Pameran ini mengetengahkan sebahagian naskhah sastera jawi milik Koleksi Harun Aminurraashid. Harun Aminurrashid merupakan seorang cendekiawan Melayu pertama yang telah menyumbangkan koleksi peribadinya sebanyak 1,306 judul kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang pada Disember 1982. Kandungan pameran adalah hasil transliterasi naskhah jawi milik Harun Aminurrashid yang terdapat di Perpustakaan UKM. Antaranya karya syair, hikayat, cerpen, cerita rakyat, dan cerita asal-usul. Setiap satunya mengandungi pelbagai kisah dan tajuk yang berbeza. Karya sastera yang dipilih adalah; Hikayat pelayaran Gulliver ke Pulau Liliput Hikayat setia asyik kepada Mak Suk Cerita Sherlock Holmes Cerita Ibu Rokumbul Syair Siti Zubaidah perang cina Inilah syair unggas adanya Syair cendawan putihnya adanya Syair Haris Fadil adanya Puteri Gunung Ledang (Kartun) Cerita Terung Pipit Singapura di malam hari Digila bantal pelok koleksi jawi koleksi jawi pameran pak har ڤاميرن كوليكسي جاوي
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Hikayat ini mengisahkan pengalaman Gulliver yang terkandas di Pulau Liliput. Pulau ini dihuni oleh orang liliputian bertubuh kerdil yang tingginya tidak melebihi 15 cm. bahkan binatang juga bersaiz kecil. Kedatangan Gulliver pada awalnya dianggap raksasa yang akan memusnahkan negeri mereka. Namun sebaliknya, Gulliver telah membantu mempertahankan negeri mereka dari penjajah musuh iaitu Kerajaan Blefescu. Pelbagai kisah menarik yang berlaku sepanjang beliau berada di Pulau Liliput dan Pulau Blefescu sehinggalah Gulliver berjaya pulang ke negaranya. Cerita Hikayat Klasik Jonathan Swift |Lemuel Gulliver |RajaLiliput Penterjemah Muhamad Yusof bin Sultan Mydin, 1927 JOM BACA!
Penterjemah Muhamad Yusof bin Sultan Mydin, 1927 Buku klasik ini dikarang oleh seorang paderi bangsa Inggeris yang bernama Jonathan Swift dalam tahun 1726. Kisah ini bermula ada seorang doktor bernama Lemuel Gulliver. Gulliver adalah doktor yang bekerja di sebuah kapal dagang besar yang bernama kapal Antelope. Suatu hari kapal Antelope mereka terkena badai di tengah lautan. Kapalnya rosak. Orang-orang yang berada di kapal itu semuanya tenggelam. Tinggal Doktor Gulliver yang masih bertahan hidup. Gulliver berenang hingga sampai ke daratan di sebuah pulau di negeri bernama Liliput. Negeri tersebut berada dalam wilayah Kerajaan Liliput. Oleh kerana kepenatan, Gulliver akhirnya tertidur di pantai pulau itu. Dia tertidur lama sekali . Saat terbangun, Gulliver terkejut, badannya mulai dari kepala sampai kaki diikat oleh para liliput yang mengelilinginya. Rupanya, para liliput itu ketakutan melihat tubuh Gulliver yang menurut mereka tinggi besar seperti raksasa. Sementara para liliput itu tingginya hanya sejengkal tangan Gulliver. Karena melihat ukuran tubuhnya yang jauh berbeza dari mereka, liliput-liliput itu mengira Gulliver akan berbuat jahat. Gulliver dilarang pergi ke mana-mana. Tetapi para liliput tetap memberinya makan, minum, dan pakaian. Sudah tentu saja jumlah makanan dan minuman yang disediakan kepada Gulliver dalam kuantiti yang banyak. Pakaiannya pun memerlukan kain yang banyak. Selama beberapa hari, Gulliver hanya boleh berada di sebuah lapangan yang luas. Liliput-liliput itu memperhatikan tingkah laku Gulliver. Mereka akhirnya mengetahui bahwa ternyata Gulliver itu baik, tidak jahat. Gulliver pada akhirnya berhasil meyakinkan para liliput itu bahwa dirinya tidak berbahaya. Gulliver akhirnya dibebaskan dan boleh berjalan-jalan di Kerajaan Liliput. Para liliput itu pun meminta maaf kepada Gulliver karena telah berburuk sangka kepadanya. KoleksiJawi Harun Aminurrashid
Namun keberadaan beliau di pulau tersebut mengundang kurang senang para pembesar Kerajaan Liliput. Maka Guliver mengambil keputusan berhijrah ke Pulau Blefescu, kedatangannya diraikan oleh raja dan pembesar kerajaan tersebut. Beliau diberi kebenaran bersiar-siar di pekan kerajaan tersebut. Bahkan raja menyuruh rakyatnya menjaga diri dan melarang ke pekan bagi mengelak dipijak oleh raksasa Guliver. Kerajaan Blefescu, negaranya sangat bersih dan rakyatnya bekerja keras. Namun, dihati Gulivver berasa ingin pulang ke negaranya. Satu ketika berada di pesisiran pantai, ia ternampak perahu lama dan berusaha memperbaiki perahu tersebut dengan bantuan tentera dan jurutera Blefescu. Hasil usaha keras mereka, perahu lama tersebut berfungsi semula. Maka belayarlah Gulliver menggunakan perahu tersebut dengan bekalan makanan dan juga binatang kambing dan lembu. Binatang -binatang ini di bawa pulang ke Eropah untuk dipelihara. Ketika pelayaran, Gulliver bertemu dengan kapal dagang besar dan menumpang untuk pulang ke negerinya. Hingga akhirnya, Doktor Gulliver tiba di negaranya dan bertemu kembali dengan keluarganya . KoleksiJawi Harun Aminurrashid
