The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by udja68, 2022-07-30 04:12:50

KLASIFIKASI HADITH (2)

KLASIFIKASI HADITH (2)

KKLLAASSIIFFIIKKAASSII
HHAADDIITTHH

BBIILLAANNGGAANN


PPEERRAAWWII

FARHANA SOALAN &
EZATIY JAWAPAN
ELYA

3.1 KLASIFIKASI
AL-HADITH

BERDASARKAN
BILANGAN
PERAWI

HADIS
MUTAWATTIR

1.Berikan maksud hadis mutawatir

dan hadis ahad [4] u2014 (5a)

Jawapan :

Hadis mutawatir dari segi bahasa ialah
berturut- turut . Dari segi istilah pula ialah
hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan
perawi ramai di setiap tabaqat (peringkat )

sanadnya yang mustahil pada adatnya
mereka berpakat untuk berdusta dan hadith

tersebut pula disandarkan kepada lima
pancaindera .



Hadis ahad dari segi bahasa ialah ‫ الاحد‬lafaz
jamak daripada perkataan ‫ احد‬yang

bermaksud satu manakala dari segi istilah
pula ialah hadith yang tidak terdapat padanya

syarat - syarat hadith mutawatir .

2.Nyatakan empat syarat bagi

menentukan sesebuah hadis itu sebagai

hadis mutawatir [4] U2015 (5c i)

Jawapan :

1.Perawi yang ramai dalam setiap tabaqat
sanadnya .

2.Mustahil semua perawi tersebut bersepakat
untuk menipu atau berdusta baik secara sengaja

atau tidak sengaja .
3.Berterusan bilangan yang ramai tersebut
sepanjang tabaqat sanad iaitu dari asal sanad

sehingga ke penghujungnya .
4.Sandaran hadith hendaklah kepada lima

pancaindera iaitu sama ada melalui
penglihatan,pendengaran atau sebagainya .

3.Terangkan pengertian hadis mutawatir

beserta contoh [4] 2018 (5a)

Jawapan :

Hadis mutawatir ialah hadith yang diriwayatkan oleh
sekumpulan perawi ramai di setiap tabaqat (peringkat )
sanadnya yang mustahil pada adatnya mereka berpakat

untuk berdusta dan hadith tersebut pula disandarkan
kepada lima pancaindera .



Selain itu , Contohnya ,hadith nabi SAW mengangkat
tangan tangan ketika berdoa . Ia diriwayatkan lebih dari

100 orang sahabat . Setiap riwayat hadith tersebut
menceritakan peristiwa yang berbeza - beza , namun
semuanya ada menyebut bahawa nabi SAW mengangkat
tangan ketika berdoa . Jadi para perawi bersepakat bahawa
hadith nabi SAW berkenaan dengan mengangkat tangan

ketika berdoa termasuk hadith mutawatir.

4.bezakan hadis mutawatir dengan hadis
ahad [8] 2018 (5b)

Jawapan :

Perbezaan dari segi pengertian iaitu hadis mutawatir dari segi
istilah ialah hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan

perawi ramai di setiap tabaqat (peringkat ) sanadnya yang
mustahil pada adatnya mereka berpakat untuk berdusta dan
hadith tersebut pula disandarkan kepada lima pancaindera .

Manakala hadis ahad ialah hadith yang tidak terdapat
padanya syarat - syarat hadith mutawatir.



Selain itu , perbezaan dari segi syaratnya iaitu hadis
mutawatir mustahil semua perawi tersebut tersebut
bersepakat untuk menipu atau berdusta baik secara sengaja
atau tidak sengaja . Manakala syarat bagi hadis ahad adalah
bertaraf zann, tidak qat'i dan tidak meyakinkan .Justeru,
berhujah dan beramal dengan sesebuah hadith ahad

memerlukan syarat tertentu .

Di samping itu , perbezaan dari segi pembahagian hadith
mutawatir pula ialah terbahagi kepada dua iaitu pertama
mutawatir lafzi iaitu hadith yang diriwayat oleh bilangan
perawi yang ramai dengan lafaz yang sama . Kedua mutawatir
ma'nawi iaitu hadith yang diriwayat oleh bilangan perawi yang
ramai dengan lafaz yang berbeza -beza namun membawa
maksud yang sama . Manakala hadith ahad ialah menurut
pendapat jumhur ahli hadith dapat dibahagikan kepada tiga

kategori iaitu Masyhur , Aziz dan Gharib .



