The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GEO KERJA LAPANGAN 2022 FORM 2
(Yang Guang Ron)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yangguangron, 2022-12-28 10:11:13

GEO KERJA LAPANGAN 2022 FORM 2

GEO KERJA LAPANGAN 2022 FORM 2
(Yang Guang Ron)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(Taman Sentosa)

DISEDIAKAN OLEH:

Yang Guang Ron

TINGKATAN:

2 Emerald

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

29/12/2022

Rancangan kerja Tarikh Aktiviti Catatan
5-12-22 Menghadiri taklimat Bincang dalam kelas
Bil yang dijalankan oleh
1 guru mata pelajaran Bersama 2 orang
Geografi berkaitan rakan
2 8-12-22 dengan penulisan
3 10-12-22 tugasan Kerja Bincang Bersama
4 12-12-22 Lapangan ini rakan di
5 14-12-22 menerusi Pdpr perpustakaan
Membuat persediaan
6 16-12-22 awal dan merancang
jadual kerja dengan
7 18-12-22 teratur
8 20-12-22 Mengenal pasti
9 22-12-22 objektif kajian dan
menentukan kaedah
kajian yang sesuai
Menyediakan borang
soal selidik
Mula
mengumpulkan
maklumat daripada
pelbagai sumber
seperti internet, buku
teks, buku rujukan,
majalah, dan akhbar
Mendapatkan
respoden di
Kawasan kajian
berkaitan dengan
AMALAN
TEKNOLOGI
HIJAU yang boleh
dilakukan
Menganalisis
maklumat yang telah
diperolehi ke dalam
bentuk peta dan
tafsiran dengan
bimbingan dan tajuk
ajar guru
Mengenal pasti
takrif dan konsep
TEKNOLGI HIJAU
yang dilakukan di
kawasan kajian
Menjelaskan amalan
berkonsepan

TEKNOLOGI

HIJAU dan contoh

produk yang sesuai

dilakukan di

kawasan kajian

10 24-12-22 Menghuraikan

halangan

pelaksanaan

AMALAN

TEKNOLOGI

HIJAU ini

dikalangkan

penduduk di

kawasan kajian

11 26-12-22 Mencadangkan

strategi dan langkah-

langkah bagi

menjayakan

AMALAN

TEKNOLOGI

HIJAU di kalangan

penduduk kawasan

kajian

12 28-12-22 Menyediakan peta I-

Think yang sesuai

dan gambar yang

berkaitan

13 30-12-22 Menyemak dan

menghantar tugasan

Senarai kandungan Kandungan Muka surat
Tajuk 1
Bil Jadual kerja 2-3
1 Senarai Kandungan 4
2 Penghargaan 5
3 Pendahuluan 6
4 Objektif kajian 7
5 Kawasan kajian 8
6 Kaedah kajian 9
7 Hasil kajian 10-17
8 Rumusan 18
9 Rujukan 19
10 Lampiran 20-21
11
12

Penghargaan

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2
yang bertajuk KAJIAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU DI KALANGAN PENDUDUK
DI SEKITAR KAWASAN KAJIAN.Setinggi-tinggi penhargaan kepada Pengetua SMK
Sultan Ismail Johor Bahru,Encik Razali bin Tamadi kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini.Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
guru mata pelajaran geografi saya iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah
membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.Terima kasih juga diucapkan
kepada dua orang rakan saya yang sering membantu saya dalam mencari maklumat.Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan dan
semangat kepada saya.Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden dan orang
sumber dalam membantu proses menyiapkan kerja lapangan saya.

Pendahuluan

Saya dan rakan telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU yang boleh dilakukan oleh kalangan murid di Sekolah
Sultan Ismail,Johor Bahru semasa berada di rumah masing-masing.Saya membuat kajian
tentang kepentingan amalan teknologi hijau dan halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau
yang dihadapi oleh murid di Kawasan kajian.Selain itu, saya juga memberi cadangan
mengamalkan teknologi hijau ini secara mudah walaupun berada di rumah. Antara sebab
pemilihan tajuk dan Kawasan kajian ini ialah mudah memandangkan negara sedang
mengalami krisis wabak penyakit COVID-19 yang memerlukan pematuhan SOP. Saya hanya
perlu berkongsi maklumat antara rakan-rakan sekolah dan jiran secara maya sahaja.