Sampel Sampel Buku HIKAYAT PELAYARAN GULLIVER KE PULAU LILIPUT Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
Hikayat setia asyik kepada Mak Suk Faridah KoleksiJawi Harun Aminurrashid Sebuah kisah percintaan yang berlatarkan suasana di Mesir sekitar tahun 1894. Percintaan sepasang anak muda keturunan bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi. Tetapi Faridah Hanom dipaksa berkahwin dengan sepupunya Baharuddin Affandi. Cerita Hikayat Klasik JOM BACA! al-Sayyid Shaykh Bin Ahmad al-Hadi
Hikayat setia asyik kepada Mak Suk KoleksiJawi Harun Aminurrashid Sebuah kisah percintaan yang berlatarkan suasana di Mesir sekitar tahun 1894. Percintaan sepasang anak muda keturunan bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi. Shafik Afandi merupakan anak tunggal kepada orang kaya Mesir, Tal’at Bik, dan membantu menguruskan perniagaan keluarganya. Manakala Faridah Hanom pula anak bongsu daripada dua orang adik-beradik kepada keluarga bangsawan, Qasim Bik. Walaupun pada zaman itu pendidikan formal sekolah terbatas kepada kaum lelaki sahaja ayahanda Faridah Hanom tetap memberi pendidikan tertinggi kepadanya dengan mengupah guru datang mengajar di rumah. Si tampan dan sang rupawan ini jatuh cinta pandang pertama tatkala mereka bertembung secara tidak sengaja sewaktu bersiar-siar pada waktu petang. Mereka menyulam cinta secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Namun, Qasim Bik berkenan untuk menjodohkan Faridah Hanom dengan sepupunya Baharuddin Affandi dan mengaturkan perkahwinan mereka berdua. Demi menjaga air muka keluarganya Faridah Hanom meneruskan perkahwinan ini walaupun dia mencintai Shafik Afandi. Perkahwinan Faridah Hanom dan Baharuddin Afandi tidak bertahan lama kerana hatinya masih ingatkan kekasih lama. Faridah Hanom sendiri memohon untuk berpisah. Selepas tiga bulan perceraian dia berkahwin dengan kekasih nyawa cintanya, Shafik Afandi.
HIKAYAT SETIA ASYIK KEPADA MAK SUK Sampel Sampel Buku Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
Sherlock Holmes Cerita Buku bertajuk Cerita Sherlock Holmes mengandungi tiga kisah yang melibatkan tiga kes berbeza di dalamnya. Sherlock Holmes dikenali sebagai handal dan bijaksana akalnya dalam mengendalikan pelbagai kes, samaada kes kecil mahupun kes merbahaya. Sherlock Holmes mempunyai seorang rakan karib bernama Dr. Watson yang sering ada bersamanya ketika mengendalikan kes. Selain itu, dia juga mempunyai hubungan erat dengan pegawai polis dan skuad mata-mata gelap diketuai oleh Mr. Lestrid yang bertugas di Pejabat Polis Bandar London. Mr. Lestrid menjadi teman kerjanya dalam mendapatkan informasi terkini berkenaan kes-kes yang berlaku di sekeliling. Mereka bertiga sentiasa bekerja sama, bertukar pendapat, berkongsi ilmu, dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah. Siri Sherlock Holmes kali ini mengisahkan tiga kes berbeza yang diceritakan di dalam sebuah buku. Antara kisah-kisahnya bertajuk Cerita Seorang Pemborong Kayu Dalam Jajahan, Cerita Enam Buah Patung Napoleon, dan Cerita Tiga Orang Murid Kolej. JOM BACA! KoleksiJawi Harun Aminurrashid Cerpen Jawi Penterjemah Ahmad Murad bin Nasruldin