Akhir sekali , perbezaan dari segi hukum beramal bagi hadith
mutawatir ialah wajib beramal dengan hukum yang

terkandung di dalamnya dan ianya boleh dijadikan dalil dan
hujah . Menolak dan mengingkarinya adalah kafir . Manakala
hukum beramal bagi hadith ahad ialah hadith ahad yang sahih
riwayatnya wajib beramal , sama ada ia menyentuh berkenaan

hukum , akidah dan lainnya .

5.Dengan memberikan contoh hadis, jelaskan bahagian

hadis Mutawatir.(6) U2014 (5b)



Contoh hadith mutawatir ialah hadith daripada
Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang

berdusta atas namaku secara sengaja, maka dia
telah menempah tempatnya di neraka.



Manakala,terdapat dua bahagian hadis mutawatir
yang pertama ialah Mutawatir Lafzi

iaitu hadith yang diriwayatkan oleh bilangan
perawi yang ramai dengan lafaz yang sama.



Seterusnya,hadis Mutawatir Ma'nawi
iaitu hadith yang diriwayatkan oleh bilangan
perawi yang ramai dengan lafaz yang berbeza-beza,
namun kesemua lafaz tersebut memberi makna

yang sama.

6.dengan memberi kan contoh hadis, jelaskan bahagian hadis ahad dan

hukum beramal dengannya.(10) U2014(5c)







Terdapat 3 bahagian hadis ahad,hadith pertama ialah hadith
masyhur iaitu hadis yang perawinya tidak kurang dari 3 orang
setiap tabaqat. Contoh hadis ialah "hadith yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a bahawasanya
Rasulullah SAW melakukan qunut selama sebulan selepas rukuk
mendoakan kehancuran golongan Ra'i dan Zakwan" dan hukum
beramal dengan hadith masyhur ialah sekiranya hadith tersebut
bertaraf sahih dan hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dan dalil
serta boleh beramal dengannya manakala jika dhaif atau mawdu'

maka tidak boleh dijadikan dalil dan beramal dengannya.



Bahagian hadis yang kedua ialah hadith aziz yang mana hadithnya
tidak kurang dari dua perawi pada kesemua tabaqat sanad
.Contohnya ialah hadith yang direkodkan oleh al-Syaikhani

daripada Anas dan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW
bersabda: ‫ حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين‬،‫لا يؤمن أحدكم‬.Serta

hukum beramal dengannya ialah sekiranya hadith tersebut
bertaraf sahih dan hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dan dalil
serta boleh beramal dengannya manakala jika dhaif atau mawdu'

maka tidak boleh dijadikan dalil dan beramal dengannya.

Bahagian hadith yang ketiga ialah hadith gharib
iaitu hadith yang diriwayat oleh seorang perawi

sahaja pada mana -mana tabaqat tetapi tidak
diriwayatkan oleh mana-mana perawi lain.

contohnya ‫ِإَّنَم ا اَأْلْع َم اُل ِبالِّنَّياِت َوِإَّنَم ا ِلُكِّل اْم ِرٍئ َم ا َنَوى‬.Hukum
beramal dengan hadith gharib boleh sekiranya

hadith itu bertaraf sahih dan hasan,maka ia boleh
dijadikan hujah dan dalil.manakala jika hadith
tersebut dhaif atau mawdu maka tidak boleh
dijadikan dalil dan beramal dengannya





Kesimpulannya,hadith ahad terdapat tiga bahagian
dan hukum beramal dengannya boleh sekiranya
hadith itu bertaraf sahih dan hasan,maka ia boleh
dijadikan hujah dan dalil.manakala jika hadith

ahad tersebut dhaif atau mawdu maka tidak boleh
dijadikan dalil dan beramal dengannya.

7.jelaskan hukum hadis mutawatir

menurut ulama [6] u2015 (5c ii)

JAWAPAN :

Hukum hadis mutawatir menurut ulama ialah wajib
beramal dan menerima hukum yang terkandung di
dalamnya dan ia boleh dijadikan dalil atau hujah .



Selain itu , menolak dan mengingkarinya adalah
kafir , iaitu dikira keluar daripada agama islam atau

murtad .



Akhir sekali , hadith mutawatir perlu membenarkan
dalam hati tanpa ragu - ragu dan hadith mutawatir
juga dijadikan sumber perundangan kedua selepas

Al- Quran .

7.jelaskan hukum hadis mutawatir

menurut ulama [6] u2015 (5c ii)

JAWAPAN :

Hukum hadis mutawatir menurut ulama ialah wajib
beramal dan menerima hukum yang terkandung di
dalamnya dan ia boleh dijadikan dalil atau hujah .