Objektif kajian

Di akhir kajian ini,saya akan dapat:

A. Mentakrif dan menghuraikan konsep teknologi hijau
B. Menyatakan dan menjelaskan amalan berkonsepan teknologi hijau dan contoh produk

yang sesuai dilakukan di Kawasan kajian
C. Menjelaskan kepentingan amalan teknologi hijau dalam kalangan penduduk di

Kawasan kajian
D. Menghuraikan halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau di kalangan penduduk di

kawasan kajian
E. Mencadangkan strategi dan langkah-langkah bagi menjayakan amalan teknologi hijau

di kalangan penduduk di kawasan kajian

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah Taman Sentosa .Lingkungan Kawasan kajian saya adalah lebih
kurang 1.8 kilometer persegi.Kawasan ini adalah di bawah penadbiran Majlis Bandaraya
Johor Bahru.Kawasan ini juga terletak dalam mukim Plentong.Pandang darat fizikal kawasan
ini ialah mempunyai kawasan tanah pamah yang menjadi tempat tinggal penduduk
sekitar.Kawasan ini dahulunya adalah kawasan estet getah.Namun kini,Kawasan ini telah
berkembang dan menjadi Kawasan bandar terancang.Pandang darat budaya terdapat di dalam
Kawasan ini pula ialah banguan,sekolah,taman permainan,masjid dan banyak lagi.Jarak
Kawasan kajian dari pusat bandaraya johor bahru ialah kira-kira 6.1km dalam masa 19
minit.Jika menaiki teksi ialah rm7.50 seorang. Jumlah penduduk di Kawasan kajian ini ialah
lebih kurang 8700 ribu orang pada tahun 2022.

Peta lakar

Kaedah kajian

Saya akan mengguanakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat teantang
Amalan Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk di Taman Sentosa,Johor Bahru.

5.1 Pemerhatian
Saya telah melawat kawasa kajian saya iaitu Taman Sentosa,Johor Bahru.Saya
mengumpul data dan maklumat yang terdapat di kawasan kajian melalui pemerhatian
saya.

5.2 Soal selidik
Saya membuat soal selidik terhadap 10 orang responden di Taman Sentosa untuk
mengenal pasti bilangan yang melakukan Amalan Teknologi Hijau di rumah masing-
masing atau di Kawasan tempat tinggal meraka.

5.3 Sumber rujukan internet dan buku rujukan
Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari maklumat tentang
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU di kalangan penduduk serta sebagai maklumat
tambahan.

Hasil kajian

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan pengaplikasikan produk,peralatan
serta system untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan memininumkan
atau mengurangkan keasan negative daripada aktiviti manusia.Teknologi hijau adalah
aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi
menangani impak negatif aktiviti manusia.Teknologi Hijau adalah teknologi rendah
karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada.Apabila kita
menngunakan sumber-sumber seperti tenaga,air dan sebagainya secara minimum
untuk menghasilkan sesuatu produk .Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang
menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah
Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya
dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.

Kriteria produk Amalan Teknologi Hijau Bilangan responden
Penjimatan tenaga 2
Bil Pengankutan awam 1
1 Basikal/Jalan Kaki 2
2 Kereta Hybrid 1
3 Beg kitar semula
4 Bawa bekas makanan 2
5 sendiri
6 Kitar semula 2
Penjimatan air
7 Menanam pokok
8
9

Amalan teknologi hijau

Tafsiran

Jadual dan gambar rajah ini menunjukkan tentang Amalan Teknologi Hjau yang dilakukan
oleh penduduk kawsan kajian saya iaitu Taman Sentosa,Johor Bahru.Saya mendapat 10 orang
responden yang mana sudi menjawab soal selidik yang diberikan secara atas talian iaitu
kemudahan aplikasi Google Form.Kebanyakan mereka mengamalkan kaedah yang mudah
dan mampu untuk dilakukan oleh kita walau berada di rumah.Terdapat 4 orang responden
mengamalkan kaedah menjimatkan tenaga dan air.Responden yang suka menjimatkan tenaga
dan air adalah di kalangan suri rumah tangga yang memang nak mengelakkan
pembaziran.Seorang responden sahaja menggunakan pengangkutan awam seperti bas,kereta
api dan monorail.Manakala 2 responden yang mengamalkan jalan kaki dan basikal untuk
bergerak.Penngunaan kereta hybrid juga dilakukan oleh seorang responden dan amalan
membawa bekas makanan sendiri turut dilakaukan oleh 2 orang responden.Kesimpulan dapat
dibuat bahawa rata-rata penduduk mempunyai kesedaran amalan teknologi hijau dari kempen
media masa.