Sherlock Holmes Cerita Cerpen Jawi Penterjemah Ahmad Murad bin Nasruldin Suatu kes luar biasa melibatkan kontraktor rumah dan peguam muda. Plot dimulai dengan kehadiran peguam muda bersama John Hector McFarlane ke pejabat Sherlock Holmes dan Dr. Watson dalam keadaan tercungap dan menyedihkan. John dikatakan dituduh membunuh kontraktor bernama Jonas Oldacre dalam kejadiaan kebakaran kayu balak di rumah kontraktor tersebut. Dalam kejadian kebakaran balak itu, polis menemui bilik yang dipenuhi percikan darah dan dipercayai Jonas telah dibunuh dan dicampak di dalam api yang sedang marak. Kes ini mendapat perhatian sepenuhnya daripada Sherlock Holmes untuk menyiasat lebih mendalam lagi. John dengan ini menjadi suspek utama dan telah ditangkap oleh kumpulan mata-mata gelap yang diketuai oleh pegawai polis, Mr. Lestrid. Walaubagaimanapun, Sherlock Holmes tidak mudah membuat kesimpulan awal tanpa siasatan yang terperinci. Berbekalkan bahan bukti kes seperti cap jari, surat-surat wasiat, dan saksi. Akhir kisah, dapat dibuktikan bahawa Jonas Oldacre tidak mati dan masih hidup bersembunyi di satu bilik di rumahnya. Dikatakan muslihat Jonas yang selama ini dikatakan mati telah dibunuh adalah niatnya yang ingin membalas dendam kepada keluarga John dan lari dari hutang-hutang yang banyak. Cerita Seorang Pemborong Kayu Dalam Jajahan KoleksiJawi Harun Aminurrashid
Sherlock Holmes mengendalikan kes kecurian enam buah patung Napoleon keluaran Galdering Company. Patung-patung itu dicuri serta dipecahkan di tempat yang berbeza seperti di Kedai Moss Hudson, Kedai Harding Brothers, dan tiga lagi kediaman individu. Namun, kes ini mempunyai sedikit keanehan dimana setiap patung yang dicuri akan serta merta dipecahkan. Sementara Sherlock Holmes merungkai misteri kecurian patung, dia dikejutkan lagi dengan kes pembunuhan yang melibatkan suspek yang sama. Pegawai polis dengan bantuan siasatan Sherlock Holmes akhirnya membongkarkan bahawa patung-patung yang dipecahkan itu salah satunya terdapat berlian termasyur milik Anak Raja Colona. Berlian itu telah diletakkan di dalam salah satu patung daripada enam buah patung oleh suspek yang dikenali sebagai Conan Bipu. Bipu sebelum ini bekerja sebagai pembuat patung di Galdering Company. Berlian itu asalnya dicuri dari Anak Raja Colona oleh inang isterinya. Kemudian Inang itu bersekongkol dengan saudaranya yang bekerja di Galdering Company bersama si Bipu, namun dicuri pula oleh Bipu. Disebabkan semua patung itu telah dijual oleh Manajer Galdering Company, Bipu terpaksa memecahkan satu persatu sehingga dia dapat semula batu berlian itu. Akhirnya, rancangannya gagal setelah dihidu Sherlock Holmes yang sangat pintar dan handal mengendali kes. Cerita Enam Buah Patung Napoleon Pada tahun 1895, diceritakan sebuah kisah kes kecurian kertas peperiksaan di sebuah kolej yang diberi nama Kolej St Martin. Plot kisah bermula dengan kehadiran Guru Besar Kolej St Martin, Mr. Hilton Summ yang datang secara mengejut kepada Sherlock Holmes mengadukan hal kecurian kertas peperiksaan yang berada di dalam bilik pejabatnya. Keputusan Mr. Hilton tidak melaporkan kepada pihak polis terlebih dahulu adalah disebabkan ingin menjaga nama baik kolej. Dek kerana kebijaksanaan Sherlock holmes dalam menyelesaikan pelbagai kes, Mr. Hilton datang meminta bantuan kepadanya. Bangunan kolej empat tingkat itu dihuni oleh Guru besar pada aras satu, dan tiga orang pelajar lagi masing-masing tingkat satu, dua, dan tiga, bernama Ras, Gilchrist, dan Mael McLaren. Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada pelajar itu merupakan suspek utama kes kecurian tersebut. Pelbagai teknik rahsia disembunyikan si pelaku namun gagal dan dapat dihidu oleh Sherlock Holmes. Cerita Tiga Orang Murid Kolej KoleksiJawi Harun Aminurrashid
CERITA SHERLOCK HOLMES Sampel Sampel Buku Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Ibu Rokambul : dalam cherita Anak Angkat Gereja (j.1-3) Ibu Rokambul : dalam cherita Raja Kaum Gipsi Ibu Rokambul : dalam cherita Kemalangan Kaum Bangsawan (j.1-3) Ibu Rokambul : dalam cherita Perbendaharaan yang Tersembunyi (j.2-3) Cherita Rokambul di dalam Siberia Rokambul adalah sebuah cerita bersambung Perancis karya Ponson du Terrail (1829-1871). Ia adalah kisah seorang pengembara dan penjenayah yang memulakan hidup di sisi undang-undang yang salah, menebus dirinya, dan kemudian menumpukan hidupnya untuk melakukan kebaikan. Siapa Rokambul? Seorang anak yatim yang diambil oleh kroni cerdik Maman Fipart. Dia mula-mula membantu Andrea de Felipone yang jahat, a.k.a. Sir Williams, dalam perjuangannya menentang abang tiri Andrea, Comte de Kergaz. Protagonis (watak jahat utama) dalam pertempuran ialah pelacur berhati emas, Louise Charmet, a.k.a. Baccarat. Antara siri cerita Rokambul yang terdapat dalam koleksi PTSL: Cerpen Jawi Penterjemah : Ahmad Yaakub al-Juhari JOM BACA!
