Shamsiah Md Nasir
Mahani Ibrahim
Anisah Hashim
1
4 ASPIRASI DAN
KEPENTINGAN
PENDIDIKAN
Konsep Asas Aspirasi
Sistem Pendidikan
Kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk
kemenjadian murid akan dapat membantu perkembangan ekonomi,
pembangunan serta kejayaan sesebuah negara
Melahirkan modal insan bertaraf dunia yang bukan sahaja boleh
menjadi penyumbang kepada pembangunan negara, tetapi boleh
bersaing di peringkat antarabangsa dan mampu menyelesaikan
masalah dalam apa jua situasi.
Dalam merealisasikan hasrat tersebut adalah penting satu aspirasi
sistem pendidikan yang jelas diwujudkan
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 3
Kepentingan Aspirasi
Sistem Pendidikan
Menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti
untuk semua
Pencetus kreativiti dan inovasi untuk melengkapkan generasi muda
bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara
Membangunkan modal insan yang berkualiti
meningkatkan kualiti hidup dan penyumbang kepada pembangunan
negara
penghayatan nilai dan pengkongsian aspirasi
asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu.
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 4
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
Demi merealisasikan kepentingan aspirasi sistem pendidikan,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) telah
bangunkan
PPPM berfokus kepada cara membangunkan dan meneruskan
perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara
berterusan.
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 5
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
3 Objektif PPPM:
• Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada
pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang
pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan
murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem
• Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya
sehingga tahun 2025
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 6
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
• Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk
sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini
memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat
serta menyokong transformasi perkhidmatan awam
Aspirasi untuk menjayakan transformasi sistem pendidikan terdiri
daripada dua aspek, iaitu ASPIRASI SISTEM dan ASPIRASI
MURID
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 7
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
Lima
Aspirasi
Sistem
SPG Pengantar Pengajian Profesional Sumber : PPPM 2013-2025 ( ms 32 )
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
All Rights Reserved
1– 8
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
1. Akses Kepada Kejayaan
• Setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi,
etnik atau latar belakang berhak mendapat akses yang sama
kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka
mencapai potensi masing-masing selaras dengan prinsip
pendemokrasian dalam pendidikan.
• Selaras prinsip pendemokrasian pendidikan - setiap individu
diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak
memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status
ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina,kaum , agama atau latar
belakangnya
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 9
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
• Menjadi tanggung jawab semua pihak memastikan akses dan
enrolmen sejagat dari peringkat prasekolah ke peringkat
sekolah menengah atas (Tingkatan 5), sama ada menerusi
laluan akademik atau laluan teknik dan vokasional yang setara
• Bekalan pendidikan dan kemahiran berguna yang diperoleh di
sekolah mampu membantu mereka untuk menempuh masa
hadapan yang semakin mencabar, selain mengeluarkan mereka
serta keluarga daripada belenggu kemiskinan tegar.
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 10
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
• Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan
akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi pelbagai
aktiviti sukan dan kokurikulum selepas waktu sekolah.
• Semua murid dipastikan memenuhi standard minimum yang
diterima, iaitu lulus mata pelajaran teras Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan Pendidikan Islam atau
Pendidikan Moral pada akhir Tingkatan 5.
• Tumpuan bukan hanya kepada kepentingan memperoleh ilmu
pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras
tinggi .
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 11
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
2. Kualiti Standard Antarabangsa
• Sistem pendidikan Malaysia perlu menyediakan
penambahbaikan prestasi yang lebih baik mengikut standard
antarabangsa
• Penambahbaikan ini termasuk standard untuk bidang seperti
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, serta kemahiran berfikir
aras tinggi seperti aplikasi, penaakulan, dan penyelesaian
masalah.
• Aspirasi Malaysia adalah untuk berada dalam kalangan negara
sepertiga teratas dari segi prestasi berdasarkan penilaian
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 12
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
• TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa untuk mata
pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia bagi mengukur
prestasi murid pada Gred 4 (bersamaan dengan Tahun 4) dan
Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yang merangkumi dua
aspek iaitu pengetahuan kandungan dan kemahiran kognitif
• PISA merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa yang bertujuan menilai kecekapan murid berumur
15 tahun dalam Bacaan, Matematik dan Sains dengan tumpuan
kepada keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam
kehidupan sebenar.
• Murid juga memerlukan ciri kepimpinan untuk bersaing di
peringkat global.
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 13
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
3. Ekuiti Untuk Semua Murid
• Sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk merapatkan jurang
sosio ekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender
dalam pencapaian murid
• Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan Malaysia
antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih
saksama di dunia
• Sistem pendidikan akan giat menyokong mobiliti sosial dengan
menyediakan sokongan tambahan kepada mereka yang kurang
bernasib baik, dan dengan itu memastikan latar belakang sosio
ekonomi murid tidak lagi menjadi penentu kejayaan hidupnya.
