semula supaya alam sekitar terpelihara. Kempen-kempen ini juga kurang
kerana tidak mendapat sambutan hangat malah ianya memerlukan kos yang
agak besar. Masalah ini menyebabkan pihak bertanggungjawab merasa tidak
berbaloi untuk membuat kempen kitar semula secara besar-besaran.
• Tiada tempat khas
Di Taman Guru, tiada tempat yang mengutip barang kiter semula. Barang yang
boleh dikitar semula hanya dikutip dari rumah ke rumah pada hari Ahad. Pusat
kitar semula terdekat adalah di Pekan. Oleh kerana masalah ini, penduduk taman
guru kurang kerajinan untuk menaiki kereta dan menghantar ke sana.
• Harga barang kitar semula rendah
Harga kitar semula yang rendah menyebabkan penduduk berasa kurang berbaloi
dengan usaha yang dilakukan untuk mengumpul barang kitar semula. Sebagai
contoh, harga bagi sekilogram kotak ialah 27 sen dan harga bagi sekilogram tin
minuman ialah RM 2.50. Disebabkan harga yang agak rendah, usaha untuk
mengitar semula dalam kalangan penduduk adalah kurang dan penduduk
memilih untuk membuangnya begitu sahaja.

5. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan
kitar semula di kawasan kajian
• Membina tempat khas
Pembinaan tempat khas untuk mengitar semula di Taman Guru akan membawa
perubahan yang memupuk kesedaran untuk mengitar. Usaha ini juga
meringankan beban penduduk kerana tidak perlu menggunakan kenderaan yang

12

memerlukan duit untuk mengisi minyak. Apabila golongan dewasa
mengamalkan kitar semula ini, golongan muda akan mengikutinya dan ini akan
mewujudkan suasana yang bersih dan memajukan ekonomi negara.
• Membuat kempen
Kempen untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya amalan kitar semula
seharusnya diadakan. Kempen-kempen ini adalah kurang di Taman Guru.
Melalui kempen kesedaran, penduduk akan mengetahui kepentingan dan
kebaikan dalam mengitar semula. Ia juga merupakan salah satu jenis pendidikan
yang seharusnya diajarkan kepada golongan muda tentang betapa pentingnya
untuk menjaga alam ini.
• Memperketatkan undang-undang
Di Malaysia terdapat undang-undang di bawah Akta 672 Akta Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Undang-undang ini merupakan satu usaha
untuk menggalakkan masyarakat untuk tidak membuang sampah mengikut peraturan
yang ditetapkan. Undang-undang seperti ini seharusnya lebih diketatkan dan
meletakkan maklumat yang lebih spesifik untuk memudahkan rakyat untuk
memahaminya.

• Menampal papan tanda
Papan tanda yang menarik akan mengambil perhatian penduduk untuk
melihatnya. Papan tanda ini akan memaklumkan tentang lokasi pusat kitar
semula dan waktu operasi untuk menghantar barang-barang untuk dikitar
semula. Papan tanda ini juga akan menyebabkan lebih banyak orang yang
datang berkunjung ke pusat kitar semula.

13

RUMUSAN
Konklusinya, melalui kajian ini saya dapat mentafsir makna kitar semula dengan lebih spesifik
dari sebelum ini. Selain itu, saya juga dapat lebih memahami kepentingan amalan kitar semula
kepada masyarakat, alam dan ekonomi.

Saya juga dapat mengklasifikasikan jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula sebagai
pengetahuan am. Misalnya, tin minuman tidak boleh dikumpulkan sekali dengan tin aluminium
lain. Di samping itu, masalah-masalah yang dihadapi di Taman Guru ini akan mewujudkan
jalan penyelesaian yang membantu merancakkan lagi amalan kitar semula.

Dewasa ini, isu pengurusan sisa pepejal yang tidak diurus dengan baik menjadi masalah
peringkat nasional. Ini adalah ekoran jumlah sisa yang dihasilkan adalah banyak. Justeru, pada
1 September 2015, kerajaan telah mula menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007.

Pengasingan sisa pepejal dipunca merupakan satu proses ke arah pengurusan sisa pepejal
yang lebih mesra alam. Mengikut Seksyen 74, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007, orang awam harus melakukan pengasingan sisa pepejal dan kegagalan berbuat
demikian, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM1000. Di bawah Seksyen
108 (2) (g) pula menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab individu mengasingkan
sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekaligus mengelakkan lambakan sisa di pusat
pelupusan.

Akhir kata, kita seharusnya memupuk kesedaran untuk menjayakan amalan kitar semula.
Kitar semula amatlah penting utnuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Pemikiran ini
seharusnya dipupuk sejak kecil lagi supaya ianya terus disemai ke generasi-generasi akan
datang.

14

RUJUKAN
1. Buku
Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek, 2018.
Geografi Tingkatan 3. Johor: IMS Books Trading Sdn.Bhd.
2. Internet

Kerja Lapangan Geo T3 2020 [PKPB]-g-60186964 Flip PDF | AnyFlip
Akta672bm.pdf (usm.my)
Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (kpkt.gov.my)
Jual 16 Barangan Kitar Semula Ini Kepada Alam Flora Untuk Dapat Duit (says.com)
Angela's Blog: Pengurusan sisa pepejal di Malaysia (stpm2012n2013.blogspot.com)
Kepentingan Kitar Semula – HEY THERE ! (wordpress.com)
KITAR SEMULA: Pentingnya Kitar Semula Kepada Manusia dan Alam Sekitar
(duniatirah.blogspot.com)
Kepentingan Pengasingan Sisa-Sisa Pepejal Kepada Kesihatan Awam - PORTAL MyHEALTH
Carian Umum (dbp.gov.my)

15

LAMPIRAN

16


Click to View FlipBook Version