Cerpen Jawi KoleksiJawi Harun Aminurrashid Ibu Rokambul : dalam cherita Anak Angkat Gereja (j.1-3) Ibu Rokambul : dalam cherita RajaKaum Gipsi Ibu Rokambul : dalam cheritaKemalanganKaum Bangsawan (j.1-3) Ibu Rokambul : dalam cherita Perbendaharaan yang Tersembunyi(j.2-3) Cherita Rokambul di dalam Siberia Rokambul adalah sebuah cerita bersambung Perancis karya Ponson du Terrail (1829-1871). Ia adalah kisah seorang pengembara dan penjenayah yang memulakan hidup di sisi undang-undang yang salah, menebus dirinya, dan kemudian menumpukan hidupnya untuk melakukan kebaikan. Siapa Rokumbul? Seorang anak yatim yang diambil oleh kroni cerdik Maman Fipart. Dia mula-mula membantu Andrea de Felipone yang jahat, a.k.a. Sir Williams, dalam perjuangannya menentang abang tiri Andrea, Comte de Kergaz. Protagonis (watak jahat utama) dalam pertempuran ialah pelacur berhati emas, LouiseCharmet, a.k.a. Baccarat. Dalam siri seterusnya, Rokambul mengambil alih dan membunuh Sir Williams. Tetapi Baccarat menggagalkan rancangan jahatnya, dan dia akhirnya dipenjarakan di kem buruh berat Toulon (seperti Jean Valjean dalam novel Les Misérables karyaVictor Hugo 1862). Dalam siri cerita terkemudian, Rokambultelah diampuni, beliau berubah menjadi seorang yang lebih baik sepenuhnya dan dianggap wira yang berani melawan ramai penjahat yang kejam seperti Thuggee, dan lain-lain. Antara siri cerita Rokambul yang terdapat dalam koleksi PTSL: Penterjemah : Ahmad Yaakub al-Juhari
CHERITA IBU ROKUMBUL Sampel Sampel Buku Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
Dalam syair ini kita diajarkan harus patuh kepada-Nya (Tuhan)dan patuh kepada guru yang mengajarkan kita untuk kebahagiaan kita (di akhirat) nanti. Dalam naskhah ini juga diceritakan bahawa kita harus tahu perbuatan yang halal akan mendapatkan pahala dan perbuatan haram akan mendapatkan dosa. Ada banyak unggas yang digunakan sebagai perumpamaan contohnya burung nuri, burung cendrawasih, dan banyak lagi. Dari manuskrip Inilah Syair Unggas kita boleh belajar banyak tentang agama dan akhirat. FridaRohmyni.(2020,Disember15).Pembelajaranakhiratdalammanuskripinilahsyairunggas.KumparanTECH.Diperolehdaripadahttps://kumparan.com/fridarohmyni/pembelajaran-akhirat-dalam-manuskrip-inilah-syair-unggas-1umjSWbL3ds/full. Syair ini menceritakan percintaan antara dua watak iaitu Siti Zubaidah dengan Sultan Zainal Abidin. Percintaan antara dua watak ini sering mendapat halangan. Antara halangan tersebut ialah daripada ibu Sultan Zainal Abidin sendiri yang tidak menyukai Siti Zubaidah. Kemudian, cinta antara mereka dihalang oleh Kilan Cahaya yang telah mengurung Sultan Zainal Abidin di dalam perigi beracun. Namun, kesemua halangan tersebut berjaya mereka hadapi. Akhirnya, kedua-dua watak tersebut bersatu semula dan berakhir dengan episod kebahagiaan. AbdulRahmanAl-Ahmadi.(1994). Syairsitizubaidahperang china:perspektifsejarah.PerpustakaanNegaraMalaysia.Diperolehdaripada https://kawahbuku.com/titles/sya ir-siti-zubaidah-perang-china-perspektif-sejarah/. KoleksiJawi Harun Aminurrashid
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Nyimas LailiYulita&ArifArdiansyah.(2017). Strukturfisik verifikasidalamsyair cendawanputih.MakalahseminarnasionaldalamrangkaBulanBahasa, 28-42.Diperoleh daripadahttp://conference.unsri.ac.id/index.php/sembadra/article/view/541. Syair berisi cerita tentang dua saudara seayah lain ibu iaitu Raden Kesuma Wati sebagai kakak dan Raden Kesuma Ninggrat sebagai adik. Mereka adalah anak Raja Gemala Putra dari Negeri Indera. Dalam cerita ini Raden Kesuma Ninggrat melakukan pengembaraan dan petualangan dengan menggunakan nama samaran Cendawan Putih. Dalam petualangannya Cendawan Putih mendapatkan berbagai rintangan yang selalu dapat diatasi dengan kesaktiannya. Pengembaraan dan petualangannya ini disebabkan dirinya sejak kecil dibuang ke hutan kerana fitnah dan hasutan kakak tirinya Raden Kesuma Wat. AbdulRahmanAl-Ahmadi.(1994). Syairsitizubaidahperang china:perspektifsejarah.PerpustakaanNegaraMalaysia.Diperolehdaripada https://kawahbuku.com/titles/sya ir-siti-zubaidah-perang-china-perspektif-sejarah/. Mengisahkan Siti Zawiyah yang dikurniakan suami iaitu anak kepada Sultan Basrah bernama Haris Fadilah. Paras Haris Fadilah itu sangat tampan dan telah digunagunakan oleh empat orang wanita cantik yang hanya menginginkan hartanya. Siti Zawiyah seorang yang dermawan dan sangat mentaati suaminya walau diuji dengan pelbagai cabaran dalam perkahwinan. Walaupun dipulaukan suaminya, Siti Zawiyah tetap patuh dan menjaga kebajikan suaminya seperti menyediakan makanan, mempersiapkan pakaian, dan sebagainya. Sehinggalah terjadinya suatu peristiwa menyedihkan selepas Haris Fadilah pulang dari berdagang, dia telah berubah dan hubungan mereka sebagai suami isteri menjadi lebih akrab dan bahagia. Sampel Buku
KOLEKSI SYAIR Sampel Sampel Buku Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
KoleksiJawi Harun Aminurrashid CeritaRakyat JOM BACA! DIKARANG OLEH PAK CIK LEMAN erjalanan berliku Tun Mamat, Tuk Pawang, dan hulubalang yang lain ke Gunung Ledang bagi menyampaikan hasrat Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud berkenan untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang bilamana beliau merasa aman tenteram apabila memandang pemandangan Gunung Ledang. Sultan Mahmud sebelum ini mengalami kemurungan akibat kematian isteri. Hasrat untuk meminang Tuan Puteri terbatas atas alasan permintaannya yang agak tidak masuk akal antaranya meminta membina jambatan emas, semangkuk darah nyamuk, tujuh mangkuk darah kuman.
CeritaRakyat DIKARANG OLEH PAK CIK LEMAN KoleksiJawi Harun Aminurrashid Sultan Mahmud, Sultan Negeri Melaka mengalami kemurungan setelah baru kehilangan permaisurinya. Namun, hatinya sungguh tenang dan tenteram apabila beliau memandang Gunung Ledang yang tersergam indah. Akhirnya, Sultan berkeputusan untuk mengganti permaisuri Negeri Melaka, tetapi mahukan yang lain dari kebiasaan. Lalu, dikumpulkan semua Hulubalang, Bendahara, Laksamana, Tuk Pawang, dan lain-lain datang menghadap untuk menyatakan hasratnya ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Diarahnya Tun Mamat, Tuk Pawang, Tuk Penghulu, dan rakan lain pergi mendaki Gunung Ledang untuk berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang. Perjalanan mendaki Gunung Ledang penuh dengan likuliku, melalui hutan rimba dan perkampungan melayu. Sebelum sampai ke tempat yang dituju, Tun Mamat lalu di kawasan yang indah berbunga, gua batu yang dihuni oleh pelbagai jenis binatang dan seterusnya sampai di sebuah tangga. Di tangga tersebut , terdapat seorang perempuan tua yang menunjukkan jalan kepada Tun Mamat dan rakanrakannya untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Setelah hampir sampai di kawasan tempat tinggal Puteri Gunung Ledang. Mereka dipertemukan dengan seorang nenek tua di sebuah teratak mahligai di dalam hutan rimba tersebut. Nenek itu ditugaskan sebagai penyampai utusan Puteri Gunung Ledang lalu menanyakan hasrat mereka datang ke sana. Tun Mamah lalu menyampaikan tujuan utama beliau datang kesini membawa utusan rasmi dari Sultan Melaka untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang.
Setelah Tuan Puteri tahu akan tujuan kehadiran mereka, nenek tua yang tadinya sebagai penyampai utusan Tuan Puteri memberitahu, jika inginkan keputusan, ada beberapa syarat yang perlu mereka ikuti. Tuan Puteri menyatakan beberapa permintaan seperti mahukan sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak yang dibina menuju terus ke Negeri Melaka, satu dulang darah nyamuk, tujuh dulang darah kuman, satu tempayan air mata, satu tempayan air pinang muda, dan semangkuk darah anak Raja Ahmad. Maka setelah mendengar pinta Tuan Puteri, mereka pun pulang ke Negeri Melaka semula untuk disampaikannya pula kepada Sultan. Rakyat Negeri Melaka menyambut kepulangan mereka dengan meriah sekali. Mereka masuk ke dalam istana dan menghadap sultan. Diceritakan segala dari mula hingga akhir perjalanan beserta hasrat Tuan Puteri jikalau Sultan mahu memperisterikannya. Sultan pun bersetuju dengan semua permintaan, namun akhirnya melupakan hasratnya untuk meminang Puteri Gunung Ledang apabila beliau tidak sanggup mendapatkan semangkuk darah anaknya sendiri. KoleksiJawi Harun Aminurrashid
PUTERI GUNUNG LEDANG Sampel Sampel Buku Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Cerita Rakyat CERITA TERUNG PIPIT Diterjemah oleh A.Naf Cerita Terung Pipit menyajikan beberapa kisah dongeng yang berbeza di dalam sebuah buku namun mengekalkan watak dan perwatakan yang sama pada setiap kisah tersebut. Plot dimulakan dengan kisah dendam Raja dua bersaudara iaitu Raja Sulung dan Raja Bongsu Tanah Jawa yang berselisihan faham. Akibat terasa hati, Raja Bongsu berkeputusan untuk berhijrah dan berlayar ke negeri Johor Mengkaleh dan memerintah kawasan tersebut. Naskhah ini juga turut mengisahkan perjuangan lima sekawan diketuai oleh Burung Pipit dan rakan-rakannya, Gelam, Jerun, Pekulun dan Selempit menentang pelbagai halangan di dalam Negeri Kedah Tua. Adegan pertikaman, perbalahan, dan peperangan menjadi konflik utama kisah di dalam naskah ini. JOM BACA!