Kepentingan amalan teknologi hijau

Penerapan teknologi hijau dalam kehidupan seharian adalah amat penting.Berikut merupakan
kepentingan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau:

Sosial
• Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat
• Meningkatkan kualiti udara
• Mengurangkan peningkatan suhu
• Mengurangkan pencemaran bunyi

Ekonomi
• Mengurangkan kos operasi
• Meningkatkan nilai asset dan keuntungan
• Meningkatkan kepuasan dan produktiviti pekerja

Menjana tenaga
• Mengurangkan kebergangtungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui
• Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara,selamat dan mesra pengguna

Memelihara dan memulihara alam sekitar
• Melindungi sumber alam semula jadi
• Meningkatkan kualiti udara dan air
• Mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara

Halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau

Terdapat beberapa halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau di Malaysia,antaranya ialah

Kekurangan atau ketiadaan pembiayaan kewangan atau masalah kos
➢ Tiada peruntukan dana yang khusus untuk promosi dan mewujudkan kesedaran yang
berterusan.Teknologi hijau ini memerlukan kos modal yang agak tinggi.

Kurang kesedaran/kefahaman
➢ Melihat kepada usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia, amal teknologi
hijau masih berada di fasa awal dan masih banyak yang perlu dibuat. Oleh itu,
pentingnya penerapan amalan ini dari peringkat awal iaitu di sekolah yang mana
amalan ini boleh dikongsikan dan memeberi kesedaran kepada kita semua dalam
usaha menyelematkan generasi seterusnya.

Kurang kepakaran
➢ Mungkin ada di kalangan penduduk di kawasan kajian yang turut mempunyai ilmu
dan kepakaran yang membolehkan pelaksanaan teknologi hijau ini diterapkan di
kalangan penduduk sekitar. Sedikit sebanyak peranan yang dimainkan oleh setiap
individu mampu untuk menggerakkan matlamat dalam membentuk Negara Malaysia
yang lebih lestari melalui penggunaan teknologi hijau akan tercapai.

Tidak konsisten dalam melaksanakan program kecekapan tenaga
➢ Kebanyakan usaha menggalakkan amalan teknologi hijau ialah secara projek dengan
tempoh masa yang terhad. Kekurangan bajet tahunan menyebabkan program
dihentikan dan tertangguh.

Kurang penguatkuasaan
➢ Kempen tanpa plastic adalah sanagt bagus bagi mengurangkan penggunaan plastic.
Walaubagaimanapun, hanya di pasaraya dan kedai-kedai besar sahaja yang
mengamalkan penggunaan beg biodegrasi manakala peniaga-peniaga kecil masih lagi
berleluasa menggunakan plastic biasa untuk membungkus makanan dan sebagainya.
Ini menunjukkan kelemahan yang terdapat dari segi penguatkuasaan yang masih lagi
belum menyeluruh dan tegas.

Strategi dan Langkah-langkah bagi menjayakan amlan teknologi hijau

Kerajaan perlu memperuntukkan data

➢ Kerajaan seharusnya memberikan insentif untuk program teknologi hijau yang besar
dan berjangka panjang bagi memastikan program berkenan dapat dilaksanakan
dengan berjaya.Seharusnya bajet ini dapat dimasukkan dan ditetapkan dalam
perbelanjaan tahunan negara demi kesejahteraan alam sekitar dan kualiti hidup yang
lebih baik.

Kerajaan perlu jalankan program kesedaran

➢ Mengadakan promosi dan kempen kesedaran awam berkaitan teknologi hijau. Hal ini
penting kerana boleh berubah pemikiran masyarakat. Selain itu, penyebaran
maklumat boleh dilakukan melalui kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan
kesedaran awam dalam teknologi hijau. Mungkin boleh dimulakan diperingkat
kawasan perumahan atau komuniti yang kecil di kediaman setempat sebagai contoh
dengan mengadakan keampan menanam pokok di kediaman masing-masing.