Selain itu , menolak dan mengingkarinya adalah
kafir , iaitu dikira keluar daripada agama islam atau

murtad .



Akhir sekali , hadith mutawatir perlu membenarkan
dalam hati tanpa ragu - ragu dan hadith mutawatir
juga dijadikan sumber perundangan kedua selepas

Al- Quran .

8.Bincangkan hukum beramal dengan

hadis mutawatir [8] 2018 (5c)

JAWAPAN :

Hukum beramal dengan hadis mutawatir ialah wajib beramal dengan
hukum yang terkandung di dalamnya dan ia juga boleh dijadikan dalil

atau hujah .



Selain itu , menolak atau mengingkarinya adalah kafir . iaitu dikira keluar
dari agama islam atau murtad.



Di samping itu , kedua - dua jenis hadis mutawatir iaitu sama ada lafzi
atau ma'nawi memberi pengetahuan yang yakin dan bersifat qat'i .



Kesimpulannya , hadith mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu
ilmu yang diyakini . Oleh itu , semua hadith mutawatir diterima dan tidak

perlu lagi mengkaji keadaan perawinya .

‫‪#Soalan Tambahan‬‬

‫‪9.Sebutkan 3 karya JENIS‬‬

‫‪HADIS berikut :‬‬

‫‪a)Hadith Mutawatir‬‬



‫الأزهر المتناثرة في الأخبار المطورة ‪1.‬‬
‫( السيوتي)‬

‫نظام المتنطرة_من_الحديث المتواتر ‪2.‬‬
‫)القطاني(‬

‫اللعلي المطيرة في أحاديث المطورة ‪3.‬‬
‫) ابن تلس الحنفي(‬



‫‪b)Hadith masyhur‬‬



‫المقاصد الحسنة في بيان كثير من الأحاديث المصورة على السينح‪1.‬‬
‫(الشاخاوي)‬

‫الجامع الصغير ‪2.‬‬
‫)السيوتي(‬

‫التذكرة في الحديث المصيطرة ‪3.‬‬
‫) الزركشي(‬














‫‪c)Hadith gharib‬‬



‫غريب الحديث والأثر‪1.‬‬

‫)البغدادي (‬
‫الفائق في غريب الحديث ‪2.‬‬

‫) الزمخشاري(‬
‫النهاية في غريب الحديث والأثر‪3.‬‬

‫) ابن الأثير(‬

















10. Berikan bentuk-bentuk hadis masyhur yang tersebar di
bibir mulut ulama islam berserta contoh (10m)

Bentuk yang pertama ialah hadith yang masyhur di
bibir- bibir ulama secara khusus mencakupi ialah apa
yang berlegar di bibir para fuqaha seperti hadith ‫أبغض‬

‫الحلال عند الله الطلاق‬

seterusnya, apa yang masyhur di kalangan para ulama
nahu seperti hadith ‫نعم العبد صهيب لو لم يخف الله لم يعصه‬
yang mana menurut Al-iraqi mengatakan bahawa
hadith ini tidak ada asal-usulnya dan ia sama sekali
tidak terdapat di dalam buku-buku hadith.

selain itu, hadith yang mana apa yang masyhur di
kalangan para usuliyyah seperti hadith ‫رفع عن أمتي الخطأ‬

‫والنسيان وما استكرهوا عليه‬

Bentuk hadith yang seterusnya ialah hadith yang
berlegar-legar di bibir ahli hadith,para ulama dan orang
awam.contohnya ialah ‫المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده‬

Kesimpulannya, terdapat beberapa bentuk hadith yang
mashur di bibir para ulama,yang mana hadith ini
masyhur pada lisan-lisan orang ramai.

sebutkan dua jenis klafikasi hadis dari sudut bilangan







1.hadis mutawatir

2.hadis ahad













2,NYAKAN SYARAT SYARAT HADIS SHAHIH
3.HRAIKAN BAHAGIAN HADIS SHAHIH BERSERTA

CONTOH
4,HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS SHAHIH (6)

5.SEBUTKAN KRYA HADIS SHAHIH

11. Nyatakan hukum beramal dengan hadith berikut :



a)ahad







B)MUTAWATIR


Hukum beramal dengan hadis mutawatir
ialah wajib beramal dengan hukum yang
terkandung di dalamnya dan ia juga
boleh dijadikan dalil atau hujah .


C)MASYHUR
selain itu, hukum beramal dengan
hadith masyhur ialah
D)AZIZ


E)GHARIB


Click to View FlipBook Version