Cerita Rakyat CERITA TERUNG PIPIT Diterjemah oleh A.Naf Hikayat Terung Pipit sangat terkenal di Negeri Kedah dan Perlis, sebelah utara Semenanjung. Hikayat ini mempunyai pengaruh Jawa, seperti hikayat lain dalam karya Melayu lama. Pada permulaan cerita ini, kita menghadapi isu di Pulau Jawa sendiri: konflik antara Raja Sulung Jawa dan sepupunya Raja Bongsu, yang membawa mereka ke Tanah Melayu. Raja Bongsu memerintah Johor Mengkaleh Tanah Jata , manakala Raja Sulung Jawa memerintah negeri Lindung Bulan Kedah Tua. Beberapa tahun kemudian, semasa Raja Sulung Jawa belayar dengan isterinya yang muda untuk mencari pakaian untuk puteranya, kapalnya ditiup taufan sehingga terdampar di Johor Mengkaleh Tanah Jata. Dalam situasi ini, Raja Bongsu mempunyai peluang terbaik untuk melepaskan hasratnya dengan penuh dendam. Raja Bongsu menghantar selampit, yang menderhaka kepada Raja Sulung Jawa dan kemudiannya melarikan diri ke Johor Mengkaleh Tanah Jata, untuk membunuh Raja Sulung. Pada mulanya, Selampit menasihati Raja Bongsu agar jangan membunuh Raja Sulung Jawa kerana Raja Sulung Jawa itu saudaranya sendiri. Walau bagaimanapun, atas kehendak sendiri Raja Sulung Jawa, Selampit membunuhnya dan hanya berjaya menggunakan tombak yang dimiliki Raja Sulung Jawa. Selampit kemudiannya menikahi Tuan Puteri Bongsu, isteri Raja Sulung Jawa. Sebelum dia meninggal dunia, Raja Sulung Jawa bersumpah bahawa negerinya akan menjadi padang jarak padang tekukur jika dia mati di Johor Mengkaleh Tanah Jata. KoleksiJawi Harun Aminurrashid
Kisah ini kemudian menceritakan tentang Pekulun Duli Baginda, anak Raja Sulung Jawa, dan rakan-rakannya: Terung Pipit, Gelam dan Jerun. Kakak pupu Pekulun Duli Baginda, Tuan Puteri Payung Mahkota, membawa mereka ke kayangan untuk mengajar mereka bermain senjata apabila mereka dewasa. Dalam kisah selanjutnya tentang perjuangan Terung Pipit dan rakanrakannya, Selampit, yang pada mulanya merupakan musuh Terung Pipit tetapi akhirnya dapat ditawannya dan menjadi sahabat rapatnya, muncul dalam kisah. Terung Pipit tidak pernah tunduk kepada musuh. Dalam literatur Melayu lama, jumlah lima mempunyai kedudukan yang penting. Ia mungkin dikaitkan dengan kekuatan ghaib dan pancaindera yang lima. Dalam Hikayat Terung Pipit, lima orang mendakwa bersaudara: Terung Pipit, anak menteri; Gelam, anak hulubalang; Jerun, anak demang; Pekulun Duli Baginda, anak Raja Sulung Jawa, dan Selampit, panglima yang lebih tua daripada keempat-empatnya. Selain Hikayat Terung Pipit, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Sultan Bustamam dan Hikayat Pandawa Lima juga mengandungi lima cerita ini. KoleksiJawi Harun Aminurrashid Panglima Ali Mudin Panglima Hasan. (1998). Hikayat Terung Pipit. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperoleh daripada https://kawahbuku.com/titles/hikayat-terung-pipit/
Sampel Sampel Buku CERITA TERUNG PIPIT Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
KoleksiJawi Harun Aminurrashid JOM BACA! C E R I T A A S A L U S U L Cerita ini mengisahkah riwayat hidup gadis rupawan Che Maryamah yang menjadi kegilaan pemuda sezamannya. Beliau telah berkahwin beberapakali namun perkahwinannya sering gagal. Sehinggalah suatu hari beliau behijrah ke Singapura untuk mencari nafkah. Che Maryamah dipertemukan dengan tauke berbangsa India yang sering menyelamatkannya dari situasi bahaya seperti diganggu oleh lelaki, hampir diculik, dan sebagainya. Tauke tersebut adalah pemilik wayang opera dan telah jatuh hati pada Che Maryamah sehinggakan dia sanggup untuk masuk Islam dan mempelajari adat Melayu.
KoleksiJawi Harun Aminurrashid C E R I T A A S A L U S U L Hasil karya Raja Mansur Raja Abdul Kadir yang diadaptasi dari kisah benar yang diceritakan sendiri oleh pemilik. Cerita ini mengisahkah riwayat hidup gadis rupawan Che Maryamah yang menjadi kegilaan pemuda sezamannya. Walaupun berusia 30 tahun nampak seperti anak dara lagi. Cerita ini bermula di Batu Gajah, Perak. Che Maryamah telah bertemu jodoh pilihan hatinya Abdul Latif iaitu seorang Inspektor Kesihatan, walaupun perkahwinannya tidak direstui oleh kedua ibubapanya. Di awal perkahwinannya adalah manis, namun berubah apabila suaminya kerap ke kelab malam, kaki pukul, kaki judi dan kerap berhutang. Pada satu malam, berlaku pergaduhan besar antara suami isteri ini, akibatnya beliau telah diceraikan dengan talak dua. Beliau berhijrah ke Negeri Sembilan menaiki keretapi dan berkahwin kali ke-2 dengan pegawai kerajaan iaitu seorang rakan kepada saudaranya. Namun bercerai apabila lelaki itu berkahwin lain secara senyap dan mengabaikan tanggung jawabnya. Beliau membawa diri menaiki kereta api ke Kota Bharu, Kelantan dan bertemu dengan perempuan sudah berumur. Perempuan tersebut datang ke Pulau Pinang bagi berniaga kain sutera tenun Kelantan dan Terenganu. Beliau dipelawa tinggal bersamanya, namun tidak lama kerana suami perempuan tersebut menaruh hati kepadanya.
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Ketika buntu mencari destinasi hala tuju, beliau terjumpa rakan kepada bekas suaminya iaitu Encik Jusof. Encik Jusof bekerja sebagai Pemain Biola dan isterinya sebagai Seri Panggung Bangsawan. Pertunjukan bangsawan sedang berlangsung di Bandar Kelantan ketika itu. Oleh kerana hidupnya sebatang kara, tiada tempat bergantung, beliau diajak tinggal bersama mereka di rumah kongsi. Bermulalah kehidupannya dalam wayang (opera). Di sinilah juga beliau bertemu dengan tauke wayang yang berbangsa keling. Tauke wayang ini seorang berbangsa keling dan beragama kristian. Tinggal seorang diri kerana 2 kali dirosakkan hati oleh perempuan. Perkahwinan pertama dengan seorang perempuan bangsa keling di negerinya. Oleh kerana tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan anak, Tauke wayang dipaksa menceraikan isterinya. Beliau pun berhijrah ke Tanah Semenanjung dan bertemu dengan perawan berbangsa kristian, berkahwin dengannya namun tidak lama kerana perawan dan keluarganya mata duitan. Wang dan harta tauke dihabiskan oleh mereka. Che Maryamah mencari nafkah menjahit pakaian wayang dengan upah RM2 sehari. Beliau sangat menjaga maruah dan perlakuannya walaupun dikelilingi dengan mereka yang bergaul bebas. Rutin beliau hanya pergi ke loteng kedai kopi bagi menjahit pakaian sahaja dan pulang semula ke rumah kongsinya. Suatu hari, orang mabuk datang ke rumah kongsinya untuk buat perkara tidak senonoh kepadanya, tetapi diselamatkan oleh tauke wayang yang berlawan, namun dia tercedera dan dimasukkan ke rumah sakit. Pada malam itu juga, mereka bergegas ke Singapura untuk membuat persembahan di sana. Dalam kisah selanjutnya, di Singapura, Che Maryamah turut diganggu. Baba Peranakan Cina berniat tidak baik ingin mengambilnya sebagai guchek, pelbagai hadiah diberi seperti emas, lokek, dan sebagainya namun ditolak oleh Che Maryamah. Oleh kerana pelbagai ikhtiar dibuat tidak berhasil, Che Maryamah diculik dan dibawa ke kawasan jauh dari bandar iaitu Siglap. Tetapi diselamatkan oleh Tauke Keling. Siglap adalah sebuah kampung yang terletak di tepi laut. Terdapat juga pantai dan rumah peranginan yang indah di kawasan tersebut.
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Orang keling merupakan Tauke Wayang yang berusia 30-an, pernah gagal dua kali dalam perkahwinannya. Beliau pernah dua kali berkahwin dengan bangsa sendiri melayu, namun gagal. Budi orang keling terhadapnya, rela korbankan diri demi menyelamatkannya. Seorang lelaki yang berhati lembut dan penyayang terhadap kaum ibu yang lemah, bertimbang rasa dan tahu akan adat istiadat melayu. Pada malam hari di Singapura, Che Maryamah dilamar menjadi teman hidup Tauke Keling. Tauke mengaku yang dia jatuh hati kepadanya semenjak kali pertama mereka bertemu. Tauke Keling membuat keputusan memeluk Islam dan berita pernikahan mereka disambut mesra oleh anak wayang. Disebabkan kejadian itu saya namakan penulisan saya Singapura di Malam Hari. Apa sebab Che Maryamah berkahwin dengan orang keling?
Sampel Sampel Buku SINGAPURA DI MALAM HARI Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL
KoleksiJawi Harun Aminurrashid DIGILA BANTAL PELOK Raja Mansur Raja Abdul Kadir CERITA ASAL-USUL Mengisahkan seorang pemuda yang menuntut ilmu kehakiman di Kota London. Hasbullah telah dikahwinkan secara gantung dengan saudaranya iaitu Fatimah Zam atas permintaan keluarganya. Namun, sewaktu pelayaran kembali ke Tanah Eropah, dia telah bertemu dengan gadis Belanda bernama A. Van Teul dan mereka hidup bersama di luar pernikahan sehingga mendapat seorang cahaya mata. Biarpun dia taat dan menurut nasihat kedua ibubapa, imannya tetap goyah apabila bertemu dengan gadis Belanda tersebut. Bahkan dia telah lupa mempunyai isteri di Tanah Air. Bagaimana status Fatimah Zam?. Adakah dia diceraikan atau kekal sebagai isteri kepada Hasbullah? JOMBACA!
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Hasil karya Raja Mansur Raja Abdul Kadir yang diadaptasi dari kisah benar. Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang menuntut ilmu kehakiman di Kota London. Pemuda yang bernama Hasbullah ini adalah anak tunggal kepada Pak Wira Yaff dan Siti Jamilah Datuk Haji Bakri. Hasbullah seorang yang bijak pandai, dihantar pengajiannya di Kota London. Beliau merupakan anak Melayu pertama menaiki kapal terbang dari Kota London ke Tanah Melayu. Berita keberaniannya menaiki kapal terbang dari barat ke timur mendapat perhatian orang ramai terutama putra semenanjung dan para reporter. Semasa pulang bercuti selama 3 bulan, Hasbullah telah dikahwinkan secara gantung dengan saudaranya iaitu Fatimah Zam. Perkahwinan ini bagi memenuhi permintaan nenek, kedua orang tua dan keluarganya. Setelah lamanya bercuti, tibalah masa dia berangkat kembali ke Tanah Eropah, pada kali ini dia memilih perkhidmatan kapal untuk pulang ke tempat pengajiannya. Semasa belayar ke Eropah dengan Kapal New Holland, dia bertemu dengan gadis Belanda yang rupawan bernama A.Van. Teul. Gadis ini anak kepada Manajer Estet kepunyaan Deli Maate Happy, musafir berseorangan ke Amsterdam bagi melanjutkan ilmu pendidikan. Pertemuan ini terjadi apabila Hasbullah ingin selamatkannya dari diganggu oleh orang kulit putih yang mabuk. Sejak eksiden itu mereka bertambah erat dan sering bersama-sama sepanjang pelayaran tersebut. Dinamakan cerita ini “Digila Bantal Peluk atau Kacang Lupakan Kulit” kerana Hasbullah telah anggau kepada A. Van Teul biarpun imannya taat dan menurut nasihat kedua ibubapa dan neneknya. Pesanan ini menjadi pegangan kepadanya sepanjang 2 tahun menuntut ilmu di Kota London. Ramai gadis dan perempuan kulit putih yang tergila-gilakannya tetapi tidak diendahkannya. Namun, imannya mula goyah apabila bertemu dengan gadis Belanda tersebut. Bahkan dia telah lupa mempunyai isteri di Tanah Air. DIGILA BANTAL PELOK Raja Mansur Raja Abdul Kadir CERITA ASAL-USUL
KoleksiJawi Harun Aminurrashid Perhubungan mereka bukan terhenti di atas kapal sahaja, tetapi bersambungan hinggalah ke Kota London. A. Van Teul mendapati dirinya ada perubahan, lantas mengambil keputusan berhenti belajar dan berhijrah ke tempat kekasih hatinya di Kota London. Oleh kerana kehidupan mereka seperti pasangan suami isteri. Hasbullah dinasihati oleh rakan-rakan supaya mengahwini A. Van Teul kerana tidak sesuai mereka hidup di luar nikah. Justeru dia bertemu dengan ulama Islam dan mensyahadatkan A. Van Teul dan diberi nama Islamnya Siti Hendon. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan anak lelaki yang comel yang diberi nama Abu Bakar. Kepergiannya ke Kota London kali kedua ini, permintaan kiriman wang dari keluarganya bertambah dari $300 kepada $600 sebulan, bahkan selalunya lebih lagi, katanya untuk membeli buku pelajaran yang mahal harganya. Juga pelbagai helah dan muslihat digunakannya bagi menipu orang tuanya. Semua perbelanjaanya digunakan untuk belanja keperluan anak dan isterinya. Berkat doa ibubapa dan ketajaman akalnya, akhirnya dia lulus ujian kehakiman dengan cemerlang. Berita kejayaan tersebut disampaikan melalui telegram kepada ibubapanya. Kejayaannya mendapat liputan luas di surat-surat khabar. Ibu bapanya sangat gembira dan mengkehendakinya dia pulang semula ke Tanah Air dengan segera. Kepulangannya sangat dinantikan oleh ahli keluarganya. Belayarlah dia bersama anak isteri belayar ke Tanah Semenanjung menaiki kapal dalam masa 20 hari. Apabila sampai di Pelabuhan Pulau Pinang, betapa terkejutnya kedua orang tuanya melihat anaknya telah membawa seorang perempuan bangsa kulit putih dan seorang anak lelaki ini. “Hasbullah berlinang-linang juga air matanya dipimpin sambil berkata: anakanda telah berdosa, tiada mengikut amanat ayahanda dan bonda, begitu juga amanat nenekanda, ampunilah kesalahan anakanda ini. Yang anakanda telah beristeri. Inilah isteri anakanda seorang bangsa kulit putih belanda yang telah memeluk Islam dan bernama Siti Hendon. Inilah cucu bonda bernama Abu Bakar yang sekarang sudah berumur 3 tahun “Ungkap Hasbullah apabila memeluk ibubapanya. Walaupun Ibu bapa sedih dengan tindakan anaknya mereka tetap gembira menerima kepulangannya bersama isteri dan anak-anak. Bagaimana dengan Fatimah Zam?. Adakah dia diceraikan atau kekal sebagai isteri kepada Hasbullah?
DIGILA BANTAL PELOK Sebarang rujukan boleh dilakukan di Unit Arkib & Koleksi Khas, Aras 6, PTSL Sampel Sampel Buku