Melaksanakan program Latihan dan pendidikan

➢ Dengan mengadakan program latihan dan pendidikan dari awal seperti
memperkenalkan program teknologi hijau di dalam silibus pelajaran di sekolah akan
dapat memberikan penerapan penting untuk pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif
dalam mencipta produk bercirikan teknologi hijau untuk penggunaan masa akan
datang.

Meningkatkan keupayaan inovasi dalam penciptaan

➢ Latihan dan bimbingan boleh diterapkan di sekolah dan juga secara terbuka. Pelbagai
program dengan melibatkan murid dan pelajar boleh dibuat dalam melahirkan bakat-
bakat muda dalam keupayaan mencipta. Sebagai contoh tawaran kelab atau latihan
secara terbuka mahupun berbayar.

Kerjasama antara kerajaan dengan swasta

➢ Bagi menerokai peluang dan dana yang lebih, kerajaan memerlukan kerjasama
daripada syarikat-syarikat sawata yang mempunyai pengalaman. Secara tidak
langsung dapat menembusi ke peringkat antarabangsa.

Rumusan

Rumusan dapat dibuat si sini, sokongan masyarakat dan juga kerajaan dalam menerapkan
teknologi hijau ini perlu dilihat dari dua aspek.Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha
mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang
komplikated atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita
boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah
lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinngi pula, para penyelidik kitab oleh
menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-
sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh
dikomersasikan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport. Keduanya ialah
penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau
amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula
dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kitab oleh membawa
air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli
makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri
daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastic yang tidak mesra alam. Bawalah beg
sendiri ketika membeli-belah. Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan
elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian
akan menghasilkan penjimatan tenaga.Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal
sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang
menjejaskan alam sekitar .Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah
yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibu bapa harus
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk
mengamalkan budaya hijau.

Rujukan

1.Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Penulis-Kan Chai Yeong/Zulkipli B Ismail/Rajanderan Subramaniam
IMS Books Trading Sdn.Bhd.

2.https://mampankini.com /apa-itun-teknologi-hijau-dan-dasar-teknologi-hijau-negara/
3.https;//www.slideshare.net/VaayuPuttran/teknologi-hijau-16461087

Lampiran

Borang soal selidik
Pentaksiran Tingkatan 2 Bagi Tahun 2021
Tajuk;KAJIAN TENTANG AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KALANGAN
PENDUDUK DI SEKITAR KAWASAN KAJIAN
Arahan;Tandakan(√)pada yang berkenan

Nama:Yang Guang Ron
Alamat;Taman Sentosa
Jantina:Lelaki (√)
Perempuan(√)
1Apakah amalan berkonsepan teknologi hijau dan contoh produk teknologi yang sesuai
dilakukan di sekitar tempat tinggal anda?
Penjimatan tenaga(√)
Pengangkutan awam (√)
Basikal/Jalan Kaki (√)
Kereta Hibrid()
Menanam pokok()
Beg kitar semula(√)
Bawa bekas makanan sendiri(√)
Kitar semula(√)
Penjimatan Air(√)
2Di mana anda dapt mengetahui kerkenan Amalan Teknologi Hijau ini?
Media social(√)
Berita(√)
Rakan-rakan(√)
3Apakah kepentingan mengamalkan teknologi hijau kepada penduduk sekitar?
Social(√)
Ekonomi(√)
Menjana tenaga(√)
Memelihara dan memulihara alam sekitar(√)

4Apakah halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau di kalangan penduduk di Kawasan
kajian.
Masalah kos(√)
Kurang penguatkuasaan(√)

Kurang kepakaran ()

Kurang kesedaran/kefahaman()

5.Mencadangkan strategi dan langkah-langkah bagi menjayakan amalan teknologi hijau di
kalangan penduduk di Kawasan kajian.
Kerajaan perlu memperuntukkan dana(√)
Melaksanakan program Latihan dan pendidkan (√)
Meningkatkan keupayaan inovasi dalam penciptaan(√)
Kerajaan perlu jalankan program kesedaran(√)
Kecekapan dalam pentadbiran(√)
Kerjasama antara kerajaan dengan swasta(√)


Click to View FlipBook Version