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 14
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
• Sistem pendidikan juga akan menyediakan akses kepada laluan
alternatif yang menarik, seperti pendidikan vokasional untuk
menyediakan peluang kepada murid yang mempunyai pelbagai
minat dan kebolehan bagi mengembangkan bakat mereka
• Murid akan mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar pada
kadar kendiri dan mengejar minat mereka dalam aliran
akademik, vokasional dan teknikal
• Pelbagai sokongan dan program disediakan untuk murid
berkeperluan khas, kumpulan peribumi dan minoriti lain, serta
murid pintar cerdas dan berbakat, bagi membolehkan mereka
mencapai potensi penuh masing-masing
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 15
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid
• Sejak merdeka, aspirasi utama Malaysia sebagai sebuah negara
unik yang kaya dengan kepelbagaian adalah untuk memupuk
perpaduan negara
• Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang
sosio ekonomi, agama dan etnik murid belajar memahami,
menerima dan menghargai kepelbagaian
• Perkongsian nilai dan pengalaman dapat membentuk identiti
nasional yang sama dan terjalinnya perpaduan negara
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 16
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi
• Sumber dan sokongan yang disediakan kepada sekolah
memainkan peranan penting dalam menentukan tahap prestasi
sekolah
• Kebolehan sistem untuk mengagih, mengguna, dan mengurus
peruntukan amat bagi menyokong sekolah mencapai tahap
prestasi yang diharapkan
• Pelaksanaannya akan dijalankan secara lebih bertanggungjawab
dan akan menekankan penggunaan bajet yang diperuntukkan
dengan lebih cekap dan berkesan bagi memaksimumkan
keberhasilan murid
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 17
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
Enam
Aspirasi
Murid
SPG Pengantar Pengajian Profesional Sumber : PPPM 2013-2015
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
All Rights Reserved
1– 18
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
1. Pengetahuan
• setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi
sepenuhnya bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran
hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat
• murid perlu menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah.
• Penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan
pengajaran terbeza, di samping turut memberi lebih penekanan
kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek,
memperkemas mata pelajaran atau tema, dan melaksanakan
pentaksiran formatif.
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 19
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
• Sistem pendidikan juga berusaha meningkatkan kualiti
pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik
(STEM)
• Perkhidmatan kaunseling kerjaya dan akademik dimasukkan ke
dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu murid
membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan
pendidikan
• Menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan
merangkumi sekurang-kurangnya 40% daripada soalan dalam
UPSR dan sekurang-kurangnya 50% daripada soalan dalam
SPM
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 20
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
2. Kemahiran Berfikir
• Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang
penting seperti pemikiran Kreatif dan Inovatif iaitu kemampuan
menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea
atau pengetahuan baharu amat diperlukan jika mahu bersaing di
peringkat global
• Kemahiran penyelesaian masalah dan penaakulan iaitu
keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis,
logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan
akhirnya membuat keputusan penting untuk menghadapi
cabaran di dunia yang tanpa sempadan perlu diterapkan dalam
diri setiap murid
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 21
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
3. Kemahiran memimpin
• Setiap murid perlu mencapai potensi penuh mereka melalui
penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan
• Empat unsur kepimpinan:
- unsur keusahawanan
- berdaya tahan
- kecerdasan emosi
- kemahiran komunikasi
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 22
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
4. Kemahiran Dwibahasa
• Setiap kanak-kanak di Malaysia diberi peluang untuk menguasai
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi
antarabangsa dalam sistem pendidikan yang mengamalkan
dwibahasa.
• Murid dari semua kumpulan etnik digalakkan untuk belajar
sekurang-kurangnya tiga bahasa ( Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, bahasa lain seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil,
dan Bahasa Arab, serta bahasa ibunda lain seperti Bahasa Iban
dan Bahasa Kadazan Dusun
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 23
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
5. Etika dan Kerohanian
• Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mendukung
standard moral yang tinggi
• Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk
melakukan perkara yang betul
• Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara,
mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar dan
memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan
sumbangan kepada masyarakat
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 24
Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia
6. Identiti Nasional
• Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf
sosioekonomi atau tempat mesti berbangga menjadi rakyat
Malaysia.
• Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat
kekitaan yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan
dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, dan
juga untuk hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat
Malaysia
• Amat penting identiti nasional dipupuk dan dibentuk berasaskan
nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi kerana ia memiliki
ukur tara mengenai salah-benar dan buruk-baik sesuatu
SPG Pengantar Pengajian Profesional All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017
1– 25