PROF. DATUK ZAINAL ABIDIN WAHID
Dilahirkan pada 14 Mei 1933 dan merupakan anak jati Teluk Intan, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Anson dan Sekolah Anglo-Chinese Teluk Anson pada tahun 1946 hingga 1951. Melanjutkan pengajian Ijazah sarjana dalam bidang sejarah dari University of Queensland, Australia. Merupakan tokoh perintis yang mengagaskan idea penubuhan UKM. Berperanan sebagai Setiausaha, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan. Sumbangan beliau dalam penubuhan dan kemajuan Jabatan Sejarah UKM telah mendedahkan pelajar dengan ilmu tempatan dan pendekatan bahasa melayu dalam medium pelajaran dan pembelajaran. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun akibat jangkitan paru-paru dan penyakit tibi. PROF. DATUK ZAINAL ABIDIN WAHID Helmi. (2004, September 07). Tokoh pejuang bahasa: Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid. PTSMedia Group. Diperoleh daripada https://pts.com.my/berita/tokoh-pejuang-bahasa-datu k-za inal-abidinabdul-wahid.
YBHG. PROF. EMERITUS DATUK ABU BAKAR ABD HAMID
Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama pena, A. Bakar telah dilahirkan pada 23 Julai 1938 di Parit Besar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Government English Preparatory School pada tahun 1951, serta menamatkan zaman persekolahannya di Sekolah Tinggi Muar pada tahun 1957. Melanjutkan pengajian Sarjana Muda Sastera di Universitas Indonesia, Jakarta. Berperanan sebagai Setiausaha Bersama, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan. Antara usaha pemartaban Bahasa Melayu adalah beliau mengetengahkan dan mempromosikan hasil penulisan dari Malaysia ke persada antarabangsa melalui program penterjemahan daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Jepun dan daripada Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu. YBHG. PROF. EMERITUS DATUK ABU BAKAR ABD HAMID Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid: Tokoh persuratan melayu [DVD]. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
PROF. DR. SYED HUSIN ALI
Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 23 September 1936 bersamaan 6 Rejab 1355 Hijriah di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jepun Bandar Tinggi dan melanjutkan pelajaran di Pra-university, English College sebelum meneruskan zaman mahasiswanya di Universiti Malaya. Melanjutkan pelajaran Ijazah Doktor Falsafah, London School of Economics and Political Science (LSE) di University of London. Merupakan tokoh perintis yang mengagaskan idea penubuhan UKM. Berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Ilmiah, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan. Seorang pejuang Bahasa melayu, selain aktif dalam bidang akademik dan sastera, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli politik yang berjuang seumur hidupnya hanya demi kepentingan rakyat. PROF. DR. SYED HUSIN ALI Syed Husin Ali. (2012). Memoir: Perjuangan politik Syed Husin Ali. Strategic Information and Research Development Centre.
PROF. DATUK DR. GHAZALI ABD. RAHMAN
Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dilahirkan pada 16 Mei 1938. Beliau melanjutkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah di University of Western Australia. Berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Ilmiah, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan. Turut berperanan sebagai pelopor Askar Wataniah UKM. Satu sumbangan besar yang dilakukan beliau terhadap sistem pendidikan tinggi adalah dengan penubuhan Program Matrikulasi pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974. Seorang ahli sains dan ilmuwan yang sering berkongsi kepakaran dan pengetahuan kepada masyarakat. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mei 2007 di kediamannya akibat penyakit kanser. PROF. DATUK DR. GHAZALI ABD. RAHMAN Nor Azlina Nordin. (2016, Mei-Ogos). Perintis awal peneraju: Agensi Nuklear Malaysia. Warta Nuklear Malaysia, 9(2), 5.
PROF. EMERITUS TENGKU DATO’ SHAMSUL BAHRIN
PROF. EMERITUS TENGKU DATO’ SHAMSUL BAHRIN Beliau dilahirkan pada 18 April 1939 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah, seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah. Beliau melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana di University of Sheffield, United Kingdom. Merupakan tokoh perintis yang mengagaskan idea penubuhan UKM. Beliau bersama rakan rakan pengasas yang lain telah menyaran dan mendesak kerajaan menubuhkan sebuah universiti kebangsaan pada era 60-an bagi mengimbangi sistem pendidikan pengajian tinggi di peringkat kebangsaan. Berperanan sebagai bendahari, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan. Kini merupakan pengarah Eksekutif, Nilai Resources Group berhad. Arkib Negara Malaysia & Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. (1999, September 30). Majlis pengkisahan sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bilik Jumaah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
DATUK MOHD ZAIN ABDUL MAJID
Beliau dilahirkan pada bulan November 1938 di Negeri Sembilan. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jempol dan seterusnya melanjutkan persekolahannya di Tuanku Muhammad School (TMS), Kuala Pilah. Beliau melanjutkan pengajian Ijazah Kepujian di University of Glasgow, Scotland. Merupakan tokoh perintis yang mengagaskan idea penubuhan UKM. Berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah muda iaitu penolong pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada awal Mei 1965. Sumbangan beliau kepada UKM adalah memperkukuhkan sistem pelajaran yang sedia ada dan menampung keperluan pelajar dalam aliran Bahasa Kebangsaan. DATUK MOHD ZAIN ABDUL MAJID Zain Majid, Datuk. (2002). Memoir Zain Majid: Mercu-mercu dalam perjalanan hidup. Bangi: Penerbit